Papan Iklan

Sunday, July 31, 2011

Menjelang Ramadhan 1432H

Mode: Insaf. Berazam untuk tidak berperangai setan selama sebulan.
InsyaAllah!


Selamat Berterawikh!
Selamat Bersahur!
Selamat Berpuasa!
Selamat Berbuka!
Selamat Beribadat!

Thursday, July 28, 2011

Bad Day

Mood hari ini...

Serabuttt!!! Keje banyak!!!

Nota: F.R.U.S.T.R.A.T.E.D. Malaysia kalah..

Egois

Teaser je nih.

Huh! Manusia memang ego. Benci!

Monday, July 25, 2011

Monday Blues

Mood hari ini.. Haha..

Bos cuti hari ni. Jadi, perangai agak setan. Hip-hip horeyy!!
En. Blabber. Ini adalah karakter saya pada hari ni.
(Sebenarnya, hari-hari macam ni)
Kehkehkehkeh..=P
Malas nak tag orang lain.
Jadi, kalau rajin. Sila lukis diri-sendiri dan ceritakan serba sedikit.
Peace yoowww!!


P/S: Oh ya. Tak reti lukis guna microsoft paint. Dan jugak tak reti nak lukis makwe bertudung. Huhu..

Sunday, July 24, 2011

Saturday, July 23, 2011

Eksotik

Mana lagi eksotik?

a) Makan durian. Tapi tak makan tempoyak.

b) Makan tempoyak. Tapi tak makan durian.

Sila jawab.

Wednesday, July 20, 2011

Hanyut, Lemas Dan Karam

Dek leka menongkah arus hidup dan masa.
Ada di antara kita yang hanyut, lemas dan karam.

Semoa selamat semuanya.

Tuesday, July 19, 2011

Hari Itu


"Cantik!"
Bisik gua perlahan. Gua main-mainkan cincin belah rotan yang tersarung di jari manis gua. Rasa indah. Masih hangat. Terasa janggal sedikit.

Dia senyum. Gua sengih. Gua tahu dia gembira. Gua pun sama. Sapa yang tak gembira di hari bahagia sendiri. Lainlah kalau kena tunang secara paksa. Ye dok?

"Tak lama lagi dah. Kan gua dah cakap 10 tahun lepas, hari ini akan berlaku jugak," Dia bersuara dengan yakin. Ungkit kisah silam. Mata coklat cair miliknya terarah pada gua. Berdebar jugak dibuatnya. Yang pasti gua tetap stedi. Tapi, lama-lama gua rasa dada gua sakit. Jantung gua makin laju berdegup. Kepala gua mula berpeluh. Telinga gua berdesing. Gua dengar suara makcik-makcik kelam-kabut jerit nama gua. Tapi gua tak dengar suara dia. Mata gua berat. Tak boleh buka. Gua pejam. Terus gelap.

*****

Gua buka mata perlahan-lahan. Rupanya gua dah berada atas katil gua sendiri. Gua capai henpon. Pukul 4.30 pagi. Lama betul gua tido. Gua cuba ingat balik benda yang berlaku siang tadi.








Cilakak!!!!!!! Setan memang suka bergurau dalam mimpi dengan benda-benda serius macam nih. Bikin jiwa kacau jugak sekejap. Haihh!!!


P/S: Tetiba teringat Situasi Itu.

Monday, July 18, 2011

Perumpamaan


Pendapat aku, HIDUP IBARAT RODA sudah tidak relevan lagi pada masa sekarang.

Lebih afdal kalau HIDUP MACAM ROLLER COASTER. Lagi banyak cabaran. Ye dok?

Tuesday, July 12, 2011

Sentimental Value


Henpon wa masuk hospital. Dia punya keypad memang dah tak reti mengeja. Tu belum lagi suka-suka hati dia je nak on-off sendiri. Kejap-kejap hidup. Kejap-kejap mati. Jadi, sebelum dia jadi makin parah dan nazak adalah baik gua hantar dia ke hospital 2-3 hari. Kasi treatment.

Member-member gua suruh gua beli henpon baru. Yang canggih-canggih. Yang boleh berbbm. Yang boleh sentuh dengan jari. Yang boleh update status fesbuk. Yang boleh sambung dengan wifi. Yang macam-macam ada. Tapi. Gua tak teringin nak pakai pesen henpon berteknologi macam tuh. Nanti gua jadi lagha. Serius. Bila gua dah jadi lagha. Gua tak ingat mende lain dah. Gua jadi malas nak buat keje. Mesti hidup gua nanti makin sibuk dengan aktiviti 'sosial' dengan henpon sebegini. Lainlah kalau dorang nak sponsor. Ye dok?

