Papan Iklan

Friday, December 31, 2010

Entri Terakhir Dua Ribu Sepuluh


Being a single is not a L.O.S.E.R. Much better than couple but trouble.

Sayonara dua ribu sepuluh.

Dan Selamat Tahun Baru (^.^).


...Sitting in an empty room
Trying to forget the past
This was never meant to last,
I wish it wasn't so...

~ Waiting For The End by Linkin Park ~


P/S: Public Holiday secara maraton boleh bikin aku tido dan layan kartun puas-puas. yeahh!

Monday, December 27, 2010

Aku Dan Definisi Hujan


Langit tak ada kaler biru terang. Awan pulak berkepul-kepul kaler kelabu. Tapi lebih kepada kaler hitam sebenarnya. Angin bukan lagi bertiup sepoi-sepoi bahasa malah lebih kepada ribut taufan. Bila titis-titis hujan membasahi bumi, bukannya versi sentimental. Tapi lebih cenderung kepada heavy metal. Yeah! Yeah! Dan bukannya sekejap-sekejap. Lama. Berhari-hari. Tapi, bukannya lebat selalu. Adakalanya renyai-renyai. Serta berselang-seli dengan dentuman guruh dan juga pancaran kilat. Yang pastinya, matahari memang tak de peluang langsung nak muncul. Paling lama sebulan. Kot?

Masa-masa sebegini. Perkara yang paling best jadi budak-budak adalah mandi hujan secara berjemaah. Lelaki dan perempuan mandi hujan sama-sama memang tak ada masalah. Budak-budak apa tau erti malu? Yang paling heaven ialah tadah kepala kat bawah corong bumbung rumah. Berangan mandi air terjun. Hahahaha. Sampai menggigil satu badan. Pucat. Tangan dan kaki tukar jadi kaler biru. Selagi mak tak panggil balik dengan rotan, jangan harap nak balik. Sapa-sapa yang tak de pengalaman macam nih, memang rugi.

Budak-budak belia. Dah tak main hujan lagi dah. Dah sedar diri yang zaman kanak-kanak riang sudah berlalu.Masa banyak dihabiskan di rumah. Melepak. Layan TV. Komputer. PS2. Nak keluar pun malas. Lagi-lagi hujung bulan. Apa lagi? Oh! Dan aktiviti yang paling penting. Mengeram dalam selimut lengkap berstokin dan berhibernisasi macam beruang kutub sampai tak ingat waktu siang ke malam sebab cuaca sama je 24 jam. Tak de yang berubah. Memang syok. Mandi pun sekali sehari je. Jimat. Sejuk punya pasal. Free-free je jadi saudara jauh dengan encik kambing yang jarang-jarang mandi. Hehe.

Momen yang paling aku suka bila hujan turun ialah pekena teh o panas. Cicah dengan biskut kering. Jika ada pisang goreng panas atau keropok lekor sepinggan, itu sudah dikira bonus. Tambah pulak dengan ubi rebus. Pehh! Makan slow-slow. Hayati detik-detik mengadap rezeki dengan penuh nikmat sambil berharap janganlah-hujan-berhenti-sebab-lepas-nih-aku-nak-tido-bila-perut-dah-kenyang. Jahanam punya perangai.

Hari-hari macam tu memang best. Bukannya selalu. Setahun sekali je. Mulalah berangan sejuk macam salji turun.

Tapi. Bila kain baju aku nak kering pulak nih?

Sunday, December 26, 2010

Aku Tak Ok. Tapi Pura-Pura Ok


Aku demam. Dari Jumaat lagi. Tak pergi klinik. Malas. Sebab kalau aku pergi, kompen aku dapat mc. Lepas tu, kalau aku mc, kompen keje aku lagi banyak pending. Senang cerita, aku telan je panadol ikut aturan sendiri. Oohh! Bijak. Berlakon jadi doktor merawat diri sendiri.

Jadi, aku berlagak kuat. Aku buat-buat sihat. Pura-pura ok. Cuba bertahan. Then, at the end, i'm down. Pathetics. But, nevermind. Aku masih hidup. Here. Alone. Kerana tiada 'siapa' di sisi dan di hati. Yes. Kawan-kawan hanya tumpang simpati. Itu sudah pasti. Terima kasih pada yang ambil berat.

Keadaan aku agak stabil buat masa sekarang. Selsema, sakit kepala, batuk dan tak ada suara. Demam dah tak de. Masih lagi tak de selera gajah. Mulut pun masih lagi pahit. Aku dah lali dengan semua tuh. Alhamdulillah. Masih lagi bernafas.

Mak memang dah risau. Tadi beliau miskol. Aku sms kakak aku pesan tak payah tepon aku. Sebabnya. Aku tak de suara nak cakap. Hahaha. Lagi pun, ketika masa kritikal begini, aku memang tak boleh dengar suara mak, kompen aku nangis nanti. Waaaaa....nak balik!

Yang pastinya. Aku cuba bersikap positif. Kuatkan semangat. Tingkatkan motivasi diri. Bukankan sakit itu penghapus dosa?

Tuesday, December 21, 2010

What U Give U Get Back, Bebeh!

Kelmarin.
Bukan main kencang lu dok mengutuk merata-rata.
Tak ingat dunia. Tak ingat dosa. Tak ingat pahala.
Lu je yang betul. Lu je yang hebat. Lu je yang juara.
Mulut memang peseng puaka yang tak terjaga.
Sapa-sapa yang terkena memang bikin hati terluka.
Tak pasal-pasal kena sumpah celaka.
Hah! Bikin jiwa panas membara.

Hari ini.
Giliran lu pulak yang jadi bahan.
Dah kena kat batang hidung sendiri barulah terguris perasaan.
Mula lah cari back-up buat team sokongan.
Mintak simpati buat-buat muka kesian.
Jalan pun dah tak tengok kiri-kanan.
Apa? Mintak tolong ringankan beban?
Aaaahhh! Lantak lu lah, malas gua nak layan.

Esok-esok.
Kang ada yang buat perangai lagi.
Gua nak sound begini.

"Sekolah dah bertingkat-tingkat, tapi bodoh berlapis-lapis,"

Drama sinetron pun ada siri tamat.
Lu orang bila nak taubat?

Monday, December 20, 2010

Sindrom Kurang Daya Ingatan

Dalam keta. Dah separuh jalan nak balik rumah. Boleh pulak baru perasan.

Patut la lain macam je kaki aku nih.





Terpakai selipar jepun opis rupanya.

Lantak ler.......


~ Nampak sangat kepala aku dah pening ~

Thursday, December 16, 2010

Boss, Saya Cuma Ada Dua Tangan Dan Satu Otak Je..



Stress. Hypertension. And Overloaded. (T__T)


"Kau ingat aku ada OT ka angkat barang-barang ni semua?" Brader

"Abih tu, ko ingat aku balik lambat hari-hari ada OT lah?" Aku

"Alah, kau duduk dalam ekon saja," Brader

"Aaaahhh!! Duduk dalam ekon wat ape kalo sampai sakit-sakit kepala otak aku?" Aku


Dia diam. Puas hati aku.

Kalau ada OT, dah lama aku kaya, kot. Sabor je lah.


Monday, December 13, 2010

Pukul 3.00 Pagi

Pukul 3.00 pagi.

"Mu tahu Jue, aku nangis sokmo tetiap malam. Macam-macam bunyi ada. Aku tahan je lah."

Dia mula bercerita. Aku fokus seratus-peratus.

"Mu bayangkan, doh la rumoh aku tepi sekali. Belakang ghumoh hutan pulok. Setiap rumoh mesti ada 'penjaga'. Memang sunyi la situ. Bila lepas isyak, aku duduk dalam bilik je lah. Dok berani doh nok duduk luor. Ada je benda hok ganggu,"

Aku telan liur.

"Kalo hujung minggu lagi la. Tak dok orang. Tensen aku. Bila nok tido, bukannye boleh lelap. Sekejap dengor orang naik tangga. Sekejap dengor orang berlari. Pah tu bunyi benda jatuh dalam sinki. Pagi esok bila check tak dok mende pung,"

Bulu roma aku meremang.

"Cikgu-cikgu skoloh tu royak, rumoh aku nih 'penjaga' dia budok puang (pompuan). Nasib baik gok dia buat hal dia je. Jenis dok kaco orang. Member aku sorang tuh boleh nampok. Sokmo dia cerita ke aku, sekejap 'benda' tu duduk atas kerusi, pah tu mari dekat aku, kejap-kejap duduk kat pintu. Memang nangis je lah keje aku duduk dalam rumoh tuh,"

Mata aku mula berair.

"Rumoh sebeloh lagi serung (seram). 'Benda' tu suka usik kita. Aku bayang sokmo dia tengok aku masa tido. Eeeeiii...,"

Muka aku dah pucat.

Aku bangun. Masuk bilik. Amik toto dan bentangkannya depan tibi. Amik beberapa bijik bantal. Susun elok-elok untuk tetamu aku yang datang dari jauh nih. Dan untuk aku sekali.

