Papan Iklan

Wednesday, July 22, 2009

Akibat Mengusha Anak Teruna Orang Sampai Juling Bijik Mata

Shopping kompleks. Kaunter balut hadiah. Aku suka menyusahkan pekerja-pekerja disitu untuk membalut hadiah kerana aku tidak mahu membazirkan masa aku (yang sebenarnya aku malas).

Aku sedang beratur menunggu giliran dan di hadapan aku ada dua orang mamat yang boleh tahan hensemnya. Oh! Indahnya ciptaan Tuhan. Rezeki jangan ditolak. Aktiviti mencuci mata mula beroperasi.

Ok. Dipendekkan cerita, setelah hadiah mereka siap dibalut dan mengatur langkah untuk pergi, mereka sempat menghadiahkan senyuman yang paling kacak dan bergaya untuk aku. Perghh! Bisa gugur jantung aku. Nasib baik iman aku kuat kalau tak confirm aku minta no henpon diorang (macam la aku berani). Hahaha...

Keesokkan harinya, mata kiri aku bengkak. Merah. Ditumbuhi ketumbit. Pedih. Berdenyut-denyut.

Tobat. Lepas ni, aku tak akan usha anak teruna orang lagi. Insaf sudah.

P/S: Siapa tak suka tengok benda cantik, kan?

8 comments:

Wolfis Black said...

aku pun suka tengok lelaki hensem. hehehehe..

Selamber Rock said...

Wolfis Black
~ Hahaha....tengok je..xsalah pon..ahakss

mugiwara said...

tu baru kat soping koplek je tu...
blom dr luar toilet..


er...dua orang lelaki kacak berdua dua an?

erm...macam ada tanda soal disitu~

Selamber Rock said...

mugiwara
~ mereka bersahabat baik sbb lagak mereka tidak mencurigakan (agaknya)..huhu

puding roti said...

kita kalo tgk org hensem, blh terjelepuk jatuh, tersadung, tergelincir, terlanggar makcik atau tertumpah makanan kt baju snd. tak tentu arah. mmg comot. hik2

Selamber Rock said...

puding roti
~ haha..bahaya tuh..kena belajar control diri yek..

Luca DK said...

gua kalo nak tgk lelaki hensem, gua tgk cermin je. pstu gua ckp dlm ati,

"hensemnya mamat ni!"

Selamber Rock said...

Luca De Ketiak
~ haha.....gua tgk lu je lah..amacam? =P