Papan Iklan

Friday, December 28, 2012

Main Hujan


Tak boleh jadi ni. Perut meragam. Kena settle cepat-cepat. Hujan turun tak berenti. Air naik paras buku lali. Dah boleh jadi kolam itik dah. Geram je aku tengok nak redah. Aku capai sweater kalis air dan payung. Tinggal nak sarung selipar jepun je lagi. Oh ya, aku lagi suka settlekan 'urusan' aku kat jamban lama (rujuk entri penakut). 

Tengah siap-siap betulkan hoodie, datang cucu mak aku no 5 dan tegur.

"Chik nok gi mane?"

"Gi jambang belakang rumoh. Sakit perut,"

"Doh bakpe paka semak ngak,"

"Hujang ni, kena la paka gini,"

"Eleh, kabolah nok maing hujang,"

"Hoii! Mane tahu?" 

Cilakess. Mana dia tau niat serong aku nih?

Tapi, tak de hallah. Petang tu jugak aku mandi hujan dengan budak nih sampai menggigil. Kakakakaka...

Thursday, December 27, 2012

Bereh Boh


Hentian R&R Chendor.

"Kite brenti setengoh jang. Buleh la nok makang ke, nok mayang ke," Pok Cik drebar bas merah-hitam.

"Bereh boh!!" Aku.

"Saye bukang boh. Boh ade dumoh nung. Duk tengoh tido. Saya kuli je," Pok Cik drebar bas merah-hitam.

Dan-dan tu aku buat muka seposen.

Tak boleh bawak bergurau langsung la Pok Cik drebar bas merah-hitam ni. Benci.

Tuesday, December 25, 2012

Hadiah Krismas



Tahun depan la start baca. Kehkehkeh..

Thursday, December 20, 2012

Men. And His Hair


Sesungguhnya, aku sangat kagum (serta suka dan mungkin jugak boleh bikin jatuh chenta) dengan lelaki yang berambut panjang. Kerana mereka mempunyai kesungguhan, kegigihan dan kesabaran yang tinggi dalam hal ehwal menjaga rambut dengan rapi. Stylo dan macho jugak. Macam pakwe kat bawah ni. Eh? =P


Damn! He is sooooo H.O.T. Lalalalala...

Friday, December 14, 2012

Meet The Strangers


Ada satu rasa yang sangat cool dan ohsem bila tiba-tiba berkawan dengan strangers yang langsung tidak tahu dari mana asal-usulnya yang mana berkongsi dan mempunyai citarasa art yang sama, gaya hidup yang sama serta cita-cita yang sama.

Dan aku harap, the strangers ini tidak akan berubah dan ghaib secara misteri.

Thursday, December 13, 2012

Price Tag


Hey, you!

Please tell me, how much the price for cheating or lying?

Do you have any idea?

I'm waiting....

(>_<)

Wednesday, December 12, 2012

Dua belas titik dua belas titik dua belas


12.12.12

Cantik tarikh hari ni.

Rasa nak pergi melamar seorang pakwe untuk dijadikan kekasih hati sempena tarikh keramat untuk kenang-kenangan di masa hadapan.

Eh?

Thursday, December 6, 2012

Lagu Untukmu


Dulu-dulu. Orang pakat tuju lagu kat radio. Nak tembus talian talipon radio bukan main berjanggut lagi. Gigih betul.

Sekarang. Orang pakat tuju lagu kat sosial networking. Tepek je video klip kat wall. Habis cerita.

Monday, November 19, 2012

Random


Beberapa perkara rawak yang aku rasa sangat 'sakit' kebelakangan nih :-

1) Kawan. Aku tumpang gembira tengok kau bahagia dengan hidup baru kau bersama dengan orang-orang baru dan juga hal-hal yang baru berlaku dalam hidup kau. Tapi, tolonglah jangan lupakan terus pada aku atau kawan-kawan yang pernah kau bersama ketika kau susah dulu. Yang kau perlukan bahu untuk kau sandarkan ketika kau sedih dulu. Yang kau tagih simpati ketika kau dalam kesulitan suatu masa dulu. Sesungguhnya, aku rasa kau sangat hampeh.

2) Lelaki. Bila berkenan dengan seorang makwe boleh mengorat terus. Tapi, kalau perempuan pulak, bila berkenan dengan seorang pakwe, hanya mampu simpan dalam hati je. Nanti kalau pergi mengorat pakwe tu, kena cop gatal pulak. Tak pun perigi cari timba. Perempuan oh perempuan. Ahh, nak mengorat pakwe sorang pun payah. 

3) Kerja. Masih lagi mencari kerja yang sesuai untuk meneruskan kelangsungan hidup. Moga-moga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki. Aminnnnnn....

4) Masa. Aku perlukan masa minima 72 jam sehari kerana aku ada berpuluh-puluh movie dan drama yang aku nak tonton. Serta aktiviti berkebun di belakang rumah. Juga mahu menghabiskan bahan bacaan yang masih lagi cantik bersampul plastik.

Tamat.

Monday, November 12, 2012

Rest In Peace, Partner!



I'm alone. My partner was killed by civets/foxes/cats (I'm also not sure. It was dark and raining) last night. Now, I'm waiting for the new girlfriend. Anyone, please?


 Rest in peace, partner! See you in heaven, someday! And please be my angle! (She is on your left).


