Papan Iklan

Sunday, December 15, 2013

Imagine If...


Imagine if your life just have black and white color only.
Imagine if your is dark and gloomy.
If so, please let me be your light to cheerful of your life...

Wednesday, December 11, 2013

Berbeza

Mata kita sama.
Tapi pandangan kita tak serupa.
Mungkin kau kata warna hitam tak cantik.
Tapi bagi aku warna hitam adalah klasik.

Mata kita sama.
Tapi pandangan kita tak serupa.
Definisi 'cantik' kita berbeza.
Kerana citarasa kita berbeda.

Dan gaya hidup kita juga berlainan.
Sebab itu kita saling tak sehaluan.
Apa lagi yang perlu di perkatakan?

Sunday, December 8, 2013

Tolong-menolong Amalan Mulia


Alhamdulillah. Berat sama dipikul.
Ringan angkat sendirilah. Eh.
Ringan sama dijinjing.
Semoga mereka baik-baik saja.

Saturday, November 23, 2013

Tengkujuh




Musim tengkujuh tiba lagi,
Hujan turun tak henti-henti,
Selimut tak lepas dari pagi,
Buat aku rindu sang mentari.

Monday, November 18, 2013

Rimas


Berjumpa dengan kawan-kawan lama.

Aku rimas dengan soalan yang merepek.

"Kau pakai kereta apa sekarang?"



Memang kena maki la dengan hati setan aku.

Wednesday, October 30, 2013

Paranoid


Sejak rumah jiran aku kena pecah masuk dua kali masa Ramadhan hari tu, aku jadi paranoid. Aku tidur lambat setiap malam. Paling cepat aku tidur pukul dalam 1.00am dan paling lambat pulak dalam pukul 3.00am. Aku pantang dengar bunyi pelik-pelik dan aku akan merayau satu rumah dengan lampu suluh. Periksa semua tingkap dan pintu banyak kali. Tak lupa juga, aku standby kayu hoki tepi meja siap-siap. Kadang-kadang aku rasa dah serupa Batman gayanya bila tengah malam menjelma. 

Monday, October 21, 2013

Mimpi


Mimpi tentang ex-scandal ada tiga je maknanya.
Samada kau rindu dia. Dia rindu kau.
Atau mainan setan je semua tuh.

Friday, October 11, 2013

Jobless


Tahniah!

Untuk diri sendiri.
Cukup setahun aku jadi penganggur yang tidak berjaya.

Monday, September 16, 2013

Singgoh Seni



Sepetang di Singgoh Seni di Ganu D'Art, 16/09/2013.

Friday, September 6, 2013

Baby Sitter


Memandangkan aku masih belum ada keje tetap, adalah seorang hamba Allah (kawan kakak aku) offer aku jadi baby sitter anak dia. 

Tanpa fikir panjang, cepat-cepat aku tolak.

Sebabnya, aku tak de bakat dan kesabaran nak handle baby.

Aku takut kalau tak budak tu yang menangis, aku pulak yang menangis nanti.

Hahahahahaha....

Saturday, August 31, 2013

Merdeka


Semoga tiada lagi adegan tembak-menembak.
Semoga tiada lagi kes pecah rumah.
Semoga tiada lagi mangsa ragut dan rogol.
Semoga tiada lagi lahir anak luar nikah.
Semoga tiada lagi hutang piutang dan korupsi.
Semoga tiada lagi gegala rasuah dan suapan.


Syukurlah, Malaysia masih aman...............

Wednesday, August 28, 2013

Jackpot


Acara membeli durian umpama main jackpot.
Kalau bernasib baik, dapat isi yang sedap, lemak, manis, berkrim.
Kalau tak bernasib baik pulak, dapat isi yang busuk, masam, tawar, keras.
Tak pun bila dah buka, tengok-tengok isinya cuma seulas saja.
Lagi haru kalau tak de isi langsung. Kosong dan rompong.

Nampak tak permainannya di situ?

Tuesday, August 20, 2013

Miskin


Bila difikirkan secara serius, akulah di antara rakyat Malaysia yang miskin papa kedana.

Tiada kerja. Tiada harta. Tiada rupa. Tiada cinta. 

Yang ada, cuma hutang PTPTN.

Oh! Apalah nasib! Isk! Isk! (menangis tak berlagu).

T____T

Friday, August 16, 2013

Rezeki Terpijak


Satu hari di hari raya. Kau berjalan pergi beraya. Tiba-tiba, kau terpijak sampul duit raya. Kau ambil dan lihat isi di dalamnya.

Tadaaaaaa..........

