Ingat meriam buluh je boleh meletup? Gua pun boleh meletup jugak.
A: Cermin belakang kete ko ape kes?
B: Kena batu yang terpelanting dengan kadar kelajuan momentum yang agak tinggi.
A: Dah tukar? Brape kena?
B: Kena batu yang terpelanting dengan kadar kelajuan momentum yang agak tinggi.
A: Dah tukar? Brape kena?
Tetiba C menjelma dan menyampuk....
B: Dah settle semalam. Free of Charge.
A: Free? Biar betul.
B: Insurans kaver beb!
C: Ko tambah insurans windscreen ke?
B: Yup.
C: Kalo tak de insurans brape kena?
B: Maunya 3rat-4rat jugak terbang.
C: Cermin murah je tuh. Kete aku cermin depan pun dah 4800 ringgit. Bla..bla..bla...
A&B: .................................. (Gua terus blah dan punchcard balik. A pulak sambung buat kerja)

Brader C. Kereta gua buatan Malaysia je. Comel pulak tuh. Mana boleh nak sama dengan kereta lu yang buatan luar negara dan berimej sporty tuh. Memang terang dan nyata lagi jelas bahawa kereta gua tak de nilai sangat kalau nak bandingkan dengan kereta lu yang saiz lubang ekzosnya sebesar lubang jamban dan bunyi bising nak mampus tapi haram bukannya boleh bawak laju pun area Telok Gong tuh. Memang kereta lu tak mesra alam langsung. Nak test kereta pun pergi masuk track la brader. Setakat nak eksyen kat opis tak payah la. Lu memang champion pun. Setakat nak berlagak dengan gua apa lu dapat? Sah-sah gua bukan lawan lu. Cilakak!
Lagi satu. Mentaliti orang kita. Melayu khususnya. Bila dah pakai kereta maknanya kita nih dah kaya. Oh! Teori tersebut adalah SALAH. Sebenarnya, jika difikirkan balik, kereta adalah satu keperluan pada zaman ini. Bukan lagi kehendak. Untuk yang dah berkeluarga. Kenderaan 4 tayar ini amat berguna untuk mengusung isteri dan anak-anak ke mana-mana saja. Bagi yang bujang pulak. Senang nak bergerak ke sana ke sini dalam membereskan segala urusan kerja mahupun peribadi. Dengan kata lain, tak payah menyusahkan orang lain mahupun diri sendiri.
Buatnya tempat yang kita bermaustatin tu tak de public transport, maunya kena ada jugak kenderaan sendiri. Senang kata, kereta adalah keperluan tak kira di mana saja, siang-malam mahupun panas-hujan. Gua rasa lagi selamat gua bawak kereta sendiri dari gua naik bas yang berhimpit-himpit dengan warga asing yang macam-macam pesen dan bau. Lagi pun senang gua nak usung barang banyak-banyak bila balik kampung. Kalau tak ada kereta boleh patah kaki weh. Dan, gua lebih utamakan hal ehwal kereta dari diri sendiri.

Orang tengok kita senang bila berkereta. Tapi. Tahukah beliau berapa banyak yang perlu diperuntukkan dari gaji setiap bulan untuk membayar pinjaman pada bank kalau tak nak kereta kena tarik? Berapa banyak berhabis apabila kereta di servis? Berapa kali pergi carwash? (khas untuk orang-orang yang tak ada sumber air nak membasuh kereta sendiri, contohnya orang yang tinggal di apartment 14 tingkat). Itu belum masuk minyak dan tol lagi. Dan untuk orang yang suka tambah aksesori dan make-up kereta pulak macam mana? Kalau eksiden lagi lah naya.
Kes-kes unexpected juga perlu di ambil kira. Contoh, beteri kong ditengah jalan, cermin pecah tiba-tiba (macam kes aku), gear box rosak, fius terbakar, tayar pecah, rim bengkok dan macam-macam lagi boleh berlaku. Itu semua memerlukan kos yang agak tinggi untuk membereskannya. Tak lupa jugak insurans dan roadtax yang nak kena renew tetiap tahun. Perghhh! Kalau difikirkan sangat pasal kereta nih boleh bikin sakit otak dan jantung. Semuanya melibatkan duit beb!

