Papan Iklan

Thursday, December 31, 2009

2010

01.01.2010. Aku akan berada di kampung. InsyaAllah.
Hati setan aku dok menghasut suruh balik kampung dan ambil cuti hari Isnin nih sebab balance cuti ada sehari je lagi. Hahaha...

Azam 2010? Renew azam 2009 je yang masih lagi tertunggak:-
1. Nak beli laptop
2. Nak beli broadband
3. Nak beli DSLR
4. Nak jadi budak baik
5. Tak nak boros
6. Nak cari bakal mak mertua (tak leh blah punya azam)

Harapan untuk 2010 yang sebenarnya tak berapa nak harap:-
1. Gaji naik dengan mendadak
2. Dapat bonus dengan angka yang best (2009 hanya dapat bonus 7 hari je bukan 7 bulan. Alhamdulillah)
3. Dapat kerja baru
4. Ada idea-idea yang best nak tulis dalam blog

Amacam? ok tak?

Sekian saja untuk 2009. Selamat berhijrah ke tahun baru.

Tuesday, December 29, 2009

Y.E.S

Lagi beberapa hari nak habis.

Aku tengok kaum hawa yang banyak tolong memperkayakan shopping kompleks.

Betul tak?

Monday, December 28, 2009

Mission Impossible: Curi Daun Sirih Junjung

Petua Old Skool - Nak Ambil Berkat Pengantin - Curi Daun Sirih Junjung

Misi aku Sabtu lepas nak curi daun sirih junjung GAGAL. Pengantin yang merangkap member opismate aku cakap awal-awal lagi sirih junjung tu dah kena rembat. Sedikit hampa. Rasa kecewa masih lagi bersarang di hati.

Nampaknya, aku masih bujang untuk tahun 2010. Maka, dengan itu, aku boleh enjoy sakan dan buat kerja-kerja gila lagi. Hahahahaha...

Thursday, December 24, 2009

Ada Apa Dengan Krismas??


Kalau betullah Pak Cik janggut putih yang berbaju merah tu wujud serta baik hati yang tiba-tiba tersesat atau tersangkut kat bumbung rumah aku, agak-agak stokin tu ada isi tak pagi esok?

Aku tak harap pun, tapi kalau ada rezeki dapat Macbook berserta broadband sebijik, Nikon D3S digital SLR sebijik, CD/DVD Sony Player sebijik tak pun cash RM2juta, okeh jugak kan??

Cuti Krismas. Plan aku nak tido dan tengok TV sampai lebam.

Monday, December 21, 2009

Jika Ada Mesin Perentas Masa

20 tahun dahulu. Yang aku ingat.
Dia suka belikan aku gula-gula.
Dia selalu bermain dengan aku setiap petang.
Dia tidak pernah tinggikan suaranya padaku.
Dia sentiasa di sisi aku.

Mak kata.
Dia paling baik antara kami.
Paling bijak antara kami.
Juga, paling kacak antara kami.

Semua orang sayangkan dia. Kami. Jiran-jiran.
Saudara-mara. Kawan-kawannya. Cikgu-cikgunya.
Dan Tuhan juga.
Sebab itu Tuhan pinjamkan dia sekejap saja pada kami.
Kini, aku mengerti.

Tidak banyak kenangan aku dengannya.
Tapi. Yang paling tidak boleh aku lupa dan tidak akan lupa, sewaktu sekujur tubuhnya terbaring kaku ditengah-tengah rumah. Di selimuti dengan gebar kain batik. Bau kemenyan meresap ke serata rumah. Dan, air mata mak tak henti-henti mengalir.

Aku berharap, jikalau ada mesin perentas masa,
aku mahu kembali ke zaman itu.
Waktu jasad dan rohnya masih lagi bersatu.
Waktu dia mampu lagi berlari-lari dengan aku.
Waktu sebelum dia terbaring kaku.

Al-Fatihah.

Saturday, December 19, 2009

Hari Minggu Yang Bingung



Setiap hari Jumaat bulan ini adalah cuti.

Perghh! Best!!

Tapi yang tak bestnya bila hari Sabtu adalah giliran hari bekerja.

Layan tv sampai lebam.

Tak pun memenuhi undangan kenduri kawan-kawan.

Monday, December 14, 2009

Semangat Satu Malaysia

Aku tengok jam. Lebih kurang pukul 12.30mlm.

"Hissyyhh! Kerja giler nih!" Aku mengomel sendirian.

Pintu ditolak perlahan. Kami berenam melangkah masuk perlahan. Selamba. Automatik, semua mata yang ada di dalam bangunan itu memandang kami. Ada yang terkejut. Ada yang tersengih-sengih. Dan ada yang tergelak-gelak.

Sebelum masuk tadi pun, si baju melayu kaler ungu telah memberi kata-kata semangat.

"Biaq pi depa dok tengok kita, dok kata kita. Kita buktikan, ni baru semangat satu Malaysia," Megah. Ibu jarinya diangkat tanda bagus.

Kalau boleh diukur ketebalan muka menahan malu, aku agak sudah 8 inci tebalnya. Rasanya, kami tidak buat salah besar pun. Kami pun manusia biasa juga. Cuma, malam itu, kami berpakaian agak sopan. Ya. Memang sopan.

Mana ada orang lain selain dari kami yang baru balik dari kenduri doa selamat dengan berbaju melayu dan berbaju kurung pergi karaoke di tengah-tengah malam buta?

Dan, kata si baju melayu kaler peach, "Silap aku tak pakai kopiah lembik dengan kepit fail putih. Mesti budak-budak kat karaoke tu pucat ingat kita nih dari Jabatan Agama nak rush tempat nih, hahahahaha...,"

Memang cari penyakit. Nyanyi pun lagu-lagu nasyid dan lagu-lagu slow je. Haih! Tak pernah buat dek orang. Tau di mak aku, maunya kena kamehameha..

Wednesday, December 9, 2009

'R'

Pagi semalam. Tengah sarapan.

Nora: Aju nok air teh o?
Aku: Nok. Kalo teh tak boh. Teh o nok la.
Nora: Okeh. Nok wak sejag nih.
Aku: Bereh.

Dengan rajin dan ikhlasnya, Nora membancuh teh o peveret aku. Kalau air teh+susu, awal-awal lagi aku serender sebab boleh buat perut aku tak best satu hari.

Then, aku sambung makan. Nyum! Nyum!

Aku: Kak, kalo kat umah kampung, mak saya mesti reverse air teh o untuk saya gak. (mengadu kat Kak Pidah dengan penuh yakin dan konpiden)
Kak Pidah: Oooooo....(angguk-angguk kepala)

Diam. Tiba-tiba, muka Kak Pidah berkerut. Aku berhenti mengunyah. Aku rasa macam ada yang tak kena dengan statement aku tadi.

Aku: Eh, saya sebut reverse ke?
Kak Pidah: Hahahhahahaa....reserve laaa..(gelak tahap gaban)

Aku sambung balik telan kuih tat. Pagi-pagi dah buat lawak seposen.

Tuesday, December 8, 2009

Nak, Tak??

Nak..


Tak..


Nak..


Tak..


Nak..


Tak..


Nak..


Tak..


Nak..


Tak..


Nak update??..


Tak update??..


Haih!! Next week je lah aku update. Aligment mood lari sekarang nih.

