Papan Iklan

Friday, October 28, 2011

Sembang Petang


Dah lama tak bersembang panjang dengannya. Dia banyak bercakap hari ini. Pasal makan. Pasal kerja. Pasal cuaca. Gua hanya dengar saja. Sesekali gua gelak. Ya. Boleh tahan jugak mulut mamat apek cina muka korea nih menyumpah seranah. Mungkin tensen dengan keja kot. Gua layankan aje lah. Bila dia dah penat membebel. Gua bagi tau dia.

"We all will be move out to new office soon,"

"When? All of you? Where?"

"End of Nov. Only guys stayed here. At BBT building, Bukit Tinggi"

"Oohh..........!!"

"But the orders still need to deliver here. The guys will take over,"

Dia diam. Mengangguk perlahan. Dan berlalu pergi bila urusan selesai.






Hati setan gua berdoa. Harap-harap dia kasi nombor henpon dia lepas nih. Hahahaha...

Tuesday, October 25, 2011

Nasihat


"Kadang-kadang, kita kena jadi gila dan nekad baru nampak jalan hidup yang lain,"
kata Kakak gua dengan selamber.


Monday, October 24, 2011

Apabila Spirit Mengemas Datang Secara Berkobar-Kobar

Hasil yang akan di bawa pulang ke kampung sempena Raya Haji ini atau dengan kata lain stok menyemak yang semakin bertambah.

P/S: Mau mak gua bising lagi sebab ada harapan anai-anai kat rumah buat kenduri kesyukuran untuk kali ke brape ntah dengan buku-buku baru nih. Hahahaha..

Tuesday, October 18, 2011

Amazing Race: Feeling-Feeling KPop


Gua malas nak taip panjang-panjang. Lu tengok je lah gambor yang gua dah tepek kat sini.

D72682 membelah awan biru.


Wajib cuba Bibimbap ni. Tapi amik yang sayur je lah.


Kucing ni kena ikat sebab selalu rembat ikan kat Pasar Busan.


Lot-lot kedai di Busan.


Di antara jenama yang paling glemer.


Jualan langsung dalam tren adalah perkara biasa bagi mereka.


Feeling-feeling Winter Sonata di Pulau Nami.


Hati dan spirit gua memang tertinggal kat sini.

Perkara-perkara yang gua perasan semasa jelajah Gyeonju-Busan-Gwangju-Seoul:-

1) Kedai mekap merata-rata. Tapi kedai buku memang payah nak jumpa.
2) Dorang sangat obses dengan beauty, mekap, fesyen, high heels, cermin dan henpon.
3) Walaupun lack of communication, dorang masih sudi membantu.
4) Manners dorang sangat superb. Gua tabik spring dengan dorang.
5) Dalam tren, tiada golongan yang sihat walafiat duduk kat kerusi yang telah dikhaskan.
6) Dalam tren jugak, dorang duduk diam. Tak de nak sembang pung-pang-pung-pang macam kat kedai kopi.
7) Gua nampak kebanyakan dorang pakai henpon macam Iphone je. Blackberry langsung tak de.
8) Golongan pakcik, makcik, datuk dan nenek mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti hiking dan bersenam.
9) Sangat pentingkan masa. Kalau lambat kena tinggal.
10) Tandas sangat bersih. Dan dorang adalah pembersih.

Dah. Nak tau kisah lebih lanjut, lu klik je kat blog Fatt & Hanie. Dorang ni rajin tulis panjang-panjang. Kehkehkehkeh...

Next pit stop? Tahun depan punya cerita pulok. Hahaha..

Thursday, October 6, 2011

Hello Strangers II

Annyeonghaseyo..

Jangan rindu gua untuk dua minggu ini..

Amazing Race Again

Monday, October 3, 2011

Buat Habis Kredit Gua Je Kalau Reply


Dah 2 hari gua dapat mesej dari nombor yang tak dikenali. Gua memang peseng malas nak reply. 2-3 kali jugak la dua dapat mesej merapu-rapu. Last tadi dia tulis (sebelum gua delete la) :-

"Salam.. em npe awk x rply msg sy? awk x sudi ke nk b'kenalan ngn sy ni..sy ikhlas nk b'kenalan ngn awk A****(nama gua)..please, rply msg sy ni..sekurang2nye bg la jwpn pd p'tnyaan sy 2.."

Hilang rokes gua dapat mesej peseng gini. Gua delete. Gua pi makan nasi laju-laju. Geli ok.


Note: Ada sapa-sapa nak berlakon jadi pakwe/boipren/bakal tunang gua? Gua nak suruh pi sound mamat ni.