Pasar Payang. Tengah syok dok usha keropok dengan kakak, tetiba perut aku buat hal. Memulas. Memang kes kecemasan yang amat. Dan-dan tu jugak kena cari toilet. Terus pergi toilet surau berdekatan. Perghh! Tuhan je yang tau azabnya. Syiling 20 aku hulurkan pada kakak yang pakai spek hitam besar ala-ala Paris Hilton. Di pintu toilet tertera sekeping nota yang berbunyi 'SILA TANGGALKAN SELIPAR/KASUT ANDA'.
Sebagai anak jati Terengganu yang patuh pada arahan, aku tanggalkan selipar jepun hitam aku kat tepi tangga dan sarungkan selipar jamban yang telah disediakan oleh pihak yang berkaitan. Bagus jugak. Tak la basah selipar aku nanti. Kakak aku pulak setia menunggu aku dengan sabar di luar toilet.
Kira-kira 5-10 minit kemudian, selesailah sudah urusan penting aku. Bila aku keluar dari toilet, aku tengok kakak aku dah menghilangkan diri. Tak pe. Aku tak kisah. Mungkin dia pergi beli air kot. Andaian aku kerana cuaca agak panas hari tuh. Tapi, yang aku kisah sangat nih, selipar jepun hitam aku pulak yang hilang. Cesss! makhluk mana pulak yang rembat selipar kesayangan aku nih? Haram jadah betul. Hati aku dah mula panas membara. Aku mula syak yang pengguna toilet no.1 yang pakai selipar aku kerana sepasang sandal yang tapaknya setebal 4 inci tersusun cantik di tepi tangga toilet di mana tempat sepatutnya selipar jepun hitam aku berada.
Tak pe. Aku tunggu dengan agak sabar jugak. Walaupun dalam hati hanya Tuhan je yang tahu betapa banyaknya kata-kata sensor yang sememang tak terkeluar dari mulut aku. Tak lama lepas tu, kakak aku datang dan aku ceritakan padanya pasal selipar aku. Lebih kurang 15 minit jugaklah, barulah seorang makcik (tak tua sangat pun) keluar dari toilet dengan wajah yang puas. Aku tengok kaki dia. Sah. Sepasang selipar jepun hitam yang aku kenal sangat telah basah.
Tak pe. Aku tunggu dengan agak sabar jugak. Walaupun dalam hati hanya Tuhan je yang tahu betapa banyaknya kata-kata sensor yang sememang tak terkeluar dari mulut aku. Tak lama lepas tu, kakak aku datang dan aku ceritakan padanya pasal selipar aku. Lebih kurang 15 minit jugaklah, barulah seorang makcik (tak tua sangat pun) keluar dari toilet dengan wajah yang puas. Aku tengok kaki dia. Sah. Sepasang selipar jepun hitam yang aku kenal sangat telah basah.
"Acik pakai selipar saya. Bukan selipar tandas," Tegas aku dengan garang. Aku jeling barisan selipar jamban yang telah tersedia yang ada bulat-bulat kecik pada permukaan fizikalnya.
"Oh! Sori ek," Dia menanggalkan selipar jepun hitam aku. Sarungkan sandal yang tapaknya setebal 4 inci. Tanpa rasa bersalah. Tanpa kata-kata maaf yang bikin hati aku tenang. Dia hanya berlalu pergi.
"Cilakak!!!!" Sumpah hati setan aku secara berhemah. Dan aku menyesal kerana tak campakkan sepasang sandal yang tapaknya setebal 4 inci ke dalam air laut yang berhampiran.
12 comments:
haha..ada bau tak selipar tu?
akak tu tercirit la kot
x menyempat2
campak jerk lain kali.suka suki jerk.....
pehhh...gila weh
hehe. ajak acik tu berenang la. sama2 basah nnt. baru adil
kahkahkah!
makcik tu keliru antara sliper dan 'sandel tumit tinggi' kau kot. ini satu penghinaan!
kahkahkah!
Kalau gua jadi makcik tu, gua susun selipar jepun tu balik dekat selipar-selipar tandas. He he.
ahk..selipar bkn sebarang selipar..
ini selipar..Padini mariii! kau ada?
hahahahahah..kesian kita kan koq..pengguna selipar jopun yg selalu teraniaya.. =_="
pasni pakai kasut kuning mcm phua chu kang
yuki ~ xde..dah basah lencun..
alien ~ agak2 la xnyempat pun..selipar jamban byk kat situ
mawar cantik ~ err..lain tahun la aku buat..
citah ~ ye..makcik tu mmg gile sbb xkenal selipar jamban
caki ~ xde makna weh...
hanggokan ~ aku xde 'sandal tinggi' aku cuma ada sepasang selipar jepun kaler itam je..
sang harima ~ xpayah susah2 nak susun, aku dah tunggu dpn pintu toilet dah masa tuh..
kak cho ~ huhuhhuu...selipar aku brand banana peel je..padini xngam..kehkehkeh..mmg kita nih mgsa keadaan..
nil ~ xde saiz ngan aku..
makcik-makcik kat terengganu ni kadang-kadang memang bermasalah.
eyemeroll ~ masalahnye makcik yg rembat selipar aku tu adalah org luar dari terengganu..
Post a Comment