"Aku tido dengan mu malam ni," Kata aku sambil tarik selimut dan peluk bantal busuk kemas-kemas.

Thursday, December 9, 2010

Rock The World 10

Date: 26 Dec 2010 10.00 a.m
Veneu: Car Par 'A', Bukit Jalil Stadium
Regular Price: RM30.00

Hati setan aku asyik dok menghasut suruh pergi.
Tapi aku malas nak bersesak dengan orang ramai.
Sah-sah ramai budak-budak yang mari.
Oh! Aku dah tua. Bukan zaman aku lagi.
Tak pergi pun tak pe. Bukannya dapat pahala.
Tetiba teringat "Kang kalo tetiba mati kat situ, sia-sia je hidup aku,"

Oi! Oi! Oi! Muharram baru je beberapa hari.
Jangan ngada-ngada nak tukar resolusi.
Oh! Ini adalah untuk peringatan diri sendiri.

Insaflah wahai Ju Asu Ra!!!


Wednesday, December 8, 2010

Diskriminasi


Situasi 1:-


Dia hanya berseluar trek. BerTshirt gambar kartun. Berselipar jepun. Tiada handbag mahal di tangannya. Dia berada di pasaraya yang tidak terkenal itu hanya untuk membeli sehelai sweater yang tidaklah terkenal sangat jenamanya. Berpatutanlah dengan harga yang ditawarkan. Setelah berkenan dan berpuas hati dengan sweater tersebut, dia memanggil seorang sales boy untuk membeli sehelai sweater berwarna biru tua.

"Saya nak beli sweater nih," katanya sopan.

"Yang ini?" tanya sales boy itu mintak kepastian.

"Ye. Yang ini," Tegasnya.

"Betul yang ini? Yang lain lagi murah," sales boy tersebut seolah-olah tidak yakin dengan beliau samada beliau mempunyai wang yang cukup untuk membayarnya.

"Nape? Awak ingat saya tak mampu nak beli ke?" Dia mula naik angin dengan sikap sales boy tersebut.

"Errr.... Nanti saya amik yang baru," sales boy tersebut cepat-cepat blah dari situ dengan muka yang bengang.


Situasi 2:-

Dua orang sahabat baik sedang berwindow shopping. Mereke bukan golongan gadis-gadis yang suka bermake-up. Juga bukan golongan gadis-gadis yang berkasut tumit tinggi. Mereka lebih senang dengan jeans lusuh yang dikenakan dengan T-shirt biasa-biasa dan digayakan dengan sepasang selipar jepun. Tiada tudung belit-belit di kepala mereka. Mereka hanyalah gadis-gadis yang biasa-biasa saja. Simple.

Mereka masuk ke dalam sebuah kedai beg. Pelbagai jenis beg yang tergantung. Macam-macam kaler ada. Sedang asyik mengusha beg-beg yang pelbagai rupa tersebut, seorang sales girl datang menghampiri mereka berdua.

"Itu halega 77 linggit saja, kualiti ok," promote beliau dengan muka ketat.

"Ooh..ok lah. Cantik pun cantik," kata salah seorang daripada mereka.

"Kalo you olang mau yang lagi mulah, you olang pelegi depan sanalah," sales girl tersebut menunjukkan ke rak-rak kat depan kedainya dengan muka pesen kau-mampu-ke-nak-beli-beg-tu?

"Tak maulah. Tak cantik. Bukannya branded pun," Dua orang sahabat tersebut terus blah dari kedai itu. Sales girl itu terus diam. Padan muka dia.


Moral: Don't judge a book by its cover. Tengok orang tu selekeh bukan bermakna miskin. Dan orang yang bergaya sakan tu bukannya berduit sangat. Biasanya dunia ini kontra. Yang nampak selekeh itulah yang berduit (bayar guna cash je). Dan yang bergaya itulah pesen banyak hutang (dah banyak sangat guna kad kredit) hehehe.....ye dok?

Monday, December 6, 2010

Yang Malas Itu Aku. Syaiton Hanya Menghasut Saja

Antara sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Barangsiapa membaca surah Al-Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

"Sesiapa membaca surah Al-Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir."

"Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al-Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

Ini kisah aku. Seorang hambaNya yang lemah lagi naif. Selepas aku tahu tentang kelebihan-kelebihan membaca surah Al-Mulk ini, aku cuba untuk mengamalkan membacanya pada setiap malam. Mengabdikan diri padaNya sebelum dimatikan untuk sementara waktu.

Minggu pertama. Cubaan aku berjaya. Setiap malam sebelum tidur, Surah ini menjadi peneman aku sebelum melayari mimpi. Rasa tenang menyelubungi diri. Alhamdulillah.

Masuk minggu yang seterusnya. Perasaan malas mula menghantui. Hasutan syaiton yang mempengaruhi aku ke arah hiburan lebih hebat. Lebih kuat. Dan aku tewas. Alpa dengan keenakan hal-hal duniawi yang tidak mendatangkan pahala. Lagha.

Adakalanya, aku rasa menyesal dengan sikap aku yang suka main-main. Tapi, ada masanya aku rasa tidak bersalah langsung dengan sikap main-hentam dan tak-kisah aku nih. Sesungguhnya, aku hanyalah hambaNya yang lemah.

Sempena Tahun Baru 1432H, aku berazam mahu mengamalkan kembali bacaan Surah Al-Mulk setiap malam. Bermula malam ini. Dan malam-malam yang seterusnya. Harap-harap tahun baru nih, aku jadi lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. InsyaAllah.

Salam Maal Hijrah.

Sunday, December 5, 2010

Happy Nightmare

Kebelakangan ini. Asyik mimpi pasal kerja je.

Mimpi pesen gini lagi ngeri dari mimpi hantu sebenarnya.

Lagi seram dan menakutkan.

Memang nightmare gilerlah!!


~ Sekali-sekala nak jugak mimpi jadi kaya-raya. Tak pun mimpi gaji naik, best jugak. Tapi, bab mimpi harga minyak naik memang tak best langsung ~

Friday, December 3, 2010

Frustasi


Ini dah kali ke-4 sebenarnya. Situasi yang sama masih lagi berulang.Dah 4 kali isi borang KPLI. Dah 4 kali pergi amik ujian MTest. Dan, dah 4 kali jugak tak de rezeki nak lulus pergi temuduga.


Ok. Jangan risau. Tahun depan isi lagi. Amik ujian Mtest lagi. Kalau tak dapat jugak, isi lagi. Sampailah umur aku menjangkau 35 tahun. Kalau tak de rezeki jugak,masa tu memang aku redhalah bahawa aku dilahirkan bukan untuk menjadi pendidik.


Monday, November 29, 2010

Sesi Bercakap Dengan Lelaki Kacak


Lelaki kacak itu berjalan ke arah aku. Menghampiri meja aku. Dan duduk di meja belakang tempat aku yang sememangnya kosong. Kerana tuan meja tersebut bercuti lama. Lelaki kacak itu menegur aku. Senyum. Aku yang cuba untuk fokus menyiapkan keje aku sememangnya tidak fokus dengan keje aku. Paham? Errrrr....kalau tak paham sudah. Lelaki kacak itu mula berbual-bual dengan aku. Sikit-sikit soalan yang ditanya. Makin lama makin banyak pulak yang dijawab oleh aku. Dan kami bersembang macam member lama. Aku heran. Kuasa apalah agaknya yang lelaki kacak ini guna sehingga aku tanpa segan-silu bercerita dengannya panjang lebar? Giler betul!!!

Tiba-tiba, aku boleh berlagak sangat sopan dalam sekelip mata.
Tiba-tiba, jantung aku berdebar-debar tak tentu hala.
Tiba-tiba, ketiak aku mula berpeluh-peluh walaupun hujan lebat masa tuh.
Tiba-tiba, jari-jemari kecil aku mula menggigil-gigil halus (ni sebab ekon opis terlampau sejuk dan di tambah pula dengan hujan yang lebat).

Fuh! Magik betul. Sesi bercakap dengan lelaki kacak itu bikin hilang rockers aku. Suara kasar aku langsung tak berbunyi selepas tu. Aku tenggelam dengan suasana tersebut. Dan lelaki kacak itu masih berada di meja belakang aku. Meneruskan kerjanya.

Senyap.


Sekali-sekala cuci mata masa keje best jugak. Hilang stress aku. Kehkehkeh!! =P

Friday, November 26, 2010

Hadapi Dengan Senyuman

Senyum adalah penawar ketika duka lara.

Bila jiwa kacau tahap meroyan. Usah di pedulikan sangat. Senyum je lah yang boleh bikin rasa tenang sedikit.

Kerja banyak sampai tak cukup tangan. Kasi rilek-rilek dulu. Buat kerja sambil senyum. InsyaAllah boleh beres dengan cepat.

