Papan Iklan

Wednesday, April 28, 2010

Dalam Mood Bercuti


Cuti.
Balik kampung.
Aktiviti berblogging pun cuti jugak.
Sempena cuti Hari Buruh.
Errr....ada kaitan ke?
Kalau rajin, aku update dari kampung.
Kalau rajin laa..

P/S: Tak sabor nak lawan game dengan cucu-cucu mak aku..hehe

Monday, April 26, 2010

Cinta Di Alam Maya


Kamu pernah jatuh cinta dengan seseorang di alam maya tak?

Boleh percaya ke?

Tolong bagi nasihat sikit.

Konpius. Mahu brainwash.

Sunday, April 25, 2010

Parking Oh Parking!


Rumah sewa aku, tingkat 5, di Apartment C Kaler Hijau Kuning. Betul-betul berhadapan dengan surau. Sejuk je bila dengar azan berkumandang. Alhamdulillah.

Kami menyewa bertiga di Apartment C Kaler Hijau Kuning. Memang best tinggal sini. Nyaman. Tenang. Lebih-lebih lagi jiran yang berhadapan dengan rumah kami adalah budak-budak bujang yang juga menyewa. Memang rezeki kami buat modal cuci mata. Selain itu, warga asing pun hanya 5% je yang ada (anggaran aku je la). Syarat tambahan, kena ada kenderaan sendiri baru boleh bergerak bebas. Jangan harap bas nak lalu lalang macam Rapid KL area sini.

Apartment C Kaler Hijau Kuning. Guna konsep satu rumah, satu parking je. Hebat! Macam mana dengan rumah yang ada 2-3 bijik kereta? Mana mau parking? Dan, kami bertiga, mempunyai kereta sebijik seorang. Itu belum masuk rumah lain yang ada 5 bijik kereta untuk 1 rumah.

Penyelesaiannya. Satu. Sila parking di parking visitor. Tetapi, sangat terhad. Siapa cepat dia dapat. Setiap hari kena tulis borang dan hantar. Kalau tak dapat, mamposs!! Dua. sila parking di deretan kedai-kedai baru lebih kurang 500mtr-1000mtr dari kawasan apartment. Sungguh tak selamat. Siapa tak sayang kereta? Cuba cakap? Tiga. Sila jual kereta anda. Gilosss!! Empat. Sila pindah dari apartment tersebut.

Aku nak jumpa Bulma. Nak suruh dia reka kapsul kereta untuk aku dan housemate sekali. Senang. Tak payah nak berebut parking lagi. Simpan dalam beg je bila tak nak guna. Benci betul macam ni!!

Thursday, April 22, 2010

Mak Aku Pesan


Sebelum datang bekerja di Bandaraya yang penuh pancaroba nih, Mak aku pesan, "Jangan ngade-ngade nak gi odisyen AF,"

Dan, aku macam biasa akan mempertikaikannya secara spontan dengan niat nak mengusik beliau, "Kalo orang masuk jugok?"

Beliau membalasnya dengan nada bersahaja dan sempoi tetapi tegas dengan kata-kata, "Jangan berani balik dan jejak kaki ke kampung nih lagi,"

Uhuk!! Uhukk!!

Dan-dan tu aku tercekik tulang ikan yang sedang aku ratah di waktu makan tengahari pada hari tersebut dek tersentap dengan amaran dari beliau yang maha dahsyat itu.

Agak-agak, kalau aku join AF jugak, adakah aku ni tergolong di kalangan spesis anak derhaka? Ada harapan tak aku akan disumpah menjadi kereta Ferrari sebijik?

Cuba jawab.


~ Beliau syorkan aku masuk Akademi Al-Quran. Insaf aku. Isk! Isk! ~

Tuesday, April 20, 2010

DI LARANG MEMBACA Entri Ini!!

DI LARANG MEMBACA entri ini. Amaran pertama dari aku. Jangan tanya mengapa dan kenapa. Kerana aku ada sebab tersendiri. Serius. Sila berhenti membaca entri ini sebelum terlambat. Aku ulangi. DI LARANG MEMBACA entri ini.

Apa? Kamu ingat aku main-main? Bukankah aku sudah melarang kamu dari membaca? Kenapa kamu masih meneruskan bacaan kamu lagi? Sila patuhi larangan tersebut. Kerjasama kamu amatlah aku hargai. Terima kasih.

Aku tahu bahawa kamu masih lagi membaca. Tolonglah berhenti. Ini adalah amaran kedua dari aku. DI LARANG MEMBACA entri ini. Tapi, kamu tetap degil dan juga keras kepala. Betul. Apa lagi yang harus aku lakukan supaya kamu tidak lagi membaca entri ini? Merayu? Menangis? Padam entri ini? Atau tutup terus blog hasil tulisan merapu aku ini? Aaaarrggghhhh!!!

