Papan Iklan

Wednesday, April 27, 2011

Tingkat 5


Rumah kami tingkat 5. Memang tak bela binatang. Tikus tak ada. Lipas dah tak wujud lagi. Nyamuk pun sekor-dua je yang sesat. Tapi....


Tetamu yang tak di undang

Macam mana si katak ni boleh berumahtangga kat dalam pasu pokok tuh? Cuba jawab.


P/S: Aku cakap kat housemate aku, "Kak, apa kata akak cium katak tu, mana tau bertukar jadi putera raja..kahkahkahkah!!" Kami bantai gelak kaw-kaw kat beranda sambil tangan pegang penyapu dok kuis-kuis katak tu biar dia masuk dalam saluran paip air. Kejamnya aku. Huhu. Dan kami masih lagi cuba menganalisis kewujudan katak tersebut melalui teori-teori merepek dan pelik. Haha.

Sunday, April 24, 2011

Memancing Di PWTC

Hasil gua pergi memancing kat pesta buku PWTC siang tadi


1. Beli 2 buku, Rojak + Orang Macam Kita = percuma buku Malaysian Politicians.
2.Novel Ramlee AM & Anis Ayuni adalah kiriman dari kakak gua. Gua tolong beli je.
3. Beli 3 komik Gempak percuma satu beg (motif gua beli buku banyak-banyak sebab nak beg).
4. Under 18 Diari Sivik - Yosi melengkapkan koleksi komik Under 18 gua.
5. ABE adalah hasil karya yang penuh dengan nilai-nilai murni yang PATUT dibaca.
6. Target habis baca semua buku nih adalah setahun. Kehkehkeh..
7. Nak pinjam? Boleh blah. Hahahahaha...


Terima kasih untuk Brader Oren yang sudi lukis gambor pakwe cute untuk gua.


Perkara yang best bila berada kat pesta buku nih, dekat 20 orang tanya umur gua berapa? Sekolah kat mana? Soalan-soalan peseng gini bikin gua rasa sweet 17 forever. Haha.

Dan perkara yang paling tak best pulak ialah bila kaki gua kena pijak beribu-ribu kali dek orang ramai. Cilakak!! Sakit tau tak? Lepas tu tak reti nak mintak maaf.

P/S: Pergi pesta buku boleh jadi gila. Semua buku nak beli. Dan mabuk buku. Hehe.

Wednesday, April 20, 2011

Cinta Tak Semestinya Bersatu


Ini kisah benar. Gua tak tipu. Memang gua sayang giler kat 'dia'. Nasib baik gua tak giler je. Dan. Gua hidup dengan kata-kata ini.

"Cinta tak semestinya bersatu!"

Jadi. Gua lepaskan je lah. Menyesal? Tak. Benda dah lepas. Dah berlalu. Yang pasti gua dan 'dia' memang tak de jodoh. Tak de rezeki nak hidup bersama. Terima je lah hakikatnya.

Tipu la kalau gua tak sedih. Dah nak buat macam mana? Takkan gua nak meraung-raung pulak. Bukannye boleh jadi macam dulu pun. Gua pasrah. Gua redha.





Cilakak betul anai-anak kat rumah gua. Habis semua komik gua dimakannya. Siapa tak sedih bila tengok koleksi komik kesayangan kena bakor??

Haih! (T__T)

Sunday, April 17, 2011

Sepuluh Tahun

Sepuluh tahun dulu.

Tahun amik SPM. Cikgu suruh belajar rajin-rajin. Tapi malas. Sibuk turun padang. Banyak main. Tambah-tambah pulak ada skandal. Lagilah liat nak pegang buku. Masa ni dah pikir apa nak jadi dalam masa sepuh tahun akan datang (sekarang la). Kononnya nak jadi orang berjaya. Nak ada duit banyak. Nak bina keluarga sendiri. Alah. Budak-budak sekolah yang tak kenal dunia lagi. Memang suka berangan yang merepek-repek (aku la tuh).

Sepuluh tahun selepasnya (sekarang la).

Bila diingatkan balik. Rasa menyesal memang ada. Dulu tak belajar sungguh-sungguh. Padan muka aku. Semua yang diangankan dulu, satu pun belum jadi realiti lagi. Hahaha. Sekarang nih, mulalah berangan nak balik ke zaman sepuluh tahun lepas. Kononnya nak repeat balik benda yang tak kesampaian. Memang tak tahu bersyukur aku nih. T_T. Sekarang tak berani dah nak pikir benda-benda yang akan berlaku untuk masa sepuluh tahun akan datang. Redha je lah. Janji aku jadi 'orang'. InsyaAllah.

Sepuluh tahun akan datang.

Ntah hidup. Ntah tidak. Wallahualam..

Saturday, April 16, 2011

Rasa Lain Macam


Guane gamok orang kampung? Bereh?

Friday, April 8, 2011

The Girl From Nowhere


Aku. Masih di sini. Tak ke mana-mana. Dan tak akan ke mana-mana.
Aku. Masih begini. Tak berubah. Dan tak ada sebab untuk berubah.
Aku. Masih menanti. Sebuah jawapan. Yang tak tahu bila nak ada jawapan.
Aku. Masih mencari. Sesuatu yang tak pasti. Yang penuh dengan misteri.



*********



Aku. Mahu bikin entri. Tapi. Idea tak mari. Jadi. Aku tulislah begini.


P/S: Mood ke planet zargus sekarang. Memang malas dan tak de idea nak hapdet. Huhuhu..