Papan Iklan

Showing posts with label Membebel. Show all posts
Showing posts with label Membebel. Show all posts

Monday, June 9, 2014

Rajin

Kepada makcik bertudung labuh ungu gelap, terima kasih di atas judge makcik yang mengatakan saya ni pemalas. Walaupun saya ni pemalas, at least, saya angkut gelas-gelas dan pinggan-pinggan kotor dan basuh sendiri tanpa arahan orang lain. Tak macam makcik yang 'rajin' sangat bercakap dan 'rajin' sangat tapaukan lauk-lauk dan nasi untuk diri sendiri dan anak-beranak makcik je. Tuan rumah pun cakap tak de mende yang boleh ditolong. Yang makcik 'rajin' sangat ni kenapa?

By the way makcik, makcik tak kenal pun saya ni siapa. Dalam masa 5 minit terus makcik cop saya ni pemalas. Hebat sungguh makcik ni yek. Harap-harap, anak-anak makcik semua tak malas macam saya.

Monday, November 19, 2012

Random


Beberapa perkara rawak yang aku rasa sangat 'sakit' kebelakangan nih :-

1) Kawan. Aku tumpang gembira tengok kau bahagia dengan hidup baru kau bersama dengan orang-orang baru dan juga hal-hal yang baru berlaku dalam hidup kau. Tapi, tolonglah jangan lupakan terus pada aku atau kawan-kawan yang pernah kau bersama ketika kau susah dulu. Yang kau perlukan bahu untuk kau sandarkan ketika kau sedih dulu. Yang kau tagih simpati ketika kau dalam kesulitan suatu masa dulu. Sesungguhnya, aku rasa kau sangat hampeh.

2) Lelaki. Bila berkenan dengan seorang makwe boleh mengorat terus. Tapi, kalau perempuan pulak, bila berkenan dengan seorang pakwe, hanya mampu simpan dalam hati je. Nanti kalau pergi mengorat pakwe tu, kena cop gatal pulak. Tak pun perigi cari timba. Perempuan oh perempuan. Ahh, nak mengorat pakwe sorang pun payah. 

3) Kerja. Masih lagi mencari kerja yang sesuai untuk meneruskan kelangsungan hidup. Moga-moga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki. Aminnnnnn....

4) Masa. Aku perlukan masa minima 72 jam sehari kerana aku ada berpuluh-puluh movie dan drama yang aku nak tonton. Serta aktiviti berkebun di belakang rumah. Juga mahu menghabiskan bahan bacaan yang masih lagi cantik bersampul plastik.

Tamat.

Sunday, April 17, 2011

Sepuluh Tahun

Sepuluh tahun dulu.

Tahun amik SPM. Cikgu suruh belajar rajin-rajin. Tapi malas. Sibuk turun padang. Banyak main. Tambah-tambah pulak ada skandal. Lagilah liat nak pegang buku. Masa ni dah pikir apa nak jadi dalam masa sepuh tahun akan datang (sekarang la). Kononnya nak jadi orang berjaya. Nak ada duit banyak. Nak bina keluarga sendiri. Alah. Budak-budak sekolah yang tak kenal dunia lagi. Memang suka berangan yang merepek-repek (aku la tuh).

Sepuluh tahun selepasnya (sekarang la).

Bila diingatkan balik. Rasa menyesal memang ada. Dulu tak belajar sungguh-sungguh. Padan muka aku. Semua yang diangankan dulu, satu pun belum jadi realiti lagi. Hahaha. Sekarang nih, mulalah berangan nak balik ke zaman sepuluh tahun lepas. Kononnya nak repeat balik benda yang tak kesampaian. Memang tak tahu bersyukur aku nih. T_T. Sekarang tak berani dah nak pikir benda-benda yang akan berlaku untuk masa sepuluh tahun akan datang. Redha je lah. Janji aku jadi 'orang'. InsyaAllah.

Sepuluh tahun akan datang.

Ntah hidup. Ntah tidak. Wallahualam..

Thursday, January 6, 2011

Buat Baik Sekali-Sekala. Buat Jahat Berpada-Pada


"Kita wajib tolong orang yang susah,"
Pesan seorang saudara. Memang aku ingat sampai bila-bila.

Tapi. Adat hidup. Bukan semua orang yang kau tolong yang reti kenang budi. Dan bukan semua orang yang kau hulurkan bantuan yang tahu hargai pengorbanan kau. Atau dengan kata lain yang lebih tepat lagi. Mereka hanya mengambil kesempatan ke atas kebaikan kau saja. At the end, apabila kau pulak yang dalam kesusahan, ada diorang kisah masalah kau?

Aku bukan nak mengungkit. Apa lagi nak pentingkan diri. Tapi. Itulah manusia. Bila susah cari kawan. Bila senang lupa kawan. Dunia ini memang kejam. Aku memang tak suka bila dijadikan sebagai kaunter-terakhir-untuk-mengadu-nasib. Wak De Fak? Serik dah.

Kadang-kadang aku pikir, ada betulnya hasutan hati setan aku. "Buat baik sekali-sekala. Buat jahat berpada-pada," Hahahaha...

Ye lah. Asyik kau je yang tolong masalah orang. Asyik kau je yang nak kena jaga hati orang. Masalah kau? Hati kau? Ada orang lain nak jaga?

So. Play safe. Kalau rasa nak tolong. Ikhlaskan hati. Semoga Tuhan membalas segala jasa kebaikan kau. Dan kalau rasa tak nak tolong. Tak payah. Usah ditambah bebanan yang sedia ada. Nasihat ikhlas dari aku.

