Papan Iklan

Wednesday, November 30, 2011

Malas Giler Babi


Note: Tulisan dari hati setan gua. Lu jangan amik kisah sangat derr..

Sejak kebelakangan ini. Gua gemar guna perkataan 'malas giler babi'. Sebabnya, gua rasa 'giler babi' ni menunjukkan satu situasi malas yang teramatlah malas. Contohnya:-

'Gua malas giler babi nak hapdet blog. Sebab tu gua suka tulis pendek-pendek je. Ni kira gua dah hapdet la yek'.

Amacam? Amat sesuaikan penggunaan ayat tersebut dengan situasi gua sekarang ni.

Friday, November 25, 2011

Pusat


Gua pernah dengar. Orang-orang tua cakap. Kalau lubang pusat kita dalam. Tak terbonjol keluar. Maknanya jodoh kita dengan orang jauh. Ini orang-orang tua la cakap. Bukan gua yang cakap. Gua tulis balik je kat sini. Nak percaya ke tidak ke. Ikut suka hati lu lah.





Gua check pusat gua. Ye. Memang dalam. Gua syak, jodoh gua memang dengan orang jauh. Mungkin dengan pakwe Korea. Boleh jadi jugak. Sebab tu lah agaknya gua tak kahwin-kahwin lagi sekarang nih. Siapa tahu, kan?

Ok. Cukuplah edisi merapu untuk malam ni. Selamat bermimpi indah. Annyeong!!

Wednesday, November 16, 2011

Ax The Under 18

Curik dari encik gugel


Aku ada ruang sendiri
Jangan tanya kenapa dan mengapa
Dewasa adalah aset aku
Ceria selalu hingga ke tahap maksimas
Terbang bersama aku
Jangan tuduh aku jahat sebelum kenal
Aku tahu apa yang aku buat
Tapi korang takkan pernah tahu!
Hidup ini mesti bebas
Makan, minum, bermain...
Atau jangan buat apa-apa!
Ini adalah kehendak termaksima aku...
Tapi di hujungnya pasti ada sempadan
Ingat itu

Ax - Under 18

Monday, November 14, 2011

Basuh Kereta


Dua hari lepas (kat Perodua Service).

Brader Perodua berambut lurus panjang paras bahu pandang gua. Keningnya terangkat.

"Ni dah berapa lama tak basuh kete?" Dia senyum. Perli ke apa ke, gua pun tak tahu. Dia mencalit jarinya pada rim. Wow! Kesan kotoran yang degil jelas kelihatan dengan terang lagi nyata. Gua buat peace pada beliau.

"2 bulan," Jawab gua selamber. Beliau menggeleng-geleng kepala. Dan mula memberi ceramah free pada gua tentang penjagaan kereta dengan baik.


Hari ini.

Atas nasihat (lebih kepada bebelan sebenarnya) Brader Perodua berambut lurus panjang paras bahu dua hari yang lalu, gua bawak 'kekasih hati nombor 2' pergi mandi spa lepas balik kerja. Dan pukul 8 tadi. Guruh berdentum-dentum. Di selang-selikan dengan panahan pancaran kilat. Kemudian, hujan turun dengan lebatnya. Alhamdulillah!! Murah rezeki 'kekasih hati nombor 2' gua. Dapat mandi free lagi buat kali kedua untuk hari ini. T_T.


Thursday, November 10, 2011

Gua Dan Gitar


Dulu. 2 tahun lepas. Gua pernah belajar gitar. Berguru dengan member-member gua sendiri. Gitar pulak gua pinjam dengan dorang jugak sebab dorang nih memang banyak lebihan gitar kapok. Kelas gitar start lepas maghrib setiap malam. Gua dan member lagi dua orang memang gigih la pergi lepak kat rumah dia. Kami berempat masa tuh. Dan situasinya dua orang cikgu dan dua orang pelajar. Senang cerita, seorang cikgu ambil seorang anak murid. Jadi senang la nak fokus (dan senang jugak nak kena sekeh kepala atau ketuk tangan bila bebal).

Masa awal-awal pegang gitar, memang kekok jugak. Jari-jemari kecil gua yang comel-comel ni jadi merah. Baru gua tahu boleh tahan keras jugak tali gitar nih. Tapi, gua tak kisah semua tuh. Janji gua reti main gitar. Itulah misi utama gua pada masa tuh.

Di awal kelas tersebut, gua diajar petik kord B, C, G. Kord-kord lain gua tak ingat dah. Sebabnya, cikgu-cikgu gua ajar gua kord ni untuk main lagu Radiohead, Creep. Pehh. Memang feel gilerlah time tuh. Kira-kira 2 minggu berlatih, lagu Creep dah jadi darah daging. Dah sedap sikit la bunyinya walaupun tune sumbang tuh memang tak lari jauh.

Tak lama lepas tuh, cikgu-cikgu gua mula sibuk. Masing-masing dah letak jawatan kat tempat keje gua. Jadi, kelas gitar gua pun banyak kali jugak ditangguhkan atas sebab kekangan masa. At the end, tutup terus. Alasannya, kesibukan melampau di tempat keje baru. Lagi pun memang kami dah jarang lepak sekali. Akhirnya, sampai sekarang gua masih tak reti main gitar lagi. Gua ingat gua nak cari cikgu gitar barulah. Siapa sudi ambil gua jadi anak murid, sila roger gua Hehehehe..


Amacam? Style tak?

P/S ~ Sebenarnya. Gua nak kabo yang gua rindu dengan dorang je. Dan gua rindu jugak dengan hari bersama teman di antara kami berempat. Huhuhuhu...

Monday, November 7, 2011

Pening


Gua pening.

1) Hadap daging banyak sangat
2) Hadap jammed kat Karak esok
3) Masalah-masalah sampingan yang remeh
4) Kerja kat opis yang berlambak-lambak nak kena setel

Oh. Hujan lebat. Gua tido dulu. Harap-harap pening gua dah pergi main jauh-jauh.

Thursday, November 3, 2011

Fixi #1

Sudah ada 5 koleksi dari Fixi

Gua malas nak taip panjang-panjang untuk review novel-novel nih. Cukuplah dengan satu perkataan saja sama macam tajuknya.

Pecah = Licik
Kasino = Mewah
Cekik = Nafsu
Kougar = Dilema
Ngeri = Obses

Yang pasti, jalan ceritanya tak sama macam novel-novel biasa. Memang rare. Dan bagi gua, Pecah is the best di antara kelima-lima novel tersebut.

Yang lain-lain, ada lebihan duit baru beli. Kehkehkeh... =P

P/S: Boleh beli di MPH, Popular, Kinokuniya KLCC, Frinjan atau di sini.

Tuesday, November 1, 2011

Rebellious


I'm a rebel. I think positively. So what?