Bagi seorang peminat atau dengan kata lain hantu drama korea (aku la tuh), menonton drama korea memang mengasyikkan (atau dengan kata lain lagha). Suka betul tengok pelakon-pelakonnya yang cute, comel, lawa, kacak dan hensem (atau jambu?). Apa nak kisah? Sekarangkan musim K-Pop meneraja dunia hiburan.
Dari dulu aku perasan, kebanyakkannya mempunyai jalan cerita yang agak sama. Heroin tak lawa. Bodoh pulak tuh. Bertemu dengan hero yang kacak. Lagi bijaksana. Di awal perkenalan memang tak ngam. Asyik nak gaduh je. Tapi, lama-lama, rasa benci bertukar sayang. Ada pihak ketiga dan keempat yang tak puas hati. Macam-macam kaedah yang digunakan untuk pisahkan Romeo dan Juliet nih. Tapi, mereka tetap maintain jalani pelbagai konflik dan dugaan hidup bersama-sama. Klimaks. Macam biasa la. Happy ending. Tak sah kalau tak kahwin dah hidup bahagia. Jarang benar salah seorang dari hero atau heroinnya mati. Tak pun memang tak berjodoh. Maunya drama diorang tak laku. Ye dok?
Dan. Biasanya, drama peseng kelakar-romantik-giler-giler macam nih memang mudah dapat sambutan. Yang tukang tengoknya pun memang tak ingat dunia realiti dah. Dalam kepala macam-macam imaginasi dan fantasi yang diangankan (errrr...ok. Aku pun sama. Koya). Aaaahh..dah namanya hantu drama, mestilah kena feel lebih. Hahaha..
Hakikatnya. Itulah drama. Bukan realiti hidup. Nak buat drama, kena ada pengarah. Dan pengarah tu pulak memang peseng sesuka-hati-dia je nak mengarah macam mana. Pengarah drama pun manusia biasa jugak. Semua ending mestilah mau yang happy-happy punya. Kalau tak, mau tak masuk carta.
Tapi. Kita kena ingat. Kita pun hidup dalam drama jugak. Dunia ini adalah pentas lakonan sementara. Setiap pelakon mempunyai watak yang berlainan. Ending yang berlainan. Dan, 'ganjaran' yang berlainan. Semuanya telah ditentukan oleh 'Pengarah Yang Satu'. Yang kekal selama-lamanya. Harap-harap watak dan drama yang kita jayakan ini berakhir hingga ke Syurga. Insya-Allah.