Papan Iklan

Monday, February 28, 2011

Kuasa Magik Batu Lesung


Lu orang ingat 'batu lesung' letak kat dapur je? No! No! No! Zaman sekarang 'batu lesung' dah reti duduk depan komputer dan main blog. Tak caya sudah.

Cakap banyak pun tak guna. Nak tahu lebih lanjut, lu orang beli je lah Mortar & Pestle nih.

Harga: RM17.00 je (termasuk pos biasa, kalau nak pos ekspress sila tambah RM3.50, nak beli by hand pun boleh kalau lu orang sanggup nak datang jumpa gua kat Klang nih. Hehehehe)

Senang cerita, lu orang email je gua --> mangkukplastik10@yahoo.com

Sapa cepat dia dapat. Sapa lambat memang tak dapat. Edisi terhad beb!

Friday, February 25, 2011

Magik Di Hujung Bulan


Apasal angka dalam akaun bank makin susut bila tiba hujung bulan? Magik sungguh, kan?


Wednesday, February 16, 2011

Harap


Aku berharap agar kamu tidak ada lagi harapan untuk aku mengharapkan dari kamu yang masih lagi berharapkan dari aku yang sememangnya sudah tidak ada rasa mengharap lagi.


Kata-Kata Lelaki


"Kau jangan percaya sangat dengan kata-kata lelaki!"



Seorang kawan lelaki. Menasihati aku supaya tidak mempercayai dengan kata-kata yang diucapkan oleh lelaki. Dan. Patutkah aku mempercayai dengan kata-kata beliau ini? Seorang lelaki. Memandangkan beliau sendiri menyuruh aku supaya tidak mempercayai kata-kata seorang lelaki?


Hah! Macam mana tuh? Cuba jawab.


Monday, February 14, 2011

Aku Masih Muda


Sedang aku berehat sambil menonton tv, datang seorang budak lelaki berumur 3 tahun menghampiri aku.

"Awak ni siapa?" tanya beliau dengan gaya comel dan pelat.

"Kakak," jawab aku ringkas.

"Ooo..kakak. Hai kakak!" tegur beliau malu-malu. Nak berkawan dengan aku lah tuh.

"Hai adik," aku layankan aje karenah si comel nih.

"Ooii!...Ooii!..Tu bukan kakak kau lah. Tu Uwan kau. Nenek!" sound mak budak tersebut merangkap anak sepupu aku. Dan budak tersebut adalah cucu sepupu aku yang ke berapa ntah.

"Kahkahkahkah...!"

Kesian aku. Muda-muda dah kena panggil nenek. Inilah masalah bila pangkat lagi tua dari umur. Budak-budak pun tak sanggup nak panggil aku nenek. Alahaii...(T__T).

Sunday, February 6, 2011

Rasa Itu

Rasa yang bikin hati serba tak kena.

Lapar. Tapi tak nak makan. Bukan kenyang.
Mengantuk. Tapi tak lena. Asyik terjaga.
Menangis. Cuba. Tapi tiada air mata.
Diam. Bukannya cool. Tapi resah.
Senyum. Bukannya riang. Tapi sedih.

Semua benda tak kena.
Semua kerja tak menjadi.

Wahai angin.
Tolong tiupkan rasa itu jauh-jauh.
Wahai mentari.
Sinarilah cahaya untuk kami.



P/S: Ya. Ada harapan untuk jadi penganggur terhormat.

Tuesday, February 1, 2011

Dua Kali


Balik kerja.
Pergi bayar bil berokbeng kat meksis.
Lepas tuh. Cari mesin ATM. Cucuk duit.
Kemudian. Lepak di kedai buku. Sekejap.
Lapar. Beli roti. Eh! Lupa nak topap.
Pergi meksis centre lagi. Bagi nombor henpon.
Not RM10 bertukar tangan.
Berlalu pergi. Hujan lebat gila.
Nasib baik parking keta tepi bumbung.
Basah sikit je. Kena tempias.
Ni yang aku hangin nih.
Apasal topap tak masuk lagi?
Start keta. Mahu terus balik rumah.
Tapi. Hati jadi tak best.
Topap kredit tak dapat-dapat. Hampeh!
Aaahh! Tak boleh jadi.
Kena pusing balik nih. Parking keta tempat teduh.
Pergi meksis centre balik. Komplen kaw-kaw.
Dan-dan tu mamat kaunter meksis reloadkan. Cilakak!
Pergi tempat parking. Alamak! Lupa off lampu keta.
Nasib baik kejap je. Kalau tak maunya bateri kong.
Haih! Hujan lebat tak berenti lagi.
Balik rumah. Cari parking kosong. Ada.
Amik payung kat seat belakang.
Tangan penuh dengan roti, botol air dan makanan ringan.
Jalan secepat yang mungkin. Kain dah basah.
Baru je pijak tangga tingkat satu.
Tiba-tiba baru teringat. Aku off tak lampu keta tadi?
Patah balik pergi kat keta.
Redah hujan lagi.
Tengok keta. Semua undercontrol.
Panjat tangga sampai tingkat lima.
Perghh! Setiap hari macam tuh.
Letak beg. Letak barang. Cari bantal. Baring.
Penat tau tak?