Papan Iklan

Wednesday, June 22, 2011

Biarlah Gua Bikin Apa Yang Gua Suka


Ini bukan kisah drama melayu mahupun lawak jenaka.
Tapi masih melibatkan hal ehwal dunia.
Tiada kaitan pun antara lu, gua dan dia.
Hanya memperjudikan masa depan gua je.
Lu jangan buat muka serius brader.
Gua nak cerita sikit saja.
Dah. Duduk diam-diam. Baca.
Lepas tu jangan buat tak reti nak komen pula ye.

Al-kisahnya. Gua nekad nak berhenti kerja.
Eh! Bukan sekarang lagi setahun dua.
Gua dah penat dengan rutin biasa.
Hari-hari kerja. Kerja. Kerja. Kerja.
Sampai badan pun dah jadi separa meja.
Gua nak rilek-rilek dan rehat puas-puas pula.
Rancang nak pergi melancong dan mengembara.
Kasi jiwa tenang dan minda terbuka seadanya.

Gua cuma nak bawa diri yang lara. Eh! Lagha.
Bukannya gua terpengaruh dengan sesiapa.
Lagi pun gua nak capai impian gua semata-mata.
Tak salah rasanya kalau cara ini buat gua bahagia.
Risiko? Bab tu memang gua tak akan lupa.
Yang penting back up plan mesti kena ada.
Harap-harap rezeki gua dipermudahkan olehNya.
Untuk gua realisasikan rancangan gila gua.

Hah! Jangan tanya kenapa dan mengapa?.
Gua sendiri tak ada sebab kukuh yang sebenarnya.
Tak usahlah lu nak pening-pening kepala.
Satu hari nanti lu akan tahu juga jawapannya.
Gua tak kisah orang nak cakap apa.
Janji gua bahagia dengan cara hidup gua.
Berikan gua sedikit peluang dan masa.
Dan biarlah gua bikin apa yang gua suka.

Hah! Kak Cho. Ada nak tambah mende? Yang penting usaha, doa dan tawakal jangan di lupa. Ye dok?

Mode: Gua serius ni.

Sunday, June 19, 2011

Untuk Ayah


JIKALAU beliau boleh berjalan dan bergerak kembali seperti dulu. Itu adalah satu anugerah dan keajaiban yang dikurniakan oleh Tuhan pada kami sekeluarga. Wallahualam.

Selamat Hari Ayah.

Malam Minggu


Kotaraya. Sesak. Padat. Hotel. Kelab. Disko. Bebas. Lelaki. Perempuan. Gay. Lesbo. Pondan. Maknyah. Tomboy. Couple. Rokok. Asap. Judi. Wang. Arak. Minum. Sembang. Gelak. Tawa. Live band. Karaoke. Berhibur. Lepak. Menari. Berdansa. Mabuk. Khayal. Nafsu. Syahwat. Bilik. Katil. Pujuk. Rayu. Cumbu. Senggama.

Dan syaitan mula menari-nari kegembiraan tanda kemenangan. Selamat malam Kuala Lumpur.

Saturday, June 18, 2011

Sepet


Dia. Lelaki. Cina.
Antara aku dan dia. Dah macam cerita Sepet.
Dia tak jual CD. Dia jual barang kapal. Dan aku adalah customer.
Dah. Jangan nak tanya lebih-lebih. Aku nak pegi main 'bunga api' kejap. =P


P/S: Kak Cho. Lu diam. Wa dah agak lu mesti gelak guling-guling..

Thursday, June 16, 2011

Wedding Dinner

1st time dapat kahwin versi cina..


Big boss jemput ke majlis kahwin anak beliau Sabtu nih.
Dengan kata lain wedding dinner.
Halal katanya.
Aku memang pantang diajak makan free.
Laju je join.
Tapi ada syarat.

Dress code is formal.

.

.

.

.

Dan aku terbayangkan sepasang cheongsam merah belah tepi sampai paha serta sanggul cucuk chopstick.

Amacam?

Kehkehkehkeh...

Monday, June 13, 2011

Serba Tak Kena

Trying to be lovely
Tapi aku rasa geli

Trying to be cool
Ah, look likes a fool

Trying to be smart
Rupa memang dah macam semak

Trying to be polite
Mana ada aku nak ngelat?

