Papan Iklan

Thursday, December 31, 2009

2010

01.01.2010. Aku akan berada di kampung. InsyaAllah.
Hati setan aku dok menghasut suruh balik kampung dan ambil cuti hari Isnin nih sebab balance cuti ada sehari je lagi. Hahaha...

Azam 2010? Renew azam 2009 je yang masih lagi tertunggak:-
1. Nak beli laptop
2. Nak beli broadband
3. Nak beli DSLR
4. Nak jadi budak baik
5. Tak nak boros
6. Nak cari bakal mak mertua (tak leh blah punya azam)

Harapan untuk 2010 yang sebenarnya tak berapa nak harap:-
1. Gaji naik dengan mendadak
2. Dapat bonus dengan angka yang best (2009 hanya dapat bonus 7 hari je bukan 7 bulan. Alhamdulillah)
3. Dapat kerja baru
4. Ada idea-idea yang best nak tulis dalam blog

Amacam? ok tak?

Sekian saja untuk 2009. Selamat berhijrah ke tahun baru.

Tuesday, December 29, 2009

Y.E.S

Lagi beberapa hari nak habis.

Aku tengok kaum hawa yang banyak tolong memperkayakan shopping kompleks.

Betul tak?

Monday, December 28, 2009

Mission Impossible: Curi Daun Sirih Junjung

Petua Old Skool - Nak Ambil Berkat Pengantin - Curi Daun Sirih Junjung

Misi aku Sabtu lepas nak curi daun sirih junjung GAGAL. Pengantin yang merangkap member opismate aku cakap awal-awal lagi sirih junjung tu dah kena rembat. Sedikit hampa. Rasa kecewa masih lagi bersarang di hati.

Nampaknya, aku masih bujang untuk tahun 2010. Maka, dengan itu, aku boleh enjoy sakan dan buat kerja-kerja gila lagi. Hahahahaha...

Thursday, December 24, 2009

Ada Apa Dengan Krismas??


Kalau betullah Pak Cik janggut putih yang berbaju merah tu wujud serta baik hati yang tiba-tiba tersesat atau tersangkut kat bumbung rumah aku, agak-agak stokin tu ada isi tak pagi esok?

Aku tak harap pun, tapi kalau ada rezeki dapat Macbook berserta broadband sebijik, Nikon D3S digital SLR sebijik, CD/DVD Sony Player sebijik tak pun cash RM2juta, okeh jugak kan??

Cuti Krismas. Plan aku nak tido dan tengok TV sampai lebam.

Monday, December 21, 2009

Jika Ada Mesin Perentas Masa

20 tahun dahulu. Yang aku ingat.
Dia suka belikan aku gula-gula.
Dia selalu bermain dengan aku setiap petang.
Dia tidak pernah tinggikan suaranya padaku.
Dia sentiasa di sisi aku.

Mak kata.
Dia paling baik antara kami.
Paling bijak antara kami.
Juga, paling kacak antara kami.

Semua orang sayangkan dia. Kami. Jiran-jiran.
Saudara-mara. Kawan-kawannya. Cikgu-cikgunya.
Dan Tuhan juga.
Sebab itu Tuhan pinjamkan dia sekejap saja pada kami.
Kini, aku mengerti.

Tidak banyak kenangan aku dengannya.
Tapi. Yang paling tidak boleh aku lupa dan tidak akan lupa, sewaktu sekujur tubuhnya terbaring kaku ditengah-tengah rumah. Di selimuti dengan gebar kain batik. Bau kemenyan meresap ke serata rumah. Dan, air mata mak tak henti-henti mengalir.

Aku berharap, jikalau ada mesin perentas masa,
aku mahu kembali ke zaman itu.
Waktu jasad dan rohnya masih lagi bersatu.
Waktu dia mampu lagi berlari-lari dengan aku.
Waktu sebelum dia terbaring kaku.

Al-Fatihah.

Saturday, December 19, 2009

Hari Minggu Yang Bingung



Setiap hari Jumaat bulan ini adalah cuti.

Perghh! Best!!

Tapi yang tak bestnya bila hari Sabtu adalah giliran hari bekerja.

Layan tv sampai lebam.

Tak pun memenuhi undangan kenduri kawan-kawan.

Monday, December 14, 2009

Semangat Satu Malaysia

Aku tengok jam. Lebih kurang pukul 12.30mlm.

"Hissyyhh! Kerja giler nih!" Aku mengomel sendirian.

Pintu ditolak perlahan. Kami berenam melangkah masuk perlahan. Selamba. Automatik, semua mata yang ada di dalam bangunan itu memandang kami. Ada yang terkejut. Ada yang tersengih-sengih. Dan ada yang tergelak-gelak.

Sebelum masuk tadi pun, si baju melayu kaler ungu telah memberi kata-kata semangat.

