Papan Iklan

Thursday, March 4, 2010

Perihal Jiwa Kacau

Sebenarnya, dari minggu lepas lagi jiwa tak tenteram. Tapi sejak dua hari lepas, makin menjadi-jadi tahap jiwa kacau. Buat itu tak kena. Buat ini tak kena. Sekejap ok. Sekejap tak ok. Hati rasa tak tenang. Jantung asyik berdebar-debar. Dada macam nak pecah. Sakit. Macam nak luruh paru-paru nih pun ada.

Kebelakangan ini, selera nak tulis blog pun dah lari 40 kilometer. Apatah lagi kat opis. Tugasan kerja telah dirombak secara besar-besaran dan diatur semula. Memang buat kepala aku jadi migrain petala ke-8. Lagi satu hal nak buat balancing kerja yang baru.

Dalam kepala, memang tak boleh fokus langsung. Ada je benda yang tak kena. Lalok semacam. Mengalahkan mat gian. Nak kata aku mat pit, aku bukannya jenis yang suka telan ubat.

Semuanya telah dicampur adukkan. Dah jadi rojak. Apa yang berlaku di sekeliling memang tak terjangka. Satu-persatu. Aku rasa hidup aku dah macam main jigsaw puzzle. Kena susun satu-persatu. Leceh. Tapi bila dah siap, mesti cun walaupun ambil masa yang agak lama, kan?

Yang penting sekarang nih, kena mula cari klu yang pertama dulu. Baru boleh settle yang lain-lain. Err...tapi, macam mana nak mula cari??

16 comments:

hanie said...

g ke kaunter Lost & Found..
hahaha..

yang penting kasik rilek dulu..
baru mari cara..

:P

. said...

cari kat google boleh kot.

makwe joni said...

aiseh..aku pun tgh cr 1st klu..x jumpa2 lg..jom r carik sm2

alhariesz said...

mulakan ngan bismillah, kendian muhasabah diri...

pasti ketemu (cam indon plak) ikekekekekeke

afendi ariff said...

jigsaw kecik2 blh la...
kena yg 5000 pieces?
lama jgk nk kena tunggu tu....
heh!

paiseh said...

dah bosan idup?

Unknown said...

aku pun tgh kacau

Hafiz Yusof said...

chill k

Selamber Rock said...

hanie::
aku ingat nak lepak kat kampung 2bulan..agak2 buleh x?

nizam::
sungguh bernas idea kamu..hoho

citah::
orait..jom cari sama2..

alhariesz::
terima kasih..insyaAllah akan dipraktiskan ya mas...(slang indon jugak..hehe)

afendi::
tau xper..jenuh woo nak susun yg 5000pcs tuh..maunya 4tahun xsiap lagi..isk..

paiseh::
benda2 yg berlaku disekeliling yg membuatkan hidup jadi busan..

~0~::
welkam to the club jiwa kaco..haha

embun::
thanks dude...=)

Firol said...

J dari haritu punya sakit ke?..ayooooo rilek2.. cari ubat

mishaq said...

kasi diri tenang dulu, pastu wat keje pelan2 yer.. ^__^

MANATRAHDAZZLE said...

ko keja apa sis?

MOFASAD said...

@KEJORA


sekarang kerja bawah orang memang menyusahkan diri sendiri..

cara terbaik untuk berubah adalah melalui hati kata kita mahu berubah dengan lebih bagus....

Joe said...

makan mekdi jom

Mak Su said...

cari kat cermin ajaib boleh kot (?)

Selamber Rock said...

firol::
sakit kepala...huhuhu...aku mana suka mkn ubat..isk!

mishaq::
baik cik adik..insyaAllah...

man::
keje dgn boss aku..hehe

farid::
terima kasih atas nasihat anda..memang motivasi kerja aku agak down kebelakangan ini...

joe::
mekdi? xbesh..jom cari kedai lempeng yg sedap..nak?

mak su::
mana nak cari cermin ajaib pulak? huhu...