Kena marah dengan boss. Tarik nafas slow-slow. Lepas tu buat-buat senyum dengan ikhlas. Memang afdhal nih.

Gaji tak masuk-masuk. Ok. Bab nih memang tak boleh nak senyum langsung. Sensitif. T__T.

Tuesday, November 23, 2010

Selipar Jamban


Pasar Payang. Tengah syok dok usha keropok dengan kakak, tetiba perut aku buat hal. Memulas. Memang kes kecemasan yang amat. Dan-dan tu jugak kena cari toilet. Terus pergi toilet surau berdekatan. Perghh! Tuhan je yang tau azabnya. Syiling 20 aku hulurkan pada kakak yang pakai spek hitam besar ala-ala Paris Hilton. Di pintu toilet tertera sekeping nota yang berbunyi 'SILA TANGGALKAN SELIPAR/KASUT ANDA'.

Sebagai anak jati Terengganu yang patuh pada arahan, aku tanggalkan selipar jepun hitam aku kat tepi tangga dan sarungkan selipar jamban yang telah disediakan oleh pihak yang berkaitan. Bagus jugak. Tak la basah selipar aku nanti. Kakak aku pulak setia menunggu aku dengan sabar di luar toilet.

Kira-kira 5-10 minit kemudian, selesailah sudah urusan penting aku. Bila aku keluar dari toilet, aku tengok kakak aku dah menghilangkan diri. Tak pe. Aku tak kisah. Mungkin dia pergi beli air kot. Andaian aku kerana cuaca agak panas hari tuh. Tapi, yang aku kisah sangat nih, selipar jepun hitam aku pulak yang hilang. Cesss! makhluk mana pulak yang rembat selipar kesayangan aku nih? Haram jadah betul. Hati aku dah mula panas membara. Aku mula syak yang pengguna toilet no.1 yang pakai selipar aku kerana sepasang sandal yang tapaknya setebal 4 inci tersusun cantik di tepi tangga toilet di mana tempat sepatutnya selipar jepun hitam aku berada.

Tak pe. Aku tunggu dengan agak sabar jugak. Walaupun dalam hati hanya Tuhan je yang tahu betapa banyaknya kata-kata sensor yang sememang tak terkeluar dari mulut aku. Tak lama lepas tu, kakak aku datang dan aku ceritakan padanya pasal selipar aku. Lebih kurang 15 minit jugaklah, barulah seorang makcik (tak tua sangat pun) keluar dari toilet dengan wajah yang puas. Aku tengok kaki dia. Sah. Sepasang selipar jepun hitam yang aku kenal sangat telah basah.

"Acik pakai selipar saya. Bukan selipar tandas," Tegas aku dengan garang. Aku jeling barisan selipar jamban yang telah tersedia yang ada bulat-bulat kecik pada permukaan fizikalnya.

"Oh! Sori ek," Dia menanggalkan selipar jepun hitam aku. Sarungkan sandal yang tapaknya setebal 4 inci. Tanpa rasa bersalah. Tanpa kata-kata maaf yang bikin hati aku tenang. Dia hanya berlalu pergi.

"Cilakak!!!!" Sumpah hati setan aku secara berhemah. Dan aku menyesal kerana tak campakkan sepasang sandal yang tapaknya setebal 4 inci ke dalam air laut yang berhampiran.


Tuesday, November 16, 2010

Gua Mahu Cuti Panjang


Gua dah tak ada masa nak berpoya-poya sekarang. Di opis mahupun di rumah. Hujung minggu pun samalah. Kesan dari keje yang banyak melampau. Perwatakan gua juga banyak berubah dari kanak-kanak riang kepada makcik-makcik yang kena meroyan. Pendiam. Cepat moody. Emosi tak tentu hala. Dan agak mental. Di samping sakit kepala. Stress. Juga tensen yang boleh tahan bikin jiwa membara. Nak luangkan masa untuk member-member pun agak terhad. Masa untuk diri sendiri pun tak ada. Sori la geng.

Balik dari opis. Perkara pertama yang gua cuba buat ialah lupakan keje-keje yang tak siap lagi kat opis. Cuba buat-buat tak ingat mana yang urgent. Cuba buat-buat hilang ingatan pasal schedule kapal. Apa yang gua ingat ialah nak tido puas-puas. Serta bermimpi indah.

Tambah memilukan. Henpon gua sudah pandai buat perangai sejak dua menjak nih. Memang pesen nak kena baling kat dinding je gayanya. Menduga iman betullah. Mintak maap kalo gua tak reply mesej lu orang atau lu orang tak boleh roger gua. Tu maknanya henpon gua tengah mogok. Harap maklum.

Ok. Gua nak balik kampung malam nih.

Gua mahu cuti.
Gua nak cuti.
Gua mahu tenangkan pikiran.
Gua nak rilek-rilek dengan ayam-ayam serama mak gua.
Gua mahu bertani kat kebun ayah gua.
Gua nak pekena keropok lekor puas-puas dan lempeng buatan mak gua.

Tak mahu pikir pasal keje.
Tak mahu pikir pasal PO.
Tak mahu pikir pasal kapal.
Tak mahu pikir pasal opis.

Nak cuti.
Nak cuti.
Nak cuti.
Nak cuti.

Nak tido dengan mak.

Salam Aidiladha.


P/S ~ Tak boleh makan daging banyak-banyak. Nanti darah tinggi gua naik. T__T

Sunday, November 14, 2010

Sudu Dan Garfu


Lu dan gua
Ibarat sudu dan garfu
Walau rupa tak sama
Tapi saling memerlu

Tak gitu?

Wednesday, November 10, 2010

Wahai Si Pencuri Hati

Sila pulangkan hati aku kembali.
Kerna aku tak bisa hidup begini.

Tanpa jiwa.
Tanpa rasa.
Tanpa perasaan.

Nak masuk jel kah?

Monday, November 8, 2010

Thursday, November 4, 2010

Rockers Yang Hilang


Perempuan.

Sekasar mana pun gerak langkahnya.
Seganas mana pun peri lakunya.
Dan serockers mana pun jiwanya.

Tapi.

Bila dah lengkap beruniform sepasang baju kurung.
Automatik.
Terserlah jugak lagak sopannya.

Ye dok?


Dan aku memang tak reti nak bersopan. Kehkehkeh..!!

Tuesday, November 2, 2010

Sejak Dua Menjak Nih

Sibuk mengalahkan menteri-menteri.
Bikin sakit kepala dan darah tinggi.
Balik rumah asyik tidur mati.
Tak boleh pikir mende dah, update blog pun dah tak reti.

Esok-esok bila free.
Ada idea nak tulis entri.
Aku update la kat sini.
Tapi.
Aku tak janji.
Takut tak menjadi.
Mana tau tetiba idea lari.
Tak ke sakit hati.
Mengerti?

Wednesday, October 27, 2010

Nak Pinjam Bahu Kamu, Boleh?

Aku nak pinjam bahu kamu.

Untuk aku tumpang bersandar.
Untuk aku hambatkan rasa penat.
Untuk aku hamburkan rasa lelah.
Untuk aku hindarkan rasa letih.
Untuk aku hilangkan rasa resah.
Dan untuk aku lelap buat seketika.

Tak lama pun. Sekejap je.

Bolehkah?



Kalau tak boleh tak pe.

Kena cari tiang masjid la gayanya nih.

Monday, October 18, 2010

Realiti Menjadi Diri Sendiri


Hidup kena terer berdikari dan berani,
Tak boleh berperangai budak-budak lagi,
Setiap masalah pandai-pandailah settle sendiri,
Barulah dicop sebagai hero sejati,
Tapi, hidup selalunya tak seindah mimpi,
Ada-ada je cabaran yang perlu dihadapi,
Orang-orang keliling bukannya reti jaga tepi kain sendiri,
Sibuk nak ambil tahu hal itu dan ini,
Bila lagi nak hidup bersama sang suami?
Tak teringin nak timang anak sendiri?
Soalan pesen saguhati cenggini yang payah nak lari,
Dijawabnya tak de calon disuruhnya cepat-cepat mencari,
Perghhh!! Ingat cari calon suami macam beli kuaci?
Boleh main pilih sesuka hati? Benci!!
Bila mintak tolong cari mulalah tarik diri,
Dan-dan tu tukar topik nak kaver diri,
Kereta dah ada rumah bila nak beli?
Apa? Ingat semua tu barang free?
Bikin jadi panas hati dengan adegan sebegini,
Kang ada yang kena seligi sampai berterabur gigi,
Senang cerita pekakkan telinga buat-buat tuli,

Wahai pakcik, makcik, uncle dan auntie,
Izinkan tuan empunya badan membela diri,
Bukan tak sudi tapi belum ada rezeki,
Banyak komitmen yang perlu diberi,
Hidup sendiri ibarat kais pagi,
Ntah macam mana bila dah berkeluarga nanti?
Gaji yang diterima pun kecil sekali,
Mana nak bayar itu, hutang ini, mahupun berjoli,
Bila dah tengah bulan kena berpuasa setiap hari,
Eh! Ni ada satu lagi masalah yang setia menanti,
PTPTN dah warning berkali-kali,
Boleh bikin naik darah tinggi,
Arrggghhhhh!! Tensen tak terperi,
Bila dok pikir hal-hal remeh masalah duniawi,
Time-time ni lah hati setan dok hasut suruh tikam loteri,
Mana tau dapat duit berguni-guni,
Boleh la jadi orang kaya baru walaupun sehari,
Pikir-pikir balik ni dah namanya judi,
Cancellah main benda haram tuh tak nak seksa diri,
Sapa nak tanggung kat akhirat nanti?
Oh Tuhan! Makbulkanlah doa hambamu ini,
Agar dijodohkan dengan anak menteri,
Paling koman pun pakwe bergaji tinggi,
Tapi aku sedar, semuanya hanya fantasi,
Heheheheheheehehhehe.....


