Papan Iklan

Thursday, July 30, 2009

Petang Semalam Yang Cuak Tahap Gaban

Opis. 1600hrs. Lagi sejam nak balik. HOD mc. Aku dan budak-budak opis syak kes pembawakan budak.

Aku agak bz siapkan kerja yang banyak. Tengah syok layan kerja, tetiba budak-budak nih dipanggil oleh Ms Wong (PA big boss) naik tingkat atas. 3 orang sekali pergi. Aku dah rasa tak best. Apa kes pulak nih tetiba semua orang kena panggil?

Aku buat-buat tak tau je. Lepas 5 minit, member aku, Suba, Nora dan Shella turun.

"Ms Wong panggil sorang-sorang," Suba masuk dengan muka masam

Tiba giliran Bai, Myza dan Umi naik tingkat atas. Aku berdebar. Darah tinggi dah naik nih.

5 minit kemudian, diorang turun.

"Azura! Rafidah! Ms Wong panggil," Bai masuk dengan muka yang serius.

Aku cuak. Pucat. Kecut perut. Takut. Seram. Kepala aku dah fikir macam-macam.

"Jom Jue, Akak dah cuak nih," Kak Pidah pandang aku.

"Saya risau kak. Ntah-ntah pasal kapal-kapal Platinum tu kot?" Aku buat spekulasi aku sendiri.

"Kita naik je lah. Tahan telinga je kalau Ms Wong marah," Kak Pidah cuba menyedapkan hati aku.

Maunya tak cuak sebab Kak Pidah sourcing kapal-kapal yang berhantu tu dan aku yang arrrange serta monitor delivery store. Sah, mesti aku dan Kak Pidah kena tembak dengan Ms Wong. Mampus.

Aku dan Kak Pidah cepat-cepat mengatur langkah ke tingkat atas. Di tangan tergenggam kemas pen dan kertas konon-kononnya nak catit nota. Mulut tak lepas-lepas selawat dan doa.

Setibanya di tingkat atas, Ms Wong tengah on the phone. Wajahnya memang serius. Aku dan Kak Pidah telan liur. Berserah je apa yang bakal terjadi.

"Kamu!!!" Ms Wong bersuara memandang kami. Aku dan Kak Pidah menghampiri meja Ms Wong.

"Ambil itu kek solang satu. Supplier bagi ini kek lorr.." Ms Wong tunjukkan potongan kek yang telah siap di bahagi-bahagikan di meja sebelah. Aku dan Kak Pidah blurr.

"Kek??" Aku terpinga-pinga.

"Ya lah. Kamu ingat apa?" Ms Wong hairan melihat aku dan Kak Pidah yang blurr.

"Laa..makan kek rupanya," Kak Pidah gelak. Mukanya sudah jernih kembali.

"Iya la..abis tu dolang tak inform apa-apa ka?" soal Ms Wong

"Tak. Diorang cakap Ms Wong panggil sorang-sorang dan marah-marah," Aku pun dah start gelak. Lega.

"Haiiyaaa! Saya mana ada malah lu orang maa...Patut la suma olang bawak buku dan pen. Bai siap bawak buku tulis. Ha..ha..," Ms Wong pun gelak sekali.

Siot. Budak-budak nih kenakan aku dan Kak Pidah. Dan-dan tu jugak aku telan kek tuh. Wakena beb!. Huh!

Wednesday, July 22, 2009

Akibat Mengusha Anak Teruna Orang Sampai Juling Bijik Mata

Shopping kompleks. Kaunter balut hadiah. Aku suka menyusahkan pekerja-pekerja disitu untuk membalut hadiah kerana aku tidak mahu membazirkan masa aku (yang sebenarnya aku malas).

Aku sedang beratur menunggu giliran dan di hadapan aku ada dua orang mamat yang boleh tahan hensemnya. Oh! Indahnya ciptaan Tuhan. Rezeki jangan ditolak. Aktiviti mencuci mata mula beroperasi.

