Kata pepatah. Diam-diam berisi. Macam ubi dalam tanah (tiada kaitan dengan kartunis ubi).
Kata KRU. Diam itu pintar. Betul jugak. Orang yang bijaksana memang tidak bercakap banyak.
Kata orang tua. Diam itu tanda setuju. Tapi aku tak setuju 100% dengan pendapat ini sebab di akhirnya masih lagi tidak ada kata putus. Mengiya pun tidak. Menidak pun bukan. Tergantung.
Ada kalanya, aku diam bukan erti aku tewas. Aku diam kerana tiada sebab untuk aku berkata-kata.
Daripada aku mengumpat, mengutuk, mengata atau mengebang tak tentu hala. Baik aku diam. Kurang sikit berat belah kiri. Ye dok?
Dan daripada aku melalut tak tentu pasal dalam blog ini. Baik aku diam jugak. Biarlah bersawang dari aku menulis yang bukan-bukan (tapi memang aku banyak tulis benda-benda yang merepek pun). Haih!
Juga. Bila idea dan ilham berada tahap kering kontang. Jawabnya, memang aku diam, senyap, sunyi dan sepi la.
Eh? Apedehal aku merepek nih? Kan blog dah update nih. Aku dah tak diam lagi la kan?
"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
(Riwayat ABU NAIM)
11 comments:
oklah aku diam
kalu aku cekgu, dah lama aku bg tanda A+...
hoi!!!!!!!!!!!
syyyyhhhh.....
aku pun nak diam jugaklah..
banyak dosa nanti
dah lama cari hadis tu. terima kasih... :)
[ok, boleh zip mulut skang]
SY PUN pendiam awk. awk percaya tak sy pendiam?
ikhlas,
wanita pendiam
eh tak ada kaitan komen dgn entri. tak apalah. belasah je lah. eh, tapi sy mmg pendiam. oh. pendiamnya sy. ok. sopan.sopan
jom sama2 diam
:P
...
insaf.....
Post a Comment