Papan Iklan

Wednesday, December 31, 2014

Sayonara 2014

"We have to forget things that are impossible to be ours" ~ Tanpa Nama.

Sayonara 2014 and thanks for all the memories!
Welcome 2015 and please be nice to me!

Seperti tahun-tahun lalu, aku tak de azam yang nak dicapai.

Monday, December 29, 2014

Stay The Same

2014 will be leaving us in a few days.
I'm still nobody and still have nothing.

Resolution 2015?
Just live my life and do what I love to do.
And I have a new kids to take care.


Happy New Year guys!

Sunday, November 30, 2014

Never Ending Questions

I really hate to answer these questions lately:-

1) Mu keje mende lening?
2) Bila mu nok nikoh?

Sebab tu lah aku malas nak join event reunion or wedding invitation but it doesn't mean aku sombong nak mampus sekarang.

Kang bila aku tanya 'bila nok mati?' ada pulak yang sentap nanti.

Haih!!!

Monday, November 24, 2014

In The End

Well, this is the end.

Congratulation on your wedding!

Friday, October 3, 2014

Masih

Aku masih di sini.
Aku masih menulis.

Tapi tidak serancak dulu.
Dan tidak segila dulu.

Aku masih di sini.
Aku masih setia.

Seperti tunggul kayu.
Tunggu dan terus menunggu.

Aku masih di sini.
Dan aku tetap begini.

Eh!

Friday, August 15, 2014

Sucksessss!


Apa pendapat anda tentang makna success di dalam kehidupan anda? 

1) Belajar tinggi-tinggi kalau boleh sampai PhD?
2) Dapat kerja bagus-bagus? Berpangkat tinggi? Bergaji besar? (Kalau dapat keje gomen lagi baik, ye dok?)
3) Berduit? Berharta? Kereta besar? Motor besar? Rumah besar?
4) Berkahwin? Beranak-pinak?

Habis, kalau tak dapat semua kat atas tu, adakah anda rasa anda seorang loser? 

Life is suckkkssss!!!




P/S: Aku mengaku yang list tersebut langsung tak ada dalam hidup aku.

Wednesday, August 13, 2014

Sunny Day


Kalaulah dapat pekena semangkuk ABC di bawah pohon pelam sambil di sapa lembut oleh angin sepoi-sepoi bahasa Tranung pada waktu panas macam gini memang heavenlah!

Wednesday, July 23, 2014

Soalan 2

Dan tadi, bini ketua kampung pulak tanya "Tingkatang brape doh skoloh lening?"

Aku rasa macam nak golek-golek dan guling-guling je atas lantai surau tadi bila kena tanya macam tuh.

Eh! Baby face sangat ke muka aku nih?

Sila jawab! Ok! Bai!

Soalan

Dah masuk malam 25 Ramadan 1435H.

Masih ada lagi jemaah yang tanya "Skoloh tingkatan berapa lening?"

Monday, July 14, 2014

Ramadhan 1435H

Seluar makin longgar atau pinggang makin ramping? Eh!

P/S: Bravo German!

Thursday, June 26, 2014

Ralat

Ralat. Terkilan. Sesal. 

Jiran merangkap Tok guru yang ajar aku mengaji dan jiran yang ibarat saudara-mara sendiri telah meninggal dunia lepas subuh bertarikh 25/06/14.

Perkara yang buat aku rasa betul-betul ralat/terkilan/sesal adalah sebab aku memang berhajat nak menziarahi arwah sejak 2 minggu lepas lagi. Ketika arwah masih lagi bernafas, masih lagi boleh bercakap, masih lagi boleh bergurau-senda. 

Tapi, hati setan aku setia menghasut supaya pergi melawat arwah masa raya nanti. Tertangguh-tangguh. Padahal, rumah kami hanya selang 2-3 buah rumah saja. Hanya beberapa langkah. Hanya sepelaung. Kalau ikutkan logik, boleh sangat nak jenguk arwah setiap hari, setiap jam, tak kira waktu. Tapi, itulah.....tertangguh-tangguh..........

Sesungguhnya, perihal kematian adalah rahsia yang telah ditetapkan oleh Allah. Tidak tertangguh-tangguh walau seditik pun. Aku hanya mampu menziarahi arwah yang telah terbaring kaku. Semoga arwah ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. Aminnnnn....

Pengajaran untuk diri sendiri, lepas ni, kalau ada rasa nak pergi ziarah sesiapa, pergi terus. Tak payah nak tangguh-tangguh lagi. Nanti menyesal tak guna dah. Isk! Isk!

Al-Fatihah untuk Mok We.