Lagipun, henpon wa sekarang ni adalah benda yang di antara gua sayang. Sebabnya, gua beli dengan duit gaji gua sendiri. Tiap-tiap bulan gua menabung. Gua sanggup tak shopping komik. Gua sanggup tak makan kepsi. Gua sanggup berjimat-cermat semata-mata gua nak beli henpon ni untuk hadiah besday gua sendiri masa tahun 2009. Hah! Di situlah letaknya sentimental value gua pada henpon nih. Tengok. Gua memang seorang yang setia walaupun henpon gua selalu buat perangai dan kaler dia pun dah pudar. Gua memang tak kisah dengan keadaan fizikal dia sekarang. Gua terima je dengan kekurangan dia. Janji dia boleh berkhidmat dengan gua.

Ah! Emosi pulak gua malam ni. Gua harap gua boleh bangun subuh dengan sendiri tanpa deringan alarm. Sunyilah pulak nanti sebab biasanya gua dah set 5 alarm untuk kejutkan gua.

Biarlah gua dengan henpon klasik gua. Gua memang bahagia dengan dia. Lagi satu, gua nak tanya ni, orang-orang yang pakai henpon canggih-canggih tu, kredit ada sokmo ke? Kehkehkeh...

Monday, July 11, 2011

Inspirasi


Inspirasi gua hanyalah mimpi-mimpi...
Tapi, mimpi-mimpi gua adalah inspirasi...
Jadi, untuk capai inspirasi kenalah bermimpi...
Dan kalau nak bermimpi kenalah tido...

~ Gudnite everyone....haha....=P
~

Friday, July 8, 2011

Panduan Hidup Gua


Konspirasi dengan Tuhan
Komplot dengan keluarga
Kolaborasi dengan kawan
Khalwat dengan alam

Wednesday, July 6, 2011

Benda-benda Heaven

Warung Chery, Rabu, 06.07.2011, Lunch Hour


Di bawah pohon ceri yang redup.
Bangku kayu.
Di temani angin sepoi-sepoi bahasa Melayu.
Cuaca sedang-sedang elok.
Semangkuk laksa.
Segelas air perisa nenas yang sejuk.
Juga diiringi semangkuk tauhu rojak.
Suasana bertambah ceria dengan tokey (Mak Ucu dan Pak Ucu) yang sangat ramah.
Sudah cukup heaven bila menikmati rezeki dalam keaadan yang tenang sebegini.
Lupa segala keserabutan di opis.
Ah! Hidup ini sangat indah, bukan?

Tuesday, July 5, 2011

Biarkan III

Biarkan aku hidup dengan kesibukan
Sebelum aku temui ketenangan

Biarkan aku hidup dengan kekecewaan
Sebelum aku ditemani kebahagiaan

Biarkan aku hidup dengan kedukaan
Sebelum aku melangkah kegembiraan

Biarkan aku hidup dengan kesusahan
Sebelum aku diiringi kesenangan

Dan biarkan aku terus hidup dengan kegilaan
Kerana di situ terletaknya harapan dan impian

Monday, July 4, 2011

Biarkan II

Biarkan perasaan itu mati
Kerana jiwaku tak mahu terseksa lagi

Biarkan amarah itu berlalu pergi
Kerana hatiku tak bisa menangis lagi

Biarkan rasa itu jauh berlari
Kerana kakiku tak mampu mengejar lagi

Biarkan kenangan itu terus dilupai
Kerana memoriku tak tahan mengingati lagi

Biarkan aku terus begini dan menyendiri
Kerana itu yang terbaik untuk diri ini

Saturday, July 2, 2011

Biarkan

Biarkan mimpi itu terus mengganggu
Untuk aku hindarkan rasa pilu
Untuk aku hambatkan rasa rindu
Untuk aku hilangkan rasa sendu
Juga untuk aku rasa tenang selalu

Dan biarkan aku terus melukis mimpi
Untuk aku jadikan lukisan realiti

Friday, July 1, 2011

Besi Dan Orang

Transformer 3: Dark Of The Moon

1. Dari episod 1 sampai episod 3, Sam memang kalut nak selamatkan makwe dia je.
2.Optimus Prime dah ada kontena. Dan aku terbayangkan lori-lori kontena yang lalu-lalang-yang-laju-macam-kereta-FI kat Port Klang ni tetiba bertukar menjadi seekor robot kat tengah Highway KESAS.
3.Apasal scene Optimus Prime lawan dengan Megatron kejap sangat? Aku tak puas hati.
4.Agak-agak, robot-robot yang dah mati tu boleh jual jadi besi buruk tak?

Ok. Sekian saja ulasan dari aku. Nak tau lebih lanjut. Sila tengok sendiri. Terima kasih.

P/S: Transformer kali nih banyak sangat dialog dan monolog.