Friday, December 4, 2009

Menanti Sebuah Jawapan

Sepurnama telah berlalu,
Aku masih setia menunggu,
Katanya, berikan sedikit waktu,
Paling cepat pun dalam seminggu,
Hingga kini, tiada khabar berita untukku,
Lagi beberapa hari nak masuk tahun baru,
Mak dikampung dah tanya bertalu-talu,
Nak jawab apa pun tak tahu,
Takkan nak menipu, berdosa tu,
Baik aku diam membisu,
Lidahku kelu, otakku buntu,
Aku ibarat tunggul kayu,
Sampai bila harus ku tunggu??













Susah betul nak dapat kerja baru....

Hahahahahahaha...saje je merapu....

Thursday, December 3, 2009

Walimatul Urus

Cuti sekolah.
Banyak kenduri kahwin.
Tak tau mana satu yang nak kena pergi.
Satu semenanjung nak kena pusing.
Semua kawan-kawan.
Majlis pula dihujung minggu.
Poket pun dah nipis.

Addduuuhh..!!

Hati setan aku menghasut lagi:-

"Esok-esok bila ko kawin, kalo member-member tak pegi kenduri ko, tak tau laa...."

Tuesday, December 1, 2009

Mukabuku

Mukabuku. Bila dah mengadap, macam-macam yang aku usha. Update sikit mana-mana yang patut. Tengok aktiviti-aktiviti member-member. Tengok kuiz yang ntahapaapantah. Komen dan kutuk-kutuk member-member sikit. Adatlah tu bila dah bermukabuku.

Lepas tu, usha gambar terbaru member-member. Ada yang dah kahwin. Ada yang letak gambar anak. Ada yang pergi melencong, eh, melancong. Pelbagai aksi dan ragam. Syok jugak rupanya layan mukabuku nih.

Tetiba, tangan nih gatal klik kat page 'orang' tu. Tengok gambarnya. Wah, makin bahagia hidup dia tanpa aku. Tengok statusnya. Mengeluh. Ohh! Sudah berteman baru rupanya. Cepat betul ada pengganti. Dasar lelaki. Huh!!

Hati setan aku berkata, "Ko delete je la list dia, dah tak de makna dah!!"

Cikakak!! Bikin jiwa kacau je!!

Haih!!

Friday, November 27, 2009

Korban

Semalam. Dari Klang ke Kuala Terengganu pukul 9.30mlm. Lalu highway, jalan smooth lagi walaupun agak jammed di MRR2 sehingga ke tol Gombak.

Masuk Karak, aku steady lagi. Lalu Bentong pun aku okeh lagi. MasukTemerloh pun aku boleh rilek lagi.

Tapi, bila dah lepas tol Jabor, masuk Cherating, hati aku dah start panas. Jalan raya macam haram. Berlubang-lubang. Mana yang aku boleh elak, aku elak. Yang tak sempat elak tu, macam nak tercabut kereta aku bila terlanggar dan terjun ke dalam lubang-lubang yang ada. Bukan sikit, tapi banyak. Bukan kecil, tapi besar. Ada cetek dan ada yang dalam. Seram aku.

Perjalanan dari Cherating ke Kuala Terengganu betul-betul menguji tahap pemanduan, kesabaran dan keimanan aku.

Bahana hujan dan banjir yang menyebabkan jalan raya rosak. Yang jadi mangsa korban dalam situasi ni, tayar dan rim kereta.

Kalau macam ni, tak jadilah aku nak tukar sport rim 16. Hahahaha...=P

Wednesday, November 25, 2009

Cuti

******* Aku Cuti Balik Kampung (Malam nih dah balik dah) ********

~Kalau rajin aku update dari kampung, Salam Aidil Adha~

::: Tengah siapkan kerja-kerja yang banyak giler nih:::

Monday, November 23, 2009

Cuti Sekolah

Sesi bergayut dengan cucu mak aku yang tahun depan masuk darjah 4.

Asyraf: Chik, cuti skoloh nih Chik balik dok?

Aku: Chik dok skoloh doh laaaa....

Asyraf: Owoh..dok ingat..Hehe..

Boleh pulak dia buat-buat lupa yang aku nih dah kerja.

Thursday, November 19, 2009

Warna-Warni Kehidupan

Hidup Ibarat Roda,

Ada suka ada duka,
Ada bahagia ada derita,
Ada besar ada kecil,
Ada kaya ada miskin,
Ada sihat ada sakit,
Ada baik ada jahat,
Ada putih ada hitam,
Ada pujian ada kejian,
Ada hidup ada mati.

Selagi roh dan jasad bersatu,
Setiap dugaan dan cabaran pasti diharungi.

Akal dan keimanan menjadi tunjang.
Berkiblatkan Tuhan yang satu.

Hidup Mesti Terus..

Monday, November 16, 2009

Tukar Status


Kawan-kawan yang dah selamat tukar status.

Selamat Pengantin Baru buat Mohd Fazeli Abu Bakar a.k.a Siam dan pasangannya Nur Syazwani Shahrir a.k.a Wanie. Semoga kekal bahagia dunia dan akhirat.

Kedua-dua mempelai ni adalah kawan aku masa belajar KMP dan KUSTEM dulu. Macam ni lah lagak dan gaya kami bila meraikan hari bahagia kawan-kawan. Tak sah kalau tak lepak kat rumah pengantin 3-4 jam sampai khemah nak roboh pun tak reti-reti nak balik juga. Al-maklumlah, reunion tak rasmi. Yang pastinya, gambar kami lagi banyak dari gambar pengantin. Sebab itulah kami digelar GMDSS atau Geng Maritim Di Sana-Sini.

P/S: GMDSS is known as The General Maritime Distress And Safety System. Ntah idea sapa yang tukar jadi Geng Maritim Di Sana-Sini tu, aku pun tak tau. Hahaha...

Friday, November 13, 2009

Sumpah-Seranah Di Hari Jumaat Yg Mulia

Sebelum sumpah-seranah. Tanda-tanda dah ada sebelum lunch hari ini.

Aku: Kak, orang cakap kalo tapak tangan gatal, tanda rezeki nak masuk, kalo gatal jari tengah je, apa maknanya? (sambil mencucuk-cucuk jari tengah dengan pen)

Kakak Opis: Tu tandanya nak sumpah seranah orang. Hehehehe..

BUKTINYA.

Sumpah-seranah 1:

Tadi. Masa lunch. Pergi beli nasi kat kedai pakcik sebelah opis. Biasanya nasi separuh, ikan goreng+sayur harganya RM3.00 sahaja. Cukuplah satu lauk dan satu sayur. Tapi, hari ini aku makan nasi separuh dengan ikan keli sambal je dah kena RM3.50. Dah la sayur tak de. Memang aku tak puas hati. @#%$#!#!**

Sumpah-seranah 2:

Jumaat. Aku tau la orang-orang lelaki kena pergi Solat Jumaat. Tak kisah la keluar opis awal sikit dan lunch dulu. Yang buat angin taufan puting beliung aku menyerang ni sebabnya lepas makan kenyang-kenyang bukannya reti pergi masjid. Tapi duduk melepak kat kedai makan sampai pukul 2.00. Kalau macam tu lah keadaannya, baik tak payah keluar opis awal dan lunch awal. Buat rugi kompeni je. @#$&!#$@*$!