P/S: Aku tak habis bersedih lagi nih. Huwaaaaaa...T______T

Wednesday, October 31, 2012

Bola



Yang kerusi depan aku tu penyokong team ATM. Yang belah kanan tu pulak penyokong team Kelantan. Gamat. Riuh-rendah. Meriah betul suasana Final Piala Malaysia kat Stesen KTM Butterworth. Mereka semua termasuk aku adalah penumpang KTM Senandung Mutiara dari Butterworth ke Kuala Lumpur jam 11:00 malam. Ah, moment yang aku tak akan lupakan sampai bila-bila. Walaupun strangers, saling tak kenal, tapi bila masuk bab bola, semua jadi satu team. Cayalah!! Aku pun tumpang sekaki jadi tukang sorak kat situ. Hahahaha!! =P

P/S: Bacaan aku terbantut dek ralit tengok gelagat depa yang bersorak macam dok kat stadium. Oh ya. Aku memang sengaja update entri ni lambat-lambat. Malas. Hahahaha!!

Thursday, October 11, 2012

Salam 1Malaysia


Via Twitter

Aku: Kalau orang bagi Salam 1Malaysia, macam mana nak jawab? #SoalanSerius
Dia: Kalau hang malaysian, hang reply je balik...kalau hang bangladesh..try reply 1 bangladesh
Aku: Oh, macam tu ek? kalo tak jawab pun tak pe kan? bukannya dosa pun, kan?
Dia: Ahaha..entah..dosa pahala aku tak tau nak kata la..kalau benda xelok xpayah la jawab..kalu elok..tak salah pun..kan?
Aku: Memang aku buat dek je karang. hahaha..
Dia: Ahahaha..sapa yang bagi salam?
Aku: Pembaca berita kat tv. hahahahahaha!!! =P
Dia: -___________-

P/S: Serius beb. Aku selalu konpius bila orang bagi salam macam tuh. Serba salah aku nak jawab Waalaikumussalam...

Tuesday, October 9, 2012

Meneruskan Kelangsungan Hidup


Buat masa sekarang. Aku hanya fikirkan kerja yang membolehkan aku meneruskan kelangsungan hidup. Tiap-tiap bulan dapat gaji. Boleh bayar hutang itu dan hutang ini. Atau boleh buat belanja sikit-sikit pun jadilah. Untuk menjadi kaya-raya dan juga kerja yang berpangkat besar serta bergaji tinggi adalah jauh sekali dari kotak pemikiran aku. 

Adalah satu rahmat untuk aku apabila boleh dengar mak membebel setiap hari. Dan boleh melayan ayah berbual saban waktu. Itu sudah memadai untuk aku.

Monday, October 1, 2012

Wake Me Up When September Ends


Dear Somebody I Used To Know,

Please Wake Me Up When September End. I just tired to Waiting For The End after What Have You Done and I feel Unwell right now. Thank You.

From The Broken Ones.

Sunday, September 23, 2012

Benda-Benda Yang Sweet


Scene bertembung dengan pakcik yang membonceng makcik naik motosikal ke masjid time maghrib bila balik kerja benar-benar mengundang rasa sweet di kalbu. 

Niat di hati, jika panjang umur sampai ke tua, ada rezeki dan ada jodoh, moga-moga dapat la merasa jugak scene ke masjid tu bersama-sama dengan ehem-ehem. Eh?

P/S: Apa-apa hal kena cari ehem-ehem dulu kat Jepun. Kakakakaka!! =P

Wednesday, September 12, 2012

Budak Sekolah Zaman Sekarang


Sebenarnya, aku kesian betul dengan budak sekolah zaman sekarang. Pagi sekolah. Petang kelas tambahan atau kelas agama. Malam tuisyen pulak.

Bila masa nak main combat-combat? 

Monday, September 3, 2012

Life Is Nothing...


Life is nothing if we are never take any challenges and risks... ~ Aku, 03.09.2012

So, mari cari keja baru. Lalalalalalala....bosan dengan keja. ahah!

Wednesday, August 29, 2012

Ayam 2





"Buat mende gi tido kat rumoh orang, rumoh sendiri kang ade!!" sound gua kat ayam serama mak gua yang tengah merajuk nih.

Mana tak kecoh, lepas maghrib dia buat perangai menghilangkan diri pegi tido kat rumah orang. Gelabah satu rumah pegi cari dia. Tengok-tengok dia dok sedap bertenggek kat rumah sebelah. Cepat-cepat kami tangkap dia bawak balik. Haih! Ayam pun pandai merajuk. 

Sunday, August 26, 2012

Maaf Di Pohon, Duit Raya Ku Pinta


Dear Bloggers,

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.


Cucu mak aku yang kecik nih sambut besday yg ke 7 hari raya hari tuh. 
Moga membesar jadi budak bijaklah. 

P/S: Lama gila tak update blog. Huhuhu...

Sunday, July 29, 2012

Penakut


Rumah aku rumah kampung. Automatik, bila rumah kampung, mesti ada jamban lama kat belakang rumah. Aku lagi suka membuat 'urusan' di jamban lama ni dari jamban yang kat dalam rumah. Sebab boleh feeling lama-lama sikit dan tak mengganggu orang lain nak guna bilik air. Dan, untuk pengetahuan kat belakang rumah aku jugak ada pokok buluh tua.

