Papan Iklan

Tuesday, January 26, 2010

Perihal Baru Dan Lama

Surau opis. Aku masuk. Buka tudung. Buka kain baju kurung (aku pakai kain dalam yek, jangan pikir yang bukan-bukan). Duduk dan bermalas-malasan.

Kak Pidah dah siap solat. Mengadap cermin. Pakai tudung. Kasi cun sikit. Bai pun dah siap solat jugak. Tengah lipat telekung. Aku masih lagi bermalas-malasan.

Kemudian, Kak Pidah bangun. Membetulkan kainnya. Dan.. 'PLAAAPPPP!!'

"Wah, getah baru ke Kak?" tanya Bai. Tangannya sibuk memasukkan telekungnya ke dalam beg kertas.

"A'ah..baru beli. Cuba Bai buat pulak. Hehehe!" Kak Pidah gelak.

Bai bangun. Berdiri. Pakai kain baju kurungnya. Membetul-betulkan mana-mana yang patut. Aku dah selamat beraksi dalam acara kuak lentang. Dan.... PPEEEPP!

"Haha..getah dah longgar la Kak," Bai gelak.

"Turn Aju pulak. Buatlah," Arah Kak Pidah.

Aku bangun. Berdiri. Menggeliat. Betulkan urat. Dan.. PPAAP!

"Alaaa...saya pakai yang lama. Tahun lepas punya," Aku kalah dalam pertarungan tersebut.

Kami tibai gelak. Tak senonoh punya perangai. Dalam surau boleh buat pertandingan betulkan spender. Astagfirullahalazimm......

12 comments:

afendi ariff said...

Ceh!Kurang sivik betul...

MOFASAD said...

hahaha....

agak suci dalaman..buruk luaran.. hahaha

Firol said...

huiiii...apadaa!!!!

Yuki Yusuf said...

kehkehkeh
dasyat

yg_indah said...

hahahha ada pertandingan camtu rupanya

Izwan Komari said...

gile dasyat!!pertandingan yg bleh dicube...nk try la nnt kat budak kelas

farwalis said...

perghhh nak wat jugak a kat tengah opis

Selamber Rock said...

affendi::
hahaha....bior kurang sivik, jgn kurang ajor..

farid::
hahaha..betol2..

firol::
hahaha...normallah tuh..

Selamber Rock said...

koyuki::
jom kita lawan pulak..nak?
wakakkakaka

yg indah::
kreatif, kan?

atan::
sila2...hadiah sponsor sendiri

farwalis::
agak2 tak malu wat laaa..hahaha

mimizuzuhaha said...

buruk jgk perangai hahaha xleh blah

abigemok said...

adeh... korang ni memang betul la.. ;D

Evrything beautiful

Selamber Rock said...

mimi::
xper...jadi diri sendiri..buat apa nak kaver2 cun..hahaha

kyuubi::
hehehe..hidup mesti ceria...