Tetiba dapat idea kat opis tadi,
Editlah, apa lagi.

Saturday, October 16, 2010

The Best Dammmm Thing!



....is 'Jiwa Kaco' feeling....


Am i rite? Huh!


Tuesday, October 12, 2010

Gua Bukan Doktor Cinta


Seorang member meluahkan rasa kecewa tentang masalah cintan-cintunnya dengan gua. Kes gantung tak bertali. Dah tahap kronik. Kesian. Sebagai member yang prihatin dengan masalah member-member, gua kasi sedikit-sebanyak kata-kata boleh bikin jiwa tenang. InsyaAllah :-

Pertama: "Cari pisau atau gunting yang tajam. Putuskan je tali yang tergantung tapi tak bertali tuh. Konpem putus dan tak payah nak gantung-gantung tak bertali lagi."

Kedua: "Daripada dok frust menonggeng ingat ke mamat tuh, lagi afdhal ingat kat gua yang comel lagi bengong-bengong nih."

Ketiga: "Cari orang lain. Ramai lagi yang lebih baik dari mamat tuh. Mana tau rezeki lepas nih dapat anak Dato' ke? anak Raja (Gopal) ke? kehkehkeh..."

Keempat: "Daripada berboiprenkan lelaki haprak cenggitu, baik la jadi single-mingle. Senang. Tak de la sakit jiwa,"

Kelima: "Delete nombor tepon mamat tuh. Jangan ngada-ngada simpan atau tulis nombor dia kat buku atau diari atau dinding rumah,"

Keenam: "Buat-buat lupa pasal mamat tuh. Senang citer, hilangkan terus ingatan pasal mamat tuh,"

Ketujuh: "Jiwa rock kena kebal dan kental, beb!"

Hahahahaharam-jadah nasihat cenggini. Langsung tak boleh pakai. Agak-agak dia ikut tak nasihat kejam gua nih?

Sunday, October 10, 2010

Sepuluh. Sepuluh. Sepuluh.

Last minit punya plan. Berendam dan berBBQ kat Sungai Congkak.
Best wooo.... sampai menggigil kesejukkan.
Hilang stress..

Gambor di ambil sebelum terjatuh ke dalam air dek nak selamatkan henpon yang banyak berjasa nih.

Friday, October 8, 2010

Fakta Tentang Gua

Timbang kat JJ tengahari tadi


Sebelum Ramadhan = 41Kg
Semasa Ramadhan = 38Kg
Selepas Ramadhan = 39Kg

Makan banyak dari orang.
Tapi berat macam tu jugak.
Tahun bilalah aku nak gemuk nih?


Wednesday, October 6, 2010

Menulis Blog Bukan Kerja Yang Mudah


Pengakuan ikhlas dari aku.

Kadang-kadang. Bila aku malas nak tulis entri baru. Masa tu lah idea dan ilham datang berlumba-lumba. Tak bagi salam langsung nak jengah. Terus main terjah je. Sampaikan . Aku tak tahu nak tulis mana satu dulu. Aku biarkan je buat pekasam lama-lama. Tunggu mood rajin tiba. Tapi. Kesudahannya. Haram. Aku tak jugak tulis entri baru. Alahai!!

Kadang-kadang. Bila aku rajin nak tulis entri baru pulak. Masa tu lah tak de idea nak tulis apekebenda. Otak jadi jammed. Blurr. Rupa ilham pun tak nampak. Apatah lagi bayang-bayang. Dah rupa main sorok-sorok pulak. Akhirnya. Aku tak tulis jugak entri baru. Haih!!

Kesimpulannya. Disebabkan aku tersangat rajin nak tulis entri baru tapi tak de idea. Maka. Terhasillah entri yang merepek dan merapu serta meraban seperti ini. Kira aci je lah, boleh?


Mood minggu ini serupa gambor yang diculik dari Pokcik Google seperti di atas.


Saturday, October 2, 2010

Malam Yang Panjang

Hujan.
Mahu tidur lena.
Harap-harap mimpi indah sudi menyinggah.

Jangan mimpi hantu sudah.


~ Terasa seperti duduk di Planet Zargus. Bersendirian ~

Friday, October 1, 2010

Sepetang Di Pasar Malam


Brader yang berambut kaler oren kekuning-kuningan di tengah-tengah kepalanya begitu tertib membungkus lauk-lauk yang aku mintak. Tak banyak pun. Nasi putih dengan gulai kepak ayam dan sedikit acar. Juga sebungkus nasi kerabu berserta sedikit daging goreng dan separuh telur asin. Eh! Nasi kerabu tu aku tolong tapaukan untuk budak rumah aku. Jangan salah paham. Okeh!

Sambil tangan dia ligat mencedok dan membungkus lauk-lauk tersebut. Sambil tu jugak mulutnya tak henti-henti bersembang dengan aku. Macam-macam pesen soalan yang ditanya. Termasuklah.

"Err....kahwin doh dok lagi?" Dia bertanya dengan slang Kelate yang bercampur Terengganu dan juga KL. Dan aku hanya menggeleng-gelengkan kepala saja. Senyum.

"Kalo kahwin doh, tak dok maknenye nok mari beli nasi sini. Ni kes malas nok masok ler. Hehe..!!" Jawab aku spontan dan selamber.

"Betol doh tu," Sokongnya sambil tersengih-sengih.

Dan aku dapat diskaun 50 sen dari hasil sesi temu-bual dengannya. Sebelum aku blah, dia sempat berpesan.

"Marilah beli lagi sini!"


"Ye lah. Minggu depan ler pulok!!"

Haih! Nampaknya, khidmat aku benar-benar diperlukan oleh para peniaga pasar malam untuk menjana ekonomi dan pendapatan mereka.

Wednesday, September 29, 2010

Daun Terup


Padil menghisap rokok dalam-dalam. Kemudian, perlahan-lahan dia menghembus asap rokok dari mulutnya. Berkepul-kepul keluar. Ada rupa bulat-bulat. Macam huruf 'O'. Tak ubah seperti seekor naga.

"Hang tau dok judi tu haram?" tanya Padil tenang kepada teman serumahnya. Ameng. Dia sibuk mengadap laptopnya.

"Hmmm....!!" Ameng mengangguk perlahan.

"Kalo dah tau, awat hang pi main lagi benda haram tuh? Tak pasai-pasai tambah dosa," bebelan Padil sudah meningkat ke tahap 5. Dia mula naik darah dengan sikap Ameng yang acuh-tak acuh saja bab-bab halal-haram nih.

Ameng hanya bersikap selamber. Masih lagi seperti tadi. Diam. Mengadap laptop. Sambil tangan kanannya ligat menekan-nekan tetikus.

"Hang dengaq dok nih?!!!!" Padil mula berang.

KELEKUK!! KELEKUKKK!!

Ameng meluku kepala Padil berkali-kali. Padil menjerit-jerit kesakitan.

"Bengong mung! Aku maing daung terup Freecell. Bukangnye maing judi taruh duit!!" kata Ameng sambil meluku kepala Padil sehingga bengkak.

"Hang la bengong! Yang hang pi main menatang game tu sampai dok semayang magrib, kira haram la tuh," Giliran Padil pulak meluku kepala Ameng. Berkali-kali ganda.

Dush! Dush!

Monday, September 27, 2010

Lelaki-Lelaki Yang Aku Suka

Drama: World Within (Korea)

Nama: Hyun Bin

Nama Watak: Jung Ji Oh

(Hyun Bin & Song Hye Kyo)


Drama: Nadome Contabile (Jepun)

Nama: Tamaki Hiroshi

Nama Watak: Chiaki Shinichi

(Tamaki Hiroshi & Ueno Juri)


Kenapa aku suka lelaki-lelaki ini?
Sebab watak yang dibawa oleh mereka hampir sama.
(Muka pun dah dekat-dekat nak sama jugak).
Ego. Optimis. Genius. Gentleman. Hot-temper.
Dan suka memasak untuk makwe mereka.
Sooooo cute!! (^.^)

Sunday, September 26, 2010

Di Daerah Yang Misteri Ini

Mulanya.
Kita adalah individu yang asing.
Aku di timur.
Kamu di barat.
Aku dengan hidup aku.
Dan kamu dengan hal kamu.

