Papan Iklan

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri

Untuk semua. Salam Aidilfitri.

Hari Raya adalah hari untuk gua lepak kat rumah.

Thursday, August 25, 2011

Malam Ini

Peta perjalanan gua balik kampung.

Cadang nak gerak pukul 11.30 malam ni.
Agak-agak dalam pukul 04.00 - 05.00 pagi sampailah Kemaman.
Dah pakat dengan member nak sahur kat situ.
Doakan perjalanan gua selamat.

Friday, August 19, 2011

Rollercoaster. Lagi.


Menerima perkhabaran berita yang mendukacitakan. Bikin hati jadi tidak keruan. Betullah kata pepatah. Kita hanya mampu merancang. Tuhan yang menentukan segala-galanya. Ketika dalam keadaan kritikal sebegini, hati perlu jadi lebih tabah, kuat, kental dan kebal. Semoga semuanya kembali pulih seperti sediakala walaupun mengambil masa yang agak lama.

Hidup ini memang serupa rollercoaster yang berpusing-pusing. Semalam bergembira. Hari ini berduka-lara.

Wednesday, August 17, 2011

Calling-Calling


Gua rasa gembira hari ini. Sebab ada tiga orang member lama gua yang rapat zaman dulu-dulu menalipon gua (waktu yang berlainan). Walaupun sekadar sembang 2-3 minit pasal hal-hal yang tak ada kaitan dengan hidup masing-masing, tapi gua puas. Hilang rindu gua pada diorang. Bukan gua tak nak roger diorang dulu, tapi gua tahu masing-masing sibuk dengan kehidupan yang baru. Terima kasih kerana masih ingat pada gua yang semakin hilang jejak ini. Kita tetap kawan.

Monday, August 15, 2011

Seksi


Dah masuk 16 Ramadhan. Dan gua rasa lelaki-lelaki yang berbaju melayu, berkain pelikat serta bersongkok atau berkopiah putih yang berjemaah di masjid atau di surau adalah sangat seksi. Itu pun jikalau tiada scene hembus asap rokok macam gaya naga sembur api.

Kehkehkehkeh...=P

Thursday, August 11, 2011

Perkara Yang Tidak Cool Ketika Terawikh Berjemaah


Rakaat pertama. Tok imam angkat takbir. Baca surah Fatihah. Diikuti dengan surah pendek. Tiba-tiba terasa kelainan yang sememangnya bikin hilang khusyuk.








Kain telekung hampir terlondeh. Jenuh jugak nak kaver.

T__T

Tuesday, August 9, 2011

Tafakur

Syhhh!! Diam-diam. Sedang bertafakur..

Sejak 1 Ramadhan perangai jadi macam nih.
Macam ada gam gajah kat mata.
Automatik nak lelap je memanjang.
Rasa nak sendal dengan batang mancis kasi celik luas-luas.
Haih!! T__T

Monday, August 8, 2011

Lone Ranger


Berada di dalam kelompok tersebut bikin gua jadi hipokrit.
Sebab tu gua senang jadi lone ranger.
Gua bebas buat apa saja.
Maaf. Bukan gua tak nak campur.
Cuma gua malas nak hadap perkara yang sama.
Di pengakhirannya. Gua tetap terkontang-kanting sorang-sorang jugak.
Ada lu kisah pasal gua?

Saturday, August 6, 2011

Sabar Itu Sebahagian Dari Iman


Brader Hasan masuk. Mukanya tegang. Gua. Macam biasa. Buat bodo dengan kehadirannya. Member-member lain pun sama. Malas nak layan kepala angin beliau.

Telepon berbunyi. Bos gua sibuk berdiskusi dengan pemanggil. Cong-ceng-cong-ceng.

"Gas untuk S.Mariner ada arranged?" tanya Ms LNC, bos gua.

"Ada. Sudah letak kat belakang," Kakak meja sebelah gua jawab.

"Dah naik lori Hasan," Sampuk gua.

"Hasan! bila mau pergi S.Mariner?" Ms LNC mula kalut. Kapal dijangka berthing pada 1400hrs.

"Nanti saya pegilah. Banyak kapal mau pergi nih. Itu, Gan punya barang pun mau naik juga, mana mau turun tong, store lagi, bla..bla..bla..blaa....!!! Brader Hasan mula membebel. Part ni, memang kitorang tak suka. Bebelannya tak ade kena-mengena dengan soalan yang ditanya.

"Aiyakkk! Saya tanya saja," Ms LNC cuba mencoolkan Hasan.

"Sapa tanya pasal gas S.Mariner?" tanya Brader Hasan.

"Mr. SS lah," Jawab Ms LNC dengan acuh tak acuh.

"Itu orang tua aaa..banyak susah, semua kapal dia suruh saya pegi, bla..bla..bla..blaa..," Brader Hasan menyambung bebelannya. Kitorang buat-buat tak dengar.

"Saya tanya saja maa... Tak payah bebel banyak-banyak. Sabar-sabar. Sabar itu kan sebahagian dari iman. Hehehe..," Kata Ms LNC sambil tengok gua. Muka gua berubah. Terkejut dengan kata-kata beliau sebentar tadi. Beliau tersengih-sengih.

Brader Hasan terus keluar. Gua dan yang lain-lain bantai gelak guling-guling. Dalam diam gua pulak terasa malu. Orang cina pun tau pasal sabar dan iman. Kita orang Islam langsung tak praktikkan. Huhuhu!!

Thursday, August 4, 2011

Kuih


1 Ramadhan. Kami ahli rumah berpakat buat kuih kasidah. Bentuk dah cantik. Rupa dah cun. Bau pun wangi (hangit sikit sebab api terlalu besar masa duk kacau). Tapi, kurang masak la pulak.

2 Ramadhan. Kami buat kuih onde-onde atau buah melaka. Macam biasa, guna sirap sebagai pewarna. Jadi kaler pink. Memang rarelah. Tapi, keras la pulak sebab salah guna tepung beras. Patutnya guna tepung pulut. Apalah nasib.

3 Ramadhan. Pakat buat cucur udang. Sedap jugak walaupun masin sedikit.

4 Ramadhan (hari ni lah). Gua beli popia je kat pasar malam. Hahahahaha..

Tak tau kenapa acara buat kuih tak berapa nak menjadi pada Ramadhan kali nih. Haihhhh!! Kena prektis lagi nih.

Wednesday, August 3, 2011

Single Is Kebal


Seorang makwe. Kawan. Datang pada gua. Mengeluh tentang masalah orang muda.

"Saya jeles dengan akak. Hidup single. Bebas nak buat apa saja. Tak ada orang nak kongkong," Luahnya.

"Ada pro dan kontra antara hidup single dan hidup berpartner," Gua cuba berkata-kata.

"Emmm...saya rasa macam nak single balik. Tak payah nak pikir masalah yang ada nih," Wajahnya monyok.

"Tapi. Kalau ada partner, boleh tolong-menolong. Ada orang boleh back-up bila ada masalah. Kalau single, semua benda kena buat sendiri. Kena settle sendiri. Kena berdikari. Kena jadi 'taf' dan kena jadi kebal, boleh ke jadi macam tuh?" provok gua.

"Hidup kita tak sama. Masalah kita pun tak sama. Jadi, pikirkan mana yang terbaik untuk diri kita sendiri," tambah gua.

Dia diam. Gua pun diam. Tak ada idea nak kelentong lagi.

Kesimpulannya. Kalau tak ready nak berkomitmen, jangan nak mengada-ngada menggatal. Membazir masa je. Hahaha..

P/S: Penat jugak jadi pakar motibasi nih.