Papan Iklan

Wednesday, September 30, 2009

Mari Mengira

Raya dah lepas. Sekarang, aku bizi mengira dan mengatur aktiviti open house tak pun kenduri kahwin kawan-kawan terutamanya hujung minggu. Kepada sesiapa yang adakan acara makan-makan, jangan lupa jemput aku. Aku boleh tolong habiskan apa-apa yang patut. Hehehe....

Friday, September 25, 2009

Fenomena Selepas Raya

Seperti biasa, fenomena ini akan terjadi setiap tahun:-

1) Rumah Terbuka
- Rezeki jangan ditolak. Mana-mana yang dijemput, pasti memenuhi ajakan tuan rumah. Bab makan siapa tak suka. Siap buat jadual. Hari ini rumah siapa, esok rumah siapa, weekend rumah siapa. Save bajet. Menu pun boleh tahan sedapnya. Yang penting perut kenyang. Alhamdulillah.

2) Diet
- Ini memang masalah besar. Masa bulan puasa slim je. Lepas raya, jeans pun dah tak muat. Lebihan lemak kembali berkumpul di setiap inci badan. Mana taknya, semua benda ditelan. Tak ada pantang larang langsung. So, badan pun kembalilah kembang. Kesian alat penimbang. Pening jarumnya berpusing-pusing.

3) Duit
- Isu sensitif. Bagi orang dewasa, memang tak dapat dinafikan ada yang sengkek. Al-maklumlah, banyak berhabis untuk raya. Alih-alih tengah bulan dah kena puasa balik. Sebab tu kalau ada open house tidak ditolaknya. Janji lepas bab makan. Bagi budak-budak pula, status orang kaya baru memang sesuai sekali. Hasil kutipan beraya dari rumah ke rumah boleh dikatakan agak lumayan. Pada masa ini, mak bapaklah yang ambil alih tugas bank negara. Mengumpul dan menyimpan duit anak-anak. Silap-silap pinjam duit raya anak dulu nak bayar ansuran kereta. Errrr...ada ke? Aku kelentong je ni.

4) Kerja
- Semangat dan mood kerja memang tak stabil lagi. Kepala masih lagi teringat serdak kuih raya yang ada. Yang pastinya, kerja semakin banyak dan menimbun. Argghhhh!!

Wednesday, September 23, 2009

Pokok Cili Mak

2 hari sebelum Raya.

Acara kemas rumah, basuh rumah dan bersih laman rumah memang dipegang oleh aku selama 10 tahun berturut-turut dan akan dipegang oleh aku selagi aku mampu melakukannya. Petang itu, sebelum berbuka, aku sapu laman rumah dan melihat-lihat saki-baki semak-samun yang telah dimesin oleh jiran aku, Pak Su Din dengan rela hatinya. Dan, aku lihat pokok cili Mak telah terkulai layu dek kerana dimesin sekali dengan rumput-rumput dan semak samun yang ada. Aku report kat Mak dan Mak hanya memandang sayu pokok cilinya (cili pun dah nak merah) yang telah patah dua dan sedikit terkilan (aku agak). Isu tersebut berakhir di situ.

Hari Raya Pertama.

Pak Su Din datang beraya di rumah. Belum sempat dia naik, dia telah bersuara.

"Mintok maap ler, ambe mesing pokok lada deme. Kejut tengok ulor sekor ada dalang rok (semak). Tu yang kene pokok lada tu," Dia gelak. Mak turut terkejut dengan kenyataannya.

"Laaa..patut la. Bak pe dok mesing pale (kepala) ulor tuh?" Muka Mak berubah wajah. Cuba berjenaka. Ceria.

"Dok dang (tak sempat). Takut ambe," Pak Su Din tersengih-sengih.

Aku bernasib baik sebab memang petang tu aku niat nak tebas semak tu. Alih-alih Pak Su Din dah siap mesin. Kalaulah aku yang tebas guna sabit je, apalah yang akan terjadi?

Sunday, September 20, 2009

Raya

Bagi aku, raya setiap tahun sama je. Budak-budak datang rumah, makan dan cuit-cuit kuih raya, salam-salam, dapat duit raya terus blah. Aku pulak, bebudak datang rumah, sakat sikit-sikit, bila petang layan tv terus tidur. Hehehe...Raya ke-2 barulah sibuk mengroger member-member. Itu pun kalau sihat walafiat dan cuti masih banyak.Isk! Isk! Raya ke-3 tahun nih aku dah kena balik Klang. Raya ke-4 kena kerja. Sadisnya!

Tuesday, September 15, 2009

Balik Kampung

Hari ini, aku pulun semua kerja aku. Siapkan mana yang patut dulu. Balik lambat pun tak pe la.

Malam ini, lepas terawikh aku nak tido kejap. Charge batteri. Agak-agak tengah malam baru aku gerak. Klang-K.Terengganu, apa kamu ingat 2 jam je? Berangan macam bawak enjin turbo. Paling cepat pun aku boleh speed 6 jam. Itu pun dah pikir habis-habisan dan dah langgar tazkirah mak dan orang-orang yang tak pernah jemu bagi nasihat kat aku. Sayang kamu semua.

Semua yang penting dah packing siap, baju raya, kuih raya, kerepek raya, livita 3 botol, gula-gula, roti buat sahur masa tengah drive kang, air masak 1 botol yang paling penting perjalanan aku malam ini ditemani oleh lagu-lagu raya. Yeaahh! Doakan aku selamat balik dan kembali.