Kemudian.
Kita dipertemukan.
Di daerah yang misteri ini.
Kita berkenalan.
Bersahabat.

Akhirnya.
Kita menjadi akrab.
Sama-sama mengharungi suka dan duka.
Walaupun di alam maya.

Terima kasih kawan!
Kerana hadir di dalam hidup aku.
Menemani aku saban waktu.
Kini dan selamanya.

Arigato gozaimasu!!

Friday, September 24, 2010

Kapal Berhantu


MV SLR (shortform je. Malas nak tulis nama penuh). Kapal yang aku in-charge berkaitan dengan segala hal-ehwal barang-barang yang nak kena supply. Majoriti krew-krew yang sign-on adalah warga Myanmar. Kisahnya.

Jeng..jeng..jeng.....

Tahun lepas. Seorang krew telah hilang secara misteri masa kapal tengah anchorage kat Perairan Jepun. Masing-masing syak beliau telah terjatuh ke dalam laut yang tengah bergelora dan cuaca ketika itu sangat gelap dek unsur-unsur nak ribut. Memang tak dapat di kesan. Case closed.

Tahun ni pulak. Dalam masa sebulan. Dua orang krew telah mati secara mengejut. Bikin krew-krew lain pakat nak sign-off. Tak nak duduk kat atas kapal tu lagi. Mental down. Motivasi zero. Panik. Seram. Kapten dah pening. Bos-bos besar turut runsing.

Hari ni, tiga orang Sami Buddha dari Myanmar telah diimport khas untuk melakukan ritual spirit blessing kat atas kapal tuh. Bikin halau hantu-hantu yang ada. Juga nak pulihkan semangat krew-krew yang lain. Kasi kapal tu 'suci'.

Ikutkan hati aku. Nak je suruh bos panggilkan ustaz-ustaz adakan bacaan Yassin. Tak pun buat doa selamat. Lagi afdhal. Tapi. Aku lupa. Bahawa. Bos aku bukannya beragama Islam. Malah. Krew-krew kat atas kapal tu pun ramai yang beragama Buddha.

Cerita dulu-dulu. Kapal tu memang 'suci' (menurut kepercayaan seorang Kapten yang pernah berkhidmat atas kapal tersebut. Beliau seorang Buddhist). Alkohol dilarang sama sekali berada kat atas kapal tu. Nak minum atau mabuk. Sila turun dari kapal. Agaknya ramai sangat kot yang langgar pantang-larang tersebut. Tu yang jadi macam tu. Sebelum nih pun setakat kren patah atau enjin rosak dah memang kalis dah. Mungkin hantu yang jaga kapal tu dah naik darah. Sebab diorang ingkar dengan pantang-larang yang satu tuh. Entah ler. Wallahualam.


~ Bulan lepas jugak sebijik kapal kompeni terbakor. Harap-harap kesan dari incident nih, bonus untuk tahun depan tidak turut terbakor. Adeh! Macam-macam hal!~

Wednesday, September 22, 2010

Selamat Hari Raya Tokyo!

1 Syawal di sini. Tak sama dengan Malaysia. Tak de ketupat, lemang, rendang, kuih-muih atau hidangan-hidangan lazat yang boleh bikin tambah lemak. Melainkan, kalau pergi beraya kat rumah orang Melayu yang bermastautin di sini. Boleh la lepas gian jugak. Aku kat sini dapat makan serunding ayam pun hasil belas ihsan kakak aku yang poskan. Kalau tak, mentekedarah meggi je lah. Sekali-sekala nak jugak makan makanan buatan Malaysia. Perut pun dah muak dengan sushi dan tepayaki.

Duit raya? Haram jadah. Manusia-manusia yang macam rupa mesin kat sini mana reti adat dan ambil tahu pasal tradisi budaya Malaysia. Aku hidup kat sini pun atas biasiswa yang ditaja. Itulah satu-satunya sumber kewangan sepanjang aku berpijak di bumi bunga sakura nih. Alhamdulillah.

Aitcheh! Muka sembap lagi. Mata pun dah tukar rupa jadi mata panda. Ye la. Siapa tak tangkap leleh bila bergayut dengan keluarga yang jauh nun di Malaysia? Lebih-lebih lagi sesi bercakap dengan Mak. Banjir jugak la bilik aku malam tadi. Rindu betul dengan suasana meriah malam raya. Tambah syok bila join dengan budak-budak kecik main bunga api, bakar mercun dan pasang pelita. Dan. Perkara yang paling aku rindu adalah menunaikan Terawikh secara berjemaah pada malam sepuluh yang terakhir di surau ataupun masjid.

Dammm!! Betul-betul bikin jiwa rock aku meraung bila teringat kembali benda-benda syahdu nih semua di pagi raya.

Di kota yang moden, maju dan serba canggih nih, mana nak dapat feel suasana raya yang true macam kat Malaysia. Aku berani kerat kuku beb! Boleh dikira sangat orang-orang yang bermata sepet kat sini yang tahu sikit-sikit pasal Hari Raya. Di ulangi. Beberapa orang je. Tak ramai. Errr.....Aku syak je lah.

Walaupun aku bermukim di negara matahari terbit nih, semangat raya tetap subur dalam diri. Pagi-pagi lagi aku dah siap gosok sepasang baju kurung cotton warna ungu dan sehelai tudung untuk melaram. Kira baju raya aku la tuh. Itu pun adalah hasil belas ihsan kakak aku jugak yang poskan sekali dengan serunding dua minggu sebelum raya hari tuh. Kalau tak, jeans dengan t-shirt je lah jadi baju raya rasmi aku. Hehe.

Alamak! Aku dah lambat nih. Nak siap-siap pergi exam pulak. Paper Management of Logistic. Doakan aku berjaya yek! Hah! Kan aku dah cakap awal-awal tadi. Manusia kat sini bukannya tahu makna Hari Raya. Masa ni lah sibuk nak buat final exam bagai. Kalau tak disebabkan paper antara hidup dan mati nih, aku dah beraya kat Malaysia dah sekarang. Tension aku. Ada jugak yang bertukar jadi Otromen Taro pagi-pagi raya nih kang. Ok lah. Chow-cincau. Sayonara.


Eh! Sekali-sekala berangan sambung belajar kat Jepun nih syok jugak. Ye dok?

University Of Tokyo (kidnap dari google)

Teringin nak sambung belajar kat sini. InsyaAllah.

Monday, September 20, 2010

Sekitar Syawal 1431H


Ada yang berkahwin. Ada yang bertunang. Ada yang merisik dan dirisik. Ada yang berkapel. Ada yang dapat kerja. Ada yang dapat anak. Dan ada yang tambah umur. Tahniah ler untuk korang semua. Aku tumpang gembira.

Aku? Macam biasa je. Tak ada perubahan pun. Hari raya adalah hari untuk melepak sambil menonton drama Jepun diselang-selikan dengan bahan bacaan yang bikin pecah perut dek gelak kaw-kaw sampai guling-guling dan dibekalkan dengan kuih-kuih raya yang enak-enak selain dari berperang dengan cucu-cucu mak aku atau jadi tukang kebun separuh masa.

Open house? Tengah susun jadual nih. Terima kasih pada yang menjemput. Rezeki jangan ditolak. Keh..keh..keh..

P/S: Sibuk tibai dan tapau kuih raya member-member opis. Perangai buruk lantak kembali menerjah..

Saturday, September 18, 2010

Sketsa di Hari Raya

Satu hari di Hari Raya.

Gelpren: Awak, Selamat Hari Raya. Mintak maaf dari hujung tudung sampai hujung selipar.
Boipren: Ye la. Selamat Hari Raya jugak. Sama-samalah kita bermaaf-maafan di hari yang mulia ini.
Gelpren: Haaa...duit raya untuk saya mana?
Boipren: Eh...sori. Awak dah keje. Bukannya budak-budak lagi.
Gelpren: Cesss...kedekut..singgit pun tak nak kasi?
Boipren: Hahaha..tak nak.
Gelpren: Ok. Kalo tak nak kasi duit raya, kasi la duit hantaran, boleh? hehehe..
Boipren: Errkkk...(mula berpeluh-peluh, sakit jantung dan migrain)

Keh..keh..keh...

P/S: Kawan-kawan tak nak kasi duit raya kat aku?

Thursday, September 16, 2010

Sesuka Hati Aku Jer

................sambung cuti sendiri sampai minggu depan. Sori bos. Isnin nih aku masuk opis. Bereh?

Sunday, September 5, 2010

Geng Surau



Drama yang patut ditonton. Walaupun lawak tapi penuh pengajaran. (^.^)

Friday, September 3, 2010

Kisah Kenderaan Bertayar 4


Ingat meriam buluh je boleh meletup? Gua pun boleh meletup jugak.

