Papan Iklan

Sunday, July 29, 2012

Penakut


Rumah aku rumah kampung. Automatik, bila rumah kampung, mesti ada jamban lama kat belakang rumah. Aku lagi suka membuat 'urusan' di jamban lama ni dari jamban yang kat dalam rumah. Sebab boleh feeling lama-lama sikit dan tak mengganggu orang lain nak guna bilik air. Dan, untuk pengetahuan kat belakang rumah aku jugak ada pokok buluh tua.

Ok. Benda yang boleh buat aku rasa jahanam bila nak 'berurusan' adalah masa yang boleh bikin aku tak jejak tanah dan tak toleh belakang. Iaitu waktu malam atau waktu subuh. Dengan ditemani oleh lampu suluh pesen hidup segan mati tak mahu memang betul-betul mencabar mental aku.

Bagi aku, rasa jahanam tahap berdebor adalah bila sedang 'berurusan' tiba-tiba dalam kepala terfikirkan 'binatang yang panjang-panjang' sedang menjenguk dari luar. Yang itu aku boleh kontrol lagi.  Rasa jahanam tahap kedua rasa berdebor nak tutup mata dan telinga pulak, tiba-tiba dalam kepala terpikirkan bunyi mendayu-dayu atau orang bisik duk panggil nama aku. Yang itu memang aku dah bekalkan macam-macam surah lazim dalam kepala dan hati.

Tapi, rasa jahanam yang paling tak boleh aku terima ialah tiba-tiba dalam kepala, aku terbayangkan yang aku tersuluh kat 'tetamu' yang tak diundang, sedang berdiri tegak kat pokok buluh tu dengan pakaian rasmi kaler putih, rambut panjang mengerbang dan tengah merenung kat aku. Tak pun, yang berpakaian ala-ala tentera Jepun tapi tak de kepala. Atau, yang berbungkus elok duk tengah melompat-lompat. 

Aku syak, mahu tak cukup tanah aku lari nanti. Dan aku harap jugak, towel aku masih kemas berlilit di pinggang. Eh, bulan puasa ni, mana ada hantu kan? 

Wednesday, July 25, 2012

Kerja Tetap


"Si Ax ni pun tak dok keje tetap lagi, lagilah si adik hok sorang tuh. Mintok cikgu banyok kali doh, dok bulih sapa le ning," Sembang mereka sambil menepuk-nepuk paha aku.

Aku sentap. Adakah kerja tetap bermaksud kerja dengan kerajaan?

Saturday, July 21, 2012

Malam 1 Ramadhan


Lepas mandi. Aku sarung jersi Malaysia yang tak original. Dengan seluar trek.  Mak pandang aku semacam. 

"Ni nok gi surau ke, nok main bola?"

"Hehehehe,"

Aku sengih. Dan capai telekung laju-laju. Malas eh nak berbaju kurung bagai. Bukannya nak sembahyang raya. Ye dok? Hahaha...

Bak kata Mat Lutfi, Ramadhan ini, marilah berpuasa kerana Tuhan. Selamat menjalani ibadah puasa. =)

P/S: Aku tak reti nak tepek video kat sini. Ada sapa-sapa nak ajar aku?

Thursday, July 19, 2012

Bukan Aku


Kepada Blogspot, Facebook & Twitter,

Maafkan aku.
Bukan aku sengaja tidak hiraukan kalian.
Bukan aku lupa kesemua password kalian.
Bukan aku tidak serius dengan kalian.

Bukan. Bukan. Bukan.

Bukan aku tak ada status nak tak taip.
Bukan aku tak ada cerita nak tulis.
Bukan aku tak ada kisah nak bertuit-tuit.

Bukan. Bukan. Bukan.

Dan sebenarnya.
Aku sangat malas.

Sekian, Terima kasih.

Daripada Seorang Pemalas. T__T

Monday, July 16, 2012

Ayam


4 tahun lepas, ayam serama mak ada lebih kurang 4 ekor. Tahun lepas ada 2 ekor. Dan tahun ni tinggal sekor. Mana pegi yang lain? Jangan tanya aku. Aku syak mati kena bunuh dengan musang. Tak pun lari dari rumah.

