Papan Iklan

Friday, November 27, 2009

Korban

Semalam. Dari Klang ke Kuala Terengganu pukul 9.30mlm. Lalu highway, jalan smooth lagi walaupun agak jammed di MRR2 sehingga ke tol Gombak.

Masuk Karak, aku steady lagi. Lalu Bentong pun aku okeh lagi. MasukTemerloh pun aku boleh rilek lagi.

Tapi, bila dah lepas tol Jabor, masuk Cherating, hati aku dah start panas. Jalan raya macam haram. Berlubang-lubang. Mana yang aku boleh elak, aku elak. Yang tak sempat elak tu, macam nak tercabut kereta aku bila terlanggar dan terjun ke dalam lubang-lubang yang ada. Bukan sikit, tapi banyak. Bukan kecil, tapi besar. Ada cetek dan ada yang dalam. Seram aku.

Perjalanan dari Cherating ke Kuala Terengganu betul-betul menguji tahap pemanduan, kesabaran dan keimanan aku.

Bahana hujan dan banjir yang menyebabkan jalan raya rosak. Yang jadi mangsa korban dalam situasi ni, tayar dan rim kereta.

Kalau macam ni, tak jadilah aku nak tukar sport rim 16. Hahahaha...=P

Wednesday, November 25, 2009

Cuti

******* Aku Cuti Balik Kampung (Malam nih dah balik dah) ********

~Kalau rajin aku update dari kampung, Salam Aidil Adha~

::: Tengah siapkan kerja-kerja yang banyak giler nih:::

Monday, November 23, 2009

Cuti Sekolah

Sesi bergayut dengan cucu mak aku yang tahun depan masuk darjah 4.

Asyraf: Chik, cuti skoloh nih Chik balik dok?

Aku: Chik dok skoloh doh laaaa....

Asyraf: Owoh..dok ingat..Hehe..

Boleh pulak dia buat-buat lupa yang aku nih dah kerja.

Thursday, November 19, 2009

Warna-Warni Kehidupan

Hidup Ibarat Roda,

Ada suka ada duka,
Ada bahagia ada derita,
Ada besar ada kecil,
Ada kaya ada miskin,
Ada sihat ada sakit,
Ada baik ada jahat,
Ada putih ada hitam,
Ada pujian ada kejian,
Ada hidup ada mati.

Selagi roh dan jasad bersatu,
Setiap dugaan dan cabaran pasti diharungi.

Akal dan keimanan menjadi tunjang.
Berkiblatkan Tuhan yang satu.

Hidup Mesti Terus..

Monday, November 16, 2009

Tukar Status


Kawan-kawan yang dah selamat tukar status.

Selamat Pengantin Baru buat Mohd Fazeli Abu Bakar a.k.a Siam dan pasangannya Nur Syazwani Shahrir a.k.a Wanie. Semoga kekal bahagia dunia dan akhirat.

Kedua-dua mempelai ni adalah kawan aku masa belajar KMP dan KUSTEM dulu. Macam ni lah lagak dan gaya kami bila meraikan hari bahagia kawan-kawan. Tak sah kalau tak lepak kat rumah pengantin 3-4 jam sampai khemah nak roboh pun tak reti-reti nak balik juga. Al-maklumlah, reunion tak rasmi. Yang pastinya, gambar kami lagi banyak dari gambar pengantin. Sebab itulah kami digelar GMDSS atau Geng Maritim Di Sana-Sini.

P/S: GMDSS is known as The General Maritime Distress And Safety System. Ntah idea sapa yang tukar jadi Geng Maritim Di Sana-Sini tu, aku pun tak tau. Hahaha...

Friday, November 13, 2009

Sumpah-Seranah Di Hari Jumaat Yg Mulia

Sebelum sumpah-seranah. Tanda-tanda dah ada sebelum lunch hari ini.

Aku: Kak, orang cakap kalo tapak tangan gatal, tanda rezeki nak masuk, kalo gatal jari tengah je, apa maknanya? (sambil mencucuk-cucuk jari tengah dengan pen)

Kakak Opis: Tu tandanya nak sumpah seranah orang. Hehehehe..

BUKTINYA.

Sumpah-seranah 1:

Tadi. Masa lunch. Pergi beli nasi kat kedai pakcik sebelah opis. Biasanya nasi separuh, ikan goreng+sayur harganya RM3.00 sahaja. Cukuplah satu lauk dan satu sayur. Tapi, hari ini aku makan nasi separuh dengan ikan keli sambal je dah kena RM3.50. Dah la sayur tak de. Memang aku tak puas hati. @#%$#!#!**

Sumpah-seranah 2:

Jumaat. Aku tau la orang-orang lelaki kena pergi Solat Jumaat. Tak kisah la keluar opis awal sikit dan lunch dulu. Yang buat angin taufan puting beliung aku menyerang ni sebabnya lepas makan kenyang-kenyang bukannya reti pergi masjid. Tapi duduk melepak kat kedai makan sampai pukul 2.00. Kalau macam tu lah keadaannya, baik tak payah keluar opis awal dan lunch awal. Buat rugi kompeni je. @#$&!#$@*$!

Segala sumpah-seranah aku di lakukan secara live di opis, bukan di kedai makan. Sekian.

