Papan Iklan

Thursday, July 30, 2009

Petang Semalam Yang Cuak Tahap Gaban

Opis. 1600hrs. Lagi sejam nak balik. HOD mc. Aku dan budak-budak opis syak kes pembawakan budak.

Aku agak bz siapkan kerja yang banyak. Tengah syok layan kerja, tetiba budak-budak nih dipanggil oleh Ms Wong (PA big boss) naik tingkat atas. 3 orang sekali pergi. Aku dah rasa tak best. Apa kes pulak nih tetiba semua orang kena panggil?

Aku buat-buat tak tau je. Lepas 5 minit, member aku, Suba, Nora dan Shella turun.

"Ms Wong panggil sorang-sorang," Suba masuk dengan muka masam

Tiba giliran Bai, Myza dan Umi naik tingkat atas. Aku berdebar. Darah tinggi dah naik nih.

5 minit kemudian, diorang turun.

"Azura! Rafidah! Ms Wong panggil," Bai masuk dengan muka yang serius.

Aku cuak. Pucat. Kecut perut. Takut. Seram. Kepala aku dah fikir macam-macam.

"Jom Jue, Akak dah cuak nih," Kak Pidah pandang aku.

"Saya risau kak. Ntah-ntah pasal kapal-kapal Platinum tu kot?" Aku buat spekulasi aku sendiri.

"Kita naik je lah. Tahan telinga je kalau Ms Wong marah," Kak Pidah cuba menyedapkan hati aku.

Maunya tak cuak sebab Kak Pidah sourcing kapal-kapal yang berhantu tu dan aku yang arrrange serta monitor delivery store. Sah, mesti aku dan Kak Pidah kena tembak dengan Ms Wong. Mampus.

Aku dan Kak Pidah cepat-cepat mengatur langkah ke tingkat atas. Di tangan tergenggam kemas pen dan kertas konon-kononnya nak catit nota. Mulut tak lepas-lepas selawat dan doa.

Setibanya di tingkat atas, Ms Wong tengah on the phone. Wajahnya memang serius. Aku dan Kak Pidah telan liur. Berserah je apa yang bakal terjadi.

"Kamu!!!" Ms Wong bersuara memandang kami. Aku dan Kak Pidah menghampiri meja Ms Wong.

"Ambil itu kek solang satu. Supplier bagi ini kek lorr.." Ms Wong tunjukkan potongan kek yang telah siap di bahagi-bahagikan di meja sebelah. Aku dan Kak Pidah blurr.

"Kek??" Aku terpinga-pinga.

"Ya lah. Kamu ingat apa?" Ms Wong hairan melihat aku dan Kak Pidah yang blurr.

"Laa..makan kek rupanya," Kak Pidah gelak. Mukanya sudah jernih kembali.

"Iya la..abis tu dolang tak inform apa-apa ka?" soal Ms Wong

"Tak. Diorang cakap Ms Wong panggil sorang-sorang dan marah-marah," Aku pun dah start gelak. Lega.

"Haiiyaaa! Saya mana ada malah lu orang maa...Patut la suma olang bawak buku dan pen. Bai siap bawak buku tulis. Ha..ha..," Ms Wong pun gelak sekali.

Siot. Budak-budak nih kenakan aku dan Kak Pidah. Dan-dan tu jugak aku telan kek tuh. Wakena beb!. Huh!

Wednesday, July 22, 2009

Akibat Mengusha Anak Teruna Orang Sampai Juling Bijik Mata

Shopping kompleks. Kaunter balut hadiah. Aku suka menyusahkan pekerja-pekerja disitu untuk membalut hadiah kerana aku tidak mahu membazirkan masa aku (yang sebenarnya aku malas).

Aku sedang beratur menunggu giliran dan di hadapan aku ada dua orang mamat yang boleh tahan hensemnya. Oh! Indahnya ciptaan Tuhan. Rezeki jangan ditolak. Aktiviti mencuci mata mula beroperasi.

Ok. Dipendekkan cerita, setelah hadiah mereka siap dibalut dan mengatur langkah untuk pergi, mereka sempat menghadiahkan senyuman yang paling kacak dan bergaya untuk aku. Perghh! Bisa gugur jantung aku. Nasib baik iman aku kuat kalau tak confirm aku minta no henpon diorang (macam la aku berani). Hahaha...

Keesokkan harinya, mata kiri aku bengkak. Merah. Ditumbuhi ketumbit. Pedih. Berdenyut-denyut.

Tobat. Lepas ni, aku tak akan usha anak teruna orang lagi. Insaf sudah.

P/S: Siapa tak suka tengok benda cantik, kan?

Tuesday, July 21, 2009

Kejora

Jika aku ditakdirkan untuk menjadi bintang-bintang yang bertaburan menghiasi ruang langit angkasa, aku adalah bintang yang paling kecil dan kerdil.

Tiada sinar. Tidak berseri. Malap.

Itulah aku.

Friday, July 17, 2009

Pantun Berkerat-Kerat Sempena Dijangkiti Selsema

Kepala Sakit,
Suara Serak,
Tekak Perit,
Batuk Kahak,
Hidung tersumbat,
Pergi Klinik,
Dapat Ubat.

Hahahaha..