Papan Iklan

Thursday, January 2, 2014

Azam


Fesbuk dan twitter aku penuh dengan status dan post perihal azam baru.
Ada yang nak score exam.
Ada yang nak kahwin.
Ada yang nak tambah anak.
Ada yang nak kurus.
Ada yang nak kaya.
Macam-macamlah yang ada.

Azam aku? Takde.
Sebab tiap-tiap malam aku berazam nak tidur awal.
Sudahnya, selagi tak pukul 2.00pagi, selagi tulah mata aku masih tak lelap.
Susah betul nak capai azam yang satu nih.

*sigh*

2 comments:

Sang Harima said...

Saya ni belajar Sains Kak. Jadi untuk senangkan tidur, saya nak cadangkan dua tiga perkara.

1-Banyak lakukan aktiviti yang memenatkan dan mengeluarkan peluh seperti membakar sampah, menyapu halaman rumah dan repair motor pada siangnya.

2- Jangan selalu tidur pada waktu petang selepas Asar dan lepas Maghrib.

3- Cuba jangan tidur pagi, tapi amalkan tidur tengah hari sekejap. Lepas tu bangun balik bila dah nak petang. Tidur sampai petang tak kena juga.

4- Bersihkan diri bila masuk malam hari. Mandi tu, jangan kedekut sangat.

5- Pastikan tempat tidur seringkali bersih. Biar tiap kali kita baring tu, rasa macam baring atas kain baju yang baru lepas soflan. Amboi, takkan masa kecik kecik dulu tak pernah buat?

6- Apa lagi ya? Dok ingat doh..

Hmm..

Selamber Rock said...

Rima ~ amboi, panjangnye tips..terima kasihlah..