Papan Iklan

Saturday, June 1, 2013

Versus 2


Usai majlis akad nikah seorang kawan tadi serta perut yang kenyang diisi dengan nasi dagang, aku dan member kamceng, Nor, pelan-pelan beransur pulang.

Aku toleh jam tangan. Lebih kurang pukul 10.30 malam.

"Dang lagi ni balik tengok Versus kejak. Tahu sape menang bereh doh," Kata aku pada dia.

"Isyhh! Mung tengok benda lagha gitu. Bawok insaflah," Sound dia pada aku dengan selamber badak.

Aku. Terkedu. Lupa yang dia dah ada tittle Hajjah.

T__________T.................

Tuesday, May 28, 2013

Putus


Putus selera lagi seksa dari putus cinta. Percayalah. Kalau putus cinta paling koman pun kau frust menonggeng je. Yang teruknya hati kau je lah yang 'sakit'. Jika nak dibandingkan dengan putus selera yang menyebabkan kau hilang nikmat makan, dehydration dan weight loss dalam masa 24jam, betul-betul buat kau berubah jadi rupa zombi hidup.

Ok. Keep calm dan makan ubat.

Friday, May 24, 2013

Jatuh


Aku lebih rela jatuh tangga banyak kali dari jatuh cinta berkali-kali. Jatuh tangga sakitnya cuma seminggu dua saja jika nak dibandingkan dengan sakit jatuh cinta yang mungkin tak akan pulih walaupun perkara tersebut terjadi berbelas-belas atau berpuluh-puluh tahun yang lepas.

Eh. Salam Jumaat dan selamat bercuti kawan-kawan.

Friday, May 3, 2013

Marilah Bertayammum



Disebabkan dah berbalut cantik dan tak boleh kena air, jadi, marilah bertayammum untuk laksanakan Rukun Islam ke-2. Siapa cakap Islam itu susah? Mudah, bukan?