Papan Iklan

Thursday, July 25, 2013

Rest In Peace, Buddy!


Hujung tahun lepas, partner beliau yang 'pergi'. Malam semalam, giliran beliau pulak. Dua-dua kes kena baham dek musang/kucing or whatever menatang spesis makan burung.

Rest In Peace, buddy! 

Nama beliau Pok. Aku sayang giler kat Pok. Terima kasih Pok sebab hidup dengan kami sekeluarga selama setahun dan sebulan lebih. Tak sempat nak sambut raya kali ke-2 dengan kami.

Hidup aku mula sunyi tanpa Pok. T___T.

P/S: Masih berkabung, masih bersedih dan masih menangis.

Tuesday, July 23, 2013

Ramadhan 14


Dah 14 hari orang puasa. 
Dan aku belum layan scene murtabak lagi.

Dah 14 hari orang puasa. 
Dan aku masih berperang dengan nafsu bila ke bazar.

Dah 14 hari orang puasa. 
Dan mulut aku still tak boleh puasa penuh bila aku memandu.

Dah 14 hari orang puasa. 
Dan tahap kesabaran aku masih lagi level 3.

Dah 14 hari orang puasa.
Dan aku dah start operasi pembersihan rumah.

Thursday, July 18, 2013

We're Not....



At the end of our story, we're are not meant for each other and not meant to be together....
.
.
.
.
.
Hmmm.....kalau macam tu, download Despicable Me 2. Layan.

Comel betul minion nih. Rasa nak bela sekoq....

Monday, July 15, 2013

Terawikh #6 1434H Edisi Telekung


Berada di saf kedua, ketiga dan seterusnya saf makin ke belakang memang mencabar.

Apa taknya, telekung warna-warni makcik-makcik yang berada di saf hadapan yang penuh dengan reben dan renda-renda serta di tambah pulak dengan corak yang macam-macam bentuk memang mengganggu konsentrasi bila berterawikh. 

Dugaan betul.

Wednesday, July 10, 2013

Terawikh #1 1434H Edisi Imaginasi


"Allahuakhbarr!" Tok Imam angkat takbir.

Mula-mula, aku gagah berpijak di atas sejadah. Aku dengar dengan khusuk setiap bacaan oleh Tok Imam. Pelan-pelan, aku rasa aku mula hanyut. Antara dengar dan tak dengar. Lama-lama, ntah ke mana-mana aku pergi. 

Dalam kepala, aku imejin yang aku pergi beli kad raya. Untuk poskan pada kawan-kawan rapat serta kawan-kawan lama di tempat kerja dulu. Kemudian, aku pergi pejabat pos beli setem dan poskan sekali. Lepas tu, aku pegi kedai runcit pulak. Beli minyak tanah. Untuk pasang pelita di malam hari. Tak lama kemudian, aku balik rumah. Kasi budak-budak bersayap tu makan roti. 

Seterusnya, yang aku perasan, sedar-sedar dah rakaat terakhir Sembahyang Witir. Eh!!






Setan betul perangai macam gini tau.

Tuesday, July 2, 2013

Menjadi Penulis


Aku selalu bayangkan. Hidup seorang penulis tegar. Hanya di habiskan di depan komputer. 24 jam. Okay. 16 jam saja setelah tolak waktu tidur 4 jam dan 4 jam lagi untuk makan, mandi serta urusan lain. Sambil mengadap komputer. Jejari ligat di keyboard. Mencari idea serta memerah otak untuk susunan ayat yang terbaik. Bila idea stuck, berubah menjadi manusia yang paling serabut, selekeh dan hidup yang tidak teratur sehinggalah melepasi waktu dateline dengan jayanya.

Ini adalah apa yang aku bayangkan saja. Jadi, sila jangan ambil serius. 

Sekarang, mari kita sentuh perkara yang serius.

Bukan semua orang baca apa yang kau tulis. Dan bukan semua orang suka dengan apa yang kau tulis. Sebab mereka bukannya tahu tentang perasaan kau. Jadi, jangan kisahkan mereka. Teruskanlah menulis untuk kepuasan hati kau sendiri.

Sekian.