Orang cakap baik pakai motor dari kereta. Sebelum ada kereta, gua juga pernah bawak motor kat area Port Klang nih. Huh! Bikin kecut perut bila tengah sedap merempit tetiba 2-3 buah lori kontena dengan lajunya menghimpit secara rakus. Boleh hilang kawalan dan rasa nak terbang pun ada bila kena potong laju-laju dengan spesis kenderaan yang besar-besar nih. Lagi seksa bila masa hujan. Nak pergi opis pun kena bawak baju spare dan tunggu hujan reda dulu. Haih!
Gua tegaskan lagi sekali. Kereta adalah barang keperluan pada zaman sekarang. Ia jadi barang kehendak apabila lu ada lebihan duit dan mampu nak pakai kereta yang lagi elegant, exclusive dan expensive.
Oh ya! Gua pakai kereta pun sebab tempat yang gua bermaustatin nih tak ada public transport yang berdisiplin dan boleh dipercayai. Mana mau cari LRT dan Rapid KL yang lalu area Bandar Botanic nak ke Telok Gong secara berkala? Haram tak wujud.
Ok. Gua dah habis membebel. Lu setuju ke tak dengan pendapat gua, gua tak kisah. Lantak ler.
P/S: Kereta dan motor pun ada amik insurans. Tapi, tuan empunya badan langsung tak amik insurans. Parah betul kalau terjadi apa-apa. Lu ada amik insurans untuk diri sendiri?
9 comments:
haha. betul.mentaliti orang melayu harus diubah.
sedara aku pakai saga lama ja.
org ingat dia takde duit, tapi dalam bank ada beratus2 ribu.
neway, ko kena ambik insuran jugak.haha
biarlah dia. makin dilayan sakit kepala
bagi je sekali, "aok memang gempak."
mesti dia puas hati
mentaliti gua ada kete, gua kaya tu lapuk sebenarnya.
haha!
kereta memang keperluan untuk marhaen dan perhiasan bagi yang kaya. cukuplah ikut kemampuan...
aku pun heran mcmana orang boleh bayar 800-900 sebulan untuk kereta sanggup berhabis untuk kereta....
duit bayar bulan-bulan beli rumah pun lepas tu wehhh...
peminatkatieholmes ~ InsyaAllah akan amik gak insurans tapi x tau lagi biler..huhu..
caki ~ aku malas nak layan org yg kuat borak cam tu, tu yg aku blah bodo jer..haha
sastraboy ~ kan? kan? kan? gua setuju, duit byk perabih kat kerete je..
firol ~ tu lah pasal, bertambah-tambah hutang yg sedia ada..sederhaha cukuplah...
bkn leh bwak mati pun keta tu
pakcik sy jugak pakai keta saga 1st edition.. smpi skrg x tukar2..umh pon buruk,,,tp sy taw dia kaya...
anda percaya x selipar??
aritu keta aku rosak tepi jln kol10 mlm...sarip dh r xde.. pastu gear x mo masuk...wawawawa gilo kauuuu... nasib ade org nk tlg..fuhh duit lg tu... uhuhuhuh nanessss nanesss
jd kesimpulan... anak2 sdra..mak2 sdara..adik2 spupu...jgn mnt duit raya...thn ni fulus extra 0
gile woo bwak moto ke arah sana
byk lori besau gile xhengat
seram ooo
yg indah ~ memang kete xleh bwk mati..tapi dia bawak nyawa...
dik dah ~ pakai kete mmg byk risiko yg nak kena hadapi sebenarnya, kan?
alien ~ tau xper....mmg kecut la bila kena potong dgn lori2 kontena tu..rasa kerdil je..
Post a Comment