Segala sumpah-seranah aku di lakukan secara live di opis, bukan di kedai makan. Sekian.

Kejap lagi konpem aku lapar balik. Kena selongkar tin biskut nih. Lepas tu buat air teh panas-panas. Perghhh!! Nikmatnya. Lebih-lebih lagi time hujan sekarang nih. ;-)

Wednesday, November 11, 2009

Dean Winchester! Please Help Me!!!

Malam itu. Aku keseorangan. Terkurung di dalam bilik sendirian. Kebosanan mula terasa. Otak aku ligat memikirkan aktiviti untuk hilangkan rasa bosan.

"Picit jerawat best jugak nih,"

Aku bangun menuju ke arah cermin yang tergantung kemas di dinding. Perlahan-lahan aku turunkan dan sandarkan pada rak buku.

Aku duduk bersila mengadap cermin. Bersedia untuk membelek muka. Tiba-tiba, aku rasa kaki aku berat. Terasa seperti aku memangku budak kecil. Aku memandang riba aku. Kosong. Dan pandangan aku kembali terarah pada cermin dihadapan aku. Aneh. Pantulan cermin memperlihatkan aku sedang memangku seorang kanak-kanak berusia lingkungan 4 tahun sedang duduk di atas riba aku. Hakikatnya, riba aku kosong.

"Aarrghhhh!!!!" Aku menjerit sekuat hati. Aku bangun. Tiba-tiba aku terdengar suara kanak-kanak menangis. Semakin lama semakin kuat.
Seram sejuk. Pucat gigi. Takut. Badan aku mula menggigil.

"Issyhh! Tak boleh jadi nih. Kena inform Dean ni," Aku teringatkan Dean, kawan aku. Aku percaya dia boleh tolong aku dalam situasi ini.

Lantas, aku mencari telefon bimbit aku. Situasi panik ini membuatkan aku kelam-kabut.

"Hello! Deaann! Help meeee......"

"Why, are you ok?" Suara Dean turut cemas.

"Aaaaaaaaaa......." Belum sempat aku explain pada Dean, kanak-kanak tersebut menerpa aku. Mukanya berubah wajah. Matanya bertukar warna kuning. Aku cuba lari. Tetapi kaki aku tersangkut pada kerusi.

Bedebub!!! Kepala aku sakit. Aku buka mata perlahan-lahan. Memandang sekeliling.
Cilakak! Mimpi hantu rupanya. Ni mesti kes aku fanatik sangat dengan cerita Supernatural. Padan muka aku. Tidur tak basuh kaki. Tak pasal-pasal jatuh katil. Isk!!

Bila la Dean dan Sam nak cari hantu kat Malaysia nih yek??

Tuesday, November 10, 2009

Entri Bergambar

Amacam? Kemas tak meja aku? Buat keje sambil layan lagu Oh Chentaku, Greenday & MCR.
Baru semangat.

Saturday, November 7, 2009

Kelate VS Nogori Sombilan

Kelate vs Nogori Sombilan.

Mak Ayah aku orang Nogori.
Tapi, bermastautin di Terengganu.
Aku anak jati Terengganu (no IC aku 11).
Dan aku memang sayang negeri-negeri di Pantai Timur.

Piala Malaysia?
Aku tak sokong mana-mana pun.

Yang pasti, Arsenal tetap di hati.

Hahahaha..Tak de kena-mengena langsung dengan tajuk entri.

Friday, November 6, 2009

SMS Dari Ex-Boyapren

Tit-tit. SMS dari ex-boyapren.

Dia: Ingat orang lagi tak?

Aku: Buat ape nak ingat boyfren orang lain?

Diam. Terus tak reply sms. Kejamkan aku.

Thursday, November 5, 2009

Zaman Sterika Arang VS Zaman Google

Dulu-dulu. Zaman orang guna sterika arang. Orang tua-tua cakap..
~ Kalau tak leh tengok atau jumpa dengan orang yang kita berkenan tu, dapat tengok bumbung rumah pun jadilah ~

Sekarang. Zaman orang klik google. Aku yang cakap..
~ Kalau tak leh jumpa atau date dengan orang yang kita admirer tu, usha facebook dia pun jadilah ~

P/S: Buat kawan aku, semoga kamu berjaya mengusha orang yang kamu suka itu. Hahahaha..

Tuesday, November 3, 2009

Imaginasi Aku Yang Hampeh

Bayangkan...
Kamu dalam perjalanan pulang dari majlis kenduri kahwin atau pun tahlil atau yang sama waktu dengannya.
Kamu hanya berbaju kurung, berkebaya, berkain batik atau berkain pelikat saja.
Tiba-tiba, kawan-kawan kamu mengemukakan idea gila untuk singgah sebentar di Genting Highlands.
Mula-mula sekadar mahu lepak-lepak saja tetapi melihat permainan-permainan yang mencabar membuatkan kamu ingin mencuba kesemuanya.
Rollercoster, spaceshop, spiderman, buai pusing-pusing dan lain-lain yang agak esktrem.
Apa akan jadi jika kamu main semua permainan itu sampai tak ingat dunia hanya berpakaian sebegitu?
Boleh ke? Selamat ke?

*** Otak aku dah tak boleh pikir secara rasional sekarang nih..huhuhu

Thursday, October 29, 2009

Diskusi Yang Membuatkan Jantung Dan Usus Aku Tersentap

2006. Satu petang. Lepak dengan anak sepupu aku yang lebih kurang sebaya.

Aku: Aku layan Rock The World ari tu, bleh tahan gak la band-band yang perform.

Dia: Aku tak pernah gi konsert dan tak kan pergi konsert.

Aku: Huh! Nape? Kata rock beb!

Dia: Sebab aku rasa kalau tetiba aku mati kat situ, sia-sia je hidup aku.

Diam. Pedih. Aku rasa nak masukkan kepala aku dalam tong sampah je. Ada siapa-siapa nak backing aku?

P/S: Rock The World 9 akan berlangsung pada 19/12/09 kat Sunway kalau tak silap aku. Sapa-sapa nak pergi ajak aku skali.

Wednesday, October 28, 2009

Minda Siapa Yang Tak Berkembang - Part 2

Aku vs Cucu Mak aku (baru lepas PMR)

Aku:
Apa daaa..baca novel cintan orang tua. Tangkap leleh pulok tuh. Tak rock la. Jalan cerita sama je. Jatuh cinta, putus cinta, kahwin, cerai, kahwin 4. Cerita orang melayu streotype je.

Cucu Mak Aku:
Eleh..bior laaa...bukan macam Chik..baca komik kartun. Mengarut je. Macam budok-budok. Ayat bahasa melayu dan tatabahasa pun dok betul.

Ni, aku nak tanya kat korang. Minda siapa tak berkembang nih? Cuba jawab.

Tuesday, October 27, 2009

Penat Dan Letih

Untuk 5 tahun ini, aku sangat penat dan letih.
Penat dengan kemunculannya tanpa diundang.
Letih dengan kehilangannya tanpa berita.
Dia datang dan pergi dengan sesuka-hatinya.
Macam biskut.
Kali ini, aku nekad untuk bertindak kejam.
Kesabaran aku ada batasnya.
Aku bukan robot.
Silent mode is the best way.
So long......