A: Cermin belakang kete ko ape kes?
B: Kena batu yang terpelanting dengan kadar kelajuan momentum yang agak tinggi.
A: Dah tukar? Brape kena?

Tetiba C menjelma dan menyampuk....

B: Dah settle semalam. Free of Charge.
A: Free? Biar betul.
B: Insurans kaver beb!
C: Ko tambah insurans windscreen ke?
B: Yup.
C: Kalo tak de insurans brape kena?
B: Maunya 3rat-4rat jugak terbang.
C: Cermin murah je tuh. Kete aku cermin depan pun dah 4800 ringgit. Bla..bla..bla...
A&B: .................................. (Gua terus blah dan punchcard balik. A pulak sambung buat kerja)

Brader C. Kereta gua buatan Malaysia je. Comel pulak tuh. Mana boleh nak sama dengan kereta lu yang buatan luar negara dan berimej sporty tuh. Memang terang dan nyata lagi jelas bahawa kereta gua tak de nilai sangat kalau nak bandingkan dengan kereta lu yang saiz lubang ekzosnya sebesar lubang jamban dan bunyi bising nak mampus tapi haram bukannya boleh bawak laju pun area Telok Gong tuh. Memang kereta lu tak mesra alam langsung. Nak test kereta pun pergi masuk track la brader. Setakat nak eksyen kat opis tak payah la. Lu memang champion pun. Setakat nak berlagak dengan gua apa lu dapat? Sah-sah gua bukan lawan lu. Cilakak!

Lagi satu. Mentaliti orang kita. Melayu khususnya. Bila dah pakai kereta maknanya kita nih dah kaya. Oh! Teori tersebut adalah SALAH. Sebenarnya, jika difikirkan balik, kereta adalah satu keperluan pada zaman ini. Bukan lagi kehendak. Untuk yang dah berkeluarga. Kenderaan 4 tayar ini amat berguna untuk mengusung isteri dan anak-anak ke mana-mana saja. Bagi yang bujang pulak. Senang nak bergerak ke sana ke sini dalam membereskan segala urusan kerja mahupun peribadi. Dengan kata lain, tak payah menyusahkan orang lain mahupun diri sendiri.

Buatnya tempat yang kita bermaustatin tu tak de public transport, maunya kena ada jugak kenderaan sendiri. Senang kata, kereta adalah keperluan tak kira di mana saja, siang-malam mahupun panas-hujan. Gua rasa lagi selamat gua bawak kereta sendiri dari gua naik bas yang berhimpit-himpit dengan warga asing yang macam-macam pesen dan bau. Lagi pun senang gua nak usung barang banyak-banyak bila balik kampung. Kalau tak ada kereta boleh patah kaki weh. Dan, gua lebih utamakan hal ehwal kereta dari diri sendiri.

Orang tengok kita senang bila berkereta. Tapi. Tahukah beliau berapa banyak yang perlu diperuntukkan dari gaji setiap bulan untuk membayar pinjaman pada bank kalau tak nak kereta kena tarik? Berapa banyak berhabis apabila kereta di servis? Berapa kali pergi carwash? (khas untuk orang-orang yang tak ada sumber air nak membasuh kereta sendiri, contohnya orang yang tinggal di apartment 14 tingkat). Itu belum masuk minyak dan tol lagi. Dan untuk orang yang suka tambah aksesori dan make-up kereta pulak macam mana? Kalau eksiden lagi lah naya.

Kes-kes unexpected juga perlu di ambil kira. Contoh, beteri kong ditengah jalan, cermin pecah tiba-tiba (macam kes aku), gear box rosak, fius terbakar, tayar pecah, rim bengkok dan macam-macam lagi boleh berlaku. Itu semua memerlukan kos yang agak tinggi untuk membereskannya. Tak lupa jugak insurans dan roadtax yang nak kena renew tetiap tahun. Perghhh! Kalau difikirkan sangat pasal kereta nih boleh bikin sakit otak dan jantung. Semuanya melibatkan duit beb!

Orang cakap baik pakai motor dari kereta. Sebelum ada kereta, gua juga pernah bawak motor kat area Port Klang nih. Huh! Bikin kecut perut bila tengah sedap merempit tetiba 2-3 buah lori kontena dengan lajunya menghimpit secara rakus. Boleh hilang kawalan dan rasa nak terbang pun ada bila kena potong laju-laju dengan spesis kenderaan yang besar-besar nih. Lagi seksa bila masa hujan. Nak pergi opis pun kena bawak baju spare dan tunggu hujan reda dulu. Haih!

Gua tegaskan lagi sekali. Kereta adalah barang keperluan pada zaman sekarang. Ia jadi barang kehendak apabila lu ada lebihan duit dan mampu nak pakai kereta yang lagi elegant, exclusive dan expensive.

Oh ya! Gua pakai kereta pun sebab tempat yang gua bermaustatin nih tak ada public transport yang berdisiplin dan boleh dipercayai. Mana mau cari LRT dan Rapid KL yang lalu area Bandar Botanic nak ke Telok Gong secara berkala? Haram tak wujud.

Ok. Gua dah habis membebel. Lu setuju ke tak dengan pendapat gua, gua tak kisah. Lantak ler.

P/S: Kereta dan motor pun ada amik insurans. Tapi, tuan empunya badan langsung tak amik insurans. Parah betul kalau terjadi apa-apa. Lu ada amik insurans untuk diri sendiri?

Wednesday, September 1, 2010

Bikin Semangat Raya Gua Hilang

Demam gua bertambah kronik. Gua masih steady. Kerja gua berlambak-lambak. Gua boleh rilek-rilek lagi. Orang lain duk kalut nak balik kampung sebelum raya. Gua pulak boleh main-main nak balik kampung malam raya. Baru rare dan hero. Ye dok?

Tapi, bila sesuatu musibah terjadi pada kesayangan gua. Gua memang tak boleh nak konsenteret. Hati jadi tak tenang. Nak tido pun susah nak lelap. Benda nih memang boleh buat gua jadi serius lain macam. Jiwa memang kacau tahap gaban.

Cermin belakang kesayangan gua retak seribu menanti belah. Maunya hati gua tak runsing tahap dewa?

Eh! Ada sapa-sapa yang baik hati nak kasi advance duit raya kat gua? Gua nak bawak kesayangan gua pergi medical treatment esok. Silap-silap ada yang tak balik kampung beraya nih kang.

Haiihhhh!! (T_T)

Sunday, August 29, 2010

Coretan Ramadhan 1431H: Sahur

Taufik a.k.a Topiq. Cucu mak aku yang berumur 5 tahun. Bersekolah di tadika Islam.

Aku: Piq bangun sahur dok?

Dia: Piq dok pose wak mende Piq nok sahur? (sambil menyedut air kotak ribena)

Aku kalah dengan jawapan innocent beliau. Haih!!

Wednesday, August 25, 2010

Can't Wait

Balik Kampung.........

Monday, August 23, 2010

Coretan Ramadhan 1431H: Terawikh

Solat sunat Terawikh.

"Allahuakhbar!!" Tok Imam mengangkat takbir.

Tiba-tiba.......

Ada yang bertukar menjadi Ben-10. Ada yang buat aksi wrestling. Ada yang makan KFC. Ada yang main polis sentri. Ada yang berteka-teki. Ada yang mintak susu. Ada yang nak berak. Macam-macam ada.

Riuh-rendah dengan gelagat kanak-kanak yang ada kat surau nih.

"Assalamualaikumwarahmatullah," Tok Iman bagi salam.

Diam. Magik betul. Semua budak-budak tadi dah hilang. Senyap pulak tuh.

Proses ini akan berulang lagi sehinggalah solat sunat Witir yang terakhir.


*** Boleh bikin hilang khusyuk jugak bila dengar suara karenah budak-budak nih yang macam-macam peel.

Saturday, August 21, 2010

Coretan Ramadhan 1431H: Hormat


HOD aku. Merangkap boss aku. Perempuan. Berbangsa Cina. Sedang mengandung 4 bulan. Tahap selera makan beliau semakin meningkat. Biasalah, orang mengandung memang makan banyak.

Jadual makan beliau sudah kami hafal. Pukul 9.00 pagi, pukul 11.oo pagi, pukul 1.00 tengahari (lunch hour la) dan pukul 4.00 petang. Bekal makanan yang dibawanya pun memang banyak. Berplastik-plastik.

Bulan lepas. Sebelum puasa. Beliau senang lepak kat meja beliau sendiri je bila makan. Tapi, sejak 1 Ramadhan yang lalu, beliau telah beralih tempat makan ke department sebelah yang ada petisyen. Dah tu pulak, makan secara sorok-sorok. Dan, bila kami tanya kenapa, beliau berkata,

"Kamu olang puasa maa.. tak boleh la makan depan kamu,"

Padahal, kami tak kisah pun sebenarnya kalau beliau nak makan di mejanya.