Ok. Benda yang boleh buat aku rasa jahanam bila nak 'berurusan' adalah masa yang boleh bikin aku tak jejak tanah dan tak toleh belakang. Iaitu waktu malam atau waktu subuh. Dengan ditemani oleh lampu suluh pesen hidup segan mati tak mahu memang betul-betul mencabar mental aku.

Bagi aku, rasa jahanam tahap berdebor adalah bila sedang 'berurusan' tiba-tiba dalam kepala terfikirkan 'binatang yang panjang-panjang' sedang menjenguk dari luar. Yang itu aku boleh kontrol lagi.  Rasa jahanam tahap kedua rasa berdebor nak tutup mata dan telinga pulak, tiba-tiba dalam kepala terpikirkan bunyi mendayu-dayu atau orang bisik duk panggil nama aku. Yang itu memang aku dah bekalkan macam-macam surah lazim dalam kepala dan hati.

Tapi, rasa jahanam yang paling tak boleh aku terima ialah tiba-tiba dalam kepala, aku terbayangkan yang aku tersuluh kat 'tetamu' yang tak diundang, sedang berdiri tegak kat pokok buluh tu dengan pakaian rasmi kaler putih, rambut panjang mengerbang dan tengah merenung kat aku. Tak pun, yang berpakaian ala-ala tentera Jepun tapi tak de kepala. Atau, yang berbungkus elok duk tengah melompat-lompat. 

Aku syak, mahu tak cukup tanah aku lari nanti. Dan aku harap jugak, towel aku masih kemas berlilit di pinggang. Eh, bulan puasa ni, mana ada hantu kan? 

Wednesday, July 25, 2012

Kerja Tetap


"Si Ax ni pun tak dok keje tetap lagi, lagilah si adik hok sorang tuh. Mintok cikgu banyok kali doh, dok bulih sapa le ning," Sembang mereka sambil menepuk-nepuk paha aku.

Aku sentap. Adakah kerja tetap bermaksud kerja dengan kerajaan?

Saturday, July 21, 2012

Malam 1 Ramadhan


Lepas mandi. Aku sarung jersi Malaysia yang tak original. Dengan seluar trek.  Mak pandang aku semacam. 

"Ni nok gi surau ke, nok main bola?"

"Hehehehe,"

Aku sengih. Dan capai telekung laju-laju. Malas eh nak berbaju kurung bagai. Bukannya nak sembahyang raya. Ye dok? Hahaha...

Bak kata Mat Lutfi, Ramadhan ini, marilah berpuasa kerana Tuhan. Selamat menjalani ibadah puasa. =)

P/S: Aku tak reti nak tepek video kat sini. Ada sapa-sapa nak ajar aku?

Thursday, July 19, 2012

Bukan Aku


Kepada Blogspot, Facebook & Twitter,

Maafkan aku.
Bukan aku sengaja tidak hiraukan kalian.
Bukan aku lupa kesemua password kalian.
Bukan aku tidak serius dengan kalian.

Bukan. Bukan. Bukan.

Bukan aku tak ada status nak tak taip.
Bukan aku tak ada cerita nak tulis.
Bukan aku tak ada kisah nak bertuit-tuit.

Bukan. Bukan. Bukan.

Dan sebenarnya.
Aku sangat malas.

Sekian, Terima kasih.

Daripada Seorang Pemalas. T__T

Monday, July 16, 2012

Ayam


4 tahun lepas, ayam serama mak ada lebih kurang 4 ekor. Tahun lepas ada 2 ekor. Dan tahun ni tinggal sekor. Mana pegi yang lain? Jangan tanya aku. Aku syak mati kena bunuh dengan musang. Tak pun lari dari rumah.

Ayam serama mak yang masih di bawah jagaan beliau adalah seekor ayam serama jantan. Pagi-pagi lebih kurang pukul 9.30, kalau tak bagi makan lagi, dia akan berkokok macam ayam gila mintak nasi. Lepas tu merayap pegi mengorat ayam jiran-jiran sebelah rumah. Bila dah masuk maghrib, dia akan bertenggek kat atas rak kasut lama. Itulah tempat dia beristirehat dan tido.

Kakak aku suka kacau dia bila dia duk rileks kat atas rak kasut lama tuh. Sebabnya, bila dia start bertenggek, mulalah nyamuk-nyamuk mengambil kesempatan untuk menghisap darah dia. Macam drakula la pulak. Bukan sekor dua, tapi berpuluh-puluh ekor. Jadi, kakak aku dengan rela hatinya akan bertepuk-tampar ayam tersebut untuk menghalau nyamuk-nyamuk yang kekenyangan dek menghisap darahnya. 

Dan, tabiat kakak aku ni, telah berjangkit dengan aku pulak. Setiap setengah jam, mesti nak pegi tengok ayam serama nan sekor nih. Bukannya apa, aku kesian dengan dia. Bukannya ada tangan nak garu bila gatal. Lagi pun, aku tak mau dia kena demam denggi je sebenarnya. Hehehe...=P

P/S: Kalau ayam ni boleh bercakap, aku syak aku dan kakak aku dah kena maki kaw-kaw dengan dia sebab asyik kacau dia tido. Hahaha...

Wednesday, July 11, 2012

Setanirrojimmm


Quran dibuka. Selak helaian surah yang nak dibaca. Betulkan kopiah.

"Bismillahhh...hihommanihohimmmm," adik gua baca dalam keadaan menguap dan tutup mulut.
"Asal mengaji je menguap. Asal mengaji je menguap. Banyok setang nih," sound mak gua.

