Papan Iklan

Friday, September 24, 2010

Kapal Berhantu


MV SLR (shortform je. Malas nak tulis nama penuh). Kapal yang aku in-charge berkaitan dengan segala hal-ehwal barang-barang yang nak kena supply. Majoriti krew-krew yang sign-on adalah warga Myanmar. Kisahnya.

Jeng..jeng..jeng.....

Tahun lepas. Seorang krew telah hilang secara misteri masa kapal tengah anchorage kat Perairan Jepun. Masing-masing syak beliau telah terjatuh ke dalam laut yang tengah bergelora dan cuaca ketika itu sangat gelap dek unsur-unsur nak ribut. Memang tak dapat di kesan. Case closed.

Tahun ni pulak. Dalam masa sebulan. Dua orang krew telah mati secara mengejut. Bikin krew-krew lain pakat nak sign-off. Tak nak duduk kat atas kapal tu lagi. Mental down. Motivasi zero. Panik. Seram. Kapten dah pening. Bos-bos besar turut runsing.

Hari ni, tiga orang Sami Buddha dari Myanmar telah diimport khas untuk melakukan ritual spirit blessing kat atas kapal tuh. Bikin halau hantu-hantu yang ada. Juga nak pulihkan semangat krew-krew yang lain. Kasi kapal tu 'suci'.

Ikutkan hati aku. Nak je suruh bos panggilkan ustaz-ustaz adakan bacaan Yassin. Tak pun buat doa selamat. Lagi afdhal. Tapi. Aku lupa. Bahawa. Bos aku bukannya beragama Islam. Malah. Krew-krew kat atas kapal tu pun ramai yang beragama Buddha.

Cerita dulu-dulu. Kapal tu memang 'suci' (menurut kepercayaan seorang Kapten yang pernah berkhidmat atas kapal tersebut. Beliau seorang Buddhist). Alkohol dilarang sama sekali berada kat atas kapal tu. Nak minum atau mabuk. Sila turun dari kapal. Agaknya ramai sangat kot yang langgar pantang-larang tersebut. Tu yang jadi macam tu. Sebelum nih pun setakat kren patah atau enjin rosak dah memang kalis dah. Mungkin hantu yang jaga kapal tu dah naik darah. Sebab diorang ingkar dengan pantang-larang yang satu tuh. Entah ler. Wallahualam.


~ Bulan lepas jugak sebijik kapal kompeni terbakor. Harap-harap kesan dari incident nih, bonus untuk tahun depan tidak turut terbakor. Adeh! Macam-macam hal!~

10 comments:

Mcjust said...

err. seramnya...

kapal kali ni bunyik macam dslr. hahahaa.

ada tak budak2 berminat nak naik kapal ni?

makwe joni said...

weh..ni kalu bikin bisnes mistik2 ni masyuk jugak..keh3

haha..sbnrnya papehal jgn nk bukin ikut law nafsu, bkn takat diri sendiri yg kena bal..1 team pun kena bala

Fatt said...

ko takde jumpe ape2 ke weh tengah laut tuh? cuak neh!

tp jgn takut sgt, dorang pun makhluk tuhan..huhuhu (mcm la aku ni berani benor...kui3)

Selamber Rock said...

mekjah: hahaha..SLR je yg sama..sapa2 yg kena naik redha je lah..hehe

citah:hehe..betul2..benda2 mintik nih jgn memain weh..

Selamber Rock said...

fatt: aku xpernah jumpa pa pe sbb aku xpernah naik kapal tuh..keh3...

alien said...

meh aku jadi asst kapten kapal
ok x?

. said...

hantu apa yang ada atas kapal tu?

Firol said...

hantu baik tu..tak minum arak....tu yg dia hangin

Shukri Mohd Ali said...

itu mesti hantu hijau yg mcm dlm kartun spongebob tu. konfom.

Selamber Rock said...

alien: x ok..haha..

nizam: errr..antu..antu...nanti aku cek ngan sami tuh..hehe

firol: betul-betul-betul....

shukri: errrr...mana tau?