Hari ini. 26 tahun. Satu angka telah berganjak.
Mata dah rabun dan silau yang boleh menyebabkan sakit kepala petala migrain.
Kulit pun dan mula berkedut-kedut.
Ada pulak rambut kaler putih yang tersesat sehelai dua.
Stamina juga dah pancit dan tak 'taf' lagi macam zaman sekolah dulu.
Tanpa sedar, selama 26 tahun ni, Tuhan dan tarik nikmat yang Dia pinjamkan pada aku secara perlahan-lahan.
Untuk hari ulang tahun ini aku berdoa dan berharap, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dirahmati Tuhan selalu.
Yang istimewanya, kelahiran LAGEJ adalah hadiah yang paling bermakna dan istimewa.
Salah satu tanda wujudnya aku dimuka bumi Tuhan, juga dikalangan bloggers.
Alhamdulillah.
Terima kasih kepada
En. Firol kerana turut memilih aku untuk menyerikan lagi LAGEJ.
Terima kasih kepada bloggers yang setia memberi komen serta kutukan juga nasihat,
Koyuki, ~0~, Nizamsani, Pudingroti, Acap, Affendi, Frodo, Hanie, Alhariesz, juga
Pett (yang tidak putus-putus membebel kat aku sebab ko kan abang), dan kawan-kawan yang lain (maaf aku tak ingat semua).
Terima kasih juga pada yang pernah hadir dalam hidup aku.
Arigato Gozaimassss.....aku sayang semua kawan-kawan aku (dah nak leleh dah nih).
~ Ketika entri ini ditulis, aku masih lagi berdoa agar brader yang memandu van poslaju cepat-cepat sampai ke opis aku dan memegang sekotak courier yang berisi LAGEJ yang tertulis nama aku bukan nama staff lain ~