Gua gelak guling-guling kat belakang pintu. Hahahaha..

Wednesday, July 4, 2012

Biar Sampai Ke Langit


Di atas buaian itu.

Aku hayun buai laju-laju. Terasa angin deras menderu ke pipi dan muka. Aku rasa bebas. Rasa seronok. Rasa seperti mahu terbang tinggi-tinggi. Aku toleh ke buaian sebelah. Tapi. Ia statik. Kosong. Dan aku hayun buai laju-laju lagi biar sampai ke langit.

Aku koyakkan plastik aiskrim solero dengan penuh cermat. Takut jatuh atau patah. Aku gigit sedikit. Manis. Sedap. Sejuk. Aku habiskan cepat-cepat. Nanti lama-lama jadi cair. Mata terpejam. Aku ketap gigi. Brain freezing. Aku buka mata. Aku toleh ke buaian sebelah. Kosong. Dan aku hayun buai laju-laju lagi biar sampai ke langit.

Aku merenung sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain basikal. Seronok tengok mereka. Tiba-tiba terasa seperti kocek jeans ku bergetar. Aku keluarkan telefon. Tapi. Tiada bunyi. Tiada sms. Aku toleh ke buaian sebelah. Kosong. Aku simpan balik telefon. Dan aku hayun buai laju-laju lagi biar sampai ke langit.

Aku menangis pelan-pelan. Aku kesat air mata cepat-cepat. Malulah kalau ada orang tengok. Sakit jatuh tadi masih terasa. Tiba-tiba aku dengar ada bunyi derapan kaki. Aku rasa macam ada orang sentuh bahu aku. Lembut. Kemudian, perlahan-lahan dia usap kepala aku. Aku dongak. Tapi. Tak ada orang pun. Kosong. Aku toleh ke buaian sebelah. Dan aku hayun buai laju-laju lagi biar sampai ke langit.

Oh! Ya! Aku nak hayun buai laju-laju nih. Tapi buaian di sebelah masih kosong. Ada siapa-siapa yang sudi temankan aku? Biar kita sama-sama sampai ke langit macam burung-burung yang terbang tinggi tu. Nak?  

Saturday, June 9, 2012

EURO 2012


Aku nak tengok game team Oranje je main. Harap-harap, team-team lain tak terasa hati sangat. Tu pun kalau aku sanggup bersengkang mata tengah-tengah malam. Tapi, rasanya aku nih pesen makhluk yang lebih sayangkan waktu tido. Bila musim bola tiba, otomatik aku teringat ayat dalam novel Sigaraning yang lebih kurang macam ni lah bunyi dia:-


"Bangun tengah malam tengok bola sanggup pulak, tapi nak bangun Tahajud bukan main liat. Buat malu kat Tuhan je,"

Korang tak terasa pedih ulu hati ke dengan sindiran macam gitu yang kena setepek kat diri sendiri?


Hujung-hujung nanti, rasanya aku tengok game final je kot. Hahahaha...

Friday, June 8, 2012

We Are Living Under The Same Sky


Dear Somebody I Used To Know,

Even you are miles away,
Always remember that,
We are living under the same sky,
Looking at the same sun,
Staring at the same moon,
And counting at the same stars,
Good night and live your life happily...

From The Broken Ones.

Tuesday, June 5, 2012

Untuk Apa?



Untuk apa rasa mahu,
Jika hati tidak bersetuju,

Untuk apa rasa cinta,
Jika jiwa kian terseksa,

Untuk apa rasa sayang,
Jika ingatan jauh melayang,

Untuk apa rasa kasih,
Jika dihantui memori sedih,

Dan untuk apa rasa cemburu,
Jika dia bukan milikmu...

Saturday, June 2, 2012

Telur Rebus


Sebenarnya, aku lagi suka kalau dapat telur rebus dan bunga telur dari gula-gula atau snek bila pergi majlis kenduri kahwin. Barulah rasa pergi makan kenduri namanya. Bukannya rasa pergi majlis party harijadi. Lagi terserlah budaya melayu dan klasik.

Lagi pun, telur rebus memang sedap dimakan bila cicah dengan kicap. Lagi sedap bila makan ramai-ramai dengan adik-beradik sambil berebut-rebut.

Errr...adakah pemikiran aku sangat tipikal?

Friday, May 18, 2012

Perempuan


Melalui pemerhatian dan pengamatan aku, perempuan adalah makhluk yang peka dengan hal-hal yang remeh yang berlaku di sekeliling mereka. Dan perempuan akan menjadi terlebih dan semakin peka apabila lelaki yang diminatinya turut diintai oleh perempuan lain. Contohnya, seorang perempuan A yang agak hot sangat cemburu dengan seorang perempuan B yang sangat seksi. Begitu juga dengan perempuan B yang rasa tercabar dengan kehadiran perempuan A apabila berada di tempat yang sama. Mereka berdua adalah individu yang mempunyai daya penarik dan kekuatan tersendiri. Sama ada dari segi bentuk fizikal mahupun daya intelek yang dimiliki oleh mereka. Dan situasi yang  menyebabkan semakin complicated  ialah perempuan A dan perempuan B saling mengenali di antara satu sama lain. Untuk menjadikan cerita ini bertambah dramatik, perempuan A dan perempuan B adalah kawan dan juga kenalan kepada seorang lelaki C. Pada masa yang sama, perempuan A dan perempuan B sebenarnya sama-sama menaruh hati pada lelaki C dan saling merebut untuk menarik perhatian dan cintanya.