Thursday, October 22, 2009

Terapi 2

SHOPPING. Biarpun kocek dah kering kontang tahap pengemis di hujung bulan, hasilnya, 2 pasang high heel dan sebiji handbag. Oooohhhhh...inilah perempuan.

Tuesday, October 20, 2009

Terapi

Terapi terbaik untuk diri aku apabila serabut. MAKAN. Sebab aku makan banyak mana pun badan tetap kecik dan kurus. Member aku cakap tahap metabolisma aku tinggi, ada bela cacing dalam perut dan badan aku tak elastik (kata si rambut x kembang). Aku tak kisah pun. Yang penting kenyang.

Gambar ni amik masa lunch tadi. Konon-kononnya celebrate belated besday budak-budak department aku. Start lunch sampai nak balik tadi mulut aku tak henti-henti mengunyah. Amacam? Tekak aku macam dinasor tak?

Thursday, October 15, 2009

Sakit Jiwa

Buat masa sekarang. Sakit jiwa. Banyak benda nak settle. Idea nak tulis blog pun tak ada. Aku nak tenangkan hati dan fikiran dulu. Serabut tahap babun. Tensen tahap gaban. Oh Tuhan, tolonglah hambamu yang lemah ini.

Tuesday, October 13, 2009

Bonda

Semalam besday Mak. Tapi Mak tak ngaku. Mak cakap dah lepas, 5hb hari tu. Aku konpius. Tapi aku buat selamba je la. Aku tanya Mak nak hadiah apa. Mak cakap tak de hadiah pun tak pe. Janji Raya haji ni aku balik. Bereh boh. Arahan diterima.

Lepak bergayut dengan Mak, aku check balik nombor IC Mak. Laaa... Aku syak Mak pun konpius jugak. Mesti Mak tak ingat nombor IC penuh beliau. Ingat nombor kod je. Betullah besday Mak semalam. 05 tu adalah kod negeri kelahiran Mak, Negeri Sembilan. Tak kisah la. Yang penting aku ingat besday Mak dan akan balik Raya Haji ni.

'Selamat Harijadi Mak, Semoga Panjang Umur, Murah Rezeki, Sihat Sejahtera dan DiRahmati Allah Selalu..Aminnnn!'

P/S: Aku tak nak bubuh pic Mak aku kat sini. Nanti beliau lagi glemer dari aku. Haha

Friday, October 9, 2009

Entri Khas Untuk Abang Gua

Salam.

Kehadapan kekandaku yang jauh di mata tapi dekat di monitor pc.

Adinda tahu bahawasanya kekanda sedang mengusha dan mengskodeng blog adinda selama ini. Harap kekanda tidak terasa hati jika ada entri adinda yang terselit tentang kisah kita mahupun keluarga kita. Tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak hanya sekadar coretan yang ingin dikongsi bersama-sama dengan bloggers lain.

Untuk pengetahuan kekanda, setiap entri yang ditulis oleh adinda ini lahir dari jiwa, kepala otak, imaginasi, khayalan, idea, kenangan, perasaan, suka-duka, hati dan buah pinggang adinda sendiri selama adinda hidup di muka bumi Tuhan ini.

Sebarang kritikan, kutukan, komen, perli, nasihat atau pujian dari kekanda amat dialu-alukan dan dihargai.

Sekian, Terima Kasih,

Peace Bro!!

Dari,
Adindamu yang banyak songeh.

P/S: Gua syak mesti dia tengah gelak besar kat gua.

Thursday, October 8, 2009

Aku Rasa Macam Duduk Kat Eskimo

Cuaca mendung. Pagi tadi hujan lebat yang amat. Naik kereta pun boleh basah. Sampai opis, aircond macam peti ais sehingga takat beku mencecah -30 sehingga -40 darjah. Sweater dah tebal, stokin pun dah siap pakai. Sejuknya macam duduk kat Eskimo. Aku ingat nak buat unggun api kat sebelah meja aku. Ok tak? Gegegege....(gigi berlaga, tangan kaku, kepala ngantuk).

Wednesday, October 7, 2009

(Dr. Cinta) - The Show - Bahagian 1

Via sms.

"Apa yang perempuan mahukan dalam sesebuah hubungan?" Dia.

"Kejujuran, Kesetiaan, Keikhlasan, Komitmen, Kasih Sayang, Keserasian dan Keimanan," Aku.

"Jika telah diberikan semuanya, kenapa perlu curang?" Dia.

"Kerana perempuan itu tamak, pentingkan diri sendiri dan buta hati," Aku.

" Penyelesaian?" Dia.

"Lupakan dan tinggalkan saja perempuan itu," Aku.

"Semudah itu?" Dia.

"Ya. Untuk kebaikan kamu, perempuan itu dan pihak ketiga," Aku.

Errkk! Apakejadahnya tetiba aku jadi Dr. Cinta ni?

~ I'm just a little bit caught in the middle, Life is a maze and love is riddle, I don't know where to go, I can't do it alone (I've tried) and I don't know why..~ (Lenka - The Show)

Monday, October 5, 2009

Old Skool Punyer Kuih




Nama glemer kuih ini, buah melaka. Orang pantai timur panggil onde-onde. Orang nogori pulak panggil kelompong. Ada orang panggil kuih timbul (ni abang aku kasi nama) dan ada orang panggil kuih terapung (mungkin sebab bila dah masak ia timbul atau terapung). Tak kisah la nama apa pun, janji sedap dimakan begitu saja.

Dan, kami telah membuat sedikit revolusi dan transformasi ke atas warna kuih ini. Eksperimen main-main. Bubuh perisa sirap. Pinky. Barulah nampak ladies. Lain kali, kami nak bubuh perisa sunkiest pulak. Then, kami nak buat warna-warni macam pelangi. Mesti comel. Ahakss..=)

Friday, October 2, 2009

Rasional Emosional (Ini Bukan Lagu Band Pesawat)

Dulu, aku rockers. Tak ada perasaan. Apa-apa yang berlaku, aku cool je.

Sekarang, aku masih lagi rockers. Tapi, versi slow rock. Lebih touching dan emosi.

Contohnya:-
Dari kampung nak balik Klang, aku nangis.
Tengok bencana tsunami, aku nangis.
Dengar lagu Agnes Monica, aku nangis.
Kupas dan tumbuk bawang, aku nangis.
Dan, layan cerita Korea yang happy ending pun aku boleh nangis.

Haih! Dah tua gamaknya aku ni. Alignment hormon dah tak stabil.

Tapi, aku tetap rockers. Yang pastinya, aku masih tak ada perasaan.

Isk! Isk! Isk!

Thursday, October 1, 2009

Seratus

Tahniah. Kamu sedang membaca entri aku yang ke seratus. Terima kasih.

Wednesday, September 30, 2009

Mari Mengira

Raya dah lepas. Sekarang, aku bizi mengira dan mengatur aktiviti open house tak pun kenduri kahwin kawan-kawan terutamanya hujung minggu. Kepada sesiapa yang adakan acara makan-makan, jangan lupa jemput aku. Aku boleh tolong habiskan apa-apa yang patut. Hehehe....

Friday, September 25, 2009

Fenomena Selepas Raya

Seperti biasa, fenomena ini akan terjadi setiap tahun:-

1) Rumah Terbuka
- Rezeki jangan ditolak. Mana-mana yang dijemput, pasti memenuhi ajakan tuan rumah. Bab makan siapa tak suka. Siap buat jadual. Hari ini rumah siapa, esok rumah siapa, weekend rumah siapa. Save bajet. Menu pun boleh tahan sedapnya. Yang penting perut kenyang. Alhamdulillah.

