Papan Iklan

Saturday, February 27, 2010

Jatuh

Bila kamu jatuh sakit.
Bersabarlah. Sakit itu penghapus dosa.

Bila kamu jatuh miskin.
Beringatlah. Rezeki itu datangnya dari Tuhan.

Bila kamu jatuh tersungkur.
Berhati-hatilah. Setiap langkah pasti ada halangan.

Bila kamu jatuh cinta.
Ahh..sudah! Rupanya ada taman dan pesta bunga api dalam hati kamu.

Hahaha.....!!

Friday, February 26, 2010

Hati Rasa Gembira

Hahahahahaha....... (gelak gaya orang berlagak).

Alhamdulillah.

Saturday, February 20, 2010

Masalah Dan Problem

"Berape ringgit brokbeng nih?"

"Adelah,"

"Royak la. Aku nok bayor nih,"

"Dok payoh la. Mu bayor bulan-bulan je,"

Tak sia-sia aku belanja boxer banyak-banyak kat adik aku. Free-free je dia belikan aku broadband sebijik. Settle satu masalah.

.


.


.

Problemnya pulak. Mana aku nak cucuk broadband nih? Aku bukannya ada laptop lagi. Aduuyaiiii...............!!


~ Entri ini ditulis di opis hasil daripada kejayaan aku menggodek-godek line yang kena blok. Ada blog yang boleh aku masuk (tapi aku tak boleh tengok gambar) dan ada yang tak boleh. Harap bersabar. Esok-esok bila aku ada laptop sendiri, boleh la aku singgah blog semua orang. Itupun kalau aku rajin. Insya-Allah. Hehe ~

Friday, February 19, 2010

Testing..

Testing..Testing..1..2..3..

ok?

Tuesday, February 16, 2010

Bila Jalan Jem..



"Tengok belah kiri. Mamat Myvi nih hensem,"

"Alamak..yang nih ustaz. Tak leh tengok lama-lama,"

"Perghh...smart giler sport rim BMW tuh,"

"Mak ooii...mudanya ayah. Anak kecik ramai,"


"Haaa...gatal deh drebar lori askar nih. Sengih-sengih,"

"Eh, brader nih sorang je. Rasa nak gi teman je. Haha.."

"Saga hitam depan nih pun hensem,"

"Eh! Kurang ajor punyer mat rempit. Suka hati dia je main cilok,"

"Uihh...anak dia pakai pampers je. Kesian. Mesti panas,"


"Tengok kete tu, sesuka hati jer nak masuk mana-mana. Signal tak bagi. Eeeii..."

"Fuiyooo....lawa giler kete Evo brader tuh,"

"Eh..mana mamat Myvi tadi? Lajunya,"

Apa gelak-gelak? Jangan nak tipu la kalau korang tak banyak bunyi bila jalan jem. Sah-sah mata tu dok usha orang je. Jangan nak tipu. Macam la aku tak tau. Hahahahaha...


~ Nasib baik kete aku auto. Boleh bersila sebelah kaki. Hehehe ~



Sunday, February 14, 2010

Aku, Limau Dan Hamper II

Hamper yang telah di buka. Kalau lapar pilih je mana yang berkenan.


2nd port. Meja yang 1st tadi dah penuh.


Limau lagi. Muka sorang-sorang dah masam asyik duk telan limau je.


Harap kotak je besar tapi isinya sangatlah ciput. Haram jadah.


Hasil kreativiti aku akibat daripada lebihan limau yang melampau-lampau.


Eh! Gambar aku tak de ek? Lupa nak posing dengan hamper. Lain tahun la aku bubuh. Lepas cuti nih, aku tunggu ang pow merah pulak. Hehehe...



Aku, Limau Dan Hamper


Department aku banyak dapat limau dan hamper dari supplier. Limau berkotak-kotak dan hamper bertingkat-tingkat. Best jugak. Semua jenis makanan ringan ada. Wiski pun ada. Tapi nasib baik bos aku dah rembat dulu awal-awal. Tapi, botol wiski tu memang cantik. Bentuk Eiffel Tower. Perghhh!!