Ironinya, segala tindak-tanduk, tingkah-laku, perbuatan dan juga perkataan yang dilontarkan oleh perempuan A kepada lelaki C yang bermotifkan ‘aku-sebenarnya-sukakan-kau-harap-kau-dapat-jadi-boifren-aku’ dapat dikesan oleh perempuan B (mari kita gunakan Facebook sebagai medium yang menghubungkan relationship di antara perempuan A, perempuan B dan lelaki C). Ini telah membenihkan rasa cemburu di hati perempuan B dan dia mula mengatur strategi dan bertindak dengan lebih cepat, cekap dan tangkas untuk meraih perhatian lelaki C terhadapnya berbanding dengan perempuan A. Yang pastinya, apa yang perempuan B lakukan terhadap strateginya juga dapat dihidu oleh perempuan A. Persaingan dan perebutan yang sangat hebat sedang berlaku tanpa disedari oleh lelaki C. Atau lelaki C sebenarnya malas nak memperbesarkan  hal yang remeh-temeh secara serius dan hanya menganggap small matter je pun.

Jangan lupa ya, pada masa yang sama perempuan A dan perempuan B merupakan kenalan dan juga kawan. Jadi, persaingan yang ditunjukkan oleh mereka berdua sangat professional tanpa mewujudkan sebarang perbalahan dan persengketaan seperti budak sekolah menengah yang sanggup bersemuka dan melarat kepada adegan tarik tudung untuk merebut hati seorang lelaki. Dan perempuan A dan perempuan B juga merupakan di antara pelakon yang hebat di abad ini. Mereka berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku walhal, di dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu apa yang menggusarkan dan meresahkan perasaan mereka.  

Sebenarnya, silent war yang wujud di antara perempuan A dan perempuan B ini sememangnya tiada kesudahan selagi lelaki C masih tidak memberi kata putus yang mana satu pilihan hatinya. Malangnya, lelaki C langsung tidak ambil peduli hal yang berkaitan dengan perempuan A mahupun perempuan B dan menganggap mereka berdua hanyalah kawan malah tidak wujud pun istilah teman tapi mesra. Layanan yang diberikan oleh lelaki C terhadap perempuan A dan perempuan B juga hanyalah biasa-biasa saja. Tiada yang istemewa. Kerana, hati lelaki C sudah dimiliki oleh perempuan D yang lebih dahulu muncul di dalam hidupnya tanpa diketahui oleh perempuan A dan perempuan B. Ah. Cerita yang sangat cliche, bukan?

Wednesday, May 2, 2012

Nyaman


Bila rasa penat, malas atau boring, aku paling suka guling-guling, golek-golek, baring-baring, menggeliat dan tidur-tidur ayam kat tilam ayah. Bila ayah rasa ada orang kat sebelah beliau, cepat-cepat beliau hulurkan salah satu bantal yang ada. Walaupun aku kata tak mau, beliau tetap kasi jugak dan biarkan kami (biasa aku dan kakak aku la yang suka golek-golek atas tilam ayah) lepak kat tilam beliau. Nyaman betul rasanya walaupun ayah dah tak sihat macam dulu.

Wednesday, April 18, 2012

Bela


Aku suka kucing. Suka sangat-sangat. Dan aku nak sangat bela kucing. Sekor pun jadilah. Tapinya.....

"Mok..orang nok bela kucing boleh dok?"
"Dok soh nok mengade. Diri sendiri pun dok terbela, ada hati nok bela kucing"

Diam. Aku pasrah. 

P/S: Tu baru kucing. Kalau aku kabor ke mak yang aku nak kahwin lagi la dia gelak guling-guling. Mesti dia kata "kucing pun dok terbela, ada hati nok jaga anok orang," T__T....

Sunday, April 15, 2012

Kadang-Kadang Orang Bawak Kereta Besar Bukannya Ada IQ Besar Pun


Di pendekkan cerita. Ada 2 Orang-Tua-Berlagak-Muda masuk ke dalam kedai dan berlagak seolah-olah dia sorang jelah yang mampu pakai BMW or whatever kereta macam gitu. Macam-macam yang ditanya termasuklah:-

OrangTuaBerlagakMuda: Boleh hisap rokok dok sini?
OrangMudaYangRemaja: Dok leh. Bese orang hisap rokok duk luor.
OrangTuaBerlagakMuda: Doh tu bakpe ada bekah habuk rokok sini?
OrangMudaYangRemaja: Tu bukan bekah habuk rokok. Tu bekah letok air.
OrangTuaBerlagakMuda: Ooooo....ingat bekas habuk rokok. Rupe same dek pung (ayat kaver).
OrangMudaYangRemaja: Hmmmm....(Tahan gelak).

Ada rupa bekas habuk rokok ke?

Aku nak salahkan kejuteraan kerusi ni ke atau penglihatan Orang-Tua-Berlagak-Muda tuh? Cer kabo?

Thursday, April 12, 2012

National Geographic Versi Aku


Berkhalwat dengan alam bikin aku rasa dekat dengan ciptaan-Nya.
Subahanallah.

The Bougainvillea

The Colony of Ant

The Ants vs Spider

The shellfish

The Spider

Paku-pakis

Aku bukan photographer. Tapi aku suka amik gambor.
Rasa macam kamerameng National Geographic la pulok bila amik gambor-gambor gini.
Hehehehe...=P

P/S: Aku guna kamera muroh je. Canon A2200.

