Papan Iklan

Tuesday, September 27, 2011

Saturday, September 24, 2011

Kisah Kita

Aku di sini
Kamu ke sana

Aku pandang kiri
Kamu toleh kanan

Aku kata begini
Kamu cakap begitu

Aku mula berbicara
Kamu pekakkan telinga

Aku mahu berhibur
Kamu utamakan tidur

Aku gelak ketawa
Kamu buat tak tahu

Kita memang tak serupa
Juga tak sekepala
Hidup dunia yang berbeza
Dan huru-hara jadinya
Aah. Memang gila.

Wednesday, September 21, 2011

Sakit Tekak


Dah dua hari gua sakit tekak. Batuk sikit-sikit. Azab jugak bila telan liur. Apatah lagi masa makan. Tapi, gua masih steady. Tengahari tadi gua telan nasi berlaukan ayam goreng, kuah rendang dan sayur taugeh. Untuk dinner, gua dah tapau paprik ayam siap-siap lepas balik keje tadi. Hujung minggu ni, gua plan nak makan masak lemak cili api kat kampung. Tak lupa jugak open house member-member dengan menu yang boleh tahan sedap sehingga menyandar kekenyangan.

Dan, gua abaikan nasihat doktor petang tadi.

"Minum air banyak-banyak. Jangan makan pedas!!!"

Eh. Tak berdosakan gua tak ikut cakap doktor? Ubatkan ada. Ye dok?

Tuesday, September 20, 2011

Berkecai

Tit. Tit. Tit. Tit..

Dadanya pedih. Sakit. Suis bom jangka di jantung kirinya terpasang secara automatik.

Tit. Tit. Tit. Tit..

Dia berdiri tegak. Tidak mampu bergerak.

........5. 4. 3. 2. 1........

Tit...Tit...Tit... BOOOMMMMM!!!!!

Letupan kedengaran. Kelihatan hati dan jantung miliknya berkecai. Lagi. Untuk yang ke 37 kalinya. Berterabur memenuhi ruang di tempat dia berdiri.

Sunyi.

Perlahan-lahan dia mengutip serpihan hati dan jantung miliknya. Menyusun satu-persatu ke bentuk yang asal. Seperti mencantum cebisan jigsaw puzzle. Dengan sabar. Tanpa tangisan. Dan berharap agar hati dan jantung miliknya dapat bertahan serta pulih seperti sediakala walaupun memakan masa bertahun-tahun.

Sunday, September 18, 2011

Menyendol Di Kuala Kangsar

Kesedapan sehingga menjilat sudu


Aksi nak mintak tambah cendol lagi dengan muka tak malu - Citah


Gaya artis glemer yang tak rela diphotografikan ketika menyendol - Kak Cho


Peseng bila dapat makan cendol memang tak ingat kat orang lain dah - Gua


Oh. Gua bizi sikit lening.
Bizi nak cantumkan hati dan hidup gua yang dah berterabur macam jigsaw puzzle.
Jenuh jugok nok kutip dan susun balik nih.
Haih!!


Tuesday, September 13, 2011

Bila Nak Solat


Di surau lelaki
kat opis

1) Tanggal kasut/selipar
2) Ambil wuduk
3) Solat
4) Doa
5) Pakai kasut/selipar
6) Beres dalam masa 5 minit

Di surau perempuan kat opis

1) Tanggal kasut/selipar
2) Pot-pet-pot-pet
3) Duduk/lepak
4) Tanggal tudung/kain
5) Pot-pet-pot-pet
6) Ambil wuduk
7) Pot-pet-pot-pet
8) Pakai telekung
9) Solat
10) Doa
11) Pot-pet-pot-pet lagi
12) Lipat telekung
13) Pot-pet-pot-pet
14) Pakai tudung/kain
15) Pot-pet-pot-pet
16) Pakai kasut/selipar
17) Pot-pet-pot-pet lagi dan lagi
18) Beres dalam masa 20 minit

Harap-harap orang lelaki faham kenapa orang perempuan selalu ambil masa yang lama bila nak solat. Banyak benda yang nak kena setel. Tak caya sudah..kehkehkehkeh...=P

Sunday, September 11, 2011

Tanah Tumpahnya Darahku


Tak mustahil suatu hari nanti 'tanah tumpahnya darahku' ini tersenarai di antara negara yang mempunyai taraf hidup yang tinggi seperti negara 'matahari terbit'.

Dan jangan salahkan mereka yang bermigrasi secara berjemaah ke negara-negara lain jika situasi sebegini masih berterusan.

Wednesday, September 7, 2011

Kereta Baru


Lunch tadi. Kami berlima naik kereta baru pergi makan. Kereta buatan Malaysia versi MPV. Gua fikir kalau ada anak 4-5 orang sesuailah nak amik sebijik untuk jangka masa panjang. Memang afdhal untuk orang dah berkeluarga. Body pun solid dan ideal. Dan selesa. Masing-masing eksaited naik kereta baru. Gua pun sama. Rasa kagum pun ada. Maklumlah, first time naik kereta versi MPV yang baru beli. Bau kedai pun tak hilang lagi. Gaya macam orang tak pernah naik kereta pun ada.

Dek rasa eksaited punya pasal, tanpa disedari, semua orang tanggal selipar masa duduk dalam kereta tadi dari opis sampailah kat kedai makan. Wakdehek? Sengal.

~ Nasib baik tak tanggal selipar masa nak naik kereta. Kalau tak, lagi haru. Kehkehkeh.. ~

Monday, September 5, 2011

Cerita Raya Gua

Tak ada apa yang menarik tentang hari raya gua.
Gua tak pergi beraya.
Gua tak pakai baju raya.
Gua tak makan kuih raya.
Gua tak dapat duit raya.
Gua hanya duduk rumah.
Gua hanya tidur. Dan tidur.




Sebab gua demam + batuk + selesema.
Baik punya pakej yang gua dapat.
Dan raya ke-3 gua dah balik Klang sebab raya ke-4 gua dah kerja.

Oh ya. Gua masih menunggu jemputan rumah terbuka.
Ada sapa-sapa yang nak jemput gua, sila roger. Ok?

P/S: Overdose strepsile. Uhuk! Uhuk!