P/S: Esok aku akan berada di kampung tercinta. Insya-Allah.

Monday, September 14, 2009

Meriam Masuk Angin

The gunners kalah lagi. Aku syak meriam tu dah masuk angin. Isipadu belerang tak cukup sebab kena rembat dengan budak-budak yang bizi lancarkan peperangan meriam buluh sebelum raya nih. Sadis betol. Nasib baik ranking fantasy football aku naik. Oh Van Persie, kamu tetap hero aku walaupun Arsenal kalah. Huh!

P/S: Walaupun game dah 2-3 hari lepas, aku tetap nak tulis entri nih..haha

Saturday, September 12, 2009

Memang Dengki Tahap Gaban

Tinggal beberapa hari je lagi aku nak balik kampung. Masa ni lah banyak keje. Masa ni jugaklah kapal-kapal sibuk nak masuk semua port yang ada kat dunia nih. Tak de masa lain ke nak request barang? Tak boleh tengok aku senang langsung. Konpem, masa solat raya nanti kepala aku ligat pikir kapal-kapal nih. Buat jiwa tak tenang betul. Haih!!

Friday, September 11, 2009

Jihad

Dalam bulan yang penuh berkat ini, aku cuba berjihad dengan cara:-

  • Jihad melawan sifat malas dan nafsu yang mengada-ngada
  • Jihad dalam merperbanyakkan ibadah dan merebut pahala
  • Jihad meningkatkan tahap kesabaran dan mengurangkan panas baran
  • Jihad mengekalkan kelakuan-kelakuan yang baik

Lebih kurang tinggal seminggu je lagi untuk aku meneruskan jihad aku di dalam bulan yang sangat istimewa ini. Cepatnya masa berlalu. Hmmmm....

Wednesday, September 9, 2009

Prebiu P.E.L.A.K.A.R


Dah khatam dah. Senak urat-urat usus dok gelak. Two thumps up to En. Firol. Tunggu kemunculan PELAKAR vol 2 pulak.

Tuesday, September 8, 2009

Berbuka Di Luar

Seremban. Lepak rumah abang sepupu aku. Sedang aku asyik mengadap tv cerita masak-masak, datang anak-anak buah aku.

Adik: Kita tak pernah berbuka kat luar kan Angah. Asyik kat rumah je. (dia membebel)
Angah: A'ah laa...ajak ayah berbuka kat luar laa..
Aku: Ala..ape susah, sebelum waktu berbuka nanti hidang je kat court badminton depan umah tu, berbuka kat luar jugak. Jimat ape. Hahahaha...
Adik & Angah: Issyyhh........(bengang ngan lawak bodo aku pastu gelak-gelak)

Sekali-sekala sakat budak-budak ni.

Friday, September 4, 2009

Eksperimen Bangang Di Malam Bulan Puasa

1994..(aku darjah 4)

Orang sibuk pergi terawikh dan aku & the geng pula sibuk mengatur rancangan bermain mercun, bunga api, pasang pelita dan sama waktu dengannya. Biasanya, lepas maghrib kami akan berkumpul di padang depan rumah aku (port kami le tuh).

Satu malam, jiran aku mahu mencuba idea barunya untuk bermain mercun.

"Boleh ke nih?" Aku was-was meminta kepastian darinya.

"Kite terailah," Dia yakin. Kami mengelilinginya dengan penuh pra-sangka.

"Iysshh! Kang kalu ngecung tu dok letup rugi jer," Tambah aku.

"Owoh mung nih, dok cuba dok tau. Tepi. Aku nok pasang doh nih," Tangannya ligat mencucuh lighter pada sumbu mercun papan yang sederhana besar saiznya.

Dengan berhati-hati dia meletakkan mercun yang sedang menyala itu di atas sekeping 'penkek' yang agak fresh seperti memasang lilin kek hari jadi.

Lebih kurang 5-10 saat kemudian.

"BBOOOMMMM!!!" 'Penkek' berkecai. Bersepah-sepah. Mengeluarkan wangian yang sangat 'harum'. Sedikit-sebanyak percikan tersebut mengenai pakaian kami.

Kebetulan Mak dan jiran aku baru balik dari terawikh terkejut mendengar bunyi mercun yang agak pelik kerana eksperimen ekstrem tersebut. Dan-dan tu jugak aku dan adik diheret balik ke rumah oleh Mak. Malam itu, kami bersurai dengan 'perfume' original yang sememangnya tiada tandingan.

P/S: Aku rindukan zaman kanak-kanak aku

Wednesday, September 2, 2009

Zapin + Pop Rock + Nasyid Kontemporari

Opis. Pukul 3.45ptg. Tiba-tiba bau wangi semerbak menerjah lubang hidung. Di meja belakang, kelihatan teletabies mata sepet (bukan nama sebenar) sedang meratah dengan lahap ketulan daging ayam KFC. Betul-betul menggugat keimanan aku yang sememangnya rapuh. Perut pulak tidak henti-henti menyanyi lagu-lagu zapin dan di selang-selikan dengan lagu pop rock serta nasyid kontemporari. Wahai mulut, banyak-banyakkan bersabar. Jaga kata-kata yang tidak sepatutnya keluar *****.

Tuesday, September 1, 2009

Merdekakah Aku?

Jiwa dan perasaan aku masih dijajah olehnya
Minda dan ingatan aku masih dibelenggu olehnya
Nafas dan hidup aku masih dibayangi olehnya
Mimpi dan kenangan aku masih dihantui olehnya

Bila aku boleh bebas dari penjara hati ini?