Papan Iklan

Thursday, October 29, 2009

Diskusi Yang Membuatkan Jantung Dan Usus Aku Tersentap

2006. Satu petang. Lepak dengan anak sepupu aku yang lebih kurang sebaya.

Aku: Aku layan Rock The World ari tu, bleh tahan gak la band-band yang perform.

Dia: Aku tak pernah gi konsert dan tak kan pergi konsert.

Aku: Huh! Nape? Kata rock beb!

Dia: Sebab aku rasa kalau tetiba aku mati kat situ, sia-sia je hidup aku.

Diam. Pedih. Aku rasa nak masukkan kepala aku dalam tong sampah je. Ada siapa-siapa nak backing aku?

P/S: Rock The World 9 akan berlangsung pada 19/12/09 kat Sunway kalau tak silap aku. Sapa-sapa nak pergi ajak aku skali.

Wednesday, October 28, 2009

Minda Siapa Yang Tak Berkembang - Part 2

Aku vs Cucu Mak aku (baru lepas PMR)

Aku:
Apa daaa..baca novel cintan orang tua. Tangkap leleh pulok tuh. Tak rock la. Jalan cerita sama je. Jatuh cinta, putus cinta, kahwin, cerai, kahwin 4. Cerita orang melayu streotype je.

Cucu Mak Aku:
Eleh..bior laaa...bukan macam Chik..baca komik kartun. Mengarut je. Macam budok-budok. Ayat bahasa melayu dan tatabahasa pun dok betul.

Ni, aku nak tanya kat korang. Minda siapa tak berkembang nih? Cuba jawab.

Tuesday, October 27, 2009

Penat Dan Letih

Untuk 5 tahun ini, aku sangat penat dan letih.
Penat dengan kemunculannya tanpa diundang.
Letih dengan kehilangannya tanpa berita.
Dia datang dan pergi dengan sesuka-hatinya.
Macam biskut.
Kali ini, aku nekad untuk bertindak kejam.
Kesabaran aku ada batasnya.
Aku bukan robot.
Silent mode is the best way.
So long......

Thursday, October 22, 2009

Terapi 2

SHOPPING. Biarpun kocek dah kering kontang tahap pengemis di hujung bulan, hasilnya, 2 pasang high heel dan sebiji handbag. Oooohhhhh...inilah perempuan.

Tuesday, October 20, 2009

Terapi

Terapi terbaik untuk diri aku apabila serabut. MAKAN. Sebab aku makan banyak mana pun badan tetap kecik dan kurus. Member aku cakap tahap metabolisma aku tinggi, ada bela cacing dalam perut dan badan aku tak elastik (kata si rambut x kembang). Aku tak kisah pun. Yang penting kenyang.

Gambar ni amik masa lunch tadi. Konon-kononnya celebrate belated besday budak-budak department aku. Start lunch sampai nak balik tadi mulut aku tak henti-henti mengunyah. Amacam? Tekak aku macam dinasor tak?

Thursday, October 15, 2009

Sakit Jiwa

Buat masa sekarang. Sakit jiwa. Banyak benda nak settle. Idea nak tulis blog pun tak ada. Aku nak tenangkan hati dan fikiran dulu. Serabut tahap babun. Tensen tahap gaban. Oh Tuhan, tolonglah hambamu yang lemah ini.

Tuesday, October 13, 2009

Bonda

Semalam besday Mak. Tapi Mak tak ngaku. Mak cakap dah lepas, 5hb hari tu. Aku konpius. Tapi aku buat selamba je la. Aku tanya Mak nak hadiah apa. Mak cakap tak de hadiah pun tak pe. Janji Raya haji ni aku balik. Bereh boh. Arahan diterima.

Lepak bergayut dengan Mak, aku check balik nombor IC Mak. Laaa... Aku syak Mak pun konpius jugak. Mesti Mak tak ingat nombor IC penuh beliau. Ingat nombor kod je. Betullah besday Mak semalam. 05 tu adalah kod negeri kelahiran Mak, Negeri Sembilan. Tak kisah la. Yang penting aku ingat besday Mak dan akan balik Raya Haji ni.

'Selamat Harijadi Mak, Semoga Panjang Umur, Murah Rezeki, Sihat Sejahtera dan DiRahmati Allah Selalu..Aminnnn!'

P/S: Aku tak nak bubuh pic Mak aku kat sini. Nanti beliau lagi glemer dari aku. Haha

Friday, October 9, 2009

Entri Khas Untuk Abang Gua

Salam.