Dan aku sangat respek dengan sikap beliau yang hormatkan Agama Islam. Macam tu lah baru satu Malaysia. Ye dok?

Thursday, August 19, 2010

Mimpi Semalam

Mimpi ngeri.


.


.


.


.


Bertunang dengan ex-skandal zaman old skool dulu-dulu.

Tak ke seram tuh? Hehehe...


Demmm...!! Tetiba teringin nak tengok mata coklat cair miliknya.

Monday, August 16, 2010

Zombie Jelmaan

Ada rupa Zombie Kampung Pisang tak?


Jumaat lepas. Satu badan aku diserang sakit gatal-gatal sampai tak cukup tangan nak garu.

Doktor cakap aku salah makan. Alahan. Siap kena cucuk. Tak la sakit sangat kalau kena cucuk kat lengan je. Tapi, bikin aku pitam jugak sekejap. Free-free je dapat 2 jenis ubat telan dan ubat sapu. MC pun dapat. Hahaha..

Bila aku balik rumah Omak, banyak pulak versi pendapat tentang penyakit misteri aku nih. Majoriti sedara-mara aku cakap aku terkena penyakit 'Kolinggato' (ni orang nogori yang cakap. Kalau salah sila betulkan. Tak payah google. Kompen tak de info sebab aku dah try. Haha).

Antara punca 'Kolinggato' adalah seperti berikut. Pergi la main dalam semak tak pun dalam hutan. Pasti kena punya. Ada jugak yang kata aku nih kena taik ulat. Lepas tuh pulak, ada yang cakap habuk-habuk halus atau hama yang melekat kat badan aku punca badan aku gatal-gatal. Yang paling best, ada yang kata aku nih kena sampuk atau tegur dengan 'orang halus' yang berkenan dengan aku. Seram seyhh! Bila fikir balik, bila masanya aku pergi main dalam semak atau hutan? Hari Jumaat hari tu aku pergi Putrajaya je. Misteri sungguh nih.

Lepas tuh, banyak pulak petua yang aku dapat untuk merawat penyakit gatal-gatal atau 'Kolinggato' dari orang-orang yang berpengalaman nih. Ada yang cakap bakar daun kelapa dan asapnya tu dihalakan pada seluruh badan. Atau, minum air kelapa banyak-banyak dan sapu air kelapa pada seluruh anggota badan. Tak pun bubuh je kapur satu badan bagi panas. Entah ler. Aku buat yang senang je la. Bubuh kapur satu badan (tu yang rupa macam Zombie je tuh), minum air kelapa banyak-banyak dan sapu je air kelapa tu satu badan. Lepas tu, doa dan tawakal je lah. Jangan lupa selawat sekali. InsyaAllah.

Apa yang penting. Aku dan beransur pulih. Alhamdulillah. Anggap je lah dugaan Allah dibulan puasa nih. Sesungguhnya, penyakit itu penghapus dosa. Kan?


Thursday, August 12, 2010

Setiap Hari Aku Berdoa Agar Cepatlah Pukul 5 Petang


Ini cerita pasal aku di opis.

Hari bekerja. Isnin hingga Jumaat. Waktu opis bermula dari pukul 8.30 pagi sampai pukul 5.00 petang. Hari Sabtu pulak separuh hari je. Itu pun ikut giliran. Jadi, aku tak nak cerita panjang pasal hari Sabtu.

Ini cerita pasal hari bekerja normal. 5 hari seminggu. Hatta di bulan Ramadhan sekalipun, waktu bekerja tetap sama. Tiada perubahan. Ini bukan kompeni-bapak-kau-yang-punya mahupun kerja kerajaan. Kesimpulannya, jangan nak berangan-angan nak balik awal di bulan yang mulia ini.

Ok. Aku tak kisah pun semua tu. Yang penting, setiap hari aku berdoa agar masa berlalu dengan pantas. Ini tak ada kaitan nak balik awal untuk prepare juadah berbuka mahupun nak pergi meronda-ronda di Bazar Ramadhan.

Nak tahu ke?







Ini semua gara-gara PC aku sudah diharamkan penggunaan internet. Langsung kena block. Aku bosan dan boring yang amat duduk kat opis lama-lama. Dah gaya kena sindrom mati kutu dan mental block dah. Bikin aku jadi macam nih -> #%#@#&%^!@#!! (Ini bukan kata-kata kesat ataupun carutan mahupun makian.Tapi hanyalah luahan rasa tak puas hati).

Sekarang nih bila dah tak tentu arah sangat, aku layan Freecell je. Tak pun Solitare.

Sekian.

Monday, August 9, 2010

Semangat

Apa beza antara hilang semangat dan semangat yang hilang?

Tuesday, August 3, 2010

Baru Den Tau


"Ekau poei amik galah kek pokok moktan tuh, poei kait buah bidaro kek pagar dopan ghumah kodai tuh,"


"Errrr....buah bidaro? buah apo tuh, Teh?

"Buah mata kucing laa ekau nih..,"

"OOoooooooooo.............,"


P/S: Buah Bidara = Buah Mata Kucing

Thursday, July 29, 2010

Tetamu Tak Di Undang

Ada seekor anak biawak tersesat berumahtangga kat dalam lubang jamban tandas pompuan kat opis.

Jenuh kakak cleaner siram air panas, air klorox dan air sabun banyak-banyak kasi menatang tu mampus. Tapi masih lagi gagal.

Situasi kritikal nih betul-betul buat aku hilang feel nak 'membuang sisa-sisa pepejal' dengan aman.

Nasib baik ada jamban duduk kat sebelah. Kalau tak, naya. Heh!

Tuesday, July 27, 2010

Warisan Wanita Terakhir



Budak-budak coursemate aku punya kerja bila tensen dengan assignment tahun 2005/2006.

Hahahahahahaha.......Rindu giler zaman nih..

Friday, July 16, 2010

Buat Kamu-Kamu Yang Pernah Lalu-Lalang Di Hati Ini

Syooohh! Sssyyooooohhhhh!!

Pergi main jauh-jauh.

Di sini tiada lagi taman permainan.

Yang tinggal hanyalah batu nisan.

Sila jangan datang lagi.

Sayonara.....

Wednesday, July 14, 2010

Musykil


Sekarang.

Butang seluar jeans dah makin susah dan payah nak kancing.

Aku syak.

Samada seluar tersebut makin mengecil dan mengecut?

Atau

Paha dan perut aku yang makin mengembang?


*** Kena jogging laju-laju lepas nih (T_T)

Monday, July 12, 2010

Bola Itu Bulat


Orang tengok bola. Aku pun tengok bola. Apalah sangat berjaga dari pukul 2.30 pagi sampai pukul 5.00 pagi. Baru semangat kesukanan terserlah. Lagi-lagi game final, kan? Memang tak true la kalau tak tengok. (Pergi opis punch kad merah hari nih. Rasa hero pulak).

Game semalam. Aku tak nak cakap banyak-banyak. Tapi, tahniah la. Majoriti player dihadiahkan kad kuning sorang satu. Baik sungguh hati pengadil tu. Maklumlah. Dah final. Kasi semua orang merasa. Padan muka. Sapa suruh main macam nak bertumbuk. Lain kali mainlah dengan sopan-santun. Ye dok?

Walau bagaimana pun. Aku redha dengan kekalahan Oranje. Tak pe lah. Dah tak de rezeki nak bawak balik piala tu. Lagi pun dah masuk final kira hebat dah. Cuba lagi untuk 4 tahun akan datang. Tak pun tunggu Euro pulak.

Tapi. Satu benda je yang aku tak paham tiap kali aku tengok bola dari dulu sampai la sekarang ni. Serius. Aku tak tipu.

Errr................






Off-side tu macam mana rupa, hah?

Jangan gelak.


Thursday, July 8, 2010

Melewati Hari-Hari Yang Berlalu II

Sentiasa.

Dihanyutkan oleh masa.

Lagha mungkin?

Wednesday, July 7, 2010

Melewati Hari-Hari Yang Berlalu

Tunggu dan terus menunggu macam tunggul kayu.

Nanti dan terus menanti.

Dengan sabar.

Thursday, July 1, 2010

Sesi Bersoal Jawab Dengan Encik Doktor


Di dalam bilik doktor di sebuah klinik di Petaling Jaya. 3 tahun lepas.

Doc: Sakit apa? (sambil pandang aku secara serius)
Aku: Demam, selsema, batuk, sakit kepala, sakit tekak....errr.....
Doc: Lagi?
Aku: Sakit perut, cirit-birit, pening-pening, muntah-muntah....hmm..

Encik Doktor yang berbangsa serani itu memeriksa badan aku. Ambil suhu badan, tekanan darah dan yang sama waktu dengannya.

