Papan Iklan

Thursday, January 21, 2016

Seminggu

Dah seminggu ayah pergi menemui penciptaNya.
Dah seminggu jugak aku rasa kosong.
Kosong sebab tiada lagi rutin harian aku uruskan ayah.
Emosi masih lagi tak stabil. 
Mood pun masih lagi ke laut.
Tak tahulah sampai bila semangat aku boleh pulih balik.

Semoga ayah gembira, tenang dan bahagia ditemani bidadari syurga di samping orang-orang yang beriman dan kekasih-kekasihNya di sana. Al-Fatihah!

Btw, happy birthday to myself!

Wednesday, August 26, 2015

Gary Si Mata Biru



Usah terpedaya dengan kecomelan beliau. Di sebalik sikap innocentnya, ada agenda tersembunyi yang telah dirancang oleh beliau. Misalnya, berak dan kencing kat atas tilam aku pada pukul 5.00 pagi di subuh hari semasa aku sedang enak dibuai mimpi indah.

Arrrgggghhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

Monday, August 24, 2015

Jeng Krenggg!!

Ini masalah besar bila aku nak start nak tulis blog balik.
Kat luar bukan main banyak idea nak tulis.
Bila duduk depan laptop semua idea hilang entah ke mana.

Lama betul aku tak update blog.
Dan lama betul aku tak menulis secara serius.

Wednesday, June 3, 2015

Baru

Aku rasa aku perlukan blog baru.