2) Diet
- Ini memang masalah besar. Masa bulan puasa slim je. Lepas raya, jeans pun dah tak muat. Lebihan lemak kembali berkumpul di setiap inci badan. Mana taknya, semua benda ditelan. Tak ada pantang larang langsung. So, badan pun kembalilah kembang. Kesian alat penimbang. Pening jarumnya berpusing-pusing.

3) Duit
- Isu sensitif. Bagi orang dewasa, memang tak dapat dinafikan ada yang sengkek. Al-maklumlah, banyak berhabis untuk raya. Alih-alih tengah bulan dah kena puasa balik. Sebab tu kalau ada open house tidak ditolaknya. Janji lepas bab makan. Bagi budak-budak pula, status orang kaya baru memang sesuai sekali. Hasil kutipan beraya dari rumah ke rumah boleh dikatakan agak lumayan. Pada masa ini, mak bapaklah yang ambil alih tugas bank negara. Mengumpul dan menyimpan duit anak-anak. Silap-silap pinjam duit raya anak dulu nak bayar ansuran kereta. Errrr...ada ke? Aku kelentong je ni.

4) Kerja
- Semangat dan mood kerja memang tak stabil lagi. Kepala masih lagi teringat serdak kuih raya yang ada. Yang pastinya, kerja semakin banyak dan menimbun. Argghhhh!!

Wednesday, September 23, 2009

Pokok Cili Mak

2 hari sebelum Raya.

Acara kemas rumah, basuh rumah dan bersih laman rumah memang dipegang oleh aku selama 10 tahun berturut-turut dan akan dipegang oleh aku selagi aku mampu melakukannya. Petang itu, sebelum berbuka, aku sapu laman rumah dan melihat-lihat saki-baki semak-samun yang telah dimesin oleh jiran aku, Pak Su Din dengan rela hatinya. Dan, aku lihat pokok cili Mak telah terkulai layu dek kerana dimesin sekali dengan rumput-rumput dan semak samun yang ada. Aku report kat Mak dan Mak hanya memandang sayu pokok cilinya (cili pun dah nak merah) yang telah patah dua dan sedikit terkilan (aku agak). Isu tersebut berakhir di situ.

Hari Raya Pertama.

Pak Su Din datang beraya di rumah. Belum sempat dia naik, dia telah bersuara.

"Mintok maap ler, ambe mesing pokok lada deme. Kejut tengok ulor sekor ada dalang rok (semak). Tu yang kene pokok lada tu," Dia gelak. Mak turut terkejut dengan kenyataannya.

"Laaa..patut la. Bak pe dok mesing pale (kepala) ulor tuh?" Muka Mak berubah wajah. Cuba berjenaka. Ceria.

"Dok dang (tak sempat). Takut ambe," Pak Su Din tersengih-sengih.

Aku bernasib baik sebab memang petang tu aku niat nak tebas semak tu. Alih-alih Pak Su Din dah siap mesin. Kalaulah aku yang tebas guna sabit je, apalah yang akan terjadi?

Sunday, September 20, 2009

Raya

Bagi aku, raya setiap tahun sama je. Budak-budak datang rumah, makan dan cuit-cuit kuih raya, salam-salam, dapat duit raya terus blah. Aku pulak, bebudak datang rumah, sakat sikit-sikit, bila petang layan tv terus tidur. Hehehe...Raya ke-2 barulah sibuk mengroger member-member. Itu pun kalau sihat walafiat dan cuti masih banyak.Isk! Isk! Raya ke-3 tahun nih aku dah kena balik Klang. Raya ke-4 kena kerja. Sadisnya!

Tuesday, September 15, 2009

Balik Kampung

Hari ini, aku pulun semua kerja aku. Siapkan mana yang patut dulu. Balik lambat pun tak pe la.

Malam ini, lepas terawikh aku nak tido kejap. Charge batteri. Agak-agak tengah malam baru aku gerak. Klang-K.Terengganu, apa kamu ingat 2 jam je? Berangan macam bawak enjin turbo. Paling cepat pun aku boleh speed 6 jam. Itu pun dah pikir habis-habisan dan dah langgar tazkirah mak dan orang-orang yang tak pernah jemu bagi nasihat kat aku. Sayang kamu semua.

Semua yang penting dah packing siap, baju raya, kuih raya, kerepek raya, livita 3 botol, gula-gula, roti buat sahur masa tengah drive kang, air masak 1 botol yang paling penting perjalanan aku malam ini ditemani oleh lagu-lagu raya. Yeaahh! Doakan aku selamat balik dan kembali.

P/S: Esok aku akan berada di kampung tercinta. Insya-Allah.

Monday, September 14, 2009

Meriam Masuk Angin

The gunners kalah lagi. Aku syak meriam tu dah masuk angin. Isipadu belerang tak cukup sebab kena rembat dengan budak-budak yang bizi lancarkan peperangan meriam buluh sebelum raya nih. Sadis betol. Nasib baik ranking fantasy football aku naik. Oh Van Persie, kamu tetap hero aku walaupun Arsenal kalah. Huh!

P/S: Walaupun game dah 2-3 hari lepas, aku tetap nak tulis entri nih..haha

Saturday, September 12, 2009

Memang Dengki Tahap Gaban

Tinggal beberapa hari je lagi aku nak balik kampung. Masa ni lah banyak keje. Masa ni jugaklah kapal-kapal sibuk nak masuk semua port yang ada kat dunia nih. Tak de masa lain ke nak request barang? Tak boleh tengok aku senang langsung. Konpem, masa solat raya nanti kepala aku ligat pikir kapal-kapal nih. Buat jiwa tak tenang betul. Haih!!

Friday, September 11, 2009

Jihad

Dalam bulan yang penuh berkat ini, aku cuba berjihad dengan cara:-

  • Jihad melawan sifat malas dan nafsu yang mengada-ngada
  • Jihad dalam merperbanyakkan ibadah dan merebut pahala
  • Jihad meningkatkan tahap kesabaran dan mengurangkan panas baran
  • Jihad mengekalkan kelakuan-kelakuan yang baik

Lebih kurang tinggal seminggu je lagi untuk aku meneruskan jihad aku di dalam bulan yang sangat istimewa ini. Cepatnya masa berlalu. Hmmmm....

Wednesday, September 9, 2009

Prebiu P.E.L.A.K.A.R


Dah khatam dah. Senak urat-urat usus dok gelak. Two thumps up to En. Firol. Tunggu kemunculan PELAKAR vol 2 pulak.

Tuesday, September 8, 2009

Berbuka Di Luar

Seremban. Lepak rumah abang sepupu aku. Sedang aku asyik mengadap tv cerita masak-masak, datang anak-anak buah aku.

Adik: Kita tak pernah berbuka kat luar kan Angah. Asyik kat rumah je. (dia membebel)
Angah: A'ah laa...ajak ayah berbuka kat luar laa..
Aku: Ala..ape susah, sebelum waktu berbuka nanti hidang je kat court badminton depan umah tu, berbuka kat luar jugak. Jimat ape. Hahahaha...
Adik & Angah: Issyyhh........(bengang ngan lawak bodo aku pastu gelak-gelak)

Sekali-sekala sakat budak-budak ni.