Satu hari sebelum cuti raya cina, Mr. Gan (staff opis aku jugak) sibuk membahagi-bahagikan limau yang ada. Spesis limau manis, masam, kurang manis dan tawar pun ada. Lepas tu, dia adakan acara buka hamper pulak. Meriah betul la. Satu keje tak boleh jalan sebab semua orang sibuk mengadap hamper yang agak banyak tuh. Macam rupa sukaneka pun ada.

Sebelum satu hamper yang agak besar di buka. Aku dah usha apa yang aku berkenan. Besar. Cantik. Kaler merah. Aku dah cop dulu kat Mr. Gan. Masa Mr. Gan buka hamper tu, cepat-cepat aku bodek dia.

"Mr. Gan, saya tak mau makanan-makanan yang ada dalam hamper nih," Aku buat-buat muka comel di sebelah beliau. Tangannya ligat mengoyakkan plastik hamper.

"Lu mau apa?" Dia pelik dengan permintaan aku.

"Saya mau bakul merah tu je," Aku tunjukkan bakul merah yang berisi makanan-makanan dalam hamper tersebut.

Dan Mr. Gan gelakkan aku kaw-kaw. Kelakar ke aku mintak bakul merah tuh?

Pelamin Anganku Musnah

Dari jauh. Aku tengok dia dan pasangannya bersanding di atas pelamin nan indah. Warna sedondon kuning diraja. Secocok. Sama cantik sama padan. Ibarat pinang dibelah dua. Dari jauh. Aku memerhati gelagatnya. Sungguh bahagia.

Sedikit api cemburu telah bercambah di dalam hati. Telah lama sebenarnya. Baranya telah wujud waktu dia memberi kad jemputan yang cantik dan wangi. Sejak hari itu, pelbagai soalan dan hasutan setan bermain di minda aku. Kenapa perempuan itu yang dipilihnya? Kenapa bukan aku? Apa kurangnya aku?

Di hari bahagianya, aku sendiri tidak tahu di mana kekuatan aku untuk hadir ke majlisnya. Rasa berbelah bahagi. Ada tolak, ada tambah juga darab. Jika diberi soalan kalkulus, tobat aku tak boleh selesaikan. Yang aku tahu, aku datang kerana mahu tengok dengan mata aku sendiri waktu dia bersanding di atas pelamin itu.

Dari jauh. Aku lihat seyumannya tidak lekang dari bibirnya. Tidak putus-putus dia berterima kasih kepada tetamu yang datang. Dan jari-jemarinya bertaut kemas dengan jari-jemari pasangannya. Aku cemburu. Lagi.

Perlahan-lahan dia menghampiri aku bersama insan yang telah bergelar isteri kepadanya. Memperkenalkan kami berdua. Aku diam. Dan hanya senyuman palsu yang mempu aku lemparkan padanya.

.

.

.

.

.

Oh Tuhan. Kenapa aku mimpi kawan aku kawin pulak nih? Boleh pulak aku cemburu dengan dia. Apa pesen mimpi la macam nih. Demmmmm....

Raya Cina Dan Valentines Day

Antara Raya Cina dan Valentines Day.

Tak de kena mengena langsung dengan aku.

Yang penting, aku cuti.

Dan berada di kampung nan indah.

Oohh! Nikmatnya hidup.

Mau keluar berpeleseran dengan member-member pulak.

Eh! Mana ang pow wa?

Sunday, February 7, 2010

Monolog Di Hari Ahad

Eh! Hari ini 07 Feb. Baru teringat. Ada orang dah cukup umur. Tangan pegang henset. Hajat di hati nak wish. Tetiba hati rasa berat pulak.

Nak mesej ke tak? Nak mesej ke tak?

Nak? Tak? Nak? Tak?

Ok. Henset ku campak atas bantal. Malas ler.

Merayap bilik housemate. Pinjam laptop. Check mukabuku jap. Ermmm.....Bosan.

Eh! Orang yang cukup umur hari ini pun online. Niat di hati nak chat. Tetiba hati rasa tak best pulak.