Kalau ada kepingan not kertas di dalamnya, inilah rezeki terpijak namanya.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin...... =)

Monday, August 5, 2013

Mamai


Kau tau tak, apa rasanya bila gosok gigi guna pencuci muka pada pukul 4.50 a.m?






Tak sedap, tau tak? Tak sedap!

Yerrkkkk!!!

Saturday, August 3, 2013

Hilang


Shilake!! Pelita aku hilang sebijik semalam. Kena rembat dengan budak mana ntah. Complete 1 set pelita dan batang buluh dikebasnya. Bulan puasa pun mencurik jugak. Setan betul perangai.

Aku tak tahu samada nak marah atau nak redho je. Tapi, kalau aku jumpa budak mana yang buat perangai dajal nih, siaplah. Memang kena kamehameha peringkat ke-8 la dengan aku.

Tak pasal-pasal kurang pahala puasa aku semalam duk maki dorang.

Sakit hati woiihhh!!

Thursday, August 1, 2013

Ramadhan 23


Dah masuk 23 hari orang puasa.
Belum layan scene main bunga api dan mercun pop lagi nih.

Thursday, July 25, 2013

Rest In Peace, Buddy!


Hujung tahun lepas, partner beliau yang 'pergi'. Malam semalam, giliran beliau pulak. Dua-dua kes kena baham dek musang/kucing or whatever menatang spesis makan burung.

Rest In Peace, buddy! 

Nama beliau Pok. Aku sayang giler kat Pok. Terima kasih Pok sebab hidup dengan kami sekeluarga selama setahun dan sebulan lebih. Tak sempat nak sambut raya kali ke-2 dengan kami.

Hidup aku mula sunyi tanpa Pok. T___T.

P/S: Masih berkabung, masih bersedih dan masih menangis.

Tuesday, July 23, 2013

Ramadhan 14


Dah 14 hari orang puasa. 
Dan aku belum layan scene murtabak lagi.

Dah 14 hari orang puasa. 
Dan aku masih berperang dengan nafsu bila ke bazar.

Dah 14 hari orang puasa. 
Dan mulut aku still tak boleh puasa penuh bila aku memandu.

Dah 14 hari orang puasa. 
Dan tahap kesabaran aku masih lagi level 3.

Dah 14 hari orang puasa.
Dan aku dah start operasi pembersihan rumah.

Thursday, July 18, 2013

We're Not....



At the end of our story, we're are not meant for each other and not meant to be together....
.
.
.
.
.
Hmmm.....kalau macam tu, download Despicable Me 2. Layan.

Comel betul minion nih. Rasa nak bela sekoq....

Monday, July 15, 2013

Terawikh #6 1434H Edisi Telekung


Berada di saf kedua, ketiga dan seterusnya saf makin ke belakang memang mencabar.

Apa taknya, telekung warna-warni makcik-makcik yang berada di saf hadapan yang penuh dengan reben dan renda-renda serta di tambah pulak dengan corak yang macam-macam bentuk memang mengganggu konsentrasi bila berterawikh. 

Dugaan betul.

Wednesday, July 10, 2013

Terawikh #1 1434H Edisi Imaginasi


"Allahuakhbarr!" Tok Imam angkat takbir.

Mula-mula, aku gagah berpijak di atas sejadah. Aku dengar dengan khusuk setiap bacaan oleh Tok Imam. Pelan-pelan, aku rasa aku mula hanyut. Antara dengar dan tak dengar. Lama-lama, ntah ke mana-mana aku pergi. 

Dalam kepala, aku imejin yang aku pergi beli kad raya. Untuk poskan pada kawan-kawan rapat serta kawan-kawan lama di tempat kerja dulu. Kemudian, aku pergi pejabat pos beli setem dan poskan sekali. Lepas tu, aku pegi kedai runcit pulak. Beli minyak tanah. Untuk pasang pelita di malam hari. Tak lama kemudian, aku balik rumah. Kasi budak-budak bersayap tu makan roti. 

Seterusnya, yang aku perasan, sedar-sedar dah rakaat terakhir Sembahyang Witir. Eh!!






Setan betul perangai macam gini tau.

Tuesday, July 2, 2013

Menjadi Penulis


Aku selalu bayangkan. Hidup seorang penulis tegar. Hanya di habiskan di depan komputer. 24 jam. Okay. 16 jam saja setelah tolak waktu tidur 4 jam dan 4 jam lagi untuk makan, mandi serta urusan lain. Sambil mengadap komputer. Jejari ligat di keyboard. Mencari idea serta memerah otak untuk susunan ayat yang terbaik. Bila idea stuck, berubah menjadi manusia yang paling serabut, selekeh dan hidup yang tidak teratur sehinggalah melepasi waktu dateline dengan jayanya.

