Papan Iklan

Monday, January 31, 2011

Hari-Huru-Hara


Stuck
dalam hujan boleh bikin otak jadi separa normal dan kreatif.

Cubaan mengeringkan baju menggunakan hand dryer.


Dan lepak dalam kedai buku lama-lama boleh jadi gila.

How To Walk In High Heels? Aku lebih rela pakai selipar jepun. Haha.


Aku suruh Kak Cho beli buku nih tapi beliau tak nak (atau malu kot dengan aku).


Konpem. Kalau khatam buku nih boleh jadi ninja dan samurai secara otomatik.


Ya. Amat sesuai dengan aku.


Patutkah mamat bibir ini jadi idola bintang kecil? Sila jawab.


Ok. Sekian saja aktiviti amik-gambor-macam-kedai-sendiri. Itupun setelah dijeling berkali-kali oleh beberapa orang pekerja di situ dan Pak Guard yang tiba-tiba rajin meronda area di mana kami berada.Akhirnya. Beli buku lain jugak. Haram jadah punya perangai. Haha.

Sunday, January 30, 2011

Wednesday, January 26, 2011

Semuanya Kerana GILA


Ini entri gila
Agak-agak tak nak jadi gila jangan la baca
Hahaha..


Gila Wang
Sanggup buat pinjaman jangka panjang
Dengan Along berwajah garang
Kononnya mahu hidup senang
Tapi makin bertambah hutang keliling pinggang
Kang tak pasal-pasal nyawa melayang

Gila Kuasa
Tukar profesion jadi ahli politik
Tetiba diri berubah hipokrit
Janji ditabur setiap detik
Raih sokongan, nama diangkat naik
Last-last, rakyat jelata jugak yang sengkek

Gila Glemer
Bukan susah nak jadi celebriti popular
Bakat nombor tiga yang utama ada rupa
Jaja cerita peribadi pada reporter
Lepas nih setiap harilah muka masuk newspaper
Hah! Belilah surat khabar kalau tak caya

Gila Bola
Makan bola, tido bola, minum coca-cola
Slogan sepanjang masa untuk kaki bola
Tak kira kecik, besar, tua dan muda
Sanggup bersengkang mata jadi penyokong setia
Si juara menang piala, lu orang dapat mende?

Gila Kerja
Siang malam dok mengadap kerja
Sakit, cuti, hal-hal duniawi tolak tepi saja
Yang penting kerja kasi settle dan clear
Barulah boss sayang dan bangga
Eh! Apasal gaji tak naik-naik juga?

Gila Cinta
I love u, u love me too
Hari-hari dok dating saban waktu
Suruh nikah lu orang tak mahu
Alasan rilek la dulu belum sampai seru
Dah kena cekup baru padan muka lu

Gila Fesbuk
Semua kerja tak menjadi
Mengadap benda lagha tu tak henti-henti
Walau tengah makan nasi pun diberitahunya sekali
Lama-kelamaan hidup pun dah tak de privasi
Haih! Apalah nak jadi?

Gila Blog
Tak kira tempat, tak kira waktu
Entri dan blog kena hapdet selalu
Ye lah, follower sampai beribu-ribu
Bikin traffic naik laju-laju
Tambah pulak nuffnang rajin bagi wang saku
Kalau entri best boleh bikin buku
Memang gua tabik sama lu
Errr...apakah petua? Bolehkah berguru?
Huhuhuhu....


Hidup ini gila
Dan dunia ini penuh dengan orang gila


P/S: Lu ingat gua tak gila tulis entri gila nih?

Monday, January 24, 2011

Sapa Kata Port Klang Tak Menarik Memang Nak Kena Hempuk Dengan Keybod!

Tanjung Harapan, Port Klang


Tanjung Harapan, Port Klang


Bagan Seafood, Port Klang


Northport, Port Klang


Hah! Tak cukup menarik lagi ke? Datang sini sendiri baru judge samada menarik atau tidak, pada yang tak pernah dan belum sampai lagi. Amacam?

Friday, January 21, 2011

It's Good To Be Here


Gua kat kampung sekarang. Bagus rasanya bila sambut hari ulang tahun kelahiran di rumah sendiri. Dapat jamah masakan mak dah bikin puas hati. Lagi-lagi jadi tukang kebun dan pekerja buruh di rumah sendiri memang gua gemar. Dengan cara itu je lah yang boleh gua berkhidmat untuk beliau-beliau.

Satu angka lagi meningkat.Cepat betul masa berlalu. Kalau sepuluh tahun yang lepas, tahun gua amik SPM. Perghh.. Tahun ni cucu sulung mak gua pulak yang amik periksa penting tersebut. Macam tak caya je.

Sempena hari keputerian gua yang ke 20-an, gua tak mintak apa-apa yang menyusahkan dari lu orang semua. Gua cuma mintak satu je. Doakan semoga ayahanda gua kembali sihat walafiat seperti sediakala. Aminnn...

Tapi, kalau lu orang baik hati nak bagi hadiah kat gua pun, gua terima dengan tangan terbuka dan hati gembira. Gua cuma nak hadiah macam nih jer sebijik....


Gambor rembat dari Gugel


kehkehkeh.....boleh?

Sunday, January 16, 2011

Ini Maknanya Gua Kena Strukturkan Balik Hidup Gua Yang Sememangnya Agak Kucar-Kacir


Hari ini. Aktiviti menjelajah kedai buku di bandaraya KL. Tengah tunggu komuter, baru gua perasan. Rupa-rupanya, dengan selambernya gua.....



