Papan Iklan

Showing posts with label Sakit. Show all posts
Showing posts with label Sakit. Show all posts

Tuesday, May 28, 2013

Putus


Putus selera lagi seksa dari putus cinta. Percayalah. Kalau putus cinta paling koman pun kau frust menonggeng je. Yang teruknya hati kau je lah yang 'sakit'. Jika nak dibandingkan dengan putus selera yang menyebabkan kau hilang nikmat makan, dehydration dan weight loss dalam masa 24jam, betul-betul buat kau berubah jadi rupa zombi hidup.

Ok. Keep calm dan makan ubat.

Wednesday, February 15, 2012

Ponteng


Niat yang gua pasang untuk malam nih.

'Sahaja gua ponteng keje esok hari kerana bos tak kasi datang'.

Macam biasa. Bila gua demam mesti siap pakej lengkap sekali iaitu selsema, batuk dan sakit kepala. Dek azab sangat bos gua tengok keadaan gua yang memang kronik nih, dengan sempoinya dia sound sepam siang tadi.

"Lu sakit-sakit macam ni, esok lu tak payah datang. Nanti lu bikin jangkit dengan suma olang"

Amacam?

Alang-alang esok ponteng keje, layan drama Jepun dululah malam ni sebarang dua sebelum pengsan dek penangan panadol. Hehehehe...


P/S: Lawan demam dengan adik gua. Dia pun sama kronik dengan gua. Tak pasal-pasal berebut panadol, strepsile dan 100 plus. Haih!

Wednesday, September 21, 2011

Sakit Tekak


Dah dua hari gua sakit tekak. Batuk sikit-sikit. Azab jugak bila telan liur. Apatah lagi masa makan. Tapi, gua masih steady. Tengahari tadi gua telan nasi berlaukan ayam goreng, kuah rendang dan sayur taugeh. Untuk dinner, gua dah tapau paprik ayam siap-siap lepas balik keje tadi. Hujung minggu ni, gua plan nak makan masak lemak cili api kat kampung. Tak lupa jugak open house member-member dengan menu yang boleh tahan sedap sehingga menyandar kekenyangan.

Dan, gua abaikan nasihat doktor petang tadi.

"Minum air banyak-banyak. Jangan makan pedas!!!"

Eh. Tak berdosakan gua tak ikut cakap doktor? Ubatkan ada. Ye dok?

Monday, August 16, 2010

Zombie Jelmaan

Ada rupa Zombie Kampung Pisang tak?


Jumaat lepas. Satu badan aku diserang sakit gatal-gatal sampai tak cukup tangan nak garu.

Doktor cakap aku salah makan. Alahan. Siap kena cucuk. Tak la sakit sangat kalau kena cucuk kat lengan je. Tapi, bikin aku pitam jugak sekejap. Free-free je dapat 2 jenis ubat telan dan ubat sapu. MC pun dapat. Hahaha..

Bila aku balik rumah Omak, banyak pulak versi pendapat tentang penyakit misteri aku nih. Majoriti sedara-mara aku cakap aku terkena penyakit 'Kolinggato' (ni orang nogori yang cakap. Kalau salah sila betulkan. Tak payah google. Kompen tak de info sebab aku dah try. Haha).

Antara punca 'Kolinggato' adalah seperti berikut. Pergi la main dalam semak tak pun dalam hutan. Pasti kena punya. Ada jugak yang kata aku nih kena taik ulat. Lepas tuh pulak, ada yang cakap habuk-habuk halus atau hama yang melekat kat badan aku punca badan aku gatal-gatal. Yang paling best, ada yang kata aku nih kena sampuk atau tegur dengan 'orang halus' yang berkenan dengan aku. Seram seyhh! Bila fikir balik, bila masanya aku pergi main dalam semak atau hutan? Hari Jumaat hari tu aku pergi Putrajaya je. Misteri sungguh nih.

Lepas tuh, banyak pulak petua yang aku dapat untuk merawat penyakit gatal-gatal atau 'Kolinggato' dari orang-orang yang berpengalaman nih. Ada yang cakap bakar daun kelapa dan asapnya tu dihalakan pada seluruh badan. Atau, minum air kelapa banyak-banyak dan sapu air kelapa pada seluruh anggota badan. Tak pun bubuh je kapur satu badan bagi panas. Entah ler. Aku buat yang senang je la. Bubuh kapur satu badan (tu yang rupa macam Zombie je tuh), minum air kelapa banyak-banyak dan sapu je air kelapa tu satu badan. Lepas tu, doa dan tawakal je lah. Jangan lupa selawat sekali. InsyaAllah.

Apa yang penting. Aku dan beransur pulih. Alhamdulillah. Anggap je lah dugaan Allah dibulan puasa nih. Sesungguhnya, penyakit itu penghapus dosa. Kan?


Monday, January 25, 2010

MC

Jumaat hari tu. Lepas aku tulis entri Sakit Itu Penghapus Dosa, Kan?, terus Kak Pidah bawak aku ke klinik (aku berlagak, konon-kononnya nak pergi sendiri ke klinik lepas kerja tapi hampeh, tak tahan).

Lepas check termasuklah timbang berat aku. Doktor tu tanya aku.

Doc: Nak mc?
Aku: Ermmm...
Doc: Berapa hari nak?
Aku: Hari ni je lah Doc.
Doc: Ok. Saya bagi mc hari ni (Jumaat). Esok (Sabtu) kerja?
Aku: Esok tak kerja.
Doc: Then, saya bagi u mc hari Ahad sekali la.
Aku: ..................... (blurrrr)

Doktor tu gelakkan aku jer.

Kat opis. Aku asyik mengusung sekotak tisu. Srrroooottttt!!!

Friday, January 22, 2010

Sakit Itu Penghapus Dosa, Kan??

"Ssrrooottttttt!!!""

" Uhukk! Uhuukkk!!"

"Accchhhommmmm!!!"

Satu badan sengal-sengal.