Papan Iklan

Tuesday, March 30, 2010

Update


Apa kaitan sakit tumbuh gigi bongsu dan ulser mulut dengan tulis blog?
.

.

.

.

Aku tak ada idea.

.

.

.

.

Kesimpulannya. Bulan depan je la aku update blog. Huh!

Sunday, March 28, 2010

Pesta Buku Dan Aku

Pesta buku tahun 2009.

Pusing-pusing dewan. Selak-selak orang. Acara selit-menyelit. Usha-usha buku. Singgah mana-mana booth yang best. Mabuk dan pening kerana terlampau banyak sangat buku. Macam-macam bau yang pelik. Kekurangan oksigen. Last-last aku jatuh pitam kat situ jugak. Ceh! Tak macho langsung.

Pesta buku tahun 2010.

Pusing-pusing dewan. Selak-selak orang. Acara selit-menyelit. Usha-usha buku. Singgah mana-mana booth yang best. Mabuk dan pening kerana terlampau banyak sangat buku. Macam-macam bau yang pelik. Jumpa kaunter SPR. Terus daftar sebab tak daftar lagi. Apa daaa...orang pergi pesta buku nak beli buku. Ada orang tu pulak pergi pesta buku daftar SPR. Cemerlang, Gemilang dan Terbilang sungguh dalam menunaikan tanggjungjawab sebagai rakyat Malaysia yang best. Ini yang rasa macam nak riak dengan warga Bangladesh yang datang kerja kat sini. Haha..!


P/S: Jumpa dengan budak-budak Bloggers Tegar buat aku kekejangan perut dan mulut yang agak kronik kerana terlampau banyak gelak.


Monday, March 22, 2010

Simple, Selamber Dan Sempoi

Sabtu baru-baru nih. Giliran aku kerja. Malasnya hanya Tuhan yang tahu. Dah la malam tu aku tidur lambat sebab pergi lepak dengan Cikgu Onizuka kat Tokyo. Sah-sah subuh gajah aku pagi tuh.

Kelam kabut jugak la aku bersiap. Pakai apa yang mampu dicapai je. Senang. Janji simple, selamber dan sempoi. Kena dengan slogan aku sepanjang hayat. Heh!

Setibanya di opis. Kak Pidah gelakkan aku.

"Akak ingat Aju main-main je nak pakai macam nih," Aku sengeh. Sebab masa hari Jumaat tu, aku dah cakap awal-awal dengan Kak Pidah yang aku memang nak pakai macam tu.

"Hehe....dah lambat Kak. Saya sarung je mana ada depan mata," Aku agak rushing pagi tu sebab kunci department kitorang aku yang pegang. Kesian. Semua tengah tunggu aku masa aku sampai. Rasa macam YB pulak.

Hari Sabtu. Ingat boleh rilek-rilek. Tapi haram. Kerja banyak jugak. Turun naik jugak la dari department aku ke department teknikal dengan PO yang urgent. Siap berlari-lari. Macam-macam gaya ada. 100 meter, 200 meter, lari pecut, jogging, lari anak dan sama waktu dengannya. Memang tepat dan tak salah langsung aku mengenakan fesyen sebegitu.

Aku tengok Kapten yang duduk belah side operation toleh kat aku dua tiga kali masa aku lalu sebelah dia. Orang-orang teknikal pun dok senyum-senyum tengok aku. Budak pembantu teknikal tu pun tumpang sekaki pandang aku semacam je. Ya. Aku tahu. Citarasa fesyen aku hari itu sangat kuno.

Lantaklah. Janji aku senang dengan fesyen aku nih. Aku pun kembali menyibukkan diri dengan kerja-kerja yang sememangnya banyak dalam keadaan yang agak mengantuk sehingga pukul 1 tengahari. Orang lain pun dah ramai yang balik. Rajin giler aku hari tu.

Masa aku tolak pintu nak balik pergi punch card, nampak si Caballero dan Brader Lan tengah lepak. Aku pun tanpa segan silu, duduk bersila atas meja belakang, join diorang lepak sekali. Borak-borak kosong kejap sebelum balik.

"Macam budak sekolah balik dari kelas tambahan," Tegur Brader Lan.

"Giler sempoi. Ko nak pergi bersukan ke?" Caballero buat kelakar dengan aku.

Aku pun mula buka cerita dengan diorang.

"Sebenarnya, aku jogging masa datang opis pagi tadi. Tu yang pakai macam nih. Lepas nih aku ada training bola jaring pulak," Kelentong aku.

"Wak lu!!" Bidas Caballero. Dan sambung kembali sesi sembang-menyembang macam lepak kat kedai kopi.

Aku rasa aku dah pecah rekod kat opis tu. Seingat aku, tak pernah ada lagi orang yang pakai seluar trek pergi opis hari Sabtu. Apa nak malu? Seluar trek je pun. Tu belum aku pakai kain batik lagi. Haaaa......


Saturday, March 20, 2010

Hilang


Rentak menulis blog sudah hilang.....


Thursday, March 18, 2010

Nada-Nada Sumbang

Keliru. Celaru. Buntu.

Ke kanan tersesat.
Ke kiri tersangkut.

Yang ini kata A.
Yang itu kata B.

Mana satu yang betul?
Mana satu yang salah?

Utara, selatan, timur dan barat.
360 darjah berpusing.

Tanpa kompas. Tiada peta. Hilang petunjuk.
Mahu ke depan tapi masih lagi ketinggalan di belakang.
Hitam dan putih bercampur menjadi kelabu.
Alih-alih masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Persetankan!

Tepuk dada tanya iman.
Jangan tanya selera.
Kerana ia adalah nafsu semata-mata.


