20 tahun dahulu. Yang aku ingat.
Dia suka belikan aku gula-gula.
Dia selalu bermain dengan aku setiap petang.
Dia tidak pernah tinggikan suaranya padaku.
Dia sentiasa di sisi aku.
Mak kata.
Dia paling baik antara kami.
Paling bijak antara kami.
Juga, paling kacak antara kami.
Semua orang sayangkan dia. Kami. Jiran-jiran.
Saudara-mara. Kawan-kawannya. Cikgu-cikgunya.
Dan Tuhan juga.
Sebab itu Tuhan pinjamkan dia sekejap saja pada kami.
Kini, aku mengerti.
Tidak banyak kenangan aku dengannya.
Tapi. Yang paling tidak boleh aku lupa dan tidak akan lupa, sewaktu sekujur tubuhnya terbaring kaku ditengah-tengah rumah. Di selimuti dengan gebar kain batik. Bau kemenyan meresap ke serata rumah. Dan, air mata mak tak henti-henti mengalir.
Aku berharap, jikalau ada mesin perentas masa,
aku mahu kembali ke zaman itu.
Waktu jasad dan rohnya masih lagi bersatu.
Waktu dia mampu lagi berlari-lari dengan aku.
Waktu sebelum dia terbaring kaku.
Al-Fatihah.
13 comments:
alfatihah~
kalau ada mesin tu, bagi saya pinjam. Kita sama2 rentas masa nak?
T.T
al fatihah buat allahyarham..
jangankan ko aku pun kalu dapat nak jugak bertemu dengan yang tiada rasa tak puas lagi.....
al-fatihah
al fatihah buat dia
al fatihah...
apa yg ada pada kita..semua pinjaman..
smp masa..di ambil balik..
aku rindukan dia.....
al-fatihah weih
banyak2 berdoa kepadanya
alfatihah utk si dia..
doakan bwt yg terbaek utk dia..
Al-Fatihah buat arwah...
moga dicucuri rahmat... Amin....
byk2kan doa....insyaAllah, tentu dia menanti dengan gembira di Syurga....
al fatihah juga. sedih pulak. sob sob
ye....aku pun penah rasa!
kalolah wujud mesin 2..
em.rindu juga.
Post a Comment