Mana lagi eksotik?
a) Makan durian. Tapi tak makan tempoyak.
b) Makan tempoyak. Tapi tak makan durian.
Sila jawab.
Papan Iklan
Saturday, July 23, 2011
Wednesday, July 20, 2011
Hanyut, Lemas Dan Karam
Dek leka menongkah arus hidup dan masa.
Ada di antara kita yang hanyut, lemas dan karam.
Semoa selamat semuanya.
Ada di antara kita yang hanyut, lemas dan karam.
Semoa selamat semuanya.
Tuesday, July 19, 2011
Hari Itu
"Cantik!" Bisik gua perlahan. Gua main-mainkan cincin belah rotan yang tersarung di jari manis gua. Rasa indah. Masih hangat. Terasa janggal sedikit.
Dia senyum. Gua sengih. Gua tahu dia gembira. Gua pun sama. Sapa yang tak gembira di hari bahagia sendiri. Lainlah kalau kena tunang secara paksa. Ye dok?
"Tak lama lagi dah. Kan gua dah cakap 10 tahun lepas, hari ini akan berlaku jugak," Dia bersuara dengan yakin. Ungkit kisah silam. Mata coklat cair miliknya terarah pada gua. Berdebar jugak dibuatnya. Yang pasti gua tetap stedi. Tapi, lama-lama gua rasa dada gua sakit. Jantung gua makin laju berdegup. Kepala gua mula berpeluh. Telinga gua berdesing. Gua dengar suara makcik-makcik kelam-kabut jerit nama gua. Tapi gua tak dengar suara dia. Mata gua berat. Tak boleh buka. Gua pejam. Terus gelap.
*****
Gua buka mata perlahan-lahan. Rupanya gua dah berada atas katil gua sendiri. Gua capai henpon. Pukul 4.30 pagi. Lama betul gua tido. Gua cuba ingat balik benda yang berlaku siang tadi.
Cilakak!!!!!!! Setan memang suka bergurau dalam mimpi dengan benda-benda serius macam nih. Bikin jiwa kacau jugak sekejap. Haihh!!!
P/S: Tetiba teringat Situasi Itu.
P/S: Tetiba teringat Situasi Itu.
Monday, July 18, 2011
Perumpamaan
Pendapat aku, HIDUP IBARAT RODA sudah tidak relevan lagi pada masa sekarang.
Lebih afdal kalau HIDUP MACAM ROLLER COASTER. Lagi banyak cabaran. Ye dok?
Subscribe to:
Posts (Atom)