Papan Iklan
Saturday, January 30, 2010
L.A.R.I..!!!!!!
Aku N.E.K.A.D..
Nak L.A.R.I..
Dari R.U.M.A.H..
Pekena 2 round jogging, kira oraitlah..
Cuci mata sekali kat taman permainan..
Dah lama betul tak bersenam..
Rasa hilang macho sejak dua menjak nih..
TAPI.. Rajin ke?
Haih!
Ada sapa-sapa nak teman? Sila roger aku yek.. Haha
Thursday, January 28, 2010
Separuh Jiwaku Pergi
.
.
.
.
Hilang Fokus....
.
.
.
.
Hilang Semangat....
.
.
.
.
Rasa nak lari jauh-jauhhhhhhh.............
~ Kesan sampingan kerana terlalu banyak ubat yang kena telan~
Tuesday, January 26, 2010
Perihal Baru Dan Lama
Kak Pidah dah siap solat. Mengadap cermin. Pakai tudung. Kasi cun sikit. Bai pun dah siap solat jugak. Tengah lipat telekung. Aku masih lagi bermalas-malasan.
Kemudian, Kak Pidah bangun. Membetulkan kainnya. Dan.. 'PLAAAPPPP!!'
"Wah, getah baru ke Kak?" tanya Bai. Tangannya sibuk memasukkan telekungnya ke dalam beg kertas.
"A'ah..baru beli. Cuba Bai buat pulak. Hehehe!" Kak Pidah gelak.
Bai bangun. Berdiri. Pakai kain baju kurungnya. Membetul-betulkan mana-mana yang patut. Aku dah selamat beraksi dalam acara kuak lentang. Dan.... PPEEEPP!
"Haha..getah dah longgar la Kak," Bai gelak.
"Turn Aju pulak. Buatlah," Arah Kak Pidah.
Aku bangun. Berdiri. Menggeliat. Betulkan urat. Dan.. PPAAP!
"Alaaa...saya pakai yang lama. Tahun lepas punya," Aku kalah dalam pertarungan tersebut.
Kami tibai gelak. Tak senonoh punya perangai. Dalam surau boleh buat pertandingan betulkan spender. Astagfirullahalazimm......
Monday, January 25, 2010
MC
Lepas check termasuklah timbang berat aku. Doktor tu tanya aku.
Doc: Nak mc?
Aku: Ermmm...
Doc: Berapa hari nak?
Aku: Hari ni je lah Doc.
Doc: Ok. Saya bagi mc hari ni (Jumaat). Esok (Sabtu) kerja?
Aku: Esok tak kerja.
Doc: Then, saya bagi u mc hari Ahad sekali la.
Aku: ..................... (blurrrr)
Doktor tu gelakkan aku jer.
Kat opis. Aku asyik mengusung sekotak tisu. Srrroooottttt!!!
Friday, January 22, 2010
Sakit Itu Penghapus Dosa, Kan??
" Uhukk! Uhuukkk!!"
"Accchhhommmmm!!!"
Satu badan sengal-sengal.
Thursday, January 21, 2010
Hadiah Harijadi II
Hadiah harijadi yang paling cool.
(Tak reti sabor, terus bukak di opis)
Maaf. Hari ini aku tamak nak tulis 2 entri sekali gus disebabkan hari ini adalah hari yang paling best dalam hidup aku.
Hadiah Harijadi
Mata dah rabun dan silau yang boleh menyebabkan sakit kepala petala migrain.
Kulit pun dan mula berkedut-kedut.
Ada pulak rambut kaler putih yang tersesat sehelai dua.
Stamina juga dah pancit dan tak 'taf' lagi macam zaman sekolah dulu.
Tanpa sedar, selama 26 tahun ni, Tuhan dan tarik nikmat yang Dia pinjamkan pada aku secara perlahan-lahan.
Untuk hari ulang tahun ini aku berdoa dan berharap, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dirahmati Tuhan selalu.
Yang istimewanya, kelahiran LAGEJ adalah hadiah yang paling bermakna dan istimewa.
Salah satu tanda wujudnya aku dimuka bumi Tuhan, juga dikalangan bloggers.
Alhamdulillah.
Terima kasih kepada En. Firol kerana turut memilih aku untuk menyerikan lagi LAGEJ.
Terima kasih kepada bloggers yang setia memberi komen serta kutukan juga nasihat, Koyuki, ~0~, Nizamsani, Pudingroti, Acap, Affendi, Frodo, Hanie, Alhariesz, juga Pett (yang tidak putus-putus membebel kat aku sebab ko kan abang), dan kawan-kawan yang lain (maaf aku tak ingat semua).
Terima kasih juga pada yang pernah hadir dalam hidup aku.
Arigato Gozaimassss.....aku sayang semua kawan-kawan aku (dah nak leleh dah nih).
~ Ketika entri ini ditulis, aku masih lagi berdoa agar brader yang memandu van poslaju cepat-cepat sampai ke opis aku dan memegang sekotak courier yang berisi LAGEJ yang tertulis nama aku bukan nama staff lain ~
Monday, January 18, 2010
Friday, January 15, 2010
Calar
Oh Tuhan! Tabahkanlah hatiku. Kuatkanlah imanku.
Kenapa la dorang nih parking sesuka hati je bila ada pasar malam?
