Papan Iklan

Sunday, March 27, 2011

Menanti Hari Gaji


Lagu asal: Menanti Sebuah Jawapan dari Padi

Aku tak bisa mengeluh begini
Dan aku tak bisa termenung lagi
Berdoa agar bossku baik hati
Bank in gajiku dengan cepat sekali
Menelusup hariku dengan harapan
Namun akaun bankku tetap begitu

Sepenuhnya aku...agar boss ku tahu
Hidupku ibarat kais pagi makan pagi...
Setulusnya aku...akan terus menunggu
Menanti hari gaji agar poketku penuh kembali...

Betapa pilunya jiwaku stiap kali akhir bulan
Kerna tak boleh nak berjoli sakan
Seksa badan menanggung beban
Itulah padah kalau duit tak simpan

Aku tak bisa mengeluh begini
Dan aku tak bisa termenung lagi

P/S: Lambatnya hujung bulan. Huhu.. T__T

Thursday, March 24, 2011

Dalam Hati Ada Pesta Bunga Api


Dia. Aku panggil dia 'Minho' (sebab tak tahu nama sebenar). Sejak dua menjak nih, 'Minho' kerap datang opis aku. Hantar barang yang diorder. Dulu-dulu, aku tak amik port sangat bila 'Minho' datang opis. Ye lah. Tak kenal maka tak cinta. Ye dok? Lagi pun, bukan aku sorang je yang berurusan dengan dia. Tak kisah la kan.

Tapi. Lama-kelaman. Baru aku perasan bahawa akulah makhluk yang paling banyak berurusan dengan 'Minho' kat opis tuh. Dan bila dia datang. Boleh pulak aku jadi gelabah tak tentu pasal. Berdebar-debar tak tentu hala. Bikin tangan aku menggigil jugak la bila nak sign DO. Jahanam betul bila rasa macam tuh. Kan?

Bukannya apa. Aku dah tersangkut dengan artis Korea sekarang nih. Setan mana ntah yang dok hasut aku supaya minat dengan geng-geng K-Pop. Dah la muka diorang seiras. Rasa macam jumpa artis antarabangsa la pulak. Kehkehkehkeh...=P

Lagi satu. Aku malas nak jawab bila dia tanya soalan nih:-

"Payment yang lepas bila boleh settle?"

Satu keje pulak aku nak kelentong mamat cina nih. Haih!


Choi Minho from SHINee

Ok. Aku mengaku yang aku memang suka dengan Minho yang real nih masa dia join Let's Go Dream Team. Hahaha.

Nota: Selamat hari tua untuk x-skandal 10 tahun lepas. Dengan ucapan. "Lu adalah makhluk yang paling asing dalam hidup gua sejak 10 tahun yang lalu. Bila nak reunion berdua dengan gua?"


Wednesday, March 23, 2011

Surat 'Chenta' Dari Pak Gad


AMARAN 'TERHAIR' TOLONG JANGAN
PARKING KAT SINI, 'ONEH' 'COMPELEN'

Pagi tadi dapat surat 'chenta' dari Pak Gad. Amaran terakhir pulak tu. Heran aku, amaran pertama dan kedua pun tak pernah dapat. Tetiba dapat last warning terus. Bikin jiwa membara. Tahap gunung berapi mood aku hari nih. Parking kat tempat sendiri pun kena sound. 'Oneh' mana ntah yang mengaku aku parking kat tempat dia. Tu kira nasib baiklah tak kena clamp. Kalau tak, mau terbang 50hengget. Celaka betul. Mentang-mentanglah kereta aku tak de sticker, diorang syak aku nih sesuka hati je parking kat tempat orang lain.

Pak Gad. Rumah kami ada tiga kereta. Satu sticker. Dan satu access kad. Tak kan nak kerat tiga? Atau nak parking kereta kami secara bertindih? Dah management pun 'kede' bagi satu je semua. Tak reti-reti nak bagi sticker lebih atau access kad lebih? (Cerita asal kat sini). Ok. Aku pun sibuk cari rumah lain sekarang. Harap-harap dapat pindah cepat. Penat dah gaduh dengan diorang hari-hari. Gila jadinya.

Oh! Lagi satu Pak Gad. Sila belajar Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan cemerlang.


P/S: Aku sendiri konpius samada nak gelak atau tak bila dapat nota nih. Hahaha.

Monday, March 21, 2011

Budaya Pemandu Di Malaysia


1. Kereta besar. Mahal. Tapi tak reti nak guna signal. Sesuka hati mak-bapak-dia-je main belok dan cilok.

2. Duduk di lane kanan. Tapi bawa 60km/jam. Apa kes?

3. Lepas potong kereta/kenderaan lain mesti usha kereta/kenderaan tersebut dengan muka ketat.

4. Manners tahap zero. Tak reti nak repect pada pemandu lain yang dah beri laluan.

5. Main cilok dan potong line bila kat traffic light. Macam dia sorang je yang nak cepat. Saborlah woi.

6. Dah tau touch n go dah tak de kredit, yang ngada-ngada nak touch jugak kenapa?

7. Jenis yang suka pasang lampu tinggi bila malam. Silau. Sakit mata. Paham?

8. Dah la ikut rapat. Main cucuk-cucuk pulak. Tak pasal-pasal jadi kes cium-mencium kereta masing-masing. Haru betul.


Sekian saja entri gua untuk hari ini. Jumpa lagi. Terima kasih.