Ayam serama mak yang masih di bawah jagaan beliau adalah seekor ayam serama jantan. Pagi-pagi lebih kurang pukul 9.30, kalau tak bagi makan lagi, dia akan berkokok macam ayam gila mintak nasi. Lepas tu merayap pegi mengorat ayam jiran-jiran sebelah rumah. Bila dah masuk maghrib, dia akan bertenggek kat atas rak kasut lama. Itulah tempat dia beristirehat dan tido.

Kakak aku suka kacau dia bila dia duk rileks kat atas rak kasut lama tuh. Sebabnya, bila dia start bertenggek, mulalah nyamuk-nyamuk mengambil kesempatan untuk menghisap darah dia. Macam drakula la pulak. Bukan sekor dua, tapi berpuluh-puluh ekor. Jadi, kakak aku dengan rela hatinya akan bertepuk-tampar ayam tersebut untuk menghalau nyamuk-nyamuk yang kekenyangan dek menghisap darahnya. 

Dan, tabiat kakak aku ni, telah berjangkit dengan aku pulak. Setiap setengah jam, mesti nak pegi tengok ayam serama nan sekor nih. Bukannya apa, aku kesian dengan dia. Bukannya ada tangan nak garu bila gatal. Lagi pun, aku tak mau dia kena demam denggi je sebenarnya. Hehehe...=P

P/S: Kalau ayam ni boleh bercakap, aku syak aku dan kakak aku dah kena maki kaw-kaw dengan dia sebab asyik kacau dia tido. Hahaha...

Wednesday, July 11, 2012

Setanirrojimmm


Quran dibuka. Selak helaian surah yang nak dibaca. Betulkan kopiah.

"Bismillahhh...hihommanihohimmmm," adik gua baca dalam keadaan menguap dan tutup mulut.
"Asal mengaji je menguap. Asal mengaji je menguap. Banyok setang nih," sound mak gua.

Gua gelak guling-guling kat belakang pintu. Hahahaha..

Wednesday, July 4, 2012

Biar Sampai Ke Langit


Di atas buaian itu.

Aku hayun buai laju-laju. Terasa angin deras menderu ke pipi dan muka. Aku rasa bebas. Rasa seronok. Rasa seperti mahu terbang tinggi-tinggi. Aku toleh ke buaian sebelah. Tapi. Ia statik. Kosong. Dan aku hayun buai laju-laju lagi biar sampai ke langit.

Aku koyakkan plastik aiskrim solero dengan penuh cermat. Takut jatuh atau patah. Aku gigit sedikit. Manis. Sedap. Sejuk. Aku habiskan cepat-cepat. Nanti lama-lama jadi cair. Mata terpejam. Aku ketap gigi. Brain freezing. Aku buka mata. Aku toleh ke buaian sebelah. Kosong. Dan aku hayun buai laju-laju lagi biar sampai ke langit.

Aku merenung sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain basikal. Seronok tengok mereka. Tiba-tiba terasa seperti kocek jeans ku bergetar. Aku keluarkan telefon. Tapi. Tiada bunyi. Tiada sms. Aku toleh ke buaian sebelah. Kosong. Aku simpan balik telefon. Dan aku hayun buai laju-laju lagi biar sampai ke langit.

Aku menangis pelan-pelan. Aku kesat air mata cepat-cepat. Malulah kalau ada orang tengok. Sakit jatuh tadi masih terasa. Tiba-tiba aku dengar ada bunyi derapan kaki. Aku rasa macam ada orang sentuh bahu aku. Lembut. Kemudian, perlahan-lahan dia usap kepala aku. Aku dongak. Tapi. Tak ada orang pun. Kosong. Aku toleh ke buaian sebelah. Dan aku hayun buai laju-laju lagi biar sampai ke langit.

Oh! Ya! Aku nak hayun buai laju-laju nih. Tapi buaian di sebelah masih kosong. Ada siapa-siapa yang sudi temankan aku? Biar kita sama-sama sampai ke langit macam burung-burung yang terbang tinggi tu. Nak?