Ok. Dipendekkan cerita, setelah hadiah mereka siap dibalut dan mengatur langkah untuk pergi, mereka sempat menghadiahkan senyuman yang paling kacak dan bergaya untuk aku. Perghh! Bisa gugur jantung aku. Nasib baik iman aku kuat kalau tak confirm aku minta no henpon diorang (macam la aku berani). Hahaha...

Keesokkan harinya, mata kiri aku bengkak. Merah. Ditumbuhi ketumbit. Pedih. Berdenyut-denyut.

Tobat. Lepas ni, aku tak akan usha anak teruna orang lagi. Insaf sudah.

P/S: Siapa tak suka tengok benda cantik, kan?

Tuesday, July 21, 2009

Kejora

Jika aku ditakdirkan untuk menjadi bintang-bintang yang bertaburan menghiasi ruang langit angkasa, aku adalah bintang yang paling kecil dan kerdil.

Tiada sinar. Tidak berseri. Malap.

Itulah aku.

Friday, July 17, 2009

Pantun Berkerat-Kerat Sempena Dijangkiti Selsema

Kepala Sakit,
Suara Serak,
Tekak Perit,
Batuk Kahak,
Hidung tersumbat,
Pergi Klinik,
Dapat Ubat.

Hahahaha..

Tuesday, July 14, 2009

Cucu Mak Aku

Minggu lepas, sesi bergayut dengan cucu mak aku yang berusia 9 tahun.

"Bila Chik nok balik ghumoh Tok?" Tanya dengan penuh sopan

"Lambat lagi. Dok tau lagi bile. Bakpe?" Aku syak dia rindu aku.

"Nok main game henset Chik je" Tuturnya dengan jujur.

Ceh! Bertuah punya anak sedara. Ada udang di sebalik mee rupanya. Ini mesti kes adik aku sorokkan PS2. Huhuhu..

Monday, July 13, 2009

Rindu

Orang tua cakap, kalau bulu mata gugur tandanya ada orang rindu kat kita.

Hari-hari bulu mata aku gugur. Tapi, kenapa orang yang rindu aku tu tak tepon aku pun?

Kesian henpon aku. Diam je sekarang. Bising pun bila time subuh.

Dan, rasa sangat sakit hati bila rindu pada orang yang tak rindu kat kita. Huh!!

Friday, July 10, 2009

Pencemaran Bau

Opis aku bersebelahan dengan kilang plastik.

Setiap hari kami akan menghidu bau getah sekerap.

Aku rasa macam dah keje dalam kebun getah pulak.

Tuesday, July 7, 2009

Jiwangkah Aku?

Duduk sendirian di beranda
Ditemani sebiji gitar
Mengintai bulan di angkasa
Merenung bintang-bintang yg pudar

Greng! Greng! (bunyi petik gitar sesedap rasa)

Otakku beku, fikiranku buntu
Diiringi lagu-lagu syahdu yg pilu
Terkenang kembali kisah lalu
Antara aku dan kamu

Greng! Greng!

Jiwangkah aku malam itu?

Friday, July 3, 2009

Suatu Malam Yang Sengal

Boring. Bosan. Tak tahu nak buat apa melainkan aktiviti melepak depan tv. Menonton siaran yang tak kena selera boleh membantutkan emosi dan pemikiran. Tahap keboringan dan kebosanan sangat kritikal.

Henpon berbunyi. Nada dering Spongebob.

"Hello!" Suara malas.

"Siap. Aku dah kat bawah. 10minit aku bagi masa. Kita gi lepak tempat biasa" Arah si teman.

Hanya tukar T-shirt, sarung jeans dan tudung. Siap. Malam tak payah nak make-up lebih-lebih. Membazir.

Tangan ligat mencapai purse, kunci rumah dan henpon.

"Apsal pelik je henpon aku nih?" Sibuk mengunci grill.

"Eh! Ya Allah!" Terpaksa membuka grill balik. Masuk rumah. Mencari henponnya. Ditangannya tergenggam kemas remote tv.

Apa kes??