"Tunjukilah kami jalan yang lurus" (Al-Fatihah, ayat 6)
.

Monday, March 15, 2010

I'm In Love!

Terus terang aku cakap. Aku langsung tak ada mood nak update blog sekarang nih. Hati asyik berbunga-bunga je. Sumpah. Rasa nak pergi Jepun sekarang jugak. Berdiri di bawah pohon sakura dan melihat bunga-bunga kecil yang berwarna merah jambu ini gugur dengan lembut ke bumi.


Dan, ditemani oleh seseorang yang sangat istimewa di sisi. Hanya aku dan dia. Indah sungguh dunia ini. Bagaikan di syurga. Juga, berumahtangga di sini barangkali (salah satu impian giler aku).

Oh ya! Kenalkan, teman baru aku. Oguri Shun atau lebih dikenali sebagai Sano Izumi. Atlet lompat tinggi di Sekolah Tinggi Osaka Gakuen. Kacak bukan?


Hahahaha! Inilah akibat fanatik dengan drama Jepun. Memang aku dah tangkap cintan dengan mamat nih. Ok lah. Aku nak sambung tengok cerita Hana Kimi, lakonan beliau. Teruja aku dibuatnya. Tidur malam pun ditemani oleh Sano Izumi. Wink! (>.<)



Sebelum itu, layan lagu ini dari Glay, I'm In Love. Enjoy!
(Dahsyat giler peminat band nih. Agak-agak berapa juta orang yang pergi tengok konsert nih?)


Thursday, March 11, 2010

Malas Tahap Gaban

Status YM: Malas Tahap Gaban.

Tiba-tiba...

"Assalamualaikum. Habislah gaban dah jadi malas,"

"Waalaikumusalam. Nape pulak?"

"Ye la. Gaban dah malas. Sape nak lawan ngan raksasa,"

"Otromen kan ada. Hehehe.."


"Otromen besar. Tak boleh ambil kira. Tak sama saiz ngan Gaban,"

"Pulak. Power Rangers laaa.."

"Power Rangers bukan made in Jepun,"

"Eh! betul jugak ek. Kalo macam tu, Suria Baja Hitam laa... Tak pun Maskman,"

"Hak..hak..hak..tu baru betul. Gaban pun malas jugak ek,"


"Hehehe...Gaban pun nak cuti gak. Stress..,"


Terima kasih kerana menceriakan aku malam itu. Hilang stress sikit walaupun tak banyak.








Dan, malam itu jugak, aku mimpi bertukar menjadi Gaban. Hampeh!

Monday, March 8, 2010

Apa Yang Diperlukan, Hanyalah Sebatang Tongkat Sakti

Hatinya luka lagi.
Ditetak. Dicincang. Ditumbuk.
Dikisar. Dibom. Juga dipatah-patahkan.
Hancur. Lumat. Berkecai jadinya.

Ada rasa ngilu. Pedih. Senak. Kecewa. Sakit.
Serta luluh menjadi keping-keping jigsaw puzzle.

Dikutipnya satu-persatu.
Penuh cermat. Disusunkan elok-elok.
Digamkan. Disalotapekan. Diplasterkan.
Agar tidak bercerai lagi.

Dijahitkan dengan manik-manik yang berkilat dan berwarna-warni.
Dibiuskan. Juga disapukan iodin.
Tapi, masih lagi kritikal.

Tiada rasa. Tiada jiwa. Tiada cinta.
Juga tiada perasaan.
Kosong.

Di kala ini, tongkat sakti saja yang diperlukan.
Hanya hayun dan lafazkan hajat.
Agar hatinya sembuh kembali seperti sediakala.
Juga kebal.




~ Nak pinjam tongkat dengan Harry Potter ~

Friday, March 5, 2010

Sabar Je Lah!

Balik kerja.

Cuaca mendung. Langit gelap.

Angin agak kuat.

Aku syak mesti nak ribut.

Dan. Air hujan mula mencurah-curah ke bumi.

Tapi. Tak lebat. Juga tak renyai.

Alih-alih tak sampai 5 minit. Dah berhenti.

Aku kecewa.

Sebab.

Kereta aku baru je basuh lepas servis pagi tadi.

Sabar je lah.

Haih!

Thursday, March 4, 2010

Perihal Jiwa Kacau

Sebenarnya, dari minggu lepas lagi jiwa tak tenteram. Tapi sejak dua hari lepas, makin menjadi-jadi tahap jiwa kacau. Buat itu tak kena. Buat ini tak kena. Sekejap ok. Sekejap tak ok. Hati rasa tak tenang. Jantung asyik berdebar-debar. Dada macam nak pecah. Sakit. Macam nak luruh paru-paru nih pun ada.

Kebelakangan ini, selera nak tulis blog pun dah lari 40 kilometer. Apatah lagi kat opis. Tugasan kerja telah dirombak secara besar-besaran dan diatur semula. Memang buat kepala aku jadi migrain petala ke-8. Lagi satu hal nak buat balancing kerja yang baru.

Dalam kepala, memang tak boleh fokus langsung. Ada je benda yang tak kena. Lalok semacam. Mengalahkan mat gian. Nak kata aku mat pit, aku bukannya jenis yang suka telan ubat.

Semuanya telah dicampur adukkan. Dah jadi rojak. Apa yang berlaku di sekeliling memang tak terjangka. Satu-persatu. Aku rasa hidup aku dah macam main jigsaw puzzle. Kena susun satu-persatu. Leceh. Tapi bila dah siap, mesti cun walaupun ambil masa yang agak lama, kan?

Yang penting sekarang nih, kena mula cari klu yang pertama dulu. Baru boleh settle yang lain-lain. Err...tapi, macam mana nak mula cari??