Dia menyeluk poket jeansnya dan mengeluarkan sekotak rokok yang berwarna merah. Di dalamnya hanya tinggal sebatang saja stok yang masih ada. Dia mengeluh.
"Kena beli baru ni," Dia mencapai kunci motor dan menyusup laju ke kedai yang berhampiran.
"Kak, Dunhill 14 sekotak," Kakak kedai menghulurkan padanya. Mukanya berubah wajah.
"Tak de gambar lain ke kak?" Dia merenung sayu gambar yang dilekat kemas pada kotak rokok tersebut. Gambar janin yang merah, kecil dan ditulis Rokok Penyebab Keguguran Janin.
"Tak de dik. Ini je yang tinggal," Kakak kedai menunggu dengan penuh sabar.
"Errr....Tak pe lah kak," Dia berlalu pergi. Tak sampai hati membeli rokok tersebut dan melihat gambar bayi yang tidak cukup sifat itu. Dia mengambil keputusan untuk ke kedai lain.
Lebih kurang 5minit, dia tiba di kedai lain. Harapannya masih sama. Dia meluru laju ke kaunter.
"Pak Cik, bagi saya Dunhill 14 sekotak, tapi tak nak gambar bayi," Pak Cik berkopiah itu membelakanginya dan menggeleng-geleng kepala.
"Tinggal ini je nak," Pak cik berkopiah menghulurkan sekotak rokok yang bergambar bayi kecil yang ditulis Rokok Penyebab Kelahiran Bayi Pramatang.
Hampa. Dia menolak untuk membeli sekali lagi.
"Tak boleh jadi ni, try cari kat 7E pulak la," Dia masih tidak berputus asa. Meluru laju menuju ke 7E pula.
Ting-Tong. Pintu 7E ditolaknya. Dia menuju ke kaunter. Matanya ligat memerhatikan barisan kotak-kotan rokok yang disusun rapi. Dia tersenyum penuh makna.
"Bro, kasi Dunhill 14 sekotak. Gua nak gambar yang ada paru-paru tuh," Lelaki berbaju merah itu menghulurkan sekotak rokok yang dikehendakinya. Wang bertukar tangan.
Dia puas. Bibirnya tak lekang dengan senyuman. Seolah-olah mencapai kemenangan yang besar. Dia pulang ke rumah dengan hati yang girang kerana dia lebih rela membeli rokok yang bergambar paru-paru yang hitam daripada gambar bayi yang tidak cukup sifat (kerana dia terfikirkan bakal anak-anaknya suatu hari nanti).
P/S: Lelaki dan rokok ibarat irama dan lagu. Hehe..
7 comments:
mmg. dulu kita tak suka tak suka tak suka laki merokok tp skrg dh tak kisah dh. rs mcm tak seksi lak laki yg tak merokok. hik2 hoho~
waklu.apa bezanya bro?
Hahaha.kdg2 kamu kelihatan sgt kebapaan jugak ye?
Puding
~ susah nak cari lelaki yg suci dari rokok sekrg..
kuwe
~ hehe..bile hidup sendirian jauh dari famili, semua sifat kena ada..haha
oit...aku tak merokok.hahaa
stingray
~ ye ke? bagus betol..haha
hahah berbeza lak hal ko nie!! kalau cerita versi aku lelaki ni nak yg gambar keguguran ceh.. entah apa punya manusia la kan!!
Boneka
~ hehehe...lain org lain ragamnya..
Post a Comment