Thursday, April 5, 2012

Mood Ke Laut


Atau dengan kata lain MALAS gila babi nak tulis entri.

Saya perlukan inspirasi.

Ada siapa-siapa yang sudi?

Kalau sudi, jomlah bertweet di sini (nak promote twitter je sebenarnya).

Terima kasih dan jumpa lagi.. =)

P/S ~ Musim meroyan di twitter sekarang ni. Esok-esok dah puas senyap la.

Monday, March 26, 2012

Doa Dari HambaMu

Langit petang Jumaat 23/03/2012

Wahai langit biru,
Duhai angin bayu,
Sampaikan doaku pada penciptaku,
Sejahtera dan rahmatkanlah hidup kedua-dua orang tuaku,
Dan, murahkanlah rezeki hambaMu selalu.

Amin Ya Rabbal 'Alaminnnn...

Thursday, March 22, 2012

Hilang


Surat khabar KOSMO semalam buat list pasal gadis-gadis remaja yang hilang. Lebih kurang 4000 or 5000 kes dari tahun 2001 sampai sekarang (tak silap wa la. ni wa taip random je. kalo nak spesifik gi la cari balik paper tu. bukan online yek). Wa perati muka-muka gadis hilang yang belum ditemui sampai sekarang. Majoriti cantik-cantik. Ya. Sangat cantik kalau nak dibandingkan dengan wa nih. Tapi wa rasa, kalau muka cantik tapi otak bodoh tak guna jugak. Ye dok?

Menurut fakta yang wa baca, hanya sedikit saja gadis-gadis yang hilang disebabkan kes culik. Yang selebihnya adalah lari ikut pakwe masing-masing. Wa tertanya-tanya jugak.

1) Apasal gadis-gadis ini sanggup meninggalkan keluarga, sekolah, kawan-kawan, saudara-mara dan mengikut lari bersama-sama dengan pakwe yang dicintai?

2) Apakah jaminan yang diberikan oleh pakwe yang belum tentu jadi suami yang sah kepada mereka sampai gadis-gadis ini sanggup berkorban sedemikian rupa?

3) Mana letaknya kepala otak mereka yang waras dan maruah diri?

4) Mana perginya tanggungjawab sebagai anak dan pelajar disekolah?

5) Apasal wa tak dengar pulak kes jejaka lari meninggalkan keluarga semata-mata kerana seorang makwe?

Wa tak nak salahkan siapa-siapa dalam hal nih. Tapi, bagi wa, macam wa cakap tadi la, tak guna kalau muka cantik tapi otak bodoh. At the end, bila gadis-gadis ni dah ditinggalkan oleh pakwe, mulalah nak balik ke pangkuan keluarga. Hah! Tengok! Keluarga jugak yang dicarinya. Kalau yang bahagia sampai ke akhir hayat tu, Alhamdulillahlah. Kalau tak, sendiri mahu ingat. Tak ke menyusahkan orang jugak?

Ok lah. Panjang la pulak wa bebel malam nih. Sebelum tu, amik pantun femes nih untuk lu orang pikir-pikirkan:

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Buang emak buang saudara,
Kerana kekasih hamba turutkan.

P/S: Apabila emosi dan nafsu melebihi akal, macam ni lah jadinya. Wallahualam.

Wednesday, March 21, 2012

SPM


10 tahun lepas. Wa pun amik result SPM jugak. Wa rilek je. Lantaklah apa nak jadi dengan result yang agak tunggang terbalik tuh. Yang penting, wa tetap jadi orang sampai sekarang. Alhamdulillah.

Oh. I missed that moment and all the memories in high school.

Tuesday, March 20, 2012

Amazing Race: Merentasi Selat Melaka

1. Toko buku kecil
2. Jam Gadang
3. Toko ole-ole
4. Gerai tepi jalan
5.Menginap di Hotel Dahlia

1. Ayam penyet original
2. Di Bukittinggi (wa tak tau nama spesifik tempat nih)
3. Pemandangan dari Bukittinggi ke Pekanbaru
4. Masjid Agung An-Nur
5. Batagor (Tauhu cicah kuah kacang)

1. Kawan-kawan dari Pekanbaru
2. Buku-buku yang diborong (wa dah bangkrap tahap muflis)
3. Kedai yang jual poskad dan buku-buku old skool giler kat Bukittinggi

Wa malas nak taip panjang-panjang.
Blog wa bukan pesen blog travel.
Lu orang tengok je lah mana yang ada.
Satu je wa pesan bila datang sini.
Sila bercakap dengan sopan dan santun.
Tak lupa jugak, hati kena kental.
Hehehehe....

Friday, March 9, 2012

The Signboard

Kampung wa ada signboard nih.
Kampung lu ado??

P/S: Pesen malas nak hapdet blog..kihkihkih..=P

Sunday, February 26, 2012

Semalam Hanyalah Hari Minggu Yang Di Lalui Macam Hari-Hari Biasa


Kepada si pemilik mata coklat cair.

"I'm so sorry. Pretend like nothing happened between us & doesn't know to each others is not really cool"

Gua. Saturday. 25/02/12.
Yang hanya mampu usha & stalker dari jauh.