Kamu memang tidak mendengar kata. Kamu buat aku penat. Penat melarang spesis manusia yang degil dan keras kepala seperti batu. Mengapa payah benar untuk kamu menuruti arahan aku? Cukuplah. Aku tegaskan lagi di sini. DI LARANG MEMBACA entri ini sama sekali. Berhentilah sebelum terlambat. Tolonglah.

Masih lagi membaca? Aku berharap agar kamu tidak menyesali dengan tindakan kamu yang tidak mengendahkan amaran aku. Tiada gunanya jika kamu masih meneruskan bacaan ini. Apa yang kamu dapat hanyalah membuang masa dengan membaca entri yang tidak berfaedah, merapu dan mengarut ini.

Sakit hati? Ya. Aku tahu kamu sakit hati kerana tiada apa yang kamu dapat dari membaca entri ini. Kosong. Siapa suruh kamu bersikap degil? Bukankah aku sudah melarang kamu membacanya dari awal-awal lagi? Kepala batu betullah kamu ini.

Baiklah. Aku sudah berputus asa sekarang. Memandangkan kamu masih lagi membaca entri ini, aku mahu kamu tahu bahawa kamu adalah seorang manusia yang sangat degil dan suka melanggar arahan. Betul, kan?

Jangan marah kawan. Jika kamu tidak membaca entri ini, masakan kamu sudah sampai ke penghujungnya. Maaf. Entri ini hanya membuang masa kamu saja. Dan tiada cerita yang menarik pun untuk dituliskan pada kamu. Kerana itu aku melarang kamu membacanya dari mula-mula lagi. Menyesal? Padan muka kamu. Hahahaha....!!


~ Aku tak larang kamu nak komen banyak-banyak. Hehehe... Peace! ~

Friday, April 16, 2010

Calon Menantu


Awal-awal lagi aku dah gagal.

Bab Fasih Bahasa Inggeris memang aku tak lepas.

Citah dan Hanie, korang tak nak cuba ke?

Anak Pak Cik ni Doktor. Mana tau ada jodoh.

Boleh aku tumpang makan nasi minyak free.

Nasib baik tak de tambahan terer memasak untuk ciri-ciri pilihan.

Kalau tak, lagi haru-biru.

Hahahahahaha...!!! =p

Monday, April 12, 2010

Rasa Janggal Yang Lain Macam

Janggal. Pelik. Bila bercakap rasa senget je mulut nih. Senget belah kanan. Lepas tu rasa macam lain macam pun ada. Tutur kata pun agak sedikit terabur. Bolok. Bukan macam kebiasaan. Macam biasa-biasa pun bukan. Bukan.

Apatah lagi bila nak makan. Bukan macam biasa lagi. Bila makan rasa macam orang tua yang tak ada gigi nak makan. Kunyah pelan-pelan. Kemam pelan-pelan. Telan pelan-pelan. Dan akan ambil masa yang agak lama untuk habiskan sisa makanan yang berbaki. Rasa sakit masih lagi terasa. Sikit je. Tak banyak. Tapi masih sakit lagi.

Memang janggal nak sesuaikan diri dengan gigi bongsu yang baru tumbuh nih. Rasa macam kanak-kanak ribena pulak. Hehehe..!!


~ Bolok = Tidak teratur/kelam-kabut (Bahasa/Loghat orang Terengganu/Kelantan)

~ Mood agak ceria sebab sakit tumbuh gigi dah hilang 80%...yippppeeee!! (^.^)

Friday, April 9, 2010

Jammmeddd.........!!

Minggu yang sangat sibuk. Buat otak dan kepala aku jadi separa normal.

Ditambah pula dengan sakit gusi yang pecah sebab nak tumbuh gigi bongsu.

Dugaan yang menguji tahap kesabaran dan keimanan aku.

Penat. Tension. Gila. Mereng. Blur. Sewel. Pening. Migrain.

Entri seterusnya akan diupdate bila semuanya dalam keadaan stabil dan sihat walafiat.

InsyaAllah...


~ Apa aku nak jawab pekse esok nih? ~

Monday, April 5, 2010

Penat

Gambar dicuri dari Facebook Fara


GMDSS (Geng Maritim Di Sana-Sini) menyerang Sunway Lagoon..

Sorang-sorang macam tak jumpa air seminggu..

P.E.N.A.T berendam, tertelan air klorin dan cuci mata tengok pakwe hensem serta makwe seksi...perghhhh!!..

Rasa macam bersidai di Pantai Miami pulak...Hahahahahaha...

Sunday, April 4, 2010

Aku Rasa

Ada kalanya aku rasa seperti mahu berkurung di dalam sebuah almari yang gelap atau usang dan tidak mahu dikeluarkan lagi sehinggalah sinaran cahaya sang mentari berjaya membolosi melalui celahan-celahan dinding kayu serta menyinari ruang-ruang kosong seolah-olah menggamit aku untuk kembali menjengah dunia yang semakin kejam ini.


(Gambar diculik dari Mr. Google)