Papan Iklan

Tuesday, May 28, 2013

Putus


Putus selera lagi seksa dari putus cinta. Percayalah. Kalau putus cinta paling koman pun kau frust menonggeng je. Yang teruknya hati kau je lah yang 'sakit'. Jika nak dibandingkan dengan putus selera yang menyebabkan kau hilang nikmat makan, dehydration dan weight loss dalam masa 24jam, betul-betul buat kau berubah jadi rupa zombi hidup.

Ok. Keep calm dan makan ubat.

Friday, May 24, 2013

Jatuh


Aku lebih rela jatuh tangga banyak kali dari jatuh cinta berkali-kali. Jatuh tangga sakitnya cuma seminggu dua saja jika nak dibandingkan dengan sakit jatuh cinta yang mungkin tak akan pulih walaupun perkara tersebut terjadi berbelas-belas atau berpuluh-puluh tahun yang lepas.

Eh. Salam Jumaat dan selamat bercuti kawan-kawan.

Friday, May 3, 2013

Marilah Bertayammum



Disebabkan dah berbalut cantik dan tak boleh kena air, jadi, marilah bertayammum untuk laksanakan Rukun Islam ke-2. Siapa cakap Islam itu susah? Mudah, bukan?