Nak chat ke tak? Nak chat ke tak?

Nak? Tak? Nak? Tak?

Aaahh.. Dia pun tak tegur aku. Buat apa aku nak gedik-gedik tegur dia.

Hati setan aku menghasut: "Udah-udah la tu Jue......dia pun tak wish n tak ingat besday ko ari tuh..wat pe nak gatal-gatal nak wish n ingat kat dia lagi?"

Ya. Akhirnya aku tutup mukabuku. Balik bilik. Cari bantal.

Cuaca kat luar pun mendung. Ada harapan nak hujan. Sama macam hati aku. Apasal tetiba touching pulak nih?

Tido lagi best. Baru teringat. Hati kereta KEBAL kena 'taf'. Aahhhh...persetankan semua itu.

ZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzz.....................!!!!!!


~ Ok. Entri aku agak emo kali ini. Mungkin sebab demam aku tak kebah lagi sepenuhnya, Haih! ~

Friday, February 5, 2010

Sindrom Mental Block Dan Mati Kutu

Aku kesian betul dengan Kerajaan Malaysia yang bersungguh-sungguh berkempen untuk meningkatkan serta menanam minat suka membaca di kalangan rakyat Malaysia. Tapi kempen ini langsung tak diendahkan dan tak dilayan atau di ambil peduli oleh rakyat Malaysia sendiri. Sedih betul, kan?

Aku setuju dan sokong sangat kempen ini sebab aku memang suka membaca. Membaca itukan amalan yang mulia. Banyak ilmu dan pengetahuan yang kita dapat melalui membaca. Bak kata pepatah, membaca jambatan ilmu.

Apatah lagi banyak sumber-sumber yang senang dan murah yang boleh dijadikan bahan bacaan. Contohnya, walaupun sibuk dan banyak keje di opis, jangan jadikan alasan untuk tidak membaca. Bukannya setiap hari sibuk memanjang, ada juga masa-masa yang terluang. Masa rehat tengahari contohnya. Tak pun sebelum memulakan tugas. Masa inilah pentingnya penggunaan internet di opis. Baca berita ke, novel ke, blog ke atau bab Agama ke tak pun resipi ke. Dan mengikut pemerhatian aku, banyak sumber-sumber bacaan ini datangnya dari blogspot.

Dah tu, macam mana aku nak sahut kempen kerajaan supaya minat membaca kalau blogspot pun dah kena blok kat opis nih selain facebook dan fantasy football? Otak aku betul-betul dah tepu. Boleh kena sindrom mental blok dan mati kutu aku kat opis sekarang nih.

Haih! Kena beli laptop dan broadband cepat-cepat nih. Ada sapa-sapa nak temankan aku? Sila roger aku yek. Aku mintak tolong sangat-sangat nih.



~ Entri ini ditulis dari laptop housemate aku. Terima kasih Kak Wan kerana bagi Ajue pinjam laptop Kak Wan ~
~Buat masa sekarang aku dah tak boleh online blogspot di opis. Dan aku juga tak boleh komen entri kamu semua. Harap maklum ~
~ Dah berbakul-bakul makian dan sumpah-seranah yang dihamburkan oleh aku dek kerana blog dah kena blok. Makin bertambah beratlah belah kiri aku. Isk! ~

Monday, February 1, 2010

Allah Lebih Menyayangi Beliau

Al-Fatihah buat Abang Adha dan Abang Ngah.

Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman.

Mengharapkan Keajaiban

"Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah untuk kami mencari abang Adha dan abangnya Ngah yang masih lagi hilang di laut. Selamatkanlah beliau dan saudara kandungnya. Ringankanlah beban keluarga beliau. Kami terima dan redha di atas ujianMu ini, Aminnnn..!"

Sabtu 30.01.2010. Petang. Lepak di rumah opismate, Nora, lepas balik dari opis.

"Kak, payah kalo Abang Adha tak de. Tengok budak-budak ni bukan main lasak," Tegur aku pada Kak Pidah.

