Dulu. 2 tahun lepas. Gua pernah belajar gitar. Berguru dengan member-member gua sendiri. Gitar pulak gua pinjam dengan dorang jugak sebab dorang nih memang banyak lebihan gitar kapok. Kelas gitar start lepas maghrib setiap malam. Gua dan member lagi dua orang memang gigih la pergi lepak kat rumah dia. Kami berempat masa tuh. Dan situasinya dua orang cikgu dan dua orang pelajar. Senang cerita, seorang cikgu ambil seorang anak murid. Jadi senang la nak fokus (dan senang jugak nak kena sekeh kepala atau ketuk tangan bila bebal).
Masa awal-awal pegang gitar, memang kekok jugak. Jari-jemari kecil gua yang comel-comel ni jadi merah. Baru gua tahu boleh tahan keras jugak tali gitar nih. Tapi, gua tak kisah semua tuh. Janji gua reti main gitar. Itulah misi utama gua pada masa tuh.
Di awal kelas tersebut, gua diajar petik kord B, C, G. Kord-kord lain gua tak ingat dah. Sebabnya, cikgu-cikgu gua ajar gua kord ni untuk main lagu Radiohead, Creep. Pehh. Memang feel gilerlah time tuh. Kira-kira 2 minggu berlatih, lagu Creep dah jadi darah daging. Dah sedap sikit la bunyinya walaupun tune sumbang tuh memang tak lari jauh.
Tak lama lepas tuh, cikgu-cikgu gua mula sibuk. Masing-masing dah letak jawatan kat tempat keje gua. Jadi, kelas gitar gua pun banyak kali jugak ditangguhkan atas sebab kekangan masa. At the end, tutup terus. Alasannya, kesibukan melampau di tempat keje baru. Lagi pun memang kami dah jarang lepak sekali. Akhirnya, sampai sekarang gua masih tak reti main gitar lagi. Gua ingat gua nak cari cikgu gitar barulah. Siapa sudi ambil gua jadi anak murid, sila roger gua Hehehehe..
Amacam? Style tak?
P/S ~ Sebenarnya. Gua nak kabo yang gua rindu dengan dorang je. Dan gua rindu jugak dengan hari bersama teman di antara kami berempat. Huhuhuhu...