Doc: Bila last period? (tanya dengan serius giler)
Aku: Errrr.....hari ni first day....(sambil buat muka sakit giler dan konpius)
Doc: Ooohh....ok.. You demam teruk plus period pain je nih. Don't worry. I bagi you ubat demam, selsema, bla..bla..bla..and MC for today..(berlagak macam biasa)
Aku: Ok..(mengangguk lemah)

Persoalannya:-

1) Adakah soalan Bila last period? tu sekadar prosedur biasa?

atau

2) Adakah Encik Doktor syak aku pregnant di sebabkan kehadiran aku di klinik beliau ditemani oleh seorang lelaki iaitu opismate aku yang ketika itu sedang duduk rilek-rilek kat kerusi di luar bilik doktor?

Cuba jawab.

Monday, June 28, 2010

Fasa Pertama


Aku tak peduli dah dengan pakcik-pakcik berkopiah yang lalu-lalang naik motor.

Aku tak hirau dah dengan makcik-makcik yang berpayung nak pergi kedai atau balik dari kedai.

Aku tak heran dah dengan mat-mat rempit yang sibuk buat aksi sarkastik dengan motor dorang.

Aku tak kisah dah dengan drebar mahupun penumpang bas Eng-Giap dari Tampin ke Kuala Pilah mahupun dari Kuala Pilah ke Tampin yang berhenti betul-betul depan pagar rumah Omak (Mak sedara aku).

Aku tak perasan dah tangan, kaki dan badan aku yang berbintat-bintat dek menjadi sasaran gigitan lovebite nyamuk dan juga semut.

Aku tak ingat dah bila masa kain batik yang aku pakai bertukar menjadi seluar tido.

Dan, aku juga tak kira dah tahap keberatan dan ketinggian galah yang sememangnya melebihi aku.


Apa yang penting, dapat kait buah rambutan 3-4 kilo bawak balik Klang dah cukup bagus. Siap dah agih-agihkan dah. 1 plastik untuk budak-budak rumah, 1 plastik untuk berkelah kat opis dan 1 plastik lagi untuk mak mertua.


Errr...eh! eh! eh! celah mana datangnya mak mertua pulak nih? Cancel. 2 plastik untuk berkelah kat opis.



Durian? Dapat 2 bijik je. Tu pun dah kopak dengan tupai.


Fasa kedua
- Tunggu plan Kak Cho dan Citah. Bila weh? Gua tak sabor nih

Fasa ketiga - End of July. Pakat dengan abang aku nak pergi tengok dusun yang terbiar kat kampung.


P/S: Ngidam manggis dan mata kucing nih. Sabor-sabor.

Thursday, June 24, 2010

Kesejukan Yang Melampau Di Opis


Ada gaya jadi orang Jepun celup tak?

Tuesday, June 22, 2010

Situasi Itu

Satu hari di pusat membeli-belah. Tengah sedap pusing-pusing. Jalan-jalan perabih duit. Sambil cuci mata usha pakwe-pakwe hensem, komik dan DVD cerita Jepun. Tiba-tiba terdengar satu suara yang sangat familiar dari belakang. Gelak tawa dan suara yang tidak asing lagi sejak 10 tahun yang lalu. Yang pernah hadir dalam hidup aku. Toleh ke belakang. Sah. Skandal lama masa old skool dulu-dulu.

Aku ambil tindakan drastik. Berpusing mengadapnya. Mata bertentang mata. Masa tu, jantung berdegup kencang. Rasa nak pecah pun ada. Macam terkena renjatan arus elektrik bervoltan 1000kw. Tahap adrenalin tak ubah macam kereta lumba F1.

Kaki terpaku. Badan mula menggigil perlahan. Dahi pun dah berpeluh. Mulut terkunci. Tiada sepatah perkataan pun yang keluar. Diam. Sunyi.

Aku pandang dia. Dia tengok aku. Mata coklat cairnya masih seperti dulu. Bersinar lembut. Nak tegur ke tak? Bisu. Hanya membalas senyuman. Aitcheh! Apasal makin hensem nih? Dalam kepala ada sesi ulang tayang kisah lama. Sebijik macam cerita dalam movie.

Hati setan mula menghasut.

"Pergi tegur dia..pergi tegur dia. Lu tak rindu dia ke? Dah lama kan lu tunggu masa macam nih? 10 tahun beb!"

Arggghhhhh....setan betul. Apa aku nak buat nih? Glupp!

Aku buat selamber rock. Macam tak ada apa-apa yang berlaku. Kontrol macho. Gagahkan kaki melangkah ke arah rak-rak DVD yang lain. Tangan ligat membelek-belek DVD yang ada kat depan mata. Cuba berlagak hero. Buat-buat tak kenal dia walaupun dalam hati rasa nak jerit kuat-kuat dan teringin nak menatap mata coklat cairnya lagi. Bikin jiwa kacau lagi. Ooohhhh!

Dia pulak. Melangkah perlahan. Meninggalkan aku dengan DVD yang berlambak-lambak kat depan mata beserta dengan kenangan lalu yang menjelma diingatan. Dammmm!!

Ok. Sila abaikan situasi yang seterusnya.

Kerana, tu semua adalah imaginasi setan aku semata-mata. Amacam? Thriller tak?

Monday, June 21, 2010

Kerana Tangan, Hati Terluka

Cuba berlagak macho.

Tapi.

Semuanya hancur-lebur.

Ibarat.

Hampas nyor yang berterabur.

Apakah?

Sunday, June 20, 2010

Tukar

Tuan punya blog nih dah tukar identiti sikit.

Sebab?

Tetiba dapat 'wahyu' nak guna identiti baru.

Boleh?



P/S: Eh, macam mana nak ilangkan bau bawang? (ni kes kena potong bawang berkilo-kilo masa kenduri hari tu. Rugi air mata aku. Hehe)

Saturday, June 19, 2010

Sindrom Misteri

Aku mengalami sindrom misteri......

.

.

Iaitu...


.


.


.


M.A.L.A.S
nak update, blog, mukabuku dan yang sama waktu dengannya.

Bola pun aku tak layan.

Bahaya tak?


P/S: Tengah sibuk study cerita Jepun dan menghadiri kenduri-kendara.

Sunday, June 13, 2010

Dalam Kemeriahan Piala Dunia


Aku tahu. Satu dunia sibuk dengan bola. Makan bola. Tido bola. Minum coca-cola. 24 jam asyik bola-bola-bola. Dari yang kecil sampailah yang dah besar. Dari yang muda hinggalah ke yang tua. Lelaki mahupun perempuan. Tidak terkecuali. Semuanya cerita pasal bola. Pergi mana-mana sekali pun, bola adalah topik utama. Entri pun banyak pasal bola. Ye la. Sekarangkan musim bola. Memang patut la cerita pasal bola. Takkan nak cerita pasal badminton pulak. Kan dah lepas. Ye dok?

Eh! Esok 1 Rejab beb! Bola-bola jugak. Jom la tambah pahala dengan puasa sunat. Alang-alang dah bangun pukul 3-4 pagi tu, sahurlah sekali. Amacam?

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

P/S: Lagi 2 bulan nak masuk Ramadhan. Aku rindu nak Terawikh.


Wednesday, June 9, 2010

Cari Penyakit II


Malam tadi. Masa tengah dok selongkar fail-fail dan surat-surat dalam kotak mencari geran dan cover note kete. Tetiba TERjumpa 'surat cinta' dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong.


Adeehh...deh...deh...deh...!!


Aku tak ingat nak bayar saman tahun lepas punya.


Serius. Memang aku tak ingat. Bukannya sengaja lupa.

Tuesday, June 8, 2010

Cari Penyakit

Minggu depan roadtax kete mati..

Aku tak ingat mana aku letak cover note dan geran yang tahun lepas punye..

Diulangi. Tak ingat. Bukan lupa..

Wednesday, June 2, 2010

Diam


Kata pepatah. Diam-diam berisi. Macam ubi dalam tanah (tiada kaitan dengan kartunis ubi).

Kata KRU. Diam itu pintar. Betul jugak. Orang yang bijaksana memang tidak bercakap banyak.

Kata orang tua. Diam itu tanda setuju. Tapi aku tak setuju 100% dengan pendapat ini sebab di akhirnya masih lagi tidak ada kata putus. Mengiya pun tidak. Menidak pun bukan. Tergantung.

Ada kalanya, aku diam bukan erti aku tewas. Aku diam kerana tiada sebab untuk aku berkata-kata.

Daripada aku mengumpat, mengutuk, mengata atau mengebang tak tentu hala. Baik aku diam. Kurang sikit berat belah kiri. Ye dok?

Dan daripada aku melalut tak tentu pasal dalam blog ini. Baik aku diam jugak. Biarlah bersawang dari aku menulis yang bukan-bukan (tapi memang aku banyak tulis benda-benda yang merepek pun). Haih!

Juga. Bila idea dan ilham berada tahap kering kontang. Jawabnya, memang aku diam, senyap, sunyi dan sepi la.

Eh? Apedehal aku merepek nih? Kan blog dah update nih. Aku dah tak diam lagi la kan?


"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
(Riwayat ABU NAIM)