Rumah aku rumah kampung. Automatik, bila rumah kampung, mesti ada jamban lama kat belakang rumah. Aku lagi suka membuat 'urusan' di jamban lama ni dari jamban yang kat dalam rumah. Sebab boleh feeling lama-lama sikit dan tak mengganggu orang lain nak guna bilik air. Dan, untuk pengetahuan kat belakang rumah aku jugak ada pokok buluh tua.
Ok. Benda yang boleh buat aku rasa jahanam bila nak 'berurusan' adalah masa yang boleh bikin aku tak jejak tanah dan tak toleh belakang. Iaitu waktu malam atau waktu subuh. Dengan ditemani oleh lampu suluh pesen hidup segan mati tak mahu memang betul-betul mencabar mental aku.
Bagi aku, rasa jahanam tahap berdebor adalah bila sedang 'berurusan' tiba-tiba dalam kepala terfikirkan 'binatang yang panjang-panjang' sedang menjenguk dari luar. Yang itu aku boleh kontrol lagi. Rasa jahanam tahap kedua rasa berdebor nak tutup mata dan telinga pulak, tiba-tiba dalam kepala terpikirkan bunyi mendayu-dayu atau orang bisik duk panggil nama aku. Yang itu memang aku dah bekalkan macam-macam surah lazim dalam kepala dan hati.
Tapi, rasa jahanam yang paling tak boleh aku terima ialah tiba-tiba dalam kepala, aku terbayangkan yang aku tersuluh kat 'tetamu' yang tak diundang, sedang berdiri tegak kat pokok buluh tu dengan pakaian rasmi kaler putih, rambut panjang mengerbang dan tengah merenung kat aku. Tak pun, yang berpakaian ala-ala tentera Jepun tapi tak de kepala. Atau, yang berbungkus elok duk tengah melompat-lompat.
Aku syak, mahu tak cukup tanah aku lari nanti. Dan aku harap jugak, towel aku masih kemas berlilit di pinggang. Eh, bulan puasa ni, mana ada hantu kan?
12 comments:
tau xpe
manade hantu wei
waa . bestnya rumah ala2 kampung .
keh3.
Jangan takut wehh.
Mende tu pun makhluk tuhan jek. Die dok diam terpacak, kamu pulak boleh bergerak.
Jadi? Ambil batang penyapu tibai dia barang dua.
biar dia insaf.
Tapi kalau ulat patut lari. Haha.
Belum pernah lagi jumpa dengan makhluk itu, dan minta-minta dijauhkan. Haha.
keh2..
ko jumpe, ko sergah je la dia
wat cam abi hurairah le koq...pakai tudung saji...
gagaggagagggagaga
apa susah, aku kira lampu picit tu cukup sakit kalo ko hayun ke kepala momok yg kalo tetiba menjengah. hehe
aku rasa takyah risau kot kalau dijenguk makhluk2 pesen melanggar hukum fizik ni.
sebab konfem2 kita dah pengsan dulu haha
ada ja hantu..hahahaha.
yang serupa hantu laagi banyak
ari2 aku jupe ank 'antu'..kn sekeh sokmo dgn aku..huahahai
baru la feeling nak melepas :P
ular the worst 1....
demmm.. teringt masa umah kodai yg dulu2... ulau belingkau dlm jamban
Post a Comment