Ok. Aku bukannya baik sangat pun. Kalau nak mintak tolong dengan aku, aku tak kisah. Janji ada upah. Amacam? Ada bran? Hahaha..

Friday, September 3, 2010

Kisah Kenderaan Bertayar 4


Ingat meriam buluh je boleh meletup? Gua pun boleh meletup jugak.

A: Cermin belakang kete ko ape kes?
B: Kena batu yang terpelanting dengan kadar kelajuan momentum yang agak tinggi.
A: Dah tukar? Brape kena?

Tetiba C menjelma dan menyampuk....

B: Dah settle semalam. Free of Charge.
A: Free? Biar betul.
B: Insurans kaver beb!
C: Ko tambah insurans windscreen ke?
B: Yup.
C: Kalo tak de insurans brape kena?
B: Maunya 3rat-4rat jugak terbang.
C: Cermin murah je tuh. Kete aku cermin depan pun dah 4800 ringgit. Bla..bla..bla...
A&B: .................................. (Gua terus blah dan punchcard balik. A pulak sambung buat kerja)

Brader C. Kereta gua buatan Malaysia je. Comel pulak tuh. Mana boleh nak sama dengan kereta lu yang buatan luar negara dan berimej sporty tuh. Memang terang dan nyata lagi jelas bahawa kereta gua tak de nilai sangat kalau nak bandingkan dengan kereta lu yang saiz lubang ekzosnya sebesar lubang jamban dan bunyi bising nak mampus tapi haram bukannya boleh bawak laju pun area Telok Gong tuh. Memang kereta lu tak mesra alam langsung. Nak test kereta pun pergi masuk track la brader. Setakat nak eksyen kat opis tak payah la. Lu memang champion pun. Setakat nak berlagak dengan gua apa lu dapat? Sah-sah gua bukan lawan lu. Cilakak!

Lagi satu. Mentaliti orang kita. Melayu khususnya. Bila dah pakai kereta maknanya kita nih dah kaya. Oh! Teori tersebut adalah SALAH. Sebenarnya, jika difikirkan balik, kereta adalah satu keperluan pada zaman ini. Bukan lagi kehendak. Untuk yang dah berkeluarga. Kenderaan 4 tayar ini amat berguna untuk mengusung isteri dan anak-anak ke mana-mana saja. Bagi yang bujang pulak. Senang nak bergerak ke sana ke sini dalam membereskan segala urusan kerja mahupun peribadi. Dengan kata lain, tak payah menyusahkan orang lain mahupun diri sendiri.

Buatnya tempat yang kita bermaustatin tu tak de public transport, maunya kena ada jugak kenderaan sendiri. Senang kata, kereta adalah keperluan tak kira di mana saja, siang-malam mahupun panas-hujan. Gua rasa lagi selamat gua bawak kereta sendiri dari gua naik bas yang berhimpit-himpit dengan warga asing yang macam-macam pesen dan bau. Lagi pun senang gua nak usung barang banyak-banyak bila balik kampung. Kalau tak ada kereta boleh patah kaki weh. Dan, gua lebih utamakan hal ehwal kereta dari diri sendiri.

Orang tengok kita senang bila berkereta. Tapi. Tahukah beliau berapa banyak yang perlu diperuntukkan dari gaji setiap bulan untuk membayar pinjaman pada bank kalau tak nak kereta kena tarik? Berapa banyak berhabis apabila kereta di servis? Berapa kali pergi carwash? (khas untuk orang-orang yang tak ada sumber air nak membasuh kereta sendiri, contohnya orang yang tinggal di apartment 14 tingkat). Itu belum masuk minyak dan tol lagi. Dan untuk orang yang suka tambah aksesori dan make-up kereta pulak macam mana? Kalau eksiden lagi lah naya.

Kes-kes unexpected juga perlu di ambil kira. Contoh, beteri kong ditengah jalan, cermin pecah tiba-tiba (macam kes aku), gear box rosak, fius terbakar, tayar pecah, rim bengkok dan macam-macam lagi boleh berlaku. Itu semua memerlukan kos yang agak tinggi untuk membereskannya. Tak lupa jugak insurans dan roadtax yang nak kena renew tetiap tahun. Perghhh! Kalau difikirkan sangat pasal kereta nih boleh bikin sakit otak dan jantung. Semuanya melibatkan duit beb!

Orang cakap baik pakai motor dari kereta. Sebelum ada kereta, gua juga pernah bawak motor kat area Port Klang nih. Huh! Bikin kecut perut bila tengah sedap merempit tetiba 2-3 buah lori kontena dengan lajunya menghimpit secara rakus. Boleh hilang kawalan dan rasa nak terbang pun ada bila kena potong laju-laju dengan spesis kenderaan yang besar-besar nih. Lagi seksa bila masa hujan. Nak pergi opis pun kena bawak baju spare dan tunggu hujan reda dulu. Haih!

Gua tegaskan lagi sekali. Kereta adalah barang keperluan pada zaman sekarang. Ia jadi barang kehendak apabila lu ada lebihan duit dan mampu nak pakai kereta yang lagi elegant, exclusive dan expensive.

Oh ya! Gua pakai kereta pun sebab tempat yang gua bermaustatin nih tak ada public transport yang berdisiplin dan boleh dipercayai. Mana mau cari LRT dan Rapid KL yang lalu area Bandar Botanic nak ke Telok Gong secara berkala? Haram tak wujud.

Ok. Gua dah habis membebel. Lu setuju ke tak dengan pendapat gua, gua tak kisah. Lantak ler.

P/S: Kereta dan motor pun ada amik insurans. Tapi, tuan empunya badan langsung tak amik insurans. Parah betul kalau terjadi apa-apa. Lu ada amik insurans untuk diri sendiri?