Monday, June 9, 2014

Rajin

Kepada makcik bertudung labuh ungu gelap, terima kasih di atas judge makcik yang mengatakan saya ni pemalas. Walaupun saya ni pemalas, at least, saya angkut gelas-gelas dan pinggan-pinggan kotor dan basuh sendiri tanpa arahan orang lain. Tak macam makcik yang 'rajin' sangat bercakap dan 'rajin' sangat tapaukan lauk-lauk dan nasi untuk diri sendiri dan anak-beranak makcik je. Tuan rumah pun cakap tak de mende yang boleh ditolong. Yang makcik 'rajin' sangat ni kenapa?

By the way makcik, makcik tak kenal pun saya ni siapa. Dalam masa 5 minit terus makcik cop saya ni pemalas. Hebat sungguh makcik ni yek. Harap-harap, anak-anak makcik semua tak malas macam saya.

Wednesday, June 4, 2014

Good

Be a good person.
It's as simple as that.

Being good is easy.
But being good around bad people, that's hard.

And I believe, as long as you being good, everything will be ok.

InshaAllah.

Friday, May 16, 2014

Markah Bonus

Satu je perkara yang paling best semasa menduduki ujian/peperiksaan ketika zaman persekolahan dulu ialah apabila cikgu/pengawas peperiksaan mengumumkan "Soalan nombor xx (baca: sekian-sekian) markah bonus sebab tiada jawapan yang betul" (Dalam hati berharap agar bukan satu soalan je tapi dua-tiga-empat-lima soalan yang macam ni).

Gembira bukan kepalang. Lagi-lai kalau kertas Matematik. Tak payah pening kepala nak mengira dan boleh fokus pada soalan yang susah-giler-babi (kononnya padahal tak reti sebab tak belajar bersungguh-sungguh) Ah! Memori!

Selamat Hari Guru!

Friday, April 11, 2014

Hijau


Satu kepuasan tak terhingga bila tanam, hidup dan berhasil.
Alhamdulillah.

Tuesday, April 1, 2014

Lupa

Kadang-kadang aku lupa yang aku ni ada handphone.

Sunday, March 30, 2014

Bebas

Single, tak bererti aku bebas.
Kerna aku masih ada ibu bapa, keluarga, agama dan juga Tuhan.

Ingat! Kebebasan ada hadnya.

Thursday, February 27, 2014

Setahun


Happy Birthday Mat Chek.
Moga makin gemuk dan makin hensem. =)

Tuesday, February 11, 2014

Gusar

Kata Kak Tasek :

"Aku ini bukan seperti perempuan hebat macam kamu semua. Aku tak punya beg tangan mahal. Aku tak punya kasut satu almari. Aku tak punya baju dari butik malah tudung Ar_iani pun aku tak ada. Aku ini manusia yang sangat biasa-biasa. Dan aku tak pernah gusar dengan kecikaian aku. Yang aku gusar ialah kot-kot orang lain yang malu nak berkawan dengan aku disebabkan aku ni cikai sangat."

Rupa-rupanya, bukan aku sorang yang rasa macam nih. Kak Tasek pun sama. Tapi, level gusar aku tu up sikitlah sebab aku ada satu benda lagi yang aku gusar iaitu entah siapalah yang nak mengorat aku disebabkan kecikaian aku yang sangat cikai nih? Dah la penganggur sepenuh masa. Tak ada smartphone pulak tuh. Shopping pun kat bundle je. Yang ada cuma hutang PiTeyPiTeyEnnnn.

Eh! Eh! Eh!

Sunday, January 26, 2014

Life



Forget your age.
Live your life happily.
Be crazy and be awesome.
Happy Belated Birthday To Me.
I love being me & myself.

Monday, January 20, 2014

Kakiku


Amik gambor kaki sendiri bila pegi mana-mana.
Buat koleksi peribadi.
Tetiba rasa sangat ohsem.

Friday, January 10, 2014

Judge

Don't judge a book by its cover.
Don't judge a book by its movie.
And don't judge a book by the synopsis...

Read first. Then, judge everything. Simple!

Thursday, January 2, 2014

Azam


Fesbuk dan twitter aku penuh dengan status dan post perihal azam baru.
Ada yang nak score exam.
Ada yang nak kahwin.
Ada yang nak tambah anak.
Ada yang nak kurus.
Ada yang nak kaya.
Macam-macamlah yang ada.

Azam aku? Takde.
Sebab tiap-tiap malam aku berazam nak tidur awal.
Sudahnya, selagi tak pukul 2.00pagi, selagi tulah mata aku masih tak lelap.
Susah betul nak capai azam yang satu nih.

*sigh*