.....menyarungkan sepasang selipar jepun yang berbeza. Dengan sepantas kilat, gua berlari ke kereta untuk meneutralkan kembali alas kaki gua sementara komuter belum tiba. Fuhh! Nasib baik sempat.

Lagi. Untuk Masjid Jamek dari KL Sentral, sepatutnya gua kena naik tren LRT DARI arah Kelana Jaya. Bukannya MENUJU ke Kelana Jaya. Boleh pulak gua salah platform. Apakah gua sudah hilang ingatan? T__T.

Gua punya level konpiden memang hancur kebelakangan nih. Ada sapa-sapa boleh tolong gua macam mana nak hidup normal balik?

Tuesday, January 11, 2011

Tak Suka Bila Berkeadaan Begini

Headache. Dan rasa kosong.


Dying slowly..

Sunday, January 9, 2011

Aku Yang Biasa-Biasa Saja

Aku.
Bukan kaki shopping.
Bukan pakar hal ehwal kecantikkan.
Bukan gilakan fesyen.
Bukan reti bertumit tinggi.
Bukan terer menggoda.

Aku
Cuma perempuan yang biasa-biasa saja.
Yang boleh layan cerita kartun secara maraton dari pagi hingga ke malam.
Yang senang beruniform jeans, t-shirt dan selipar jepun.

Ya. Itulah aku.


Aku yang biasa-biasa saja


Thursday, January 6, 2011

Buat Baik Sekali-Sekala. Buat Jahat Berpada-Pada


"Kita wajib tolong orang yang susah,"
Pesan seorang saudara. Memang aku ingat sampai bila-bila.

Tapi. Adat hidup. Bukan semua orang yang kau tolong yang reti kenang budi. Dan bukan semua orang yang kau hulurkan bantuan yang tahu hargai pengorbanan kau. Atau dengan kata lain yang lebih tepat lagi. Mereka hanya mengambil kesempatan ke atas kebaikan kau saja. At the end, apabila kau pulak yang dalam kesusahan, ada diorang kisah masalah kau?

Aku bukan nak mengungkit. Apa lagi nak pentingkan diri. Tapi. Itulah manusia. Bila susah cari kawan. Bila senang lupa kawan. Dunia ini memang kejam. Aku memang tak suka bila dijadikan sebagai kaunter-terakhir-untuk-mengadu-nasib. Wak De Fak? Serik dah.

Kadang-kadang aku pikir, ada betulnya hasutan hati setan aku. "Buat baik sekali-sekala. Buat jahat berpada-pada," Hahahaha...

Ye lah. Asyik kau je yang tolong masalah orang. Asyik kau je yang nak kena jaga hati orang. Masalah kau? Hati kau? Ada orang lain nak jaga?

So. Play safe. Kalau rasa nak tolong. Ikhlaskan hati. Semoga Tuhan membalas segala jasa kebaikan kau. Dan kalau rasa tak nak tolong. Tak payah. Usah ditambah bebanan yang sedia ada. Nasihat ikhlas dari aku.

Ok. Aku bukannya baik sangat pun. Kalau nak mintak tolong dengan aku, aku tak kisah. Janji ada upah. Amacam? Ada bran? Hahaha..

Tuesday, January 4, 2011

I'm Jack Sparrow

Tajuk tak de kena-mengena dengan entri. Harap maklum.

"Can I get you a drink? Coke? mineral water? juice?"

"No. Thanks Capt,"

"Or you guys want some Whiskies?"

"Hahaha...!"

Kasar betul Kapten kapal nih bergurau.


Bukan senang dapat tengok kren discharge kontena secara live


Dan bukan selalu dapat tengok view yang marvelous macam nih dari atas kapal


P/S ~ Lusa ada internal audit pulak. Aduhhh. Pecah kepala aku.

Monday, January 3, 2011

Dua.Kosong.Satu.Satu.


Tahun baru. Bulan baru. Hari baru. Tak ada apa yang menarik. Cuti secara maraton tiga hari lepas dimulakan dengan acara pembersihan bilik dan rumah. Kemas mana yang bersepah-sepah. Barang-barang yang dah tak digunakan asingkan dan sedekahkan pada kakak-kakak cleaner Indon. Murah rezeki diorang. Then, rileks puas-puas kat rumah sambil layan cerita kartun. Perghh! Heaven betul hidup cenggitu.

Semuanya seperti biasa. Tak ada apa yang berubah. Cuma umur je lah yang makin bertambah. T__T. Budak-budak pun dah masuk sekolah. Pagi-pagi pergi kerja. Bila petang balik rumah. Dah malam tido lena. Rutin yang masih sama. Eh. Lupa nak bagi tulis, boss aku dah selamat melahirkan baby girl semalam. Tahniah boss dan suami. Harap-harap baby girl mereka cute macam aku. Hahaha.

Resolusi 2011? Aahhh.. Renew tahun lepas punya yang masih pending. (No.3 hingga no.6 masih lagi tertunggak). Nak cari bakal mak mertua kenalah slow and steady. Tak boleh tergopoh-gapah. Cari yang betul-betul sekepala dan ngam. Barulah harmoni hidup alam rumahtangga, ye dok? kehkehkeh...

Eh. Dah banyak aku merepek. Selamat melalui dan menghadapi 365 hari dalam tahun 2011 jika umur panjang. Harap-harap semuanya baik-baik belaka. InsyaAllah.