Monday, February 20, 2012

Cara-Cara Nak Hilangkan Bosan Tahap Gaban Di Tempat Kerja

Main game oldskul ni kat tempat keje sambil tunggu kastemer datang.
Gerenti masa anda terisi.
Hehehehe..

P/S: Pen kaler hitam tu aku punye..

Wednesday, February 15, 2012

Ponteng


Niat yang gua pasang untuk malam nih.

'Sahaja gua ponteng keje esok hari kerana bos tak kasi datang'.

Macam biasa. Bila gua demam mesti siap pakej lengkap sekali iaitu selsema, batuk dan sakit kepala. Dek azab sangat bos gua tengok keadaan gua yang memang kronik nih, dengan sempoinya dia sound sepam siang tadi.

"Lu sakit-sakit macam ni, esok lu tak payah datang. Nanti lu bikin jangkit dengan suma olang"

Amacam?

Alang-alang esok ponteng keje, layan drama Jepun dululah malam ni sebarang dua sebelum pengsan dek penangan panadol. Hehehehe...


P/S: Lawan demam dengan adik gua. Dia pun sama kronik dengan gua. Tak pasal-pasal berebut panadol, strepsile dan 100 plus. Haih!

Saturday, February 11, 2012

Politikus


Semalam. Saya menghadirkan diri ke balairaya berhampiran dengan rumah di kampung. Ada jiran bagi tahu yang kerajaan negeri ada memperuntukkan sejumlah RM200.00 setiap seorang dengan syarat-syarat tertentu di bawah nama peruntukan remaja yang berumur antara 21-30 tahun (Oh! saya masih tergolong dalam kategori remaja rupanya).

Apa yang saya nak kongsikan di sini adalah sikap penduduk kampung saya sendiri. Yang sama agama dengan saya. Yang sama bangsa dengan saya. Dan juga yang sama kulit dengan saya. Menurut jiran saya, perjumpaan di balairaya di jadual pada pukul 9.00 malam untuk taklimat dan juga pembahagian borang. Dan saya telah tiba tepat pada waktu yang dinyatakan dengan kakak saya.

Setibanya saya di sana, hanya beberapa orang saja yang kelihatan. Itu pun adalah AJK balairaya tersebut. Saya menghampiri mereka yang sedang rancak berborak untuk bertanyakan hal lebih lanjut. Tetapi, kehadiran saya tidak diendahkan. Mereka seolah-olah berlagak yang saya tidak wujud di situ. Saya terus menunggu. Waktu sudah hampir 9.20 malam. Orang ramai makin bertambah. Bukan untuk memenuhi kerusi kosong yang telah disediakan sebaliknya sibuk lepak di luar halaman dan bersembang secara berjemaah.

Saya masih terus bersabar. Saya fikir mungkin mereka akan bermula pada pukul 9.30 malam. Tetapi hampa. Masa saya terus berlalu dek menunggu mereka yang kononnya orang penting malam itu. Janji melayu. Setelah orang ramai makin memenuhi ruang halaman dan malu untuk masuk ke dalam balairaya, AJK terpaksa memanggil mereka beberapa kali sehingga menjerit-jerit. Bagi saya, sikap ini tidak seharusnya ditonjolkan. Inilah faktor kenapa program yang sepatutnya berjalan tepat pada waktunya gagal dilaksanakan.

Hati saya mula mendidih. Saya cadangkan pada kakak jika keadaan masih berlarutan begitu, kami akan bergerak balik pada pukul 10.00 malam. Dan 5 minit sebelum pukul 10.00 malam, mereka memulakan taklimat. Saya dan kakak mendengar sambil lewa saja. Kerana, ucapan dan taklimat yang disampaikan lebih kepada 'mengkondemkan pihak-pihak lawan'. Atau dengan kata lain, ibarat sembang politik di kedai kopi.

Minta maaf encik yang memberi ucapan dan taklimat malam semalam. Sesungguhnya, fakta yang disampaikan adalah tidak dapat di terima oleh saya dan kakak secara 100% dek akal kami. Kami bukannya mudah untuk dikelentong oleh kata-kata encik. Walaupun saya bukannya kemaruk sangat RM200.00 tersebut, akan tetapi, kehadiran saya pada malam semalam hanyalah untuk mendapat info tentang peruntukan tersebut saja. Tetapi malangnya, dengan sikap yang ditunjukkan oleh pihak encik semua, membuatkan saya dan kakak amat kesal dengan kedatangan kami ke situ. Kami terus balik sebaik saja mereka sibuk membahagikan borang.

Jika sikap encik-encik dan AJK-AJK masih berterusan begitu, saya fikir, memang tak akan sampai ke mana. Tidak profesional. Tidak ada tatatertib. Dan masih di bawah tempurung. Terus terang saya katakan, saya dan kakak bukan tergolong dalam kumpulan tersebut. Betullah kata adik saya, "Mereka utamakan kaum keluarga dan kroni mereka saja" (sebelum tu, adik membangkang kehadiran kami ke balairaya tersebut). Sejujurnya, saya tidak memerlukan orang-orang sebegitu sebagai pemimpin kampung saya.

Wednesday, February 8, 2012

Cucu Mak Gua No.4


Gua panggil dia Pok Yah. Dia baru cukup umur. Dengan kata lain. Baru je dapat kad pengenalan. Perangainya, Ya Rabbi, kalau tak bikin gua naik hangin memang tak sah. Dan gua jugak pesen suka menyakat dia kaw-kaw. Kehkehkehkeh..