"Memang payah Jue. Ini pun akak berani bawak sebab Ajue ada. Kalo tak, akak lebih rela duk rumah je," Kak Pidah sibuk berkejaran dengan anak-anaknya, Hazim 3tahun dan Hazmi 1tahun. Aku juga tidak terlepas berkejaran dengan mereka.

Ahad. 31.01.2010. Lebih kurang pukul 12.00tgh. Aku tengah mendobi. Tengok henpon, ada miscall dari Kak Pidah. Aku call dia balik.

"Abang Adha jatuh laut," Dengan tenang dia memberitahu aku.

"Hah! Astagfirullahalazimm..," Itu je yang aku mampu cakap. Terkejut dengan berita tersebut. Automatik otak aku mengingatkan aku kembali pada arwah abang aku.

Aku tak keruan. Resah. Tidak senang duduk. Abang Adha adalah suami kepada Kak Pidah. Mereka suami isteri bekerja satu opis dengan aku. Mereka juga ibarat keluarga aku di sini. Lagi pun anak-anak mereka memang rapat dan manja dengan aku. Apatah lagi bila keluar dan beriadah bersama-sama beliau senang kenalkan aku pada kawan-kawannya sebagai adik angkatnya.

Aku, Bai dan Kak Wan bergegas ke rumah Kak Pidah (Kak Pidah tinggal bersama dengan keluarga mertuanya). Menemaninya dan bersama-sama berdoa dan berharap berita baik yang akan disampaikan ke telinga kami. Cerita sebenar tentang kejadian tersebut masih lagi menjadi tanda tanya. Aku tengok Kak Pidah sangat tabah dan kuat. Setitik air mata pun tidak mengalir. Dia sempat berbisik pada aku, "Akak rasa Abang selamat". Aku hanya mengangguk lemah.

Lewat petang, Ayah dan Emak mertuanya pulang dari Jeti Pelabuhan Klang bersama dengan ahli keluarganya yang lain. Rumahnya semakin sesak dengan kehadiran jiran tetangga, saudara-mara juga rakan-rakan opis. Esakan tangisan kedengaran. Sedikit demi sedikit, air mata Kak Pidah tumpah akhirnya. Dan kami mendengar cerita asal dari salah seorang mangsa yang terselamat.

Abang Adha bersama dengan abangnya yang di kenali sebagai Ngah serta dua orang anak buahnya (seorang anak Ngah dan seorang lagi anak saudara Ngah - anak kakak iparnya) pergi memancing di Pulau Ketam pada pagi Ahad 31.01.2010. Kejadian berlaku kira-kira pada pukul 10.00 pagi.

"Masa tu dah nak sampai jeti. Dah dekat dah. Bot tak lah laju. Tetiba langgar sesuatu. Bot berpusing-pusing. Kami semua tercampak jauh-jauh. Abah (Ngah) tolak Mirul dari dalam air. Abah dan Mirul gilir-gilir timbul tenggelam. Kebetulan ada bot lain datang selamatkan Mirul. Lepas tu, Abah tenggelam terus. Memula Mirul nampak Pak Usu (Abang Adha) timbul. Lepas tu terus tenggelam. Air kuat dan berpusar," cerita Amirul yang berusia 14tahun. Sepupunya juga selamat.

Saat dia bercerita, aku berharap hanya keajaiban sahaja yang akan selamatkan Abang Adha dan Ngah. Aku hanya fikirkan yang Abang Adha selamat. Mungkin dia pengsan saja. Tak pun ada bot lain dah selamatkan dia tapi tak tau nak hubungi pihak yang berkaitan. Atau dia terdampar kat pantai mana-mana.

Sebelum balik ke rumah malam tadi, Hazim sempat melambai-lambai kepada aku dan Bai.

"Kakak, esok datang lagi yek rumah Hazim," Buat kali ke berapa ntah, air mata aku tumpah lagi.

Isnin. 01.02.2010.

Masih tiada khabar berita tentang Abang Adha dan Ngah. Suasana suram dan muram menyelubungi kami di opis. Ketika entri ini ditulis aku masih lagi berdoa dan mengharapkan keajaiban akan berlaku.

InsyaAllah. Semuanya akan selamat.