Friday, September 4, 2009

Eksperimen Bangang Di Malam Bulan Puasa

1994..(aku darjah 4)

Orang sibuk pergi terawikh dan aku & the geng pula sibuk mengatur rancangan bermain mercun, bunga api, pasang pelita dan sama waktu dengannya. Biasanya, lepas maghrib kami akan berkumpul di padang depan rumah aku (port kami le tuh).

Satu malam, jiran aku mahu mencuba idea barunya untuk bermain mercun.

"Boleh ke nih?" Aku was-was meminta kepastian darinya.

"Kite terailah," Dia yakin. Kami mengelilinginya dengan penuh pra-sangka.

"Iysshh! Kang kalu ngecung tu dok letup rugi jer," Tambah aku.

"Owoh mung nih, dok cuba dok tau. Tepi. Aku nok pasang doh nih," Tangannya ligat mencucuh lighter pada sumbu mercun papan yang sederhana besar saiznya.

Dengan berhati-hati dia meletakkan mercun yang sedang menyala itu di atas sekeping 'penkek' yang agak fresh seperti memasang lilin kek hari jadi.

Lebih kurang 5-10 saat kemudian.

"BBOOOMMMM!!!" 'Penkek' berkecai. Bersepah-sepah. Mengeluarkan wangian yang sangat 'harum'. Sedikit-sebanyak percikan tersebut mengenai pakaian kami.

Kebetulan Mak dan jiran aku baru balik dari terawikh terkejut mendengar bunyi mercun yang agak pelik kerana eksperimen ekstrem tersebut. Dan-dan tu jugak aku dan adik diheret balik ke rumah oleh Mak. Malam itu, kami bersurai dengan 'perfume' original yang sememangnya tiada tandingan.

P/S: Aku rindukan zaman kanak-kanak aku

Wednesday, September 2, 2009

Zapin + Pop Rock + Nasyid Kontemporari

Opis. Pukul 3.45ptg. Tiba-tiba bau wangi semerbak menerjah lubang hidung. Di meja belakang, kelihatan teletabies mata sepet (bukan nama sebenar) sedang meratah dengan lahap ketulan daging ayam KFC. Betul-betul menggugat keimanan aku yang sememangnya rapuh. Perut pulak tidak henti-henti menyanyi lagu-lagu zapin dan di selang-selikan dengan lagu pop rock serta nasyid kontemporari. Wahai mulut, banyak-banyakkan bersabar. Jaga kata-kata yang tidak sepatutnya keluar *****.

Tuesday, September 1, 2009

Merdekakah Aku?

Jiwa dan perasaan aku masih dijajah olehnya
Minda dan ingatan aku masih dibelenggu olehnya
Nafas dan hidup aku masih dibayangi olehnya
Mimpi dan kenangan aku masih dihantui olehnya

Bila aku boleh bebas dari penjara hati ini?

Saturday, August 29, 2009

Bila Mood Gatal Tiba

Satu malam seminggu sebelum puasa. SMS dengan member kamceng aku cerita pasal bab kawen (huh..macam tak de topik lain)

Dia: Nok pose ni nafsu kawen kena tutup
Aku: Nafsu kawen tutup tapi niat kawen kena pasang

Haha....miangkah kami?

Thursday, August 27, 2009

Kenapa MU Kalah?

Teori seorang member aku:-

"MU kalah sebab ni kan bulan Ramadhan, setan merah tu kena ikat, Hahahahahaha..."

Betol jugak kan?

Wednesday, August 26, 2009

Jadual Baru

Hari: Isnin-Jumaat (Sepanjang bulan Ramadhan saja)

Waktu: 1300hrs-1400hrs

Agenda: Aktiviti kuak lentang di surau opis

Tuesday, August 25, 2009

Aku Harap Keadaan Seperti Ini Akan Berkekalan

1) Aku suka bulan puasa. Sebabnya, aku boleh sedut oksigen dengan banyak tanpa dicemari oleh gas karbon monoksida, ammonia, nitrogen oksida dan formal dehid (kandungan dalam asap rokok).

2) Menurut pemerhatian aku (bukan usha yek) lelaki-lelaki yang berpuasa juga lebih bersih dan berseri wajahnya (sebab tidak merokok).

3) Dan keadaan ini hanya kekal untuk jangka waktu antara imsak sehingga berbuka sahaja. Hmmm.... Alangkah baiknya kalau mereka berhenti merokok. Bolehkah?

Friday, August 21, 2009

Jangan Marahkan Aku Yang Tidak Bersalah Ini

Suatu petang yang damai di hujung kampung, bertempat di sebuah padang rumput yang menghijau, di bawah sepohon pokok ketapang yang tinggi dan redup, angin sepoi-sepoi bahasa meniup. Sungguh nyaman dan selesa sekali. Kelihatan sekumpulan geng ragut sedang bermesyuarat.

"Macam mana ni boss? Esok orang dah start puasa. Takkan kita nak buat kerja ni lagi," Tanya ahli 1 dengan was-was. Dia memandang ketuanya yang berjanggut panjang itu.

"Hmmm..!" Ketua mereka hanya berdiam diri. Fikirannya ligat mencari penyelesaian. Dia mengurut-urut perlahan janggutnya.

"Kita kena teruskan jugak boss. Kalau tidak, macam mana nak hidup? Itu jelah punca rezeki kita," Kata ahli 2 yang tidak mahu mengalah dengan pendapatnya.

"Nanti orang cakap apa pulak. Dah la kita ni tak puasa. Tak pasal-pasal nanti kena tangkap," Ahli 3 mula cuak.

"Malu la kalau kena tangkap. Pastu kena naik kereta jenazah. Dibawanya ronda satu kampung. Mana nak letak muka nih," Ahli 4 turut melahirkan kebimbangannya.

"Aduhh! Tak de cara ke boss?" Masing-masing sudah pening kepala. Masalah mereka mesti diselesaikan.

Suasana semakin genting. Mereka membiarkan ketua mereka memberi kata putus.

"Yang kamu semua sengal sangat ni apa kes? Kita ni kan seekor kambing. Wajib ke puasa? Tak de siapa nak halang kita dari ragut rumput-rumput nih. Bukannya berdosa pun," Tegas ketua mereka.

Ahli-ahlinya tersengih-sengih mendengar kata-kata tersebut dari ketua mereka. Dan meneruskan kembali rutin harian mereka iaitu meragut rumput.

Jangan Marah Kawan-Kawan. Sekadar Jenaka Kosong.

Selamat Menyambut Ramadhan, Selamat Menunaikan Ibadah, Selamat Bersahur, Selamat Berpuasa dan Selamat Berterawikh.

Wednesday, August 19, 2009

Book Fest 2009

Klik sini.

Date: 22nd-31st August 2009.

Venue: KLCC.

Aku nak pegi hari Sabtu ni. Ada sapa-sapa nak ikut?