"Biaq pi depa dok tengok kita, dok kata kita. Kita buktikan, ni baru semangat satu Malaysia," Megah. Ibu jarinya diangkat tanda bagus.

Kalau boleh diukur ketebalan muka menahan malu, aku agak sudah 8 inci tebalnya. Rasanya, kami tidak buat salah besar pun. Kami pun manusia biasa juga. Cuma, malam itu, kami berpakaian agak sopan. Ya. Memang sopan.

Mana ada orang lain selain dari kami yang baru balik dari kenduri doa selamat dengan berbaju melayu dan berbaju kurung pergi karaoke di tengah-tengah malam buta?

Dan, kata si baju melayu kaler peach, "Silap aku tak pakai kopiah lembik dengan kepit fail putih. Mesti budak-budak kat karaoke tu pucat ingat kita nih dari Jabatan Agama nak rush tempat nih, hahahahaha...,"

Memang cari penyakit. Nyanyi pun lagu-lagu nasyid dan lagu-lagu slow je. Haih! Tak pernah buat dek orang. Tau di mak aku, maunya kena kamehameha..

Wednesday, December 9, 2009

'R'

Pagi semalam. Tengah sarapan.

Nora: Aju nok air teh o?
Aku: Nok. Kalo teh tak boh. Teh o nok la.
Nora: Okeh. Nok wak sejag nih.
Aku: Bereh.

Dengan rajin dan ikhlasnya, Nora membancuh teh o peveret aku. Kalau air teh+susu, awal-awal lagi aku serender sebab boleh buat perut aku tak best satu hari.

Then, aku sambung makan. Nyum! Nyum!

Aku: Kak, kalo kat umah kampung, mak saya mesti reverse air teh o untuk saya gak. (mengadu kat Kak Pidah dengan penuh yakin dan konpiden)
Kak Pidah: Oooooo....(angguk-angguk kepala)

Diam. Tiba-tiba, muka Kak Pidah berkerut. Aku berhenti mengunyah. Aku rasa macam ada yang tak kena dengan statement aku tadi.

Aku: Eh, saya sebut reverse ke?
Kak Pidah: Hahahhahahaa....reserve laaa..(gelak tahap gaban)

Aku sambung balik telan kuih tat. Pagi-pagi dah buat lawak seposen.

Tuesday, December 8, 2009

Nak, Tak??

Nak..


Tak..


Nak..


Tak..


Nak..


Tak..


Nak..


Tak..


Nak..


Tak..


Nak update??..


Tak update??..


Haih!! Next week je lah aku update. Aligment mood lari sekarang nih.

Friday, December 4, 2009

Menanti Sebuah Jawapan

Sepurnama telah berlalu,
Aku masih setia menunggu,
Katanya, berikan sedikit waktu,
Paling cepat pun dalam seminggu,
Hingga kini, tiada khabar berita untukku,
Lagi beberapa hari nak masuk tahun baru,
Mak dikampung dah tanya bertalu-talu,
Nak jawab apa pun tak tahu,
Takkan nak menipu, berdosa tu,
Baik aku diam membisu,
Lidahku kelu, otakku buntu,
Aku ibarat tunggul kayu,
Sampai bila harus ku tunggu??













Susah betul nak dapat kerja baru....

Hahahahahahaha...saje je merapu....

Thursday, December 3, 2009

Walimatul Urus

Cuti sekolah.
Banyak kenduri kahwin.
Tak tau mana satu yang nak kena pergi.
Satu semenanjung nak kena pusing.
Semua kawan-kawan.
Majlis pula dihujung minggu.
Poket pun dah nipis.

Addduuuhh..!!

Hati setan aku menghasut lagi:-

"Esok-esok bila ko kawin, kalo member-member tak pegi kenduri ko, tak tau laa...."

Tuesday, December 1, 2009

Mukabuku

Mukabuku. Bila dah mengadap, macam-macam yang aku usha. Update sikit mana-mana yang patut. Tengok aktiviti-aktiviti member-member. Tengok kuiz yang ntahapaapantah. Komen dan kutuk-kutuk member-member sikit. Adatlah tu bila dah bermukabuku.

Lepas tu, usha gambar terbaru member-member. Ada yang dah kahwin. Ada yang letak gambar anak. Ada yang pergi melencong, eh, melancong. Pelbagai aksi dan ragam. Syok jugak rupanya layan mukabuku nih.

Tetiba, tangan nih gatal klik kat page 'orang' tu. Tengok gambarnya. Wah, makin bahagia hidup dia tanpa aku. Tengok statusnya. Mengeluh. Ohh! Sudah berteman baru rupanya. Cepat betul ada pengganti. Dasar lelaki. Huh!!

Hati setan aku berkata, "Ko delete je la list dia, dah tak de makna dah!!"

Cikakak!! Bikin jiwa kacau je!!

Haih!!