Kehadapan kekandaku yang jauh di mata tapi dekat di monitor pc.

Adinda tahu bahawasanya kekanda sedang mengusha dan mengskodeng blog adinda selama ini. Harap kekanda tidak terasa hati jika ada entri adinda yang terselit tentang kisah kita mahupun keluarga kita. Tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak hanya sekadar coretan yang ingin dikongsi bersama-sama dengan bloggers lain.

Untuk pengetahuan kekanda, setiap entri yang ditulis oleh adinda ini lahir dari jiwa, kepala otak, imaginasi, khayalan, idea, kenangan, perasaan, suka-duka, hati dan buah pinggang adinda sendiri selama adinda hidup di muka bumi Tuhan ini.

Sebarang kritikan, kutukan, komen, perli, nasihat atau pujian dari kekanda amat dialu-alukan dan dihargai.

Sekian, Terima Kasih,

Peace Bro!!

Dari,
Adindamu yang banyak songeh.

P/S: Gua syak mesti dia tengah gelak besar kat gua.

Thursday, October 8, 2009

Aku Rasa Macam Duduk Kat Eskimo

Cuaca mendung. Pagi tadi hujan lebat yang amat. Naik kereta pun boleh basah. Sampai opis, aircond macam peti ais sehingga takat beku mencecah -30 sehingga -40 darjah. Sweater dah tebal, stokin pun dah siap pakai. Sejuknya macam duduk kat Eskimo. Aku ingat nak buat unggun api kat sebelah meja aku. Ok tak? Gegegege....(gigi berlaga, tangan kaku, kepala ngantuk).

Wednesday, October 7, 2009

(Dr. Cinta) - The Show - Bahagian 1

Via sms.

"Apa yang perempuan mahukan dalam sesebuah hubungan?" Dia.

"Kejujuran, Kesetiaan, Keikhlasan, Komitmen, Kasih Sayang, Keserasian dan Keimanan," Aku.

"Jika telah diberikan semuanya, kenapa perlu curang?" Dia.

"Kerana perempuan itu tamak, pentingkan diri sendiri dan buta hati," Aku.

" Penyelesaian?" Dia.

"Lupakan dan tinggalkan saja perempuan itu," Aku.

"Semudah itu?" Dia.

"Ya. Untuk kebaikan kamu, perempuan itu dan pihak ketiga," Aku.

Errkk! Apakejadahnya tetiba aku jadi Dr. Cinta ni?

~ I'm just a little bit caught in the middle, Life is a maze and love is riddle, I don't know where to go, I can't do it alone (I've tried) and I don't know why..~ (Lenka - The Show)

Monday, October 5, 2009

Old Skool Punyer Kuih




Nama glemer kuih ini, buah melaka. Orang pantai timur panggil onde-onde. Orang nogori pulak panggil kelompong. Ada orang panggil kuih timbul (ni abang aku kasi nama) dan ada orang panggil kuih terapung (mungkin sebab bila dah masak ia timbul atau terapung). Tak kisah la nama apa pun, janji sedap dimakan begitu saja.

Dan, kami telah membuat sedikit revolusi dan transformasi ke atas warna kuih ini. Eksperimen main-main. Bubuh perisa sirap. Pinky. Barulah nampak ladies. Lain kali, kami nak bubuh perisa sunkiest pulak. Then, kami nak buat warna-warni macam pelangi. Mesti comel. Ahakss..=)

Friday, October 2, 2009

Rasional Emosional (Ini Bukan Lagu Band Pesawat)

Dulu, aku rockers. Tak ada perasaan. Apa-apa yang berlaku, aku cool je.

Sekarang, aku masih lagi rockers. Tapi, versi slow rock. Lebih touching dan emosi.

Contohnya:-
Dari kampung nak balik Klang, aku nangis.
Tengok bencana tsunami, aku nangis.
Dengar lagu Agnes Monica, aku nangis.
Kupas dan tumbuk bawang, aku nangis.
Dan, layan cerita Korea yang happy ending pun aku boleh nangis.

Haih! Dah tua gamaknya aku ni. Alignment hormon dah tak stabil.

Tapi, aku tetap rockers. Yang pastinya, aku masih tak ada perasaan.

Isk! Isk! Isk!

Thursday, October 1, 2009

Seratus

Tahniah. Kamu sedang membaca entri aku yang ke seratus. Terima kasih.