Ini adalah apa yang aku bayangkan saja. Jadi, sila jangan ambil serius. 

Sekarang, mari kita sentuh perkara yang serius.

Bukan semua orang baca apa yang kau tulis. Dan bukan semua orang suka dengan apa yang kau tulis. Sebab mereka bukannya tahu tentang perasaan kau. Jadi, jangan kisahkan mereka. Teruskanlah menulis untuk kepuasan hati kau sendiri.

Sekian.

Monday, June 24, 2013

Jerebu & Budak-Budak Bersayap



Budak-budak bersayap ni pun malas nak terbang tinggi-tinggi time jerebu nih. Biasanya, pantang buka pintu terus lesap pergi bertenggek kat atas bumbung rumah nun. Tapi, 2-3 hari ni, dorang buat dek je.

"Lepak kat sarang sambil makan nasi lagi best," Kata Mat Chek (putih) sambil mengepak-ngepak sayapnya.

Friday, June 21, 2013

Tutup


Ini serius.

Sejak kebelakangan nih, aku rasa macam nak tutup blog dan berhenti menulis. 

Ini serius.

Antara sebabnya, aku dah tak de idea nak tulis mende, rasa boring yang amat, malas gila babi dan mood nak menulis dah ke laut.

Ini serius.

Tapi, atas nasihat otai lama, brader nizam sani, sedikit sebanyak buat aku rasa serba-salah nak tutup blog nih.

Baiklah. Aku akan cuba menulis lagi. Di sini.

In Sha Allah....


Oh! Good Morning, Sunshine. =)

Saturday, June 1, 2013

Versus 2


Usai majlis akad nikah seorang kawan tadi serta perut yang kenyang diisi dengan nasi dagang, aku dan member kamceng, Nor, pelan-pelan beransur pulang.

Aku toleh jam tangan. Lebih kurang pukul 10.30 malam.

"Dang lagi ni balik tengok Versus kejak. Tahu sape menang bereh doh," Kata aku pada dia.

"Isyhh! Mung tengok benda lagha gitu. Bawok insaflah," Sound dia pada aku dengan selamber badak.

Aku. Terkedu. Lupa yang dia dah ada tittle Hajjah.

T__________T.................

Tuesday, May 28, 2013

Putus


Putus selera lagi seksa dari putus cinta. Percayalah. Kalau putus cinta paling koman pun kau frust menonggeng je. Yang teruknya hati kau je lah yang 'sakit'. Jika nak dibandingkan dengan putus selera yang menyebabkan kau hilang nikmat makan, dehydration dan weight loss dalam masa 24jam, betul-betul buat kau berubah jadi rupa zombi hidup.

Ok. Keep calm dan makan ubat.

Friday, May 24, 2013

Jatuh


Aku lebih rela jatuh tangga banyak kali dari jatuh cinta berkali-kali. Jatuh tangga sakitnya cuma seminggu dua saja jika nak dibandingkan dengan sakit jatuh cinta yang mungkin tak akan pulih walaupun perkara tersebut terjadi berbelas-belas atau berpuluh-puluh tahun yang lepas.

Eh. Salam Jumaat dan selamat bercuti kawan-kawan.

Friday, May 3, 2013

Marilah Bertayammum



Disebabkan dah berbalut cantik dan tak boleh kena air, jadi, marilah bertayammum untuk laksanakan Rukun Islam ke-2. Siapa cakap Islam itu susah? Mudah, bukan?

Monday, April 22, 2013

Ibadat VS Politik


Pokcik XYZ (bukan nama sebenar). Rela berjemaah di masjid kampung sebelah dengan alasan "Surau kat kampung aku tu penuh dengan kroni-kroni parti oren. Saya ni orang kuat parti kelabu. Mana boleh campur,"

Nampak sangat kau pergi masjid sebab parti politik. Bukan kerana niat nak beribadat kerana Allah.

Wallahualam...

Monday, April 15, 2013

Say Hello To My Little Friend


Masa umur lebih kurang seminggu lebih


Masa umur sebulan lebih

Dah besor panjang dan dah boleh terbang pun still nak lelap kat atas tapak tangan aku jugak.
Manja dan ngada-ngada betul.

Tuesday, April 9, 2013

Masalah


Ya. Aku mengaku bahawa aku ada masalah dengan manusia yang berperangai macam gini:-

1) Tak reti nak buang sampah ke tempat yang sepatutnya (tong sampah/plastik sampah)
2) Tak reti nak bagi signal
3) Tak reti nak sabor, beratur dan potong queue
4) Tak reti nak ucap terima kasih dan senyum

Sebab aku memang tak reti nak berperangai macam gitu. Dan aku rasa macam nak bagi hadiah 'jari tengah' aku pada manusia spesis ini tanda menghargai sikap mereka.