Tak pasal-pasal bergesel dengan kereta aku. Kan dah calar.
Sedih wooooooo.......................! isk! isk!
Thursday, January 14, 2010
Mesej Dari Mukabuku
Mukabuku. Aku jengah jer. Tak update apa-apa pun. Ada satu mesej dalam peti masuk. Buka dan baca. Ohh! Dari dia rupanya. Dah 6 bulan jadi halimunan. Tetiba muncul kembali. Macam biasa, aku sudah kebal dengan situasi ini sejak 6 tahun yang lalu.
Mesejnya agak panjang kali ini. Apa yang istimewa dia sertakan juga beberapa keping gambar terbaru. Masih seperti dulu tapi badannya agak susut sedikit disebabkan terlalu sibuk dengan tugasan kerjayanya dan akan berpindah ke sebuah daerah baru. Itulah yang diceritakan kepada aku.
Hati setan aku berkata, "Sibuk mengalahkan PM, mesej sekeping pun tak leh hantar. Bukannya aku suruh buat karangan".
Stop. Berhentilah menghasut wahai setan durjana.
Aku dah ready nak reply. Tapi laptop hang la pulak. Terus shutdown. Mesti padah membela virus berekor-ekor dalam laptop. Tiba-tiba ada bunyi bingit dan bising.
Tit....titt....tittttt...tittttttt.....tittttttttttt..................!!!!!!!!!
Pukul 6.30pagi. Aku bangun. Tutup alarm. Masuk toilet. Berwuduk. Solat Subuh. Lepas tu, aku jengah mukabuku lagi. Kali ni, guna henpon pulak. Tak puas hati tak boleh reply mesej dia. Tapi, puas aku cari mesej tu, tak ada.
Sah! Aku telah diperdayakan oleh syaitonnirrojimmmmmm.... Mimpi tu kan mainan tido. Nasib baik alarm bunyi, kalau tak ntah apa-apa aku reply. Haihhh!
Monday, January 11, 2010
Lu Pikirlah Sendiri
Tak caya, baca laa....
Dulu. Masa kamu senang.
Kamu makan kawan.
Cakap belakang pung-pang-pung-pang.
Hentam kiri kanan.
Mengutuk dan mengumpat buat mainan.
Tapi. Bila kamu susah.
Kawan itulah yang dicari minta bantuan.
Buat muka kesian.
Apa? Ingat kawan tak ada perasaan?
Boleh jalan..
Dulu. Masa kamu bercinta.
Asyik berkepit dengan si dia.
Berjanji mahu hidup bahagia.
Hingga ke pintu syurga.
Mak bapak tegur siap tarik muka.
Tapi. Bila kamu dah ternoda.
Si dia blah macam tu je.
Kecewa bersarang di dada.
Baru tahu erti derita.
Menangis air mata darah dah tak guna.
Tinggallah kamu berbadan dua.
Mana nak letak muka?
Jangan tambah dosa yang sedia ada.
Sendiri buat, sendiri settle..
Dulu. Masa kamu kaya.
Mana nak ingat Tuhan.
Berjoli sakan siang malam.
Perempuan keliling pinggang.
Halal haram main hentam.
Perangai macam setan bertanduk lapan.
Tapi. Bila kamu papa kedana.
Masa ini lah nak ingat Tuhan.
Menggelabah cari sejadah dan Al-Quran.
Meraung dan menyesal minta keampunan.
Harap-harap perangai lama tak diulang.
Kalau tak insaf juga ada harapan nak kena terajang masuk longkang.
Yang baik jadikan tauladan.
Yang buruk jadikan sempadan.
Renung-renungkan dan selamat beramal.
Thursday, January 7, 2010
Cari Perbezaan
Note: Jangan marah Liverpool Fan. Ni member aku punye kerja. Dia punya assignment kena buat logo sekolah. Logo Liverpool jadi mangsa. Hahahaha...
Tuesday, January 5, 2010
Langgar Lari
Dia: Boh* aku eksideng.
Aku: Parok dok?
Dia: Boh aku ok. Kete arr teruk sikit.
Aku: Langgor mende?
Dia: Langgor lari.
Aku: Doh guane? Report polis dok? (suspen)
Dai: Dok leh wak guane laa..BABI tu lari...nok report polis guane....hahaha..
Aku: Addoiii....Huhu..Langgor menatang haram tu rupenya. (tahan gelak. Konpius nak gelak ke tak sebab kesian)
Boh = Ayah
Saturday, January 2, 2010
Back to School
Teringat zaman dulu-dulu. Bagi aku, budak-budak yang liat dan kelat nak pergi sekolah pada hari pertama adalah normal. Ye lah, cuti lama. Sebulan lebih boleh bangun lambat. Tetiba, nak kena bangun awal balik. Memang azab. Haihh!
Alangkah bestnya kalau aku masih lagi budak sekolah. Kepala tak payah nak fikir pasal komitmen. Tak de hutang. Politik tolak tepi. Yang ada hanyalah kerja sekolah yang bertimbun-timbun, ujian, peperiksaan, sukan, dan juga aktiviti-aktiviti giler dengan kawan-kawan.
Baru aku sedar dah 9 tahun aku meninggalkan zaman sekolah. Dah tua rupanya aku nih. Isk!