Thursday, March 17, 2011

Ini Namanya Kreatif. Bukannya Sengal. Haha..


Zipnya dah longgar. Asyik turun ke bawah je.
Aku kepit la dengan klip tuh. Habis cerita.
Lantak la orang nak cakap mende pun.
Ada aku kisah? Hahaha...


P/S: Aircond opis sejuk macam peti ais. Boleh beku kalau tak pakai sweater. Ok. Aku tipu. Hehe..


Tuesday, March 15, 2011

Dulu-Dulu Dan Sekarang

Dulu-dulu la.
Masa zaman kanak-kanak ribena.
Rasa tak sabar-sabar nak jadi remaja.
Kononnya mahu meneroka dunia.
Dan boleh buat pelbagai macam perkara.

Dulu-dulu lagi.
Ketika zaman anak dara sunti.
Hati tak sabar-sabar nak belajar tinggi-tinggi.
Kalau boleh nak buat PHD sampai ke oversea.
Angan-angan setinggi KLCC tapi malas belajar berguni-guni.

Dulu-dulu la jugak.
Waktu jadi mahasiswa universiti.
Kepala asyik pikir nak cepat-cepat habiskan study.
Mahu cari kerja bergaji tinggi.
Boleh enjoy sesuka hati.

Tapi. Sekarang.
Bila dah dewasa.
Dah ada kerja.
Dah boleh berdikari.
Mulalah buat perangai tak sedar diri.

"Bestnya kalau boleh jadi budak-budak balik. Tak ada hutang. Tak ada masalah. Dan tak ada komitmen, kan?"

Haih! Manusia (errr...aku lah di antaranya) memang tak puas dengan apa yang ada, kan?

Monday, March 7, 2011

Hidup Tak Seindah Macam Drama Korea


Bagi seorang peminat atau dengan kata lain hantu drama korea (aku la tuh), menonton drama korea memang mengasyikkan (atau dengan kata lain lagha). Suka betul tengok pelakon-pelakonnya yang cute, comel, lawa, kacak dan hensem (atau jambu?). Apa nak kisah? Sekarangkan musim K-Pop meneraja dunia hiburan.

Dari dulu aku perasan, kebanyakkannya mempunyai jalan cerita yang agak sama. Heroin tak lawa. Bodoh pulak tuh. Bertemu dengan hero yang kacak. Lagi bijaksana. Di awal perkenalan memang tak ngam. Asyik nak gaduh je. Tapi, lama-lama, rasa benci bertukar sayang. Ada pihak ketiga dan keempat yang tak puas hati. Macam-macam kaedah yang digunakan untuk pisahkan Romeo dan Juliet nih. Tapi, mereka tetap maintain jalani pelbagai konflik dan dugaan hidup bersama-sama. Klimaks. Macam biasa la. Happy ending. Tak sah kalau tak kahwin dah hidup bahagia. Jarang benar salah seorang dari hero atau heroinnya mati. Tak pun memang tak berjodoh. Maunya drama diorang tak laku. Ye dok?

Dan. Biasanya, drama peseng kelakar-romantik-giler-giler macam nih memang mudah dapat sambutan. Yang tukang tengoknya pun memang tak ingat dunia realiti dah. Dalam kepala macam-macam imaginasi dan fantasi yang diangankan (errrr...ok. Aku pun sama. Koya). Aaaahh..dah namanya hantu drama, mestilah kena feel lebih. Hahaha..

Hakikatnya. Itulah drama. Bukan realiti hidup. Nak buat drama, kena ada pengarah. Dan pengarah tu pulak memang peseng sesuka-hati-dia je nak mengarah macam mana. Pengarah drama pun manusia biasa jugak. Semua ending mestilah mau yang happy-happy punya. Kalau tak, mau tak masuk carta.

Tapi. Kita kena ingat. Kita pun hidup dalam drama jugak. Dunia ini adalah pentas lakonan sementara. Setiap pelakon mempunyai watak yang berlainan. Ending yang berlainan. Dan, 'ganjaran' yang berlainan. Semuanya telah ditentukan oleh 'Pengarah Yang Satu'. Yang kekal selama-lamanya. Harap-harap watak dan drama yang kita jayakan ini berakhir hingga ke Syurga. Insya-Allah.


Thursday, March 3, 2011

Kata Kau VS Kata Aku

Kata Kau: "Bila nak kawen? Kau kan dah tua?"
Kata Aku: "Rilek la. Belum ada rezeki lagi,"
(Kang bila aku suruh cari calon mulalah nak elak-elak. Hempuk kang!)

Kata Kau: "Tak nak cari keje lain ke? Best sangat ke keje kat situ?"
Kata Aku: "Rilek la. Belum ada rezeki lagi,"
(Kau ingat senang ke nak cari keje lain?)

Kata Kau: "Kau nih bila nak besar? Kecik macam tu jugak"
Kata Aku: "Rilek la. Kecik la comel,"
(Eleh! Macam la kau tu besar sangat)

Kata Kau: "Laju giler kau bawak kete,"
Kata Aku: "Rilek la. 60km je pun,"
(Suka hati aku lah kete aku)

Kata Kau: "Aku amik berat je nih,"
Kata Aku: "Ada aku kisah?"
(Hahahaha...)


P/S: Hidup dengan 'kata kau' sampai kiamat pun tak tenteram. Baik buat 'donno' je.