Tuesday, August 18, 2009

Kalau Dah Namanya Perempuan

Perempuan sinonim dengan tupperware, pinggan, mangkuk dan sewaktu dengannya. Tengok sajalah suri rumah dan juga ibu-ibu kita. Memang tidak dinafikan, aku juga tidak dapat lari dari kenyataan ini walaupun aku bukan seorang wanita melayu terakhir. Contohnya, aku sangat suka beli ubat gigi jenama Fresh & White yang besar sebab dapat percuma pinggan atau mangkuk yang cantik-cantik walaupun stok ubat gigi aku masih banyak. Bukan sebab aku tamak tapi terpengaruh dengan iklan di tv. Kesimpulannya, aku tidak payah membeli pinggan banyak-banyak kerana aku sudah boleh buat koleksi dari setiap barangan percuma tersebut. Jimat bukan?

Thursday, August 13, 2009

Dalam Dilema

Aku dalam dilema. 15/08/09, hari Sabtu ini.

1) World stage bakal berlangsung. Banyak band-band yang boleh dikatakan otai dan gempak turun padang. Macam best jer.

2) Aku dijemput balik kampung di Kuala Johol, N.Sembilan. Ada sedikit kenduri dan usrah.

Setan bertanduk lapan berekor naga melaga-laga kepala aku suruh pergi World Stage. Dah lama tak pekena konsert besar sepam dua. Dengar cerita, ramai gak member-member aku turun sekaki. Boleh enjoy sakan.

Pari-pari bersayap putih pula menasihati aku menghadiri kenduri dan usrah. Rebut pahala di bulan Syaaban nih. Pada masa yang sama, boleh menziarahi saudara-mara dikampung sebab dah jadi kebiasaan aku jadi wakil famili aku. Then, boleh kait rambutan lagi.

Ya Allah Ya Tuhanku. Kuatkanlah iman ku. Aminn...

Tuesday, August 11, 2009

Hati Seorang Lelaki

Dia menyeluk poket jeansnya dan mengeluarkan sekotak rokok yang berwarna merah. Di dalamnya hanya tinggal sebatang saja stok yang masih ada. Dia mengeluh.

"Kena beli baru ni," Dia mencapai kunci motor dan menyusup laju ke kedai yang berhampiran.

"Kak, Dunhill 14 sekotak," Kakak kedai menghulurkan padanya. Mukanya berubah wajah.

"Tak de gambar lain ke kak?" Dia merenung sayu gambar yang dilekat kemas pada kotak rokok tersebut. Gambar janin yang merah, kecil dan ditulis Rokok Penyebab Keguguran Janin.

"Tak de dik. Ini je yang tinggal," Kakak kedai menunggu dengan penuh sabar.

"Errr....Tak pe lah kak," Dia berlalu pergi. Tak sampai hati membeli rokok tersebut dan melihat gambar bayi yang tidak cukup sifat itu. Dia mengambil keputusan untuk ke kedai lain.

Lebih kurang 5minit, dia tiba di kedai lain. Harapannya masih sama. Dia meluru laju ke kaunter.

"Pak Cik, bagi saya Dunhill 14 sekotak, tapi tak nak gambar bayi," Pak Cik berkopiah itu membelakanginya dan menggeleng-geleng kepala.

"Tinggal ini je nak," Pak cik berkopiah menghulurkan sekotak rokok yang bergambar bayi kecil yang ditulis Rokok Penyebab Kelahiran Bayi Pramatang.

Hampa. Dia menolak untuk membeli sekali lagi.

"Tak boleh jadi ni, try cari kat 7E pulak la," Dia masih tidak berputus asa. Meluru laju menuju ke 7E pula.

Ting-Tong. Pintu 7E ditolaknya. Dia menuju ke kaunter. Matanya ligat memerhatikan barisan kotak-kotan rokok yang disusun rapi. Dia tersenyum penuh makna.

"Bro, kasi Dunhill 14 sekotak. Gua nak gambar yang ada paru-paru tuh," Lelaki berbaju merah itu menghulurkan sekotak rokok yang dikehendakinya. Wang bertukar tangan.

Dia puas. Bibirnya tak lekang dengan senyuman. Seolah-olah mencapai kemenangan yang besar. Dia pulang ke rumah dengan hati yang girang kerana dia lebih rela membeli rokok yang bergambar paru-paru yang hitam daripada gambar bayi yang tidak cukup sifat (kerana dia terfikirkan bakal anak-anaknya suatu hari nanti).

P/S: Lelaki dan rokok ibarat irama dan lagu. Hehe..

Saturday, August 8, 2009

Meninggalkan Aku Sendiri

Malam tadi, aku keseorangan. Budak-budak rumah masing-masing ada hal sendiri. Tinggallah aku terkontang-kanting yang kelaparan tetapi tak de selera nak makan (siangnya aku sakit perut, suspek poisoining food tahap 1).

Then, aku goreng a.k.a panaskan balik popia yang beli kat pasar malam semalam sekali dengan keropok keping. Dah settle semua, aku mengadap sorang-sorang depan tv sambil tengok cerita Nur Kasih.

Errrr....apsal aku layan citer nih weh?

Thursday, August 6, 2009

Pencemaran Bunyi

Tung! Tang! Tung! Tang! (Sound effect dari keje-keje yg dilakukan dalam gudang)

Bunyi mesin, lashing, forklift, lori, kren, welding, kilang sebelah yg proses barang plastik dan ntahapapapa lagi.

Opis aku betul-betul dalam gudang.

Tut! Tut! Tut! (bunyi tepon opis)

"Hellooo!!!" (nada suara yg kuat)

"Oii! Aku tak pekak lagi laa.." sound member aku

"Aku yg pekak. Opis dalam gudang nih ko paham je lah" Menjerit di tepon.

Sesiapa yg tepon aku kat opis, aku harap korang kuatkan volume suara. Haram aku tak dengar.

Dan, sesiapa yg tepon henset aku, kalau aku menjerit, mintak maaf banyak-banyak sebab sudah terbiasa.

Aku syak aku ada masalah pendengaran sekarang nih. Adess....

Tuesday, August 4, 2009

Sesi Bergayut Dengan Cucu Mak Aku

Malam tadi.

Budak : Kalu Im pose penuh tahung ni, Chik nok bagi hadioh mende?

Aku : Adelah.

Budak : Duit raya seratuh?

Aku : Dok eh.

Budak : Mainang banyok-banyok?

Aku : Dop.

Budak : Royak laa....(nada tak puas hati)

Aku : Kuih raye setabung.

Terus dia pass henpon kat adik dia yang berusia 4 tahun. Hahaha....

Thursday, July 30, 2009

Petang Semalam Yang Cuak Tahap Gaban

Opis. 1600hrs. Lagi sejam nak balik. HOD mc. Aku dan budak-budak opis syak kes pembawakan budak.

Aku agak bz siapkan kerja yang banyak. Tengah syok layan kerja, tetiba budak-budak nih dipanggil oleh Ms Wong (PA big boss) naik tingkat atas. 3 orang sekali pergi. Aku dah rasa tak best. Apa kes pulak nih tetiba semua orang kena panggil?

Aku buat-buat tak tau je. Lepas 5 minit, member aku, Suba, Nora dan Shella turun.

"Ms Wong panggil sorang-sorang," Suba masuk dengan muka masam

Tiba giliran Bai, Myza dan Umi naik tingkat atas. Aku berdebar. Darah tinggi dah naik nih.

5 minit kemudian, diorang turun.

"Azura! Rafidah! Ms Wong panggil," Bai masuk dengan muka yang serius.

Aku cuak. Pucat. Kecut perut. Takut. Seram. Kepala aku dah fikir macam-macam.

