Papan Iklan

Monday, August 16, 2010

Zombie Jelmaan

Ada rupa Zombie Kampung Pisang tak?


Jumaat lepas. Satu badan aku diserang sakit gatal-gatal sampai tak cukup tangan nak garu.

Doktor cakap aku salah makan. Alahan. Siap kena cucuk. Tak la sakit sangat kalau kena cucuk kat lengan je. Tapi, bikin aku pitam jugak sekejap. Free-free je dapat 2 jenis ubat telan dan ubat sapu. MC pun dapat. Hahaha..

Bila aku balik rumah Omak, banyak pulak versi pendapat tentang penyakit misteri aku nih. Majoriti sedara-mara aku cakap aku terkena penyakit 'Kolinggato' (ni orang nogori yang cakap. Kalau salah sila betulkan. Tak payah google. Kompen tak de info sebab aku dah try. Haha).

Antara punca 'Kolinggato' adalah seperti berikut. Pergi la main dalam semak tak pun dalam hutan. Pasti kena punya. Ada jugak yang kata aku nih kena taik ulat. Lepas tuh pulak, ada yang cakap habuk-habuk halus atau hama yang melekat kat badan aku punca badan aku gatal-gatal. Yang paling best, ada yang kata aku nih kena sampuk atau tegur dengan 'orang halus' yang berkenan dengan aku. Seram seyhh! Bila fikir balik, bila masanya aku pergi main dalam semak atau hutan? Hari Jumaat hari tu aku pergi Putrajaya je. Misteri sungguh nih.

Lepas tuh, banyak pulak petua yang aku dapat untuk merawat penyakit gatal-gatal atau 'Kolinggato' dari orang-orang yang berpengalaman nih. Ada yang cakap bakar daun kelapa dan asapnya tu dihalakan pada seluruh badan. Atau, minum air kelapa banyak-banyak dan sapu air kelapa pada seluruh anggota badan. Tak pun bubuh je kapur satu badan bagi panas. Entah ler. Aku buat yang senang je la. Bubuh kapur satu badan (tu yang rupa macam Zombie je tuh), minum air kelapa banyak-banyak dan sapu je air kelapa tu satu badan. Lepas tu, doa dan tawakal je lah. Jangan lupa selawat sekali. InsyaAllah.

Apa yang penting. Aku dan beransur pulih. Alhamdulillah. Anggap je lah dugaan Allah dibulan puasa nih. Sesungguhnya, penyakit itu penghapus dosa. Kan?


14 comments:

alien said...

combiee~
kui3

beautiful_rose said...

itu adalah sejenis hama...
cara terbaik tukar cadar tilam dan bantal.kadang2 hama datang dari debu,habuk dan bulu haiwan.

nama penyakit tu aku selalu dengar akan mendatangkan bengkak dan gatal kemerahan.

. said...

nenek aku sebut kelegate.

hanie said...

pehh...aku aritu pn kena lebih kurang gini jgk..tp part kaki jek...
sapu losyen halia..
baik terus..hahah

makwe joni said...

elleh...suma agakan tu slh..yg ye nye..ni suma sbb terlebih usha pakwe satria merah hr tu kan? kan?

baik ngaku cpt!!
keh3

farwalis said...

kmai kata, gegata. hehe

puding roti said...

mcm lapar garam tu ke awk?

Yuki Yusuf said...

ada juga rupa skit2...semoga cepat baik

Selamber Rock said...

alien: heh! bukan comey ke? haha

rose cantik: yup..sekrg tgh bz mendobi semua yg terlibat..huhu..

nizam: ye ke?

kak cho: losyen halia yg pesen mustajab tu ke? keh3..

citah: langsung xde kene-mengena ngan mamat kete satria tuh..

caki: gegata tu gatal-gatal ke?

puding: lapar garam tu mcm mana pulak?

yuki: huhuhu..thks..=)

Shukri Mohd Ali said...

kegatalan. tak selesa. huhu.

Linglung said...

cuba petua ni pula: guling-guling atas jalan tar di tengah malam. knp tgh mlm? sbb tak ada org nampak, kerana anda perlu berkurang pakaian

Selamber Rock said...

shukri: tau xper

linglung: petua lu xleh pakai..haha

cikbedahlaser said...

aku tau ni kt mana.. ahahahaha dapur umh puan.. :P

Selamber Rock said...

dikdah: tu dik nor yg snap pic tu..dia yg rajin duk bubuh kapur kat badan c.jue..haha