Papan Iklan

Wednesday, October 30, 2013

Paranoid


Sejak rumah jiran aku kena pecah masuk dua kali masa Ramadhan hari tu, aku jadi paranoid. Aku tidur lambat setiap malam. Paling cepat aku tidur pukul dalam 1.00am dan paling lambat pulak dalam pukul 3.00am. Aku pantang dengar bunyi pelik-pelik dan aku akan merayau satu rumah dengan lampu suluh. Periksa semua tingkap dan pintu banyak kali. Tak lupa juga, aku standby kayu hoki tepi meja siap-siap. Kadang-kadang aku rasa dah serupa Batman gayanya bila tengah malam menjelma. 

2 comments:

Nil Linlin said...

kunci pintu bilik rapat2.

Pembunuh Tanpa Byang said...

aku paranoid lalu tidur malam sering dengan pisau atau gunting di bawah bantal.