Thursday, March 21, 2013

Putih. Baliklah Putih.


Dah seminggu dah Putih.

Baliklah.

Mana kau pergi terbang hilangkan diri nih?

Jadi posmen mengantor surat ke niujilen ke?

Bawak makwe lari terbang pergi kahwin kat siam nun?

Atau sesat dan tak kenal arah balik rumah dah?

Putih. 

Baliklah Putih.

T_________________T...



Putih!!! Baliklahhhh!!!!...

Thursday, March 14, 2013

Selamat Datang, Hipster Dan Kapitalis


Apabila underground telah dimainstreamkan secara trending, nilai 'rare'nya semakin lama semakin susut, pudar dan hilang. Selamat datang, Hipster dan Kapitalis. Semoga hidup kalian penuh dengan warna-warni.

Thursday, February 14, 2013

Reunion


Satu perkara yang aku tak gemar bila diajak untuk ber'reunion' ialah ajak-ajak ayam. Maksud aku di sini dalam fesbuk or tuiter bukan main riuh-rendah duk pung-pang-pung-pang suruh join event. At the end bila dah jumpa dan duduk semeja, masing-masing sibuk dengan telefon pintar sambil berfesbuk serta bertuiter berbanding nak bersembang dan bertepuk-tampar sesama sendiri secara live.

Kalau macam gitulah gayanya, baik ber'reunion' kat fesbuk atau tuiter je. Tak delah nak membazir minyak, tenaga, duit dan masa. Ye dok?

Friday, February 8, 2013

Cinta Mee Segera


Tak perlu lama. 5 minit je dah cukup buat jantung berdebor laju-laju tak tentu hala. Dan tak sampai 5 minit jugak tetiba semuanya jadi lupa.

Wednesday, February 6, 2013

Orang Berlari


Addicted. Baru terjebak secara serius.
Satu kerja tak jalan bila dah hadap secara marathon.  



Aku salute dengan game dorang. 
Otak kena kreatif. 
Stamina kena tough.
Licik. 
Strategi kena ada.
Kena pandai kelentong.
Tu semua wajib ada kalau nak menang.

Yang pasti lawak giler. Kekekekeke!

Ssakda ssakda!!! Seum dwa!!!

Tuesday, January 22, 2013

Loser


Biar loser di dunia. Jangan loser di akhirat - Aku. 22/01/2013

Thursday, January 17, 2013

Baa..Baa..Black Sheep...



Gambor cilok dari sini...

Kadang-kadang, yang selalu bikin spoil tu lah yang akan jadi hero di kemudian hari...

Saturday, January 12, 2013

Tuesday, January 8, 2013

Hidup Seorang Loner & Loser


"Tit"

Ada mesej masuk. Sayup-sayup je bunyinya. Aku cari henpon. Tapi tak jumpa. Dah 4 hari  aku abaikan dia. Sebab aku lupa aku letak kat mana. 

Pelan-pelan aku cari. Atas meja komputer. Dalam bilik kakak. Bawah kerusi panjang. Atas tilam. Atas perabot kat dapur dan dalam rumah. Masih tak jumpa jugak.

Last option. Aku miscall guna tepon rumah. Bijok dok? Dan bunyinya datang dari arah serambi. Baik punya tersorok celah tivi dan kipas. Betul-betul duduk sebaris dengan remote tivi. Entah siapalah yang rajin susun macam gitu.

Sedar tak sedar, tiba-tiba aku jadi excited bila jumpa henpon balik. Lagi bertambah excited bila tengok ada 4 mesej yang tertera di skrin henpon. Fuhh! Cepat-cepat aku tekan punat hijau dan............

Cilakessss...!!!

3 mesej dari Selkom dan 1 mesej dari Meksis (Aku pakai henpon double sim cap ayam).

WTH???

Hampa.

Tak ada orang lain ke nak mesej aku yang sedang kesepian nih? Aku ingat adalah sorang dua pakwe yang mesej. Tapinya..... Ermmm..... T___T.

Bila check baki pulak, Selkom masih berbaki RM15.85 dan Meksis ada lagi RM8.61. Tapi semuanya dah expired. WTF???

In the end, aku campak henpon kat kusyen. Lepas tu, pegi duduk depan laptop sambung main fesbuk dan tuiter.

Amacam? Steady kan hidup aku?

Tuesday, January 1, 2013

Tahun Baru Masihi


It's just another brand new day, another brand new month and another brand new year.

So, live your life happily until you died (before you'll get another brand new 'life')...

Hahahaha... =P