"Jom Jue, Akak dah cuak nih," Kak Pidah pandang aku.

"Saya risau kak. Ntah-ntah pasal kapal-kapal Platinum tu kot?" Aku buat spekulasi aku sendiri.

"Kita naik je lah. Tahan telinga je kalau Ms Wong marah," Kak Pidah cuba menyedapkan hati aku.

Maunya tak cuak sebab Kak Pidah sourcing kapal-kapal yang berhantu tu dan aku yang arrrange serta monitor delivery store. Sah, mesti aku dan Kak Pidah kena tembak dengan Ms Wong. Mampus.

Aku dan Kak Pidah cepat-cepat mengatur langkah ke tingkat atas. Di tangan tergenggam kemas pen dan kertas konon-kononnya nak catit nota. Mulut tak lepas-lepas selawat dan doa.

Setibanya di tingkat atas, Ms Wong tengah on the phone. Wajahnya memang serius. Aku dan Kak Pidah telan liur. Berserah je apa yang bakal terjadi.

"Kamu!!!" Ms Wong bersuara memandang kami. Aku dan Kak Pidah menghampiri meja Ms Wong.

"Ambil itu kek solang satu. Supplier bagi ini kek lorr.." Ms Wong tunjukkan potongan kek yang telah siap di bahagi-bahagikan di meja sebelah. Aku dan Kak Pidah blurr.

"Kek??" Aku terpinga-pinga.

"Ya lah. Kamu ingat apa?" Ms Wong hairan melihat aku dan Kak Pidah yang blurr.

"Laa..makan kek rupanya," Kak Pidah gelak. Mukanya sudah jernih kembali.

"Iya la..abis tu dolang tak inform apa-apa ka?" soal Ms Wong

"Tak. Diorang cakap Ms Wong panggil sorang-sorang dan marah-marah," Aku pun dah start gelak. Lega.

"Haiiyaaa! Saya mana ada malah lu orang maa...Patut la suma olang bawak buku dan pen. Bai siap bawak buku tulis. Ha..ha..," Ms Wong pun gelak sekali.

Siot. Budak-budak nih kenakan aku dan Kak Pidah. Dan-dan tu jugak aku telan kek tuh. Wakena beb!. Huh!

Wednesday, July 22, 2009

Akibat Mengusha Anak Teruna Orang Sampai Juling Bijik Mata

Shopping kompleks. Kaunter balut hadiah. Aku suka menyusahkan pekerja-pekerja disitu untuk membalut hadiah kerana aku tidak mahu membazirkan masa aku (yang sebenarnya aku malas).

Aku sedang beratur menunggu giliran dan di hadapan aku ada dua orang mamat yang boleh tahan hensemnya. Oh! Indahnya ciptaan Tuhan. Rezeki jangan ditolak. Aktiviti mencuci mata mula beroperasi.

Ok. Dipendekkan cerita, setelah hadiah mereka siap dibalut dan mengatur langkah untuk pergi, mereka sempat menghadiahkan senyuman yang paling kacak dan bergaya untuk aku. Perghh! Bisa gugur jantung aku. Nasib baik iman aku kuat kalau tak confirm aku minta no henpon diorang (macam la aku berani). Hahaha...

Keesokkan harinya, mata kiri aku bengkak. Merah. Ditumbuhi ketumbit. Pedih. Berdenyut-denyut.

Tobat. Lepas ni, aku tak akan usha anak teruna orang lagi. Insaf sudah.

P/S: Siapa tak suka tengok benda cantik, kan?

Tuesday, July 21, 2009

Kejora

Jika aku ditakdirkan untuk menjadi bintang-bintang yang bertaburan menghiasi ruang langit angkasa, aku adalah bintang yang paling kecil dan kerdil.

Tiada sinar. Tidak berseri. Malap.

Itulah aku.

Friday, July 17, 2009

Pantun Berkerat-Kerat Sempena Dijangkiti Selsema

Kepala Sakit,
Suara Serak,
Tekak Perit,
Batuk Kahak,
Hidung tersumbat,
Pergi Klinik,
Dapat Ubat.

Hahahaha..

Tuesday, July 14, 2009

Cucu Mak Aku

Minggu lepas, sesi bergayut dengan cucu mak aku yang berusia 9 tahun.

"Bila Chik nok balik ghumoh Tok?" Tanya dengan penuh sopan

"Lambat lagi. Dok tau lagi bile. Bakpe?" Aku syak dia rindu aku.

"Nok main game henset Chik je" Tuturnya dengan jujur.

Ceh! Bertuah punya anak sedara. Ada udang di sebalik mee rupanya. Ini mesti kes adik aku sorokkan PS2. Huhuhu..

Monday, July 13, 2009

Rindu

Orang tua cakap, kalau bulu mata gugur tandanya ada orang rindu kat kita.

Hari-hari bulu mata aku gugur. Tapi, kenapa orang yang rindu aku tu tak tepon aku pun?

Kesian henpon aku. Diam je sekarang. Bising pun bila time subuh.

Dan, rasa sangat sakit hati bila rindu pada orang yang tak rindu kat kita. Huh!!

Friday, July 10, 2009

Pencemaran Bau

Opis aku bersebelahan dengan kilang plastik.

Setiap hari kami akan menghidu bau getah sekerap.

Aku rasa macam dah keje dalam kebun getah pulak.

Tuesday, July 7, 2009

Jiwangkah Aku?

Duduk sendirian di beranda
Ditemani sebiji gitar
Mengintai bulan di angkasa
Merenung bintang-bintang yg pudar

Greng! Greng! (bunyi petik gitar sesedap rasa)

Otakku beku, fikiranku buntu
Diiringi lagu-lagu syahdu yg pilu
Terkenang kembali kisah lalu
Antara aku dan kamu

Greng! Greng!

Jiwangkah aku malam itu?

Friday, July 3, 2009

Suatu Malam Yang Sengal

Boring. Bosan. Tak tahu nak buat apa melainkan aktiviti melepak depan tv. Menonton siaran yang tak kena selera boleh membantutkan emosi dan pemikiran. Tahap keboringan dan kebosanan sangat kritikal.

Henpon berbunyi. Nada dering Spongebob.

"Hello!" Suara malas.

"Siap. Aku dah kat bawah. 10minit aku bagi masa. Kita gi lepak tempat biasa" Arah si teman.

Hanya tukar T-shirt, sarung jeans dan tudung. Siap. Malam tak payah nak make-up lebih-lebih. Membazir.

Tangan ligat mencapai purse, kunci rumah dan henpon.

"Apsal pelik je henpon aku nih?" Sibuk mengunci grill.

"Eh! Ya Allah!" Terpaksa membuka grill balik. Masuk rumah. Mencari henponnya. Ditangannya tergenggam kemas remote tv.

Apa kes??

Wednesday, June 24, 2009

Mari. Temani Aku

Mari.
Temani aku.
Bersiar-siar di pantai.
Berlari-lari di gigi air.
Menguit-nguit buih-buih putih.
Mengejar ombak yang menghempas lembut ke kaki.
Menyapa desiran bayu.
Membina istana pasir.
Mengutip cengkerang yang comel.
Menerbangkan tinggi layang-layang.
Menikmati keenakkan BBQ.
Menghanyutkan botol hajat ke tengah laut (di dalamnya ada kertas yg ditulis impian kita bersama).

Mahukah kamu?