Trying to be macho
Sesudahnya semua akan hancur

Oh. Baik aku buat selamber
Macam tak biasa dengan huru-hara

Kehkehkeh!

Sunday, June 12, 2011

Kemistri


Sebetulnya. Aku sangat tak suka bila ada 'ikatan kimia' dengan sesorang. Kerana, di pengakhirannya, ikatan itu akan menjahamkan rasa aku pada dia.

Friday, June 10, 2011

Stop

Please stop being concerned on me.
Please stop an act like you're always beside me.
Please stop with all your words to me.
Please stop everything what you have done for me.
Because I know, at the end.
You're never show up and you're never prove it.
It's annoying me. I'm tired and I'm sick.
I'm just wanna live alone.

Thursday, June 9, 2011

Terlajak Perahu Boleh Di Undur. Terlajak Statement Haram Jadah La Jawabnya


"Jom la Jue,"


"Dok. Aku dok join,"

"Ala, mu kang orang penting. Mesti kena ada,"

"Malas la aku,"

"Dok best la kalo mu tak dok,"

"Doh kata nok wak reunion untuk orang hok kawen doh. Wak mende aku join?"

Diam.

Sapa suruh plan nak buat reunion untuk orang dah kahwin? Sah-sah aku tak join. Puas hati aku. Haha.

Wednesday, June 8, 2011

Memori Di Tepi Laut Cina Selatan

Gambor sehari selepas Final Exam. Kidnap dari FB member gua.

Memandangkan tempat gua belajar hidup dulu di tepi pantai, boleh di katakan dalam seminggu, kerap jugaklah gua and the geng beriadah di sini sambil menikmati pisang goreng dan keropok lekor di sertakan dengan kesejukan air batu campur. Selain niat mencuci mata sekali. Dan ditemani oleh tiupan angin bayu Laut Cina Selatan yang lembut dan damai.

Ah! Gua memang rindu zaman nih. Zaman huru-hara. Walaupun assignment berlambak-lambak, tapi masih steady lagi lepak di tepi pantai secara berjemaah dan bergembira dengan petikan gitar yang sumbang.

Gua rindu nak berjogging setiap pagi ke sini. Gua rindu dengan lambaian pokok paya bakau di belakang asrama. Dan gua rindu dengan assignment gila dari Lecturer gua. Ada ke patut dia suruh kitorang lukis gambar barge (tongkang) di atas kertas A4 dan warnakan guna crayon sahaja? Tak pasal-pasal kedai alat tulis area situ kehabisan crayon. Ok. Gua tipu bab crayon habis tu. Dan zaman ini jugaklah, buat gua kenal. Mana satu kawan. Mana satu lawan.

Monday, June 6, 2011

Mereka Yang Bergelar Raja Sehari

Jawa dan Kak Chik (merangkap coursemate, housemate, roomate & opismate).


Big Bro Pett (curi pengantin lelaki. Pengantin pompuan duk rilek-rilek kejap).


Tahniah. Semoga kekal bahagia dunia dan akhirat. Aminnn..(^.^)

Wednesday, June 1, 2011

Di Kala Hujan Lebat


Langit gelap. Hitam pekat warnanya. Diiringi bunyi guruh dan pancaran kilat. Titis-titis hujan mula membasahi bumi. Semakin lama semakin lebat. Sejuk.

Dia termenung di jendela. Memerhati manik-manik cecair yang berlumba-lumba turun dari langit. Kepalanya ligat memikirkan sesuatu.

Dia ke dapur. Tangannya pantas mencapai mug. Teh uncang cap Lipton. Gula satu setengah sudu. Dan cerek yang masih berisi air panas. Perlahan-lahan dia mengacau. Siap. Teh o panas. Masih berasap.

Kemudian. Dia menghampiri kabinet. Matanya melilau mencari sesuatu. Sesuatu yang berbentuk empat segi. Dan terarah pada bungkusan plastik berwarna merah. Dia mengambilnya.

Di kala hujan lebat itu. Dia keseorangan. Hanya ditemani oleh segelas teh o panas dengan sebungkus biskut cap pingpong. Menikmati rezeki yang sangat 'heaven' bila waktu hujan turun.

Dia rasa bahagia dengan situasi itu. Dan berharap agar hujan tak akan berhenti lagi. Kerana dia mahu 'berhibernasi' di dalam selimut pula.