Kejap lagi konpem aku lapar balik. Kena selongkar tin biskut nih. Lepas tu buat air teh panas-panas. Perghhh!! Nikmatnya. Lebih-lebih lagi time hujan sekarang nih. ;-)

Wednesday, November 11, 2009

Dean Winchester! Please Help Me!!!

Malam itu. Aku keseorangan. Terkurung di dalam bilik sendirian. Kebosanan mula terasa. Otak aku ligat memikirkan aktiviti untuk hilangkan rasa bosan.

"Picit jerawat best jugak nih,"

Aku bangun menuju ke arah cermin yang tergantung kemas di dinding. Perlahan-lahan aku turunkan dan sandarkan pada rak buku.

Aku duduk bersila mengadap cermin. Bersedia untuk membelek muka. Tiba-tiba, aku rasa kaki aku berat. Terasa seperti aku memangku budak kecil. Aku memandang riba aku. Kosong. Dan pandangan aku kembali terarah pada cermin dihadapan aku. Aneh. Pantulan cermin memperlihatkan aku sedang memangku seorang kanak-kanak berusia lingkungan 4 tahun sedang duduk di atas riba aku. Hakikatnya, riba aku kosong.

"Aarrghhhh!!!!" Aku menjerit sekuat hati. Aku bangun. Tiba-tiba aku terdengar suara kanak-kanak menangis. Semakin lama semakin kuat.
Seram sejuk. Pucat gigi. Takut. Badan aku mula menggigil.

"Issyhh! Tak boleh jadi nih. Kena inform Dean ni," Aku teringatkan Dean, kawan aku. Aku percaya dia boleh tolong aku dalam situasi ini.

Lantas, aku mencari telefon bimbit aku. Situasi panik ini membuatkan aku kelam-kabut.

"Hello! Deaann! Help meeee......"

"Why, are you ok?" Suara Dean turut cemas.

"Aaaaaaaaaa......." Belum sempat aku explain pada Dean, kanak-kanak tersebut menerpa aku. Mukanya berubah wajah. Matanya bertukar warna kuning. Aku cuba lari. Tetapi kaki aku tersangkut pada kerusi.

Bedebub!!! Kepala aku sakit. Aku buka mata perlahan-lahan. Memandang sekeliling.
Cilakak! Mimpi hantu rupanya. Ni mesti kes aku fanatik sangat dengan cerita Supernatural. Padan muka aku. Tidur tak basuh kaki. Tak pasal-pasal jatuh katil. Isk!!

Bila la Dean dan Sam nak cari hantu kat Malaysia nih yek??

Tuesday, November 10, 2009

Entri Bergambar

Amacam? Kemas tak meja aku? Buat keje sambil layan lagu Oh Chentaku, Greenday & MCR.
Baru semangat.

Saturday, November 7, 2009

Kelate VS Nogori Sombilan

Kelate vs Nogori Sombilan.

Mak Ayah aku orang Nogori.
Tapi, bermastautin di Terengganu.
Aku anak jati Terengganu (no IC aku 11).
Dan aku memang sayang negeri-negeri di Pantai Timur.

Piala Malaysia?
Aku tak sokong mana-mana pun.

Yang pasti, Arsenal tetap di hati.

Hahahaha..Tak de kena-mengena langsung dengan tajuk entri.

Friday, November 6, 2009

SMS Dari Ex-Boyapren

Tit-tit. SMS dari ex-boyapren.

Dia: Ingat orang lagi tak?

Aku: Buat ape nak ingat boyfren orang lain?

Diam. Terus tak reply sms. Kejamkan aku.

Thursday, November 5, 2009

Zaman Sterika Arang VS Zaman Google

Dulu-dulu. Zaman orang guna sterika arang. Orang tua-tua cakap..
~ Kalau tak leh tengok atau jumpa dengan orang yang kita berkenan tu, dapat tengok bumbung rumah pun jadilah ~

Sekarang. Zaman orang klik google. Aku yang cakap..
~ Kalau tak leh jumpa atau date dengan orang yang kita admirer tu, usha facebook dia pun jadilah ~

P/S: Buat kawan aku, semoga kamu berjaya mengusha orang yang kamu suka itu. Hahahaha..

Tuesday, November 3, 2009

Imaginasi Aku Yang Hampeh

Bayangkan...
Kamu dalam perjalanan pulang dari majlis kenduri kahwin atau pun tahlil atau yang sama waktu dengannya.
Kamu hanya berbaju kurung, berkebaya, berkain batik atau berkain pelikat saja.
Tiba-tiba, kawan-kawan kamu mengemukakan idea gila untuk singgah sebentar di Genting Highlands.
Mula-mula sekadar mahu lepak-lepak saja tetapi melihat permainan-permainan yang mencabar membuatkan kamu ingin mencuba kesemuanya.
Rollercoster, spaceshop, spiderman, buai pusing-pusing dan lain-lain yang agak esktrem.
Apa akan jadi jika kamu main semua permainan itu sampai tak ingat dunia hanya berpakaian sebegitu?
Boleh ke? Selamat ke?

*** Otak aku dah tak boleh pikir secara rasional sekarang nih..huhuhu