Pok Yah seorang yang nakal. Atau memang nakal. Dan agak nakal. Tapi, dialah yang paling ngam dengan gua. Yang paling kamceng dengan gua bila gua ada projek best. Contohnya, bab makan. Dialah yang memberi sokongan seratus peratus dengan plan gua bila gua ajak pergi makan kat mana-mana (padahal gua acah je). Hahahaha..

Gua terangkan pada Pok Yah bahawa orang Malaysia yang minat bola EPL ada dua jenis. Satu, jenis kipas-susah-mati MU. Dua, jenis anti MU yang terdiri daripada peminat Arsenal, Liverpool dan Chelsea. Tapi, Pok Yah sangat fanatik dengan pasukan Machester City. Gua tak paham. Kenapa Manchester City? Kenapa?

Dan tadi. Masa lepak dengan Pok Yah di rumahnya. Dia cerita kat gua pasal angan-angannya.

"Tak sabor nok tunggu Chik nikoh. Boleh Yah basuh pinggang banyok-banyok. Best pulok tengok orang basuh pinggang ramai-ramai,"

Gua gelak guling-guling. Gua suruh dia hentikan angan-angan tersebut. Gua sound dia pergi dapur tolong mak dia basuh pinggan lagi afdhal. Dia tarik muka dan terus tukar channel tv tengok siaran ulangan game Machester City lagi.


Note: Pinggang = Pinggan (bahasa Ganu)

Saturday, January 28, 2012

Sebab-sebab Gua Suka Sangat Dengan Tahun Baru Cina

1. Dapat angpow

2. Dapat limau berkotak-kotak

Dan..

Dapat cuti lama-lama.

Gua dengar-dengar, bos nak buat makan-makan pulok.
Alhamdulillah. Hehehehe......

Friday, January 27, 2012

Terpengaruh


Gua ada tabiat baru. Bila ada customer datang. Automatik gua tunduk dan sebut "Annyeonghaseyo!!" dan cepat-cepat gua cover balik "Ye, Selamat Datang!!" sambil tersenyum sipu-sipu sambil buat muka seposen.

Kalau dah hari-hari mengadap drama Korea, macam tu lah gayanya. Tak tau lah apa nak jadi dengan gua sekarang nih. Haih!!

Monday, January 23, 2012

Beberapa Minggu Yang Lalu


1. Al-Fatihah kepada ibu saudara tersayang ke atas pemergian beliau ke rahmatullah pada 11.01.2012 yang lalu.

2. Bekerja di tempat baru bikin gua usha kereta-kereta mewah dan mahal setiap hari (dan jugak pakwe-pakwe hensem. Ehem-ehem!!).

3. Kembali belajar menguasai bahasa Terengganu dengan betul. Budak-budak ni cakap gua bukan orang Terengganu tulen. Ciss!!

4. Umur semakin meningkat. Tapi apedahal dengan umur? Itukan hanya angka. Yang penting hidup dengan gembira dan jauhi dosa.

5. Duit bukan jaminan kebahagian yang hakiki. Duit banyak tapi hutang pun banyak apa kes? Bikin hati tak tenang je.

6. First time dapat hadiah limau sekotak dari tokey besar. Murah rezeki betul. Harap-harap beliau hulur angpow la pulak. Hehehe!!.

7. Gua bahagia dengan hidup gua sekarang. Alhamdulillah.

Tuesday, January 10, 2012

Hari Pertama


Lepak dengan budak-budak nih sambil makan pisang goreng yang bos belanja. Heaven!!!!

Saturday, January 7, 2012

Perkara-Perkara Yang Boleh Bikin Gua Naik Hangin

Ini je yang tinggal. Yang lain-lain tak tau la ke mana ghaibnya.

1) Dah pinjam tak reti nak kasi balik
2) Dah pinjam tak reti nak simpan balik
3) Dah pinjam lepas tu buat harta sendiri
4) Dah pinjam lepas tu lesap entah ke mana
5) Kena kenduri dek anai-anai (yang ini gua pasrah)

Monday, January 2, 2012

Back To Skool


Best jadi budak sekolah nih. Hidup hanya dikelilingi dengan baju seragam, kerja sekolah, sukan, ujian, peperiksaan, cikgu-cikgu dan jugak kawan-kawan. Bila sekolah nak buka balik, macam-macam ragam boleh tengok. Mulalah rasa nak demam. Sakit mata. Sakit perut. Tu adalah antara karenah cucu-cucu mak gua. Hahahaha...

Testing-testing. Semua bau kedai lagi. Gua jadi kamerameng je.


Tahniah untuk cucu mak gua nombor 2.
Sekarang ni dia tengah pening nak ambil aliran mana.


Ah. Kalau masa boleh di undur. Gua nak jadi budak sekolah balik.
Tak payah fikir masalah dunia yang tengah melanda sekarang ni.

Sunday, January 1, 2012

The Unforgettable Memories


2012.
It's new year.
I'm jobless (also jobseeker).
And I'm happy.

Gua tak ada azam baru macam tahun-tahun lepas.
Nak repeat azam yang tertunggak pun gua tak ada perasaan.

Gua cuma nak hidup dengan gembira saja untuk tahun 2012 dan juga untuk tahun-tahun yang akan datang. InsyaAllah.


The Unforgettable Memories

Gua rindu akan hari bersama teman.
And we don't have any picture together on 2011. T_T.