Papan Iklan

Friday, May 14, 2010

Kisah Pening Yang Tak Seberapa Nak Pening


Minggu yang pening. Boleh jadi separa normal. Giler dengan kerja. Ooohh! Opismate aku sorang dah selamat kena serangan darah tinggi. Dah la pregnant. Kesian. Aku? Masih lagi cool. Tapi. Setakat sakit kepala tu, tak usah cakap ler. Dah jadi mainan. Kebal gak kepala aku nih.

Ok. Ni aku nak cerita sikit. Kat opis aku. Ada sorang brader yang kerja dia hantar barang-barang untuk kapal kompeni tempat aku kerja nih. Brader Hasan nama dia. Orang Sabah dan suka membebel. Bebelan dia boleh buat aku sakit kepala dan pening. Bukan aku je. Member-member lain dan jugak bos aku.

Berbalik pada kerja Brader Hasan nih. Semua hal ehwal yang berkaitan dengan barang-barang yang nak hantar kat kapal kena bagi tahu kat dia beserta dengan dokumen-dokumen yang tertentu. Dan bila dah ready dan settle semua, Brader Hasan ni akan tunjukkan salinan dokumen yang telah disahkan oleh Kapten kapal kepada aku dan orang-orang yang incharge. Paham? Tak paham sudah. Haha..

Siang tadi. Masa aku tengah pulun issue PO yang banyak giler sampai buat aku rasa nak muntah dan kepala aku jadi berasap, Brader Hasan ni masuk opis dan membebel seperti biasa pasal barang-barang yang dia dah hantar kat kapal. Aku dengar je la. Malas nak bising.

"Aku dah naikkan semua barang Saipan Carrier," Jelasnya.

"Ye," Aku angguk kepala. Mata aku sibuk mengadap PC. Tangan ligat tekan-tekan keyboard.

"Kapal sudah belayar. Tengok nih. Semua barang aku sudah naikkan," Ulangnya. Dia menunjukkan sehelai kertas pada aku dari jarak 1 depa. Yang aku nampak hanyalah tulisan ala-ala doktor dan huruf abjad yang kecik nak mampos yang dihighlightkan dengan kaler kuning.

Aku cuba fokus. Nak tengok apekebenda yang ditulis kat kertas tu dari jarak jauh. Tak nampak. Aku cuba kecikkan anak mata aku. Tapi tak nampak jugak. Oh. Lupa. Aku tak pakai spek. Lantas, aku capai spek yang aku letak atas CPU dan pakai. Hah. Baru terang dan jelas. Nampak sebijik-sebijik tulisan kat kertas tu serta cop kapal sekali.

"Haaa....itulah kamu, tak cukup tidur. Itu yang tak nampak," Bebel Brader Hasan pada aku dan berlalu pergi dengan selamber kodok.

Dan aku semakin pening. Apa motif tak cukup tidur dengan rabun pulak? Adeehhh..

10 comments:

farwalis said...

tidur tak cukup akan membuatkan rabun

hipotesis brader hasan

makwe joni said...

aku syak lh kan..

syak je tau

tau...

aku syak brader tu pesen tidu pakai spek lh,,tu yg keluar kesimpulan mcm gitu

Selamber Rock said...

caki::
hahaha...ko agak betul ke hipotesis dia tuh?

embun::
apsal setuju?

koq::
betol...dia pakai spek itam 24jam...gilak..

Mr. Asada said...

hahahaha..

sabor je la. mmg hobi dia tegur semua staff kot.. mmg mesra staff betul. hihihi..

Anonymous said...

pening jugak..huu

Selamber Rock said...

asada::
dia mmg suka bercakap kalo mood dia baik..hehehe..

macy::
memang tersangat pening..haha..=P

syndrome of roXstar said...

haih.

potensi tok hassan tuh teringin nak bercucu cicit cepat!

pening~

Selamber Rock said...

syndrome::
huhuhu...apsal aku pun pening dgn komen ko?

alhariesz said...

ke ko yg silap dengo....??

tak cukup tido la tuh...

ehh...ape kaitan? WAKKAAKAKAKAKA :D

Selamber Rock said...

alhariesz::
sumpah